Sumber: @noorazlin79, @km0andbyond
Namun, apa yang pasti, para pendaki tentunya akan disajikan dengan pemandangan yang indah sepanjang perjalanan. Ini membuktikan bahawa mendaki di Malaysia adalah aktiviti yang bermanfaat.
Sumber: @aereonwong
Merupakan sebahagian daripada Klang Gates Quartz Ridge (boleh dilihat dari Kuala Lumpur), Bukit Tabur adalah salah satu laluan mendaki yang cantik di Lembah Klang. Ia terbahagi kepada dua laluan berbeza, Bukit Tabur Timur, dan Bukit Tabur Barat.
Sumber: @babysallyy, @mohd.yazeid
Laluan pendakian di sini dikategorikan sebagai tidak begitu sukar, tetapi kedua-dua laluan cukup mencabar dengan keadaan cerun batu yang licin. Jadi, pastikan anda harus datang dengan kasut yang sesuai.
Sumber: @amrdnlco
Jika ditanya kepada semua para penggemar aktiviti hiking di Malaysia, FRIM merupakan destinasi pilihan paling kerap dikunjungi di Semenanjung Malaysia. Ini kerana lokasinya yang mudah untuk dicari. Hutan simpan ini terletak betul-betul di pinggir Kepong, tidak jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur.
Sumber: @malaysiaasia
Tiada kawasan pendakian curam yang berbahaya atau laluan batu yang mencabar, hanya sekadar untuk bersantai di bawah pepohon hutan yang menghijau sambil menghirup udara segar.
Sumber: @rawlyte
The Rover Track ialah salah satu laluan yang paling popular dan jika ini merupakan kali pertama anda untuk mencuba aktiviti mendaki, tentunya di sinilah anda ingin bermula. Namun, ambil perhatian bahawa laluan FRIM direka bersesuaian dengan keadaan untuk penduduk setempat jadi terdapat papan tanda untuk membantu pengunjung mencari laluan yang betul.
Sumber: @haswanirazak, azwan_yusoff79
Gunung Datuk terletak di kawasan hutan berbukit Negeri Sembilan, kira-kira satu jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur. Berbanding dengan kebanyakan laluan pendakian popular lain yang terdapat di dalam senarai ini, laluan Gunung Datuk adalah lebih mencabar.
Sumber: xiaoken0917
Para pendaki juga harus lebih bersedia menghadapi pendakian lengkap yang akan memakan masa kira-kira tujuh jam (pergi dan balik). Laluan ini dikatakan lebih mencabar kerana ia menampilkan campuran cerun yang agak merbahaya dan keadaan cerun yang berbatu namun dilengkapi pemandangan yang menghijau di sepanjangan perjalanan.
Sumber: @azraqraihan
Walaupun pendakian ini bakal memberikan cabaran yang kuat juga kepada anda, tetapi apabila anda sampai di puncak, pemandangan panorama bandaraya Rembau yang cukup menarik menanti ada.
Sumber: @yusuffffffffffffffffffff
Gunung Kinabalu merupakan satu destinasi yang tidak asing lagi. Ia adalah gunung tertinggi di Malaysia dan puncak ketiga tertinggi di Asia Tenggara. Apabila anda bercakap tentang aktiviti mendaki di Malaysia, tentunya destinasi Gunung Kinabalu perlu ada di dalam senarai tempat mendaki yang wajib anda kunjungi. Terletak di Taman Negara Kinabalu (juga merupakan destinasi jungle trekking popular di Malaysia), Gunung Kinabalu merupakan laluan pendakian yang paling mencabar di Malaysia.
Sumber: @tanirahtanin
Tempahan untuk aktiviti pendakian yang anda rancang juga perlulah ditempah terlebih dahulu dengan syarikat pelancongan atau mana-mana agensi pendakian yang diiktiraf bagi memastikan keselamatan anda di sepanjang perjalanan terjamin, terutamanya kepada mereka yang baru sahaja mahu mencuba aktiviti hiking. Namun, apa yang menarik ialah di sepanjang laluan pendakian, anda akan dapat menikmati keindahan semula jadi flora dan fauna Malaysia, sebelum benar-benar terpesona dengan pemandangan yang tiada tandingan di puncak gunung.
Sumber: @shrulidzr, @noorazlin79
Bukit Broga, yang terletak di bandar Semenyih, Selangor, adalah salah satu tempat kegemaran peribadi saya untuk mendaki di Malaysia. Laluan mendakinya tidak begitu sukar tetapi tentunya merupakan salah satu tempat yang terbaik untuk melihat pemandangan matahari terbit di Malaysia.
Sumber: @alea_film
Tentunya anda perlu membawa lampu suluh dan air yang mencukupi sebagai bekalan sebelum memulakan aktiviti pendakian. Walaupun dikatakan laluan pendakian agak lancar (dengan hanya beberapa laluan berbatu di sepanjang jalan), anda masih mahu menggunakan kasut yang selesa dan bersesuaian untuk mendaki.
Sumber: @linda_mahadzir
Merupakan laluan pendakian yang juga terletak di Semenyih, Gunung Tok Wan adalah gunung curam yang lokasinya hanya di seberang laluan mendaki Bukit Broga. Percayalah, lokasi ini boleh dikatakan sebagai salah satu laluan mendaki yang paling sukar di Malaysia, terutamanya kerana laluannya bermula di puncak Bukit Broga itu sendiri!
Sumber: @erywanie02
Anda cukup bernasib baik kerana jarak antara puncak Bukit Broga ke Gunung Tok Wan hanya kira-kira 200 meter sahaja dan anda sepatutnya boleh sampai ke sana dalam masa satu jam. Di puncak gunungm anda akan dapat menikmati hamparan suasana indah Bukit Broga dan bandar Semenyih yang menjanjikan panorama yang sangat menakjubkan.
Sumber: @__chiumin__, @christine_lovehomemade
Penang hill boleh dikatakan sebagai antara destinasi yang kurang mendapat tempat di hati penggemar tegar aktiviti mendaki ini. Tetapi ianya merupakan lokasi pelancongan yang tidak asing lagi bagi para pelancong tempatan dan luar negara.
Sumber: @_ayie_smile_keke
Laluannya adalah kira-kira 11 kilometer panjang dan mengambil masa selama lebih kurang lima jam untuk dilengkapkan satu pendakian. Ianya agak curam dan tidak ditandakan dengan baik, namun ianya menjanjikan pemandangan yang cukup indah dari puncak gunung sekiranya anda berjaya sampai ke atas. Bersedialah untuk meredah laluan hutan tebal yang tentunya merupakan salah satu ciri unik laluan pendakian ini berbanding dengan yang lain.
Sumber: @sitinadiaa__
Gunung Angsi adalah salah satu laluan mendaki yang paling mudah di Malaysia. Ketinggiannya tidak lebih daripada 825 meter dan ia tidak akan mengambil masa lebih daripada satu jam setengah untuk anda sampai ke puncak.
Sumber: @ngeh.an
Tidak kira laluan mana yang anda pilih, yang pasti anda akan tiba di puncak gunung yang sama. Puncak Gunung Angsi merupakan kawasan lapang yang sangat cantik di mana anda boleh berbaring di atas tanah sambil menghirup udara nyaman ditemani bunyian alam yang mendamaikan.
Sumber: @cheqeem. @haren.lim
Walaupun pemandangan di puncak gunung ini tidak setanding seperti kawasan mendaki lain di Malaysia, ia tetap menjanjikan anda pengalaman pendakian santai dan bersahaja yang boleh menenangkan fikiran anda.
Sumber: @chaiiiweiii
Bukit Chenuang terletak berhampiran Hulu Langat, Selangor dan merupakan salah satu destinasi pilihan bagi penggemar tegar aktiviti mendaki di Malaysia.
Sumber: @beautiful_stroy. @nrlshazhana
Anda akan mengambil masa kira-kira empat jam untuk sampai ke puncak tetapi kurang daripada empat jam untuk turun semula.
Sumber: @muhamaddausazman
Destinasi pilihan untuk aktiviti mendaki seterusnya tidak lain dan tidak bukan ialah puncak gunung tertinggi di Johor iaitu Gunung Ledang yang juga dikenali sebagai Mount Ophir.
Sumber: @james_craig90, @hafizaridin
Jarak pemanduan yang singkat dari Kuala Lumpur ke Gunung Ledang ini menyajikan pemandangan semula jadi yang cukup menakjubkan. Pendaki yang fit dan sudah biasa dengan aktiviti mendaki melalui laluan yang mencabar boleh sampai ke puncak gunung hanya dalam masa kurang daripada enam jam.
Sumber: @voyagefox_. @legendary_warrior_unicorn
Taman Eco Rimba yang letaknya di dalam Hutan Simpan Bukit Nanas merupakan antara tempat hiking popular di Malaysia. Lokasinya hanya 3km dari pusat bandar antara tarikan utama lokasi ini bagi mereka yang menggemari aktiviti mendaki.
Sumber: @adityamako
Apa yang lebih menarik, selain daripada masuk adalah percuma, taman ini merupakan habibat flora dan fauna yang unik disertakan dengan kehijauan alam yang mendamaikan.
Sumber: @adschumi, @jules.travelogue
Laluannya agak berbeza berbanding dengan lokasi yang lain dan mempunyai cabarannya yang tersendiri. Namun pasti berbaloi sekiranya anda sampai ke puncaknya.
Sumber: @jg.justhike
Gunung Pulai mempunyai ketinggian 654 meter dan merupakan salah satu hutan simpan kekal negara. Jarak trek adalah sepanjang 6km dan pendaki dijangka akan mengambil masa selama empat jam pergi dan balik sepanjang pendakian.
Sumber: @zamiramli,
Dan inilah antara 12 lokasi hiking paling popular di Malaysia, menyajikan pemandangan alam semula jadi dan landskap yang cukup cantik dan mempesonakan kepada para penggemar aktiviti lasak ini. Yang mana satu menjadi lokasi pilihan anda yang ingin anda cuba dan sahut sebagai cabaran? Beritahu kami!|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |