36 Tempat Menarik Untuk Family Day Di Malaysia Buat Seisi Keluarga


Cuba anda pejamkan mata dan hentikan seketika segala kerja dan tatapan media, hanya anda dan fikiran sendiri. Bayangkan ketenangan hutan belantara yang menjadi laluan sungai, diselang-seli dengan bunyi burung yang berterbangan. Rasa lega?
Ingin menikmati kedamaian ini dengan lebih lama lagi bersama keluarga yang tersayang? Inilah antara yang dijanjikan oleh kebanyakan tempat menarik yang disenaraikan di dalam artikel ini.
Selain keindahan tropika, tempat-tempat yang terdapat dalam senarai ini juga menawarkan keseronokan luar biasa taman tema dan lokasi yang padat dengan aktiviti yang memacu adrenalin.
Apa yang ingin lakukan bersama keluarga? Semoga artikel ini dapat memberi inspirasi untuk anda merancang family day yang terindah dan sukar dilupakan. Tanpa membuang masa lagi, ini adalah senarai 36 tempat menarik untuk family day di Malaysia.
36. Twinkle Villa Janda Baik Twinkle Villa Janda Baik adalah sebuah villa dengan 4 buah bilik tidur yang terletak di kawasan tenang, dikelilingi oleh keindahan alam sekitar. Cuaca di sini cukup dingin dengan udara yang segar walaupun terletak tidak jauh dari bandar.
Penginapan dengan kualiti yang bertaraf 5 bintang ini pernah mendapat anugerah ‘PAM Awards 2017 Gold – Building of the Year’ dan juga ‘TIDA International Home Design.’ Sebaik memasuki halaman villa ini, anda akan terpandang sebuah bangunan yang memang lain daripada yang lain designnya, cukup unik.
Hiasan dalamannya juga kelihatan sungguh mengujakan, ruangan dalam rumah ini dilimpahi dengan cahaya natural melalui gelas kaca yang luas dari lantai ke siling, batu-batu juga turut digunakan pada banyak sudut rumah untuk menambahkan rasa dingin.
Baca: 29 Tempat Menarik Di Janda Baik
Ingin memasak makanan sendiri? Anda boleh menggunakan dapurnya yang cukup luas dengan pemandangan pokok-pokok menghijau di luar. Pendek kata, setiap ruang di rumah ini direka dengan teliti supaya anda dapat menikmati ruang yang lapang dalam suasana yang santai.
Alamat: Tanarimba, Janda Baik, Bentong, Pahang
Harga: Dari RM1800+ Semalaman
35. MaliHom Private Estate MaliHom Private Estate menawarkan beberapa jenis penginapan yang masing-masing memiliki keistimewaan tersendiri yang mana anda dapat melihat panorama yang menakjubkan. Dihias dengan konsep tradisional, dalam masa yang sama ianya tetap lengkap dengan pelbagai kemudahan moden.
Sepanjang penginapan di sini anda boleh merehatkan badan sambil menikmati urutan, kemudian meluangkan masa mengisi minda dengan membaca buku di sudut bacaan.
Pada waktu petang pula anda sekeluarga boleh terjun ke kolam renang untuk menyegarkan badan sambil menikmati pemandangan bukit-bukau yang menghijau.
Alamat: Kiri NT 168, Jalan Bukit Penara, Mukim 6, 11000 Balik Pulau, Penang
Harga: Dari RM640+ Semalaman
34. Fig Tree Hill Resort, Penang Fig Tree Hill Resort menawarkan pengalaman penginapan yang elegan untuk di tengah-tengah hutan hujan tropika. Bilik-bilik atau lodge yang terdapat di resort ini cukup luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga.
Rekaannya juga unik, dihias dengan pelbagai barangan atau perabot antik untuk mewujudkan atmosfera kedesaan. Penginapannya juga lengkap dengan kemudahan karaoke. Menyanyilah sepuas hati kalau bercuti di sini nanti ya?
Bukan sekadar memiliki suasana dan kemudahan yang menarik, layanannya juga tidak mengecewakan. Sarapan pagi di resort ini boleh dihantar ke ruang patio di mana anda boleh menikmati makanan sambil menghirup udara segar dan melihat pemandangan alam semula jadi yang mempesonakan.
Di samping itu, kedudukan resort ini juga cukup menarik kerana terletak bersebelah dengan air terjun dan sungai, bolehlah anda rancang untuk berkelah kalau menginap di sini nanti.
Alamat: off Jalan Kenari, mkm 10, Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas
Harga: Dari RM390+ Semalaman
33. Baruh Glamping Melaka Sumber: @thebaruhglamping Hari keluarga tidak semestinya dilakukan di taman tema atau di hotel mewah. Hari keluarga ialah aktiviti yang bertujuan mengeratkan hubungan bersama keluarga disamping merehatkan minda.
Jika anda inginkan aktiviti yang dekat dengan alam semula jadi, bawalah keluarga anda berkhemah. Namun begitu, bukan mudah untuk membawa keluarga yang terdiri dari anak kecil dan warga emas berkhemah. Banyak perkara yang perlu diambil kira seperti kemudahan tandas dan keselamatan ketika berkhemah. Semua itu dapat diatasi jika anda pergi glamping, yang kini menjadi fenomena baru percutian keluarga.
Sumber: @thebaruhglamping Baruh Glamping di Melaka menyediakan satu percutian berupa perkhemahan yang selesa dan selamat. Terletak di tepi pantai, khemah-khemah yang disediakan amat luas dan selesa untuk penginapan keluarga. Khemah-khemah ini mempunyai kipas, penghawa dingin (mengikut jenis khemah) dan katil.
Aktiviti yang disediakan di sini ialah BBQ, menunggang ATV, bermain mini golf, memanah dan bermain congkak. Anda juga boleh merancang aktiviti sendiri seperti sukaneka bersama keluarga. Baruh glamping juga menyediakan sarapan tepi pantai yang dinamakan breakfast seabreeze. Makan sarapan pagi di atas hamparan tikar sambil merasai angin laut di pagi hari. Bolehlah anda masukkan Baruh Glamping dalam senarai lokasi hari keluarga seterusnya.
Alamat: 1923, Jalan Teluk Gong, Pengkalan Balak 78200 Melaka
32. Belum Rainforest Resort Penginapan indah dengan kesegaran hutan hujan mencecah jutaan tahun mengelilinginya, Belum Rainforest Resort adalah penginapan yang sungguh menakjubkan untuk anda yang ingin bersatu dengan alam semula jadi yang menjanjikan ketenangan minda dan oksigen segar untuk menyegarkan badan.
Pemandangan yang disajikan juga tidak kurang menariknya di mana anda boleh menikmati sama ada panorama tumbuhan menghijau ataupun tasik yang tenang dari penginapan.
Teringin untuk menginap di sini? Anda boleh memilih daripada beberapa jenis penginapan menarik yang ditawarkan iaitu sama ada bilik yang luas, chalet traditional, villa ataupun houseboat.
Ya, Belum Rainforest Resort turut menawarkan pakej penginapan houseboat. Sepanjang penginapan di houseboat ini, aktiviti telah diatur supaya setiap saat yang diluangkan terisi dengan perkara yang menyeronokkan.
Sepanjang berada di sini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti berkayak, meredah hutan, berenang di kolam renang infiniti, membaca di ruang bacaan, bermain boardgames, memancing, nature walk dan banyak lagi.
Alamat: Pulau Banding, 33200 Gerik
Harga: Dari RM399+ Semalaman
31. Chengal Hill Retreat Janda Baik Sumber: Chengal Hill Retreat Chengal Hill Retreat Janda Baik menawarkan beberapa jenis penginapan berbeza iaitu dorm yang dapat memuatkan sehingga 9 orang penginap, sebuah chalet air, dua buah chalet di tepi sungai dan rumah terapung yang dipanggil Apachi.
Selain ini semua, Chengal Hill Retreat Janda Baik turut lengkap dengan tapak perkhemahan dan tawaran penginapan glamping. Mana satu pengalaman yang ingin dicuba masa bercuti nanti?
Sepanjang penginapan di sini, anda boleh bermandi-manda di kawasan sungai yang indah sambil menikmati bunyi air terjun yang menyegarkan halwa telinga. Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah berbasikal, berjungle trekking, menaiki 4×4 dan memanah.
Dah puas beraktiviti, bolehlah berehat membaca novel kegemaran di dalam gazebo yang disediakan. Nak lagi best? Anda boleh berbbq sambil menikmati pemandangan indah yang sentiasa terhidang di depan mata.
Alamat: Lot 8537 Kuala Lurah, Kampung Janda Baik Pahang, Pahang
30. The Dusun The Dusun adalah sebuah resort yang terletak di dalam kawasan dusun berkeluasan 12 ekar. Kedudukannya juga tidak jauh dari Kuala Lumpur yang hanyalah sekitar 1 jam 15 minit.
Lokasi The Dusun yang terletak pada kedudukan 800 kaki dari paras laut di kaki bukit Banjaran Titiwangsa ini menjanjikan udara segar yang mustahil dapat dirasai di KL.
Lebih-lebih lagi dengan kewujudan Hutan Simpan Berembun yang berdekatan dengannya, segarnya udara dan kehijauan pemandangan di sini dapat ‘menyembuhkan’ kembali kesihatan yang dinodai pencemaran kota.
Sepanjang penginapan di sini, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti 2 buah kolam renang infiniti, kolam renang kanak-kanak, dapur yang lengkap dengan kemudahan memasak, ruang bbq pada setiap guesthouse dan banyak lagi.
Antara aktiviti yang boleh dirancang untuk dilakukan di sini adalah berjungle trekking (jurupandu disediakan), bermandi-manda di kolam renang, menyertai kelas memasak masakan Minangkabau, belajar fotografi, mendapatkan urutan tradisional, memberi rusa makan, dan melawat banyak tarikan menarik lain yang terletak berdekatan dengan penginapan ini.
Harga Penginapan: Dari RM400+ Semalaman
Alamat: 3437, Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
29. Taman Tema Lost World of Tambun Sumber: Lost World Of Tambun Agak-agak bagaimanalah reaksi anak-anak bila dapat tahu yang anda akan membawa mereka bercuti di taman tema? Bukan sekadar singgah, tapi bermalam lagi tu! Salah satu taman tema yang menawarkan penginapan adalah Taman Tema Lost World of Tambun yang terletak di Ipoh.
Bukan sedikit tarikan yang ada di sini, tapi bermacam-macam! Antaranya adalah waterpark, amusement park, petting zoo, tin valley, tiger valley, adventure park dan banyak lagi!
Taman tema ini bukan sahaja menawarkan keseronokan di siang hari, pada waktu malamnya pula anda boleh melawat Night Safari untuk melihat kelibat-kelibat haiwan nokturnal yang wujud di sini.
Tak cukup lagi? Anda juga boleh melakukan aktiviti yang lebih santai seperti mendapatkan rawatan spa, berendam di dalam kolam renang infiniti, bermandi-manda di Crsytal Pool yang dicahayai warna-warni bak kristal indah pada waktu malam, bersauna dan banyak lagi!
Bayaran Aktiviti: Dewasa RM85 | Kanak-Kanak RM77
Alamat: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
28. Sunway Lagoon Theme Park Inginkan keseronokan seperti di Taman Tema Lost World of Tambun tanpa perlu travel jauh dari KL? Jom bercuti di Sunway Lagoon Theme Park!
Sebuah tarikan yang bukan calang-calang, dengan lebih daripada 90 tarikan berbeza, kawasan berkeluasan 88 ekar ini adalah sebuah taman tema tergempak di Malaysia dengan 6 zon berbeza iaitu Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park dan Nickelodeon Lost Lagoon yang juga merupakan taman tema Nickelodeon yang pertama di Asia.
Memang sah tak cukup sehari untuk berseronok bersama keluarga di sini, oleh sebab itu, ada banyak pakej penginapan + taman tema yang boleh anda dapatkan kalau anda memilih untuk menginap dengan hotel di sekitarnya iaitu sama ada  Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Pyramid Hotel atau Sunway Clio Hotel. Apa lagi? Belek-beleklah promosi sekarang!
Harga Pakej Penginapan + Sunway Lagoon Theme Park: Dari RM782+ Semalaman
Alamat: Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
27. Chalet Warisan Hati Rimba Sumber: Bong Michael Mendambakan ketenangan sebenar yang mustahil didapati di bandar? Penyelesaiannya adalah dengan menghabiskan cuti anda di Chalet Warisan Hati Rimba.
Dikelilingi oleh alam hijau hutan rimba dan kolam yang diairi dengan air yang segar dari bukit, di sinilah anda sekeluarga dapat mengembalikan kesegaran fikiran dan membersihkan segenap rongga badan dari noda pencemaran kota.
Jangan terkejut, lokasinya sebenarnya tetap di dalam kawasan kota iaitu hanyalah di belakang Zoo Negara di Hulu Klang, KL. Baru tahu? Ini memang betul-betul khazanah alam yang tersembunyi.
Bercakap mengenai penginapannya, Chalet Warisan Hati Rimba menawarkan 8 buah chalet, tapak perkhemahan dan juga sebuah dewan serbaguna. Untuk aktiviti, anda boleh berkaraoke, berbbq, berjungle trekking atau menaiki ATV (mengikut permintaan).
Alamat: Kampung Kemensah, Hulu Klang 68000 Kuala Lumpur (Belakang Zoo Negara)
26. Melaka Wonderland Theme Park & Resort Sumber: Melaka Wonderland Theme Park & Resort Melaka Wonderland Theme Park & Resort adalah sebuah taman tema dan resort air yang terletak di Ayer Keroh Melaka.
Bayaran masuk ke dalam taman tema ini tersangatlah murah jika dibezakan dengan taman tema lain yang hampir mencecah RM100. Kalau nak bercuti dalam harga bajet tapi tetap dapat menikmati keseronokan luar biasa, inilah salah satu pilihan terbaik anda.
Untuk pengetahuan anda, taman tema ini menawarkan 12 tarikan berbeza seperti Tornado Chaser, Lazy River, 1 Big Wave Pool, Adventure Island, Kamikaze Racer, Taman Dinasour dan banyak lagi! Nak buat aktiviti lebih chill? Anda boleh menaiki e-scooter yang disediakan di sini untuk makan angin sekitar taman tema.
Yang menariknya lagi, anda dapat menikmati kesemua tarikan ini sambil menghirup udara segar kerana dikelilingi oleh hutan rekreasi yang berkeluasan 360 hektar.
Harga Penginapan: Dari RM260+ Semalaman
Bayaran Aktiviti: Dewasa Dari RM37.90 | Kanak-Kanak Dari RM30.60
Alamat: Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
25. Eco Berembun Resort Sumber: EcoBerembun Homestay Kuala Pilah Penginapan yang pasti dapat memuaskan jiwa adventure anda sekeluarga. Di Eco Berembun Resort, anda dapat bersatu dengan alam semula jadi di samping merasai kehidupan tradisional Melayu.
Eco Berembun Resort menawarkan 5 buah chalet yang dapat memberikan keselesaan kepada sehingga 13 orang pelawat pada satu-satu masa. Kemudahan lain yang disediakan adalah gazebo, kolam renang, kolam ikan, bbq pit serta kawasan lapang untuk melakukan pelbagai aktiviti.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti mengutip telur itik yang ditawarkan pihak resort, bila lagi nak cuba buat aktiviti unik ni kan? Teringin makan lemang, dodol atau macam-macam lagi makanan klasik lain? Boleh diatur dengan pihak resort. Pengalaman yang memang betul-betul klasik!
Lokasinya, terletak hanyalah 5 minit dari Ulu Bendul sekiranya anda ingin melawat kawasan air terjun dan berjungle trekking.
Harga Penginapan: Dari RM100+ Semalaman
Alamat: Kuala Pilah, Negeri Sembilan
24. Dusuntara Jungle Resort Sumber: dusuntarajungleretreat.com Berlokasi kurang 1 jam dari Kuala Lumpur, Dusuntara adalah sebuah destinasi indah yang tersembunyi menanti untuk diterokai.
Terletak di kaki bukit Genting Highlands yang dikelilingi oleh hutan tropika Batang Kali, Dusuntara adalah sebuah penginapan mesra alam yang wajib dilawati walau sekali dalam seumur hidup.
Dusuntara Jungle Resort menawarkan 2 buah chalet kayu berkonsep desa yang lengkap dengan penyejuk udara, beberapa bilik deluxe, bilik penginapan yang menghadap kolam renang dan banyak lagi.
Antara tarikan menarik yang terdapat di sini adalah kolam memancing air tawar, kolam renang dengan jakuzi, kemudahan bbq, peralatan memasak dan lain-lain lagi.
Alamat: Dusuntara Jungle Resort, Batang Kali, Selangor
23. Tadom Hill Resort Sumber: Tadom Hill Resort Aktiviti apa yang anda rasa nak cuba? Bermacam-macam fasiliti menyeronokkan menanti di Tadom Hill Resort.
Antara aktviti yang boleh dilakukan adalah menaiki ATV, berbbq, membina rakit buluh, berflying fox, bergayut pada tali tarzan dan terjun ke dalam tasik, bermain sumpit, memanah dan banyak lagi!
Tak cukup sehari berseronok bersama keluarga di sini? Anda boleh memilih daripada bermacam jenis penginapan yang disediakan yang mana kesemuanya diperbuat daripada buluh dengan nama-nama seperti Hakka Village, Gendui Chalets, Astana Ninik Chalets, Bamboo Hut, Hammock Spheres, Bamboo Tents dan Eco Tents.
Berlokasi hanyalah dalam sekitar 45 minit dari KL, Tadom Hill merupakan sebuah tarikan yang menjadi tarikan ramai warga kota.
Harga Penginapan: Dari RM65+ Semalaman
Bayaran Aktiviti: Dari RM22+
Alamat:No.2, Jalan Bukit Tadom, (Kampung Orang Asli) Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor
22. Hounon Ridge Farm Sumber: Gene Photography Ingin sentiasa ditemani dengan pemandangan yang mengujakan? Menginaplah di Hounon Ridge Farm.
Dari sini anda dapat menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam yang terindah pernah disaksikan dalam kehidupan. Bila malam kunjung tiba, anda boleh menikmati pemandangan bintang-bintang yang berkelipan dengan banyaknya di langit malam.
Aktiviti lain yang sering dilakukan di sini adalah bercamping, hiking, mendaki gunung, berbbq dan lain-lain lagi.
Harga Penginapan: Dari RM30+ Semalaman
Alamat: Kg. Himbaan, Bundu Tuhan, 89308 Ranau, Sabah
21. Ratu Rening Residency Sumber: RatuRening Hilang segala beban di jiwa dan masalah yang sering berlegar di fikiran sebaik memandang Ratu Rening Residency yang terletak di kaki bukit Genting Highland ini.
Dikelilingi oleh sungai yang mengalir tenang, Ratu Rening Residency menawarkan dua penginapan iaitu Dusun Raja dan Sekebun Bunga.
Dusun Raja menempatkan beberapa buah rumah yang dibina di sekitar kolam dan disempurnakan lagi dengan pokok-pokok yang mekar membuah.
Penginapan Sekebun Bunga pula dikelilingi oleh taman bunga di sepanjang sungai yang mengalir dengan segar. Mana satupun penginapan yang dipilih, anda bakal terpesona dengan keindahannya.
Antara fasiliti yang disediakan adalah gelanggang badminton, bbq pit, ruang makan yang terbuka, taman, tapak bon-fire, kolam untuk berenang dan banyak lagi (bergantung kepada penginapan yang dipilih).
Harga Penginapan: Dari RM1500+ Semalaman
Alamat: Kampung Hulu Rening, Batang Kali, 44300 Selangor
Lihat Senarai Tempat Menarik Terbaik Di Malaysia Mengikut Negeri
20. Lata Sri Pulai Sumber: Lata Seri Pulai Lata Sri Pulai menawarkan 2 buah banglo yang lengkap dengan kolam renang yang luas.
Banglo yang pertama lengkap dengan 4 buah bilik dan 3 bilik air, dapur yang lengkap dengan kemudahan memasak, ruang makan outdoor, dan yang bestnya, kesemua bilik lengkap dengan aircond.
Untuk banglo yang kedua pula memiliki 3 buah bilik tidur dan 2 bilik air. Ruang lain adalah ruang tamu dan beranda untuk anda bersantai menikmati angin luar.
Fasiliti yang dapat digunakan untuk menjadikan percutian lebih bermakna adalah kolam renang yang luas, kolam memancing yang dipenuhi dengan ikan talapia, kemudahan bbq dan tawaran aktiviti berbasikal.
Bayaran Aktiviti: Dewasa RM 15 | Kanak-Kanak RM10
Alamat: No. 4 Kampung Melayu Raya, Jln Rizab 1, 81500 Pekan Nanas, Johor
19. Colmar Tropical French Theme Sumber: Architecture Colmar Tropical French Theme adalah sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di puncak Bukit Tinggi dengan gaya seni bina Perancis daripada kawasan perkampungan klasik Riquewihr, Turckheim dan Kaysersberg.
Sepanjang penginapan di sini, banyak aktiviti menarik yang menanti anda sekeluarga dan salah satunya adalah aktiviti menunggang kuda menempuhi kawasan berbukit, hutan hujan tropika, kawasan perkampungan dan lembah-lembah. Aktiviti lain adalah seperti bermain golf, flying fox, canopy walk, paintball, rock climbing dan lain-lain lagi.
Untuk aktiviti yang lebih santai, anda boleh mendapatkan rawatan spa tatami yang disediakan di hotel ini.
Harga Penginapan: Dari RM201+ Semalaman
Alamat: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
18. Chalet Sungai Bil Cool Spring Sumber: Irisz Zharra Beauty & Health Ingin memberikan pengalaman yang berbeza kepada ahli keluarga semasa bercuti? Pilihlah untuk meluangkan waktu percutian di Chalet Sungai Bil Cool Spring.
Nak lagi rare, anda boleh memilih untuk menginap dalam khemah yang disediakan. Bukan je murah, anak-anak pasti excited dapat mencuba sesuatu yang baru seperti pengalaman berkhemah ni.
Andai kata anda inginkan lebih keselesaan, Chalet Sungai Bil Cool Spring turut menawarkan penginapan jenis chalet ataupun dorm. Semuanya dalam tawaran harga yang sangatlah murah.
Untuk aktiviti yang ditawarkan pula, antara yang boleh dilakukan sepanjang penginapan di sini adalah seperti berbbq, bermandi-manda di sungai, water tubing, mencuba blowpipe, menaiki rakit buluh dan banyak lagi aktiviti lain yang dapat dibuat sambil menikmati udara segar dan mendengar bunyi aliran air sungai.
Harga Penginapan: Dari RM10+ Semalaman
Alamat:Tapak Perkhemahan dan Chalet di Sungai Bil Cool Spring, Tanjung Malim, Perak
17. Gold Coast Morib International Resort Gold Coast Morib International Resort menawarkan 400 buah bilik penginapan yang terdiri daripada studio dengan 2 buah katil atau sebuah katil, apartment dengan 2 atau 3 buah bilik serta penthouse.
Kemudahan yang boleh dimanfaatkan untuk memaksimakan keseronokan menginap di sini adalah kolam renang yang lengkap dengan gelongsor-gelongsor yang dapat memacu adrenalin. Ya, bukanlah kolam renang biasa, kerana apa yang ditawarkan di sini adalah taman tema air yang meriah dengan pelbagai jenis tarikan.
Aktiviti lain yang boleh dicuba adalah berkayak di lautan, flying fox, bermain high rope dan banyak lagi!
Harga Penginapan: Dari RM160+ Semalaman
Alamat:  PT. 294, Kawasan Kanchong Laut, Mukim Morib, 42700 Banting, Selangor
16. Refarm Leisure Farm Sumber: Re Farm Refarm Leisure Farm adalah sebuah ladang rekreasi yang berkeluasan 26 ekar yang terletak di Kampar, Perak. Hanyalah 4 km dari kawasan pekan.
Tarikan ini dikelilingi oleh hutan dan bukit-bukau yang menyalurkan oksigen segar kepada tubuh badan. Daripada kawasan bukit dan hutan inilah air disalurkan ke ladang untuk mengairi tanaman dan sebagai sumber air kepada haiwan ternakan. Segalanya organik!
Di sini, anda dapat melihat kehidupan dalam kawasan ladang yang mustahil dapat dilihat di bandar. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan “farm-to-table” yang sememangnya segar dan menyihatkan! Ya, fresh dari ladang!
Aktiviti lain yang ditawarkan di sini adalah bermandi-manda di kolam renang air semula jadi, berbasikal, menangkap ikan, memberi haiwan makan, bermain layang-layang, menaiki bot pedal, berjungle trekking, bercamping dan banyak lagi.
Harga Penginapan: Dari RM100+ Semalaman
Alamat: Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Perak
15. A’ Famosa Resort Terletak di dalam kawasan yang berkeluasan 1300 ekar di Alor Gajah, A’ Famosa Resort adalah sebuah lokasi percutian yang dikelilingi oleh keindahan bukit-bukau.
Memilih ini sebagai destinasi untuk dilawati bersama keluarga adalah satu pilihan terbaik yang pernah anda buat. Ini kerana, bukan sedikit tarikan yang ada di sini, selain taman tema air yang padat dengan bermacam permainan menyeronokkan, A’ Famosa turut memiliki taman safari, Equestrian Club, ladang ayam dan banyak lagi!
Untuk penginapannya pula, A’ Famosa Resort menawarkan penginapan jenis bilik, kondo dengan 2 / 3 bilik dan villa dengan 2 bilik (beserta jakuzi) atau villa dengan 4 buah bilik.
Harga Penginapan: Dari RM193+Semalaman
Bayaran Aktiviti: Dari RM30+
Alamat: A’Famosa Resort, Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka
14. Umang-Umang Resort Sumber: Abdul Quddoos Berhadapan dengan pantai, Umang-umang Resort adalah penginapan idaman sesiapa sahaja yang merindukan bayu laut yang sentiasa bertiupan.
Antara kemudahan yang boleh digunakan sepanjang penginapan di sini adalah padang permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan, padang untuk permainan volleyball dan lain-lain lagi.
Pihak chalet juga ada menyediakan pakej memancing, aktiviti team building, lokasi majlis perkahwinan dan bermacam lagi acara lain.
Harga Penginapan: Dari RM120+ Semalaman
Alamat: Umang-Umang Chalet ( Hermit Crab Chalet ) Lot 602, Batu 31, Bukit Darat, Pantai Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka
13. Kampungstay Desa Murni Sumber: Kampung Stay Desa Murni Kampungstay Desa Murni yang terletak hanyalah 15 minit dari tol Temerloh ini adalah salah satu destinasi percutian bersama keluarga yang menjadi pilihan ramai.
Berkonsepkan kampung tradisional, di samping dapat menggamit nostalgia, Kampungstay Desa Murni turut menawarkan banyak aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga.
Antara fasiliti yang disediakan adalah kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan permainan tradisional. Untuk aktiviti yang lebih santai pula, anda boleh mendapatkan rawatan spa, sauna, bekam, memancing, mencanting batik dan banyak lagi!
Perut dah mula berkeroncong? Jangan lepaskan peluang untuk mencuba ikan patin yang dihidangkan di sini, memang pergh!
Alamat: Kampong Stay Desa Murni, Lot 1674, Jalan Homestay, Desa Murni Sanggang, 28020 Temerloh, Pahang
12. Agrofarmstay Sumber: Agrofarmstay at Skill-Tech Nak buat sambutan hari keluarga besar-besaran? Jom ke Agrofarmstay. Berlokasi di Durian Tunggal, resort ini menawarkan bermacam jenis penginapan berbeza untuk memuatkan seramai mana pun ‘kontinjen’ percutian anda.
Antaranya adalah resort River View yang lengkap dengan 10 katil, D’ Lodge dengan 6 katil, Garden View dengan 8 katil dan yang paling luas sekali adalah Villa yang lengkap dengan 14 buah katil.
Fasiliti yang terdapat di sini pula adalah seperti bbq pit, kolam renang, bilik karaoke, pet house, surau, padang lapang untuk aktiviti, kemudahan berkayak, tempat memancing, obstacle course, pondok nipah serta taman herba.
Harga Penginapan: Dari RM103+ Semalaman
Alamat: Agrofarmstay @Skill-Tech, Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong / Machap, 76100 Durian Tunggal, Melaka
11. Desa Damai Chalet Sumber: Desa Damai Chalet Terkenal dengan aktiviti snorkeling dan menunggang kuda, jika ini antara aktiviti yang terlintas di fikiran anda untuk dilakukan bersama keluarga, menginaplah di Desa Damai Chalet.
Selain menawarkan aktiviti yang menyeronokkan, pemandangan di sekitar Desa Damai Chalet juga cukup sedap dipandang. Mana tidaknya, rumah-rumah kayu chalet ini kelihatan begitu cantik seperti sebuah kawasan perkampungan mini.
Lokasinya yang terletak berdekatan dengan pantai adalah salah satu point penting untuk anda book chalet ni. Banyak aktiviti pantai dan makanan laut yang menanti.
Harga Penginapan: Dari RM160+ Semalaman
Alamat: ECO-GREEN @ Desa Damai Chalet, Lot 1681, Batu 22 1/2, Kampung Hailam, Pengkalan Balak
10. Rumah Kebun Sumber: Rumah Kebun Berkonsepkan rumah kebun, seperti namanya “Rumah Kebun,” adalah sebuah homestay yang terletak di Hulu Langat, Selangor.
Sepanjang penginapan, anda sekeluarga dapat menikmati mandian menyegarkan daripada kolam yang diairi dengan air semula jadi yang berasal daripada sungai yang mengalir di sini. Bukan itu sahaja, dengan sedikit pendakian dari kawasan homestay, anda boleh sampai ke kawasan air terjun yang keindahannya sangat mengujakan.
Penginapannya, dihias dengan gaya kedesaan atau ‘rustic’ menggunakan perabot-perabot kayu. Atmosferanya, sungguh comfy.
Bayangkanlah bangun dari tidur dengan pemandangan sekitar bilik yang sedap dipandang dan udara segar tak terkira? Ini pasti akan menjadi destinasi kegemaran anda sekeluarga!
Harga Penginapan: Dari RM200+ Semalaman
Alamat: Rumah Kebun, Kg Sungai Semungkis Batu 14 1/2 Hulu Langat
9. Kepyok Resort Sumber: Kepyok Kepyok Resort adalah satu lagi destinasi dengan sentuhan dekorasi menarik yang wajib anda lawati bersama keluarga. Terletak di Baranang, Selangor, walaupun tidak begitu jauh dari kawasan bandar, ianya dikelilingi oleh kehijauan yang menyegarkan pandangan.
Anda boleh bersantai di luar sambil melihat ikan yang berenang di dalam kolam atau merendamkan badan di dalam kolam renangnya.
Setelah puas menikmati kesegaran mandian, anda boleh relaks di dalam gazebo yang disediakan di atas bukit atau berjalan menikmati pemandangan dan udara segar di halaman resort yang berlanskap indah.
Aktiviti lain yang boleh diakukan adalah memancing ikan di kolam, berbbq, membakar pizza sendiri menggunakan oven batu, mendapatkan rawatan spa dan banyak lagi!
Harga Penginapan: Dari RM680+ Semalaman
Alamat: 1275, B24, Kampung Kuala Pajam, 43700 Beranang, Selangor, 43700
8. Sri Damai Resort Sumber: Sri Damai Resort Merancang untuk menikmati keseronokan dalam suasana kampung dan kedamaian alam semula jadi? Mai singgah ke Sri Damai Resort!
Ada banyak aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga sekiranya anda memilih untuk menghabiskan masa lapang di sini, antaranya adalah memancing ikan di kolam yang turut memiliki spesies ikan rare seperti kelah dan baung, menaiki ATV, melawat ladang rusa, berkelah di tepi air terjun yang hanyalah 5 minit berjalan kaki dari sini, berbasikal, melawat ladang ternakan kambing dan melawat dusun buah.
Dalam banyak-banyak aktiviti ni, mesti ramai yang excited nak bermandi-mandakan? Jangan risau, Sri Damai Resort menawarkan kolam renang dengan 3 tahap kedalaman, menjadikan ianya sesuai untuk dinikmati tanpa mengira usia.
Harga Penginapan: Dari RM150+ Semalaman
Alamat: 640, Kampung Pasir Putih, Kalumpang, 44100 Kerling, Selangor
7. Kuang Kampung Retreat Kuang Kampung Retreat menjanjikan anda pengalaman menginap di dalam rumah kampung yang mewah.
Lengkap dengan ruang tamu, ruang makan, patio, mesin basuh, dapur yang sempurna dengan pelbagai fasiliti, percutian di sini tidak ubah seperti berada di rumah sendiri, tapi suasananya adalah seperti dalam mimpi.
Dikelilingi oleh lanskap hijau yang memulihkan kecerahan mata selepas berhari-hari bekerja di depan laptop, udara segar yang dapat dihirup juga menghilangkan segala kesesakan fikiran. Inilah lokasi terbaik yang patut anda booking untuk memanjakan diri dan keluarga.
Antara fasiliti lain yang boleh digunakan sepanjang berada di sini adalah kolam renang indoor, jakuzi dan kemudahan bbq. Di bahagian depan rumah ini juga terdapat sebuah menara tinjau.
Harga Penginapan: Dari RM1000+ Semalaman
Alamat: Lorong Orkid, Kuang, Sungai Buloh, Sungai Buluh
6. Permai Rainforest Resort Sumber: Permai Rainforest Resort Permai Rainforest Resort adalah resort-eko yang terletak di dalam hutan hujan tropika Borneo di kaki Gunung Santubong. Rekaan resort ini dihasilkan dengan penuh teliti untuk mengurangkan impak kepada alam semula jadi yang mekar di sekitarnya.
Antara jenis penginapan yang ditawarkan di sini adalah rumah atas pokok / tree house, rumah kabin di bawah pokok, kabin satu tingkat, kabin 2 tingkat dan tapak perkhemahan.
Resort yang berkeluasan 44 ekar ini menjanjikan bermacam aktiviti rekreasi yang menarik untuk anda sekeluarga lakukan dan untuk anda berinteraksi dengan alam semula jadi.
Antara yang boleh dimasukkan dalam perancangan adalah jungle trekking, berkayak di lautan, menyelusuri sungai untuk melihat kawasan paya bakau, melihat ikan lumba-lumba, mencuba aktiviti mencabar high rope dan banyak lagi.
Harga Penginapan: Dari RM365+ Semalaman
Alamat: Permai Rainforest Resort, Pantai Damai Santubong, Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak
5. Paya Indah Wetlands Berlokasi hanyalah 15 minit pemanduan dari Putrajaya, Paya Indah Wetlands boleh dijadikan destinasi untuk anda yang ingin bercuti dalam keindahan alam semula jadi tanpa perlu berhabis duit untuk perjalanan. Sangatlah dekat dengan kawasan bandar, Paya Indah Wetlands menjanjikan ketenangan dan kesegaran udara yang tidak dapat dinikmati di kota yang sibuk.
Paya Indah Wetlands menempatkan banyak tasik yang menjadi tempat ikan berenang bebas dan bunga teratai berapungan. Selain ini semua, wetland ini turut memiliki menara tinjau untuk anda menikmati pemandangan secara 360 darjah dari sudut pandangan seperti seekor burung.
Aktiviti lain yang boleh dijalankan di sini adalah nature walk, berbasikal, memberi badak air makan, memancing, berkayak, memerhati burung dan banyak lagi.
Untuk anda yang ingin bermalam pula, terdapat beberapa jenis penginapan yang disediakan seperti chalet, dorm dan tapak perkhemahan.
Alamat: Paya Indah Wetlands, Jabatan Perhilitan, Km 4, Jalan Dengkil – Banting, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan
4. AVANI Sepang Goldcoast Resort Sumber: Avani Sepang Gold Coast Resort AVANI Sepang Goldcoast Resort menawarkan 315 buah villa terapung yang dengan reka bentuk Polisenia yang indah.
Antara fasiliti yang disediakan adalah kolam renang, pusat rawatan spa yang menyegarkan seluruh urat badan dan taman berlanskap indah.
Bukan sahaja menyediakan banyak fasiliti menarik, aktiviti yang disediakan untuk anak-anak juga tak kurang banyaknya, antaranya adalah aktiviti mencanting batik, seni pasir berwarna-warni, permainan tradisional dan banyak lagi.
Harga Penginapan: Dari RM520+ Semalaman
Alamat: 67, Jalan Pantai Bagan Lalang, Kampung Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor
3. Templer Park Rainforest Retreat Dikelilingi oleh kawasan berumput yang luas dan hutan tropika, Templer Park Rainforest Retreat adalah syurga kedamaian yang sebenar yang berlokasi tidak jauh dari kota.
Kawasan resort ini terletak di atas bukit dengan keluasan sekitar 3 ekar. Terdapat dua jenis penginapan yang ditawarkan iaitu villa dan kontena. Kesemua penginapan ini terbahagi dari satu sama lain dalam jarak 60 meter dan dikelilingi oleh pokok-pokok mekar untuk mewujudkan suasana yang lebih privasi.
Semasa berada di sini, anda boleh menikmati pemandangan sehingga ke kawasan bukit-bukau, tasik dan padang golf daripada dek pemerhatian. Selain itu, kawasan penginapan ini turut lengkap dengan kolam renang infiniti, jet spa, splash pool, sauna outdoor, kemudahan bbq, dapur yang lengkap, Unifi, projektor, gazebo, hammock dan macam-macam lagi!
Apa yang anda perlu bawa? Hanya diri sendiri dan kamera untuk merakamkan keindahan yang tidak terkira.
Harga Penginapan: Dari RM1000+ Semalaman
Alamat: 22, Jalan 3/2, Templer Heights, Templer Park, 48000 Rawang, Selangor
2. The Shorea Resort, Seremban The Shorea Resort menawarkan beberapa buah villa kayu yang mewah. Antaranya adalah Villa Shorea iaitu villa 2 tingkat yang berkeluasan 2000 kaki persegi dengan pemandangan gunung yang mengagumkan.
Di tingkat atas villa ini terdapat 2 buah bilik tidur yang bersambungan. Manakala, tingkat bawah pula terdapat ruang tamu, ruang makan, balkoni, dan akses ke kolam renang.
Bersambungan dengan Villa Shorea adalah suite Villa Halia yang berkeluasan 350 kaki persegi lengkap dengan dek bbq, dapur, ruang makan peribadi. Keseluruhan villa Shorea dan Halia dapat memberikan keselesaan kepada 8 orang dewasa.
Penginapan lain yang terdapat di sini adalah Villa Kemboja dan Villa Bougainvillea.
Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah kolam renang infiniti, plunge pool yang menggunakan air masin, dek untuk bersantai dan banyak lagi.
Harga Penginapan: Dari RM563+ Semalaman
Alamat: Village Kolam Air, Mukim Pantai,, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
1. Fifty4Ferns Resort Sumber: Fifty4ferns Kedamaian yang sebenar dapat dirasai dalam suasana yang mampu menggamit nostalgia lama, sebab itulah, sesuatu yang ‘klasik’ dan ‘tradisional’ tidak pernah dilupakan. Kalau ini yang anda cari, menginaplah di Fifty4Ferns Resort.
Fifty4Ferns Resort menawarkan beberapa jenis penginapan menarik dengan reka bentuk seperti rumah tradisional Melayu. Antara penginapan yang ditawarkan adalah Anjung Kasih, yang merupakan sebuah chalet bereka bentuk unik dengan elemen klasik.
Nak lagi unik? Menginaplah di “Sarang Burung”  atau “treehouse” yang ada di sini. Penginapan menarik lain yang ditawarkan di sini adalah Pakis Suite yang lengkap dengan jakuzi outdoor.
Kalau anda nak tahu, ada banyak lagi jenis penginapan best yang ditawarkan resort ini. Bolehlah mula survey mana yang sesuai dengan jiwa anda.
Selain penginapan yang menarik, aktiviti yang ditawarkan juga cukup banyak seperti melawat Pet Farm, ATV, bermandi-manda di kolam renang (lengkap dengan kolam kanak-kanak), berendam dalam jakuzi, memancing, nature walk dan banyak lagi!
Harga Penginapan: Dari RM400+ Semalaman
Alamat: Fifty4Ferns Resort, Janda Baik, Pahang
Bagaimana? Cukup banyak sekali tempat menarik untuk family day di Malaysia untuk dijadikan destinasi percutian yang padat dengan aktiviti bersama dengan keluarga bukan?
Artikel Berkaitan:
28 Airbnb Menarik Di Malaysia Untuk Pengalaman Menginap Yang Luar Biasa 12 Resort Di Melaka Yang Menarik Untuk Percutian Keluarga Istimewa 26 Taman Tema Air Di Malaysia Yang Menarik | Jom Bercuti Sambil Bermain Air 18 Tempat Glamping Menarik Di Malaysia Yang Seronok & Mesra Alam Bila dah jumpa penginapan terbaik yang ingin diinapi, anda bolehlah mula merancang aktiviti yang ingin dilakukan semasa berada di sana nanti. Jangan lupa untuk membawa pakaian yang sesuai sekiranya ingin mencuba aktiviti lasak yang ditawarkan. Selamat bercuti!
4.4/5 - (49 votes) The post 36 Tempat Menarik Untuk Family Day Di Malaysia Buat Seisi Keluarga appeared first on Mai Singgah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-untuk-family-day-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Tempat Hiking Menarik Di Malaysia Khas Pemburu Cabaran

12 Tempat Hiking Menarik Di Malaysia Khas Pemburu Cabaran

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 209 hits
Malaysia merupakan antara negara di Asia Tenggara yang kaya dengan landskap semula jadi yang cukup memukau dikelilingi oleh hutan hujan yang subur pantai yang bersih selain daripada keunikan banjaran gunung ganang dan bukit bukau yang canti...
Program Kasih Suri Rm480 Untuk Keluarga Malaysia Wow

Program Kasih Suri Rm480 Untuk Keluarga Malaysia Wow

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 210 hits
Program Kasih Suri RM480 Untuk Keluarga Malaysia Inisiatif Program Kasih Suri Keluarga Malaysia disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan menyediakan insentif khas sebanyak RM480 setahun kepada golongan suri rumah melalui program i...
Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre Singapura Tempat Makan Menarik Di Singapura

Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre Singapura Tempat Makan Menarik Di Singapura

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 550 hits
Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre Singapura Tempat Makan Menarik Di SingapuraCuba Makanan Di Golden Mile Food Centre Singapura Tempat Makan Menarik Di Singapura Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Kalau sebelum ini MOMI kongsi me...
Tempat Menarik Percutian Di Selangor Dalam Hutan Sekeping Serendah

Tempat Menarik Percutian Di Selangor Dalam Hutan Sekeping Serendah

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 292 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan yang dikasihi sekalian Orang sibuk time nak bercuti adalah hujung tahunkan tapi Maha sibuk nak bercuti awal tahun Yer lah mana tidaknya hujung tahun ni nega...
Penjenamaan Semula Keluarga Malaysia Telan Belanja Rm62 Juta Dewan Rakyat Diberitahu

Penjenamaan Semula Keluarga Malaysia Telan Belanja Rm62 Juta Dewan Rakyat Diberitahu

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 154 hits
Ismail Sabri Yaakob memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia ketika beliau menjadi perdana menteri dengan memfokuskan kepada keterangkuman KUALA LUMPUR Pentadbiran Ismail Sabri Yaakob membelanjakan RM62 juta dalam penjenamaan semula kerajaan...
Momen Keseruan Baim Wong Dan Keluarga Di Malaysia Ekspresi Kenzo Malah Bikin Salfok

Momen Keseruan Baim Wong Dan Keluarga Di Malaysia Ekspresi Kenzo Malah Bikin Salfok

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 142 hits
Keluarga pasangan Baim Wong dan Paula Verhoeven sedang berada di Malaysia Mereka menikmati momen jalan jalan bersama keluarga Dalam perjalanan ini Baim dan Paula turut membawa serta kedua putranya Kiano dan Kenzo Potret lucu Kenzo malah bik...
Tujuh Fakta Menarik Daripada Kajian Timss 2019 Subjek Matematik Dalam Kalangan Murid Gred 8 Malaysia

Tujuh Fakta Menarik Daripada Kajian Timss 2019 Subjek Matematik Dalam Kalangan Murid Gred 8 Malaysia

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 312 hits
Oleh Prof Madya Dr Abdul Halim Abdullah Sekolah Pendidikan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia The Trends in International Mathematics and Science Study 2019 merupakan pentaksiran terbaharu dalam siri pentaksi...
Keluarga Malaysia Rebranding Exercises Cost Rm62 Million Dewan Told

Keluarga Malaysia Rebranding Exercises Cost Rm62 Million Dewan Told

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 202 hits
Muhyiddin Yassin s Kerajaan Prihatin government spent RM181 752 on rebranding exercises while Anwar Ibrahim s administration spent RM489 216 for the Malaysia Madani rebranding programmes Ismail Sabri Yaakob s government spent the most on su...
Fakta Menarik Teluh Darah Serial Horor Penuh Teror Yang Ancam Keluarga

Fakta Menarik Teluh Darah Serial Horor Penuh Teror Yang Ancam Keluarga

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 233 hits
Meskipun dibuat di Indonesia serial ini tayang perdana di Busan International Film Festival 2022 Korea Selatan
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025