45 Tempat Menarik Di London Senarai Destinasi Terbaik Di Ibu Negeri Uk


Kota Sherlock Holmes, Harry Potter, William Shakespeare atau apa sahaja yang anda ingin panggil, banyak perkara ikonik yang sinonim dengan kota London. Siapa sahaja yang tidak meletakkan London sebagai salah satu destinasi impian untuk dilawati? London sememangnya padat dengan pelbagai tarikan epik yang mampu membuat sesiapa sahaja teruja!
Tarikan-tarikannya ada yang telah berusia lebih daripada seabad! Penuh dengan nostalgia dan keindahan alam semula jadi yang mempesonakan, London bukanlah destinasi pelancongan biasa.
Jangan terkejut, di lokasi yang tidak disangka-sangka pun boleh tersorok khazanah London yang mengubah dunia dan yang mampu membuat jiwa anda teruja! Nak tahu apakah yang ditawarkan kota ini?
Teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel tempat menarik di London ini! Jangan salahkan kami kalau anda terpaksa berbelanja untuk membeli tiket penerbangan ke London sebaik habis membaca!
45. Rooftop Film Club Sumber: Rooftop Film Club Terfikir-fikir aktiviti unik yang menarik untuk dibuat semasa berada di kota London? Apa kata kalau anda sekeluarga pergi menonton filem di atas bumbung bangunan yang berlatar belakangkan pemandangan pencakar-pencakar langit di sekitar London?
Rooftop Film Club ditubuhkan untuk memberikan pengalaman luar biasa di mana wayang bersatu dengan pemandangan dan udara segara di luar. Siapa kata nak tengok wayang mesti duduk dalam tempat tertutup?
Baca: 31 Tempat Menarik Di Tokyo
Bukan itu sahaja, kerusi yang disediakan juga sangat comfy dengan sesetengah tempat lengkap dengan headphone berkualiti tinggi untuk anda mendengar dialog tanpa sebarang gangguan bunyi. Pernah jumpa aktiviti macam ni di Malaysia?
Alamat: Roof A, Bussey Building, 133 Rye Ln, London SE15 4ST
44. Madame Tussauds London Sumber: Roxana Costache Anda mungkin pernah dengar tentang muzium patung lilin manusia yang realistik ni di mana-mana bandar besar di dunia, tapi kalau anda nak tahu Madame Tussauds London adalah muzium original patung lilin ni. Ianya mula diwujudkan pada tahun 1836 di Baker Street London.
Walaupun harga tiketnya bukanlah murah, tapi anda sekeluarga dapat mendekati ramai selebriti dan orang-orang besar di dunia untuk bergambar dengan mereka walaupun sekadar patung. Sangat real!
Di sini terdapat lebih daripada 250 buah nama besar untuk anda ‘temui’ dan bergambar bersama. Antara tarikan menarik yang ada di sini adalah patung lilin Prince Harry dan Meghan, yang menariknya, anda boleh memilih latar belakang di mana anda ingin ‘menemui’ mereka, sama ada di pantai, semasa wedding dan banyak lagi.
Alamat: Marylebone Rd, Marylebone, London NW1 5LR, UK
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 4.00 pm) | Sabtu & Ahad (9.00 am – 4.00 pm)
Bayaran Masuk (Online): Dewasa (16 Tahun & Keatas) £29
43. Leadenhall Market Sumber: Wonderful World Leadenhall Market adalah pasar tertutup London yang terletak di Gracechurch Street. Pasar ini merupakan salah satu pasar yang tertua wujud di London.
Berapa tua? Ianya telah wujud sejak abad ke-14 lagi! Pasar yang dulunya dipenuhi dengan jualan daging dan barangan basah yang lain kini merupakan lokasi shopping yang padat dengan pelbagai jenis kedai seperti butik, restoran, kafe dan lain-lain lagi.
Alamat: Gracechurch St, London EC3V 1LT
Waktu Operasi:
Waktu Berjual Beli: Setiap Hari (7.00 am – 11.00 pm) Gerai-Gerai: Isnin – Jumaat (11.00 am – 4.00 pm) 42. Eel Pie Island, Richmond-upon-Thames Sumber: Bruce J Biege Eel Pie Island adalah sebuah pulau kecil yang bersaiz hanyalah 8 ekar yang terletak di River Thames di Twickenham. Walaupun kecil, pulau ini sebenarnya menyimpan sejarah yang sangat menarik untuk didengar.
Untuk pengetahuan anda, pada suatu ketika dulu pulau ini pernah memiliki sebuah hotel yang terkenal dengan pelbagai pertunjukan muzik seperti Rolling Stones, David Bowie, The Who, Pink Floyd dan banyak lagi! Namun kini, hotel tersebut telah dijadikan muzium.
Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di London
Selain dapat melawati pulau yang pernah dijejaki nama-nama besar dalam industri muzik pada suatu ketika dulu, anda juga dapat melawat studio-studio kaki seni yang dibuka di sini kepada orang awam dari bulan Jun ke Disember setiap tahun.
Alamat: Eel Pie Island, Richmond upon Thames
41. The Hunterian Museum, Holborn Sumber: James Edward Hughes The Hunterian Museum adalah sebuah muzium yang terletak di tengah-tengah bandaraya London  di Royal College of Surgeons of England.
Di dalam muzium ini tedapat beribu-ribu koleksi spesimen anatomi! Memang banyak memandangkan muzium ini sudah lama wujud iaitu sejak tahun 1799 lagi.
Salah satu spesimen yang paling menarik dipamerkan adalah rangka Charles Byrne yang juga digelar sebagai “Irish Giant” kerana merupakan manusia tertinggi di dunia pada suatu ketika dahulu dengan ketinggian 7 kaki 7 inci.
Diingatkan, muzium ini bukanlah untuk anda yang cepat geli melihat benda-benda sebegini. Nak tahu anda geli atau tak, salah satu pameran yang ada di sini adalah kaki mumia. Berani tengok?
Alamat: Hunterian Museum, Royal College of Surgeons, 35-43 Lincoln’s Inn Fields, London WC2A 3PE
Bayaran Masuk: Percuma
40. Hyde Park Sumber: Hyde Park Hyde Park boleh dikatakan sebagai salah satu taman yang paling terkenal di London dan juga yang paling luas. Kenapa ianya terkenal?
Taman ini sering dijadikan pilihan untuk demonstrasi dan protes besar-besaran di London  dan ini termasuklah pergerakan wanita untuk mendapat hak mengundi (Suffragettes) pada tahun 1908.
Taman yang berkeluasan 142 hektar ini dipenuhi dengan lebih daripada 4,000 pokok, sebuah tasik yang besar, taman-taman bunga dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.
Terasa ingin melakukan aktiviti riadah semasa di London bersama keluarga? Anda boleh datang ke Hyde Park untuk berenang, bermain tenis, atau membawa anak-anak bermain di taman permainannya yang cukup menarik.
Alamat: Hyde Park, London
39. Westminster Sumber: El Vuelo del Drone Kalau di Malaysia, Putrajaya adalah lokasi di mana terletaknya bangunan-bangunan kerajaan, kalau di London pula, Westminster adalah tempatnya. Di sinilah terletaknya bangunan-bangunan parlimen dan juga jam ikonik London, Big Ben yang berbunyi pada setiap jam.
Sekiranya anda berpeluang ke sini, jangan lupa untuk singgah ke Parliament Square di mana terletaknya tugu-tugu orang yang penting dalam politik iaitu Winston Churchill dan Nelson Mandela. Tarikan lain yang terdapat di Westmister adalah Buckingham Palace.
Alamat: Westminster, London
38. Camden Town Sumber: Alejandro Strassera Apa yang menariknya tentang kawasan kejiranan Camden ini adalah kewujudan tempat-tempat jualan yang tiada penghujungnya. Di sini terdapat lebih daripada 1000 kedai-kedai unik, gerai-gerai kecil dan kafe.
Anda boleh menemui banyak kedai yang menjual hasil seni yang unik, kedai pakaian vintage, kedai buku secondhand dan lain-lain lagi!
Alamat:
Camden: London Borough of Camden, London Camden Market: Camden Lock Pl, Camden Town, London NW1 8AF Waktu Operasi: Camden Market: Setiap Hari (10.00 am – 6.00 pm)
37. London Eye Sumber: FRii Bali Echo Beach Tak sah kalau melancong ke London tanpa melawat London Eye. The London Eye adalah nama yang diberikan kepada ferris wheel di London yang bersaiz gergasi. Sesiapa sahaja yang bertuah dapat menaiki roda ferris ini dapat melihat  pemandangan yang luas sekitar kota London.
Pada waktu malam, roda ferris ini akan dinyalai dengan cahaya warna-warni yang memukau pandangan mata.
Berminat untuk ke sini? Anda boleh memilih untuk berkongsi kapsul / pod roda ferris dengan pelawat yang lain atau mendapatkan pod peribadi sendiri. Jangan lupa untuk rakam pemandangan di luar!
Alamat: Lambeth, London SE1 7PB
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 6.00 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa (16 Tahun & Keatas) £28 | Kanak-Kanak (3 – 15 Tahun) £23
36. Thames Cruise Sumber: City Cruises Selain London Eye dan bas merah dua tingkat di London, Thames River adalah satu lagi tarikan yang menjadi trademark di London.
Sebagai tarikan yang terbesar, tidak cukup untuk sekadar melihat pemandangan sungai ini, cara yang terbaik untuk menikmati percutian sebenar di London adalah dengan menaiki bot atau kapal menyelusuri Thames River.
Selain dapat merasai udara segar dari atas kapal, anda juga berpeluang menikmati pemandangan di sekitar London dari perspektif yang berbeza dan sangat mempesonakan.
Alamat:  River Thames, London
35. Hampstead Heath Park Sumber: Elin Robinson‎ Hampstead Heath adalah salah satu taman yang terbesar di London dengan keluasan 790 ekar. Taman ini terletak di salah satu kedudukan tertinggi di London.
Bayangkanlah pemandangan yang dapat anda nikmati dari kawasan ini? Di sinilah antara lokasi terhebat untuk anda sekeluarga menikmati pemandangan di sekitar bandar.
Selain menawarkan pemandangan yang menyejukkan mata, di dalam taman ini turut terdapat kolam renang dan juga sebuah muzium, Kentwood House yang menarik untuk dilawati oleh para pencinta sejarah.
Alamat: Hampstead Heath, London
34. Brick Lane Sumber: Takumi Suganuma‎ Brick Lane adalah sebuah tempat menarik di London yang dipenuhi dengan komuniti Bangladesh. Kalau anda teringin nak makan kari, tandori dan sebagainya, bolehlah singgah ke kawasan ini yang menawarkan bermacam jenis kedai makan untuk dicuba.
Selain kedai makan halal, di sini juga terdapat pasar-pasar yang menjual barangan antik, pakaian dan banyak lagi barangan menarik lain.
Di samping itu, Brick Lane juga terkenal dengan street artnya sehinggakan ianya sering dijadikan lokasi pergambaran video-video muzik. Apa lagi? Sediakan kamera dan terjah lokasi ni untuk meriahkan instagram anda.
Alamat: Brick Lane, Shoreditch,  E1 6QL
Waktu Operasi (Brick Lane Market): Ahad (10.00 am – 5.00 pm)
33. London Zoo Sumber: London Zoo Ingin memberikan pengalaman yang mustahil dilupakan anak-anak? Jangan lupa untuk merancang lawatan ke London Zoo.
Antara tarikan yang terdapat di sini adalah Penguin Beach, Buttterfly Paradise, Land of the Lions, Meet the Monkeys dan banyak lagi. Secara umumnya di zoo ini terdapat lebih daripada 750 spesies haiwan untuk didekati.
Alamat: London NW1 4RY
Waktu Operasi: Dibuka Setiap Hari Kecuali Hari Krismas
20 Oktober  2018 – 27 Oktober 2018: 10.00 am – 5.00 pm 28 Oktober 2018 – 15 Februari 2019: 10.00 am – 4.00 pm Bayaran Masuk: Dewasa £25 | Kanak -Kanak (3 – 15 Tahun) £19.50
32. Oxford Street Sumber: Jayna Johnson Oxford Street adalah lokasi membeli-belah yang paling meriah di Eropah dan sudah semestinya yang tersibuk di London. Kebanyakan kedai yang terdapat di sini adalah butik-butik berjenama mewah.
Sekiranya anda berjalan dari Oxford Circus ke Tontenham Court Road, terdapat kedai-kedai seperti American Apparel dan Topshop. Sepanjang Oxford Circus dan Bond Street pula terdapat banyak kedai-kedai pakaian berjenama terkenal seperti Zara, Gap dan H&M. Dari Marble Arch ke Bond Street, terdapat  Marks & Spencer, New Look, Selfridges dan Primark.
Selain pakaian, sekiranya anda berjalan-jalan di sekitar Charing Cross Road dan Denmark Street, terdapat banyak kedai buku dan peralatan muzik. Sementara itu di Edgware Road pula terdapat jualan pelbagai barangan elektronik.
Alamat: Oxford St, London
31. Leicester Square Sumber: oceanoutdoor.com Leicester Square adalah dataran yang terletak di West End London. Di dalam dataran ini terdapat sebuah taman yang menghijau untuk anda yang ingin merehatkan mata daripada pemandangan bangunan yang terdapat di sekitar.
Tarikan lain yang terdapat di Leicester Square adalah tempat-tempat untuk menonton wayang atau teater yang banyak seperti di Cineworld, ODEON Leicester Square, dan Vue.
Dah puas menonton, anda boleh melawat banyak kedai menarik seperti kedai M&M terbesar di Eropah, kedai LEGO terbesar di dunia, kedai jualan barangan Jepun di Japan Centre dan macam-macam lagi!
Alamat: Leicester Square, London
30. Harrods Sumber: London Underground Harrods adalah sebuah pusat membeli-belah mewah 7 tingkat yang telah wujud lebih daripada 160 tahun! Di dalam pusat membeli-belah ini terdapat 330 kedai yang menjual pelbagai barangan rumah, teknologi, pakaian dan makanan.
Di Harrods Food Halls, anda boleh menemui pelbagai pilihan teh, coklat dan makanan segar yang lain.
Alamat: 87-135 Brompton Rd, Knightsbridge, London SW1X 7XL
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Ahad (10.00 am – 9.00 pm) | Ahad (11.30 am – 6.00 pm)
29. Platform 9 ¾ Sumber: Chris Loh Salah satu perkara yang tak boleh ditinggalkan sekiranya bercuti di London adalah menjejaki kawasan yang pernah dijejaki Harry Potter apatah lagi kalau anda peminat tegar filem ini. Salah satu lokasinya adalah Platform 9 ¾ yang terletak di King’s Cross Station. Di stesen inilah pelajar-pelajar Hogwarts School of Withcraft & Wizardy menunggu Hogwarts Express.
Dalam dunia Harry Potter, Harry dan kawan-kawannya akan menuju ke platform ini dengan melalui dinding batu-bata antara platform 9 dan 10.
Untuk bergambar di sini, tak perlu mengeluarkan bayaran. Di sebelah platform ini juga terdapat sebuah kedai Harry Potter untuk anda membeli skarf HP sebagai prop bergambar. Baru nampak real!
Alamat: Platform 9 3/4, King’s Cross Station Concourse
28. Buckingham Palace Sumber: Londra Buckingham Palace adalah istana yang menjadi tempat tinggal rasmi Ratu Elizabeth. Selain istana ini, Ratu Elizabeth turut tinggal di Windsor Castle dan Balmoral. Sebelum ke sini, anda perlu tahu bahawa Buckingham Palace hanyalah  dibuka kepada orang awam ketika musim panas yang kebiasaannya dari bulan Ogos ke September.
Antara yang boleh anda lihat sekiranya melawati istana ini adalah 19 buah bilik menyambut tetamu yang dihias dengan indah, the Throne Room (bilik yang sering digunakan dalam fotografi perkahwinan diraja), tangga mewah istana, pameran khas, karya seni dan lawatan sambil mendengar penerangan audio yang menggunakan suara Prince Charles!
Alamat: Buckingham Palace, Westminster, London SW1A 1AA
Waktu Operasi: Hanya Dibuka Semasa Musim Panas (Ogos – September 2018 | Julai 2019 – September 2019)
Bayaran Masuk: Dewasa £24.00 | Kanak-Kanak (5 – 16 Tahun) £13.50
27. Greenwich Market Sumber: Stefania Tavazzani‎ Inginkan kraftangah asli dari London? Jangan lupa untuk singgah ke Greenwich Market. Bermacam barangan yang boleh dijadikan buah tangan untuk orang tersayang atau sebagai tanda ingatan daripada London boleh didapati di pasar ini.
Maklumat tambahan tentang Greenwich Market:
Hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad: Jualan barangan seni, kraf dan barangan designer. Hari Selasa, Khamis dan Jumaat: Jualan barangan antik dan koleksi berharga yang lain. Alamat: 5B Greenwich Market, London SE10 9HZ
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 5.30 pm)
26. National Gallery Sumber: Diego Delso / CC by 4.0 Ada banyak sebab untuk anda melawat National Gallery yang terletak di Trafalgar Square ini. Tak kisahlah anda pencinta seni atau tidak, lawatan ke galeri ini pasti akan membuat anda teruja melihat karya-karya yang dipamerkan.
Di galeri ini terdapat lebih daripada 2,300 koleksi lukisan untuk diamati keseniannya dan ini termasuklah karya daripada pelukis legend Leonardo da Vinci, Vincent van Gogh dan ramai lagi!
Melihat saja tak cukup? Anda boleh menyelami kisah atau inspirasi di sebalik lukisan ini dengan mengikuti lawatan sambil belajar yang ditawarkan. Yang bestnya, masuk adalah percuma!
Alamat: The National Gallery, Trafalgar Square, London WC2N 5DN
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (10.00 am – 6.00 pm) | Jumaat (10.00 am – 9.00 pm) | 1 Januari & 24 – 26 Disember Tutup
Bayaran Masuk: Percuma
25. Natural History Museum Sumber: Nam Hoai Bao Natural History Museum adalah rumah kepada lebih daripada 70 juta spesimen dengan sekurang-kurangnya 500,000 spesimen baru dimasukkan setiap tahun. Ini menjadikan ia muzium dengan koleksi sejarah semula jadi yang terbesar di dunia!
Muzium yang ditubuhkan pada tahun 1754 ini (beralih ke lokasi sekarang sejak tahun 1881) mempamerkan koleksi seperti batuan dari bulan, tumbuhan eksotik, fosil dinasour dan tulang dodo.
Untuk pengetahuan anda, Natural History Museum adalah salah satu daripada 3 buah muzium yang terpenting di London selepas British Museum dan The Victoria & Albert Museum.
Alamat: Cromwell Rd, Kensington, London SW7 5BD
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 5.50 pm) | 24 – 26 Disember Tutup
Bayaran Masuk: Percuma
24. Science Museum Sumber: Geni / CC By 3.0 Science Museum London adalah muzium sains dan teknologi yang paling kerap dilawati di benua Eropah. Muzium ini mempamerkan lebih daripada 15,000 koleksi.
Secara spesifiknya, antara tarikan yang terdapat di sini adalah seperti:
Making the Modern World Gallery: Terletak di tingkat bawah (GF) merupakan pameran stim lokomotif roket Stephenson dan ‘Apollo 10 command capsule.’ The Atmospehere Gallery: Di tingkat 2, mempamerkan info berkaitan iklim, dan masa depan iklim. The Flight Gallery: Di tingkat 3, pameran tentang perkembangan dunia penerbangan dan banyak lagi! Alamat: Exhibition Rd, Kensington, London SW7 2DD
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 6.00 pm)
Bayaran Masuk: Percuma
23. Victoria and Albert Museum (V&A) Sumber: Victoria and Albert Museum Victoria and Albert Museum (V&A) adalah muzium seni rekaan yang terbaik di dunia. Muzium ini mempamerkan kreativiti manusia yang telah wujud sejak  lebih daripada 3,000 tahun.
Bahan-bahan pameran di sini merentasi pelbagai era yang telah berlalu. Koleksi yang dipamerkan terdiri daripada lukisan, ukiran, reka bentuk, seramik, perabot, tekstil, fesyen, fotografi, gelas, barangan kemas, barangan besi serta sejarah pertunjukan dan teater.
Alamat: : Cromwell Rd, Knightsbridge, London SW7 2RL
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 5.45 pm) | Jumaat (10.00 am – 10.00 pm) | 24 – 26 Disember Tutup
Bayaran Masuk: Percuma
22. British Museum Sumber: Hayden Dyson British Museum adalah sebuah muzium yang telah wujud semenjak tahun 1753 dengan hasil koleksi sejarah manusia sejak lebih daripada 2 juta tahun. Antara bahan pameran yang paling terkenal di dalam muzium ini adalah batu Rosetta, mumia-mumia Mesir, arca Parthenon dan banyak lagi.
Alamat: Great Russell St, Bloomsbury, London WC1B 3DG
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 a – 5.30 pm)
Bayaran Masuk: Percuma
21. Isabella Plantation Sumber: David Drori Isabella Plantation adalah sebuah taman berkeluasan 40 ekar dengan gaya Viktoria. Taman ini mula dibuka pada tahun 1953 dengan koleksi bunga penuh warna-warni yang mekar terutama dari akhir April hinggalah awal Mei. Antara bungaan yang menjadi tarikan besar di taman ini adalah Azalea, Rhododendron dan bunga Camelia.
Alamat: 173 Clarence St, Kingston upon Thames TW10 5HP
Waktu Operasi: Sepanjang Masa
Bayaran Masuk: Percuma
20. Covent Garden Sumber: Henry Kellner / CC By 3.0 Covent Garden adalah sebuah tarikan yang cukup best di London. Sambil berjalan-jalan di sekitar kawasan ini anda dapat melihat banyak pertunjukan jalanan yang kadangkala mengumpulkan sehingga 200 penonton pada satu-satu masa.
Dah puas melihat persembahan ini, anda sekeluarga boleh singgah ke mana-mana kedai kosmetik dan kecantikan yang terdapat di sekitar seperti Chanel, Clinique dan Dior Beauty Garden.
Selain itu, tarikan menarik lain yang wajib dilawati adalah Royal Opera House. Di sini sering diadakan pertunjukan ballet dan opera. Inilah peluang untuk merasai dunia London yang sebenar bukan?
Alamat: Covent Garden, London WC2E 8RD
19. St. James’ Park Sumber: Rajesh Taylor St. James’ Park adalah sebuah taman diraja yang berkeluasan 57 ekar. Dari taman indah ini anda dapat menikmati pemandangan bangunan ikonik London di sekitar seperti Buckingham Palace, Clarence House dan Whitehall.
Baca: Senarai Destinasi Paling Popular Di Korea
Sekiranya anda bercadang untuk ke sini, jangan lupa untuk membawa makanan untuk diberi kepada itik-itik dan tupai yang menjadikan taman ini tempat tinggal mereka, anda mesti tak kecewa!
Alamat: Barrack Rd, Newcastle upon Tyne NE1 4ST
Waktu Operasi: 5.00 am – 12.00 pm
18. Portobello Market Notting Hill Gate Sumber: portobelloroad.co.uk Pernah tonton filem Julia Roberts yang bertajuk Notting Hill? Di awal-awal filem ini ditunjukkan suasana di pasar Portobello Market Notting Hill Gate yang cukup sibuk dengan orang yang datang berjual-beli.
Bermacam barangan boleh dijumpai di sini, daripada buah-buahan, roti, poster, seramik, pakaian hinggalah muzik, suasana pasar ini memang sangat meriah.
Pada hari Jumaat, anda boleh menemui gerai-gerai yang menjual pakaian vintage dan barangan rumah.
Bagi para peminat barangan antik, hari Sabtu adalah hari di mana terdapat beratus gerai jualan barangan antik dibuka berdekatan dengan stesen Notting Hill.
Antara barangan antik yang diniagakan  adalah perabot hinggalah koleksi-koleksi berharga yang lain. Sedar tak sedar, dah lebih 2 ke 3 jam melihat barangan yang ada, boleh rambang mata!
Pada hari Ahad, anda boleh menuju ke Westway di sekitar kawasan yang sama untuk pasar lambak.
Alamat: Portobello Rd, London
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (8.00 am – 6.30 pm)
17. Kensington Palace Sumber: Irving Scott Kensington Palace adalah kediaman peribadi keluarga diraja Inggeris. Walaupun ianya merupakan tempat kediaman rasmi diraja, Kensington Palace tetap dibuka kepada orang awam yang boleh melalui kawasan sekitar apartment King’s State, apartment Queen’s State dan taman. Di samping itu, anda juga boleh melihat pameran + kedai di The Orangery cafe di sini.
Antara tarikan utama di sini adalah The King’s Staircase, The King’s Gallery, dan The Privy Chamber.
Alamat: Kensington Gardens, London W8 4PX
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 4.00 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa (18 Tahun & Keatas) £19.50 | Kanak-Kanak (Bawah 16 Tahun) £9.70
16. Biscuiteers Boutique and Icing Café Sumber: Vacayo Sesiapa pun akan terpesona melihat keindahan kedai Biscuiteers Boutique and Icing Café. Lokasi yang tepat untuk dijadikan latar belakang foto bercuti di London!
Jangan hanya bergambar dengan kedai! Anda tidak patut melepaskan peluang mencuba aktiviti menarik yang ditawarkan kedai ini! Ya, bukan sekadar kafe!
Inilah satu-satunya kafe di mana anda boleh belajar membuat icing! Tapi jangan lupa untuk tempah slot awal-awal!
Alamat:
Notting Hill Icing Café: 194 Kensington Park Road, Notting Hill, W11 2ES Northcote Road: 13 Northcote Road, Battersea, SW11 1NG Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Ahad (10.00 am – 6.00 pm) | Ahad (10.00am – 5.00 pm)
Bayaran Aktiviti: £15 – £95
15. Kew Gardens Sumber: Trotoise Kew Gardens dapat membawa anda sekeluarga bersatu dengan alam semula jadi seperti mana taman-taman yang lain. Namun begitu, ada sesuatu yang membuatkan taman ini berbeza daripada yang lain.
Bukan hanya kerana terdapat bermacam jenis tanaman, tetapi anda juga dapat menyelami sejarah taman sejak daripada 250 tahun yang lampau.
Antara tarikan yang ada di sini adalah Temperate House iaitu sebuah rumah gelas zaman Viktoria yang terbesar di dunia, tanaman yang terdapat di sini ada juga dari spesies yang jarang ditemui.
Seterusnya adalah Marianne North Gallery di mana anda dapat melihat sebanyak 833 lukisan tumbuh-tumbuhan yang dilukis teliti oleh pelukis zaman Viktoria, Marianne North yang telah mengelilingi dunia.
Tarikan lain yang terdapat di sini adalah Palm House, The Hive, Princess of Wales Conservatoru, Arboretum, Bamboo Garden, Children’s Garden, Japanese Garden dan banyak lagi!
Alamat: London Borough of Richmond upon Thames, England
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 3.30 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa £12.50m Kanak-Kanak (4 – 16 Tahun) £3.50
14. Sea Life London Aquarium Sumber: SEA LIFE London Aquarium Sea Life London Aquarium adalah salah satu lokasi paling best untuk dilawati bersama keluarga semasa di London. Di sini, anda sekeluarga dapat menerokai dunia dalam air dengan melalui laluan terowong bercermin lutsinar dikelilingi oleh akuarium.
Di dalamnya terdapat ikan pari, ikan jerung, Nemo, penyu, dan bermacam lagi hidupan air yang berwarna-warni. Memori yang tercipta sewaktu berada di sini mustahil untuk dilupakan, cukup magikal!
Alamat: County Hall, Westminster Bridge Rd, Lambeth, London SE1 7PB
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 5.00 pm) | Sabtu & Ahad (9.30 am – 6.00 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa £26.00 | Kanak-Kanak £21.00
13. Fortnum & Mason Sumber: theguardian.com Ingin bershopping di mana keluarga diraja England bershopping? Datanglah ke pusat membeli-belah Fortnum & Mason. Kalau bernasib baik, anda mungkin dapat terserempak dengan mereka! Dah tak perlu melawat Madame Tussauds untuk jumpa keluarga diraja!
Selain kemungkinan bertembung dengan mereka, di sini jugalah anda dapat melihat antara hasil makanan segar yang terbaik di dunia. Bukan itu sahaja, bagi para pencinta teh, di Fortnum & Mason terdapat jutaan pilihan teh yang boleh dibeli! British dan teh tak boleh dipisahkan, namun pilihan yang ada di pusat membeli-belah ini memang luar biasa.
Alamat: Fortnum & Mason, Piccadilly, London
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 9.00 pm) | Ahad (11.30 – 7.00 pm)
12. Twinings Tea Shop Sumber: Perspectives Pernah minum teh Twinings? Salah satu sebab admin beli teh ini walaupun mahal adalah kerana tertulisnya perkataan “By appointment to her Majesty Queen Elizabeth II” pada kotaknya. Bila dikaji, jenama teh Twinings ini telah wujud dalam sekitar 300 tahun bermula daripada tahun 1706.
Pada asalnya, Thomas Twining telah membuka kedai Tom’s Coffee House, namun kedainya lebih terkenal dengan air teh yang disajikan sehinggalah ini yang menjadi fokus utama perniagaan.
Lokasi kedai Twinings Tea Shop kekal sama, dengan logo sama yang tidak pernah berubah sejak tahun 1787. Pada tahun 1837, Queen Victoria memberikan keistimewaan kepada syarikat ini untuk menyediakan teh kepada keluarga diraja. Rugi kalau tak melawat kedai yang penuh sejarah ni bukan?
Alamat: 216 Strand, London WC2R 1AP
Waktu Operasi: Ahad (11.00 am – 5.00 pm) | Isnin – Jumaat (9.30 am – 7.00 pm) | Sabtu (10.30 am – 5.30 pm)
11. The Ruins of St. Dunstan-in-the-East Sumber: Ilenia NanaMalefica The Ruins of St. Dunstan-in-the-East adalah salah satu daripada sisa kehancuran akibat serangan pengeboman besar-besaran London yang tidak henti-henti selama hampir 60 malam pada tahun 1940.
Walaupun teruk dibom, gereja ini telah diperindahkan sebagai taman orang awam sehingga memenangi anugerah Landscape Heritage Award pada tahun 1976.
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 7.00 pm)
Bayaran Masuk: Percuma
10. London Transport Museum Sumber: London Transport Museum London Transport Museum adalah sebuah tarikan yang terletak di tengah-tengah Covent Garden. Di dalam muzium ini anda sekeluarga dapat melihat pameran yang penuh dengan warna-warni, cahaya dan pergerakan.
Segalanya cukup interaktif! Antara koleksi yang dapat dilihat di sini adalah kenderaan-kenderaan lama, poster, hasil seni, foto, filem, video, lukisan kejuruteraan, uniform, tanda stesen dan tiket-tiket.
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 6.00 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa £17.50 | Kanak-Kanak Percuma
9. Shakespeare’s Globe Sumber: Shakespeare’s Globe Siapa tak kenal sasterawan terkenal barat William Shakespeare, dari kisah Romeo & Juliet hinggalah Hamlet, hasil penulisannya menjadi bahan pementasan dan kajian di seluruh dunia.
Walaupun zaman Shakespeare telah lama berlalu, anda masih dapat merasakan suasana sebenar teater ketika mana persembahan teater hasil penulisan Shakespeare diadakan pada zaman kehidupannya.
Shakespeare’s Globe adalah sebuah teater klasik yang dibina dengan berdasarkan daripada pelan rumah teater asal pada tahun 1599 pada era Elizabeth. Segalanya tentang teater ini tidak ubah seperti struktur yang asal! Selain ruang persembahan teater, di sini juga terdapat ruang pameran hasil kerja Shakespeare dan kisah hidupnya.
Alamat: 21 New Globe Walk, London SE1 9DT
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)
8. Novelty Automation Sumber: Jeff Hartzog Bukan tempat bermain game arcade biasa, Novelty Automation adalah tempat di mana anda dapat bermain banyak mesin pelik yang telah dicipta oleh Tim Hunkin. Pelik macam mana?
Mesin-mesin ini bukanlah mesin game biasa, kerana semuanya bertemakan isu yang wujud di Britain. Memang lain daripada yang lain! Penciptanya sememangnya luar biasa kreatif!
Alamat: 1A Princeton St, London WC1R 4AY
Waktu Operasi: Rabu – Sabtu (11.00 am – 6.00 pm) | Khamis (12.00 am – 8.00 pm)
Bayaran Masuk: Masuk Adalah Percuma Dengan Bayaran £1 Untuk Satu Mesin
7. 221b Baker Street – Sherlock Holmes Museum Sumber: Shanta Tawhida Bagi peminat kisah penyiasatan, sudah semestinya anda kenal dengan Sherlock Holmes. Kalau perasan, di dalam cerita hasil penulisan Sir Arthur Conan Doyle ini, ada menyebut nama lokasi tempat tinggal spy hebat ini iaitu di 221b Baker Street.
Bila anda melalui kawasan ini, anda pasti dapat merasakan betapa familiarnya suasana di sekitar.
Untuk lebih menyelami kehidupan Sherlock Holmes, anda boleh melawat Sherlock Holmes Museum yang juga terletak di Baker Street. Di dalam muzium ini, anda dapat melihat adaptasi realistik rumah Sherlock Holmes dan Doctor Watson.
Daripada ruang tamu, tempat makan, makmal dan bilik-bilik, kesemuanya dihias dengan perabot daripada zaman dan dunia Sherlock Holmes.
Alamat: 221b Baker St, Marylebone, London NW1 6XE
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30 a – 6.00 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa £15 | Kanak-Kanak (Bawah 16 Tahun) £10
6. Hamleys Toys London – Regent Street Sumber: Hamleys Regent Street, London Kalau anda rasa ToysRus adalah kedai mainan terbesar yang pernah dimasuki, anda sememangnya tak pernah masuk lagi ke dalam Hamleys London – Regent Street. Bukan kedai mainan biasa,  kerana kedai mainan ini adalah ‘pusat membeli-belah’ mainan 7 tingkat menjadikan ia kedai mainan terbesar di dunia!
Secara keseluruhannya kedai ini dipadatkan dengan lebih daripada 50,000 jenis mainan, termasuklah game komputer, patung, gajet terbaru, permainan klasik dan ruangan koleksi khas.
Kanak-kanak mahupun dewasa akan jadi hyper sebaik masuk ke dalam Hamleys London. Yang menariknya lagi, kebanyakan mainan di kedai ini tidak diletakkan di dalam kotak, anda bebas untuk bermain dengan semua mainan yang ada!
Alamat: 188-196 Regent St, Soho, London W1B 5BT
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 8.00 pm) | Sabtu (9.00 am – 8.00 pm) | Ahad (12.00 pm – 6.00pm)
5. The London Dungeon Sumber: Beáta Szabó-Lőrincz The London Dungeon adalah sebuah tarikan taman tema yang menyatukan lakonan teater, kesan khas, babak, pentas dan aktiviti-aktiviti yang mengujakan!
Secara spesifiknya, di dalam taman tema ini terdapat sebanyak 19 buah persembahan interaktif, 20 pelakon secara langsung, dan kisah sejarah yang merentasi masa sehingga 1000 tahun yang lampau. Pengalaman yang tak mungkin dapat ditemui di tempat lain!
Alamat: Riverside Building, County Hall, Westminster Bridge Rd, Lambeth, London SE1 7PB
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 4.00 pm) | Sabtu (10.00 am – 6.00 pm) | Ahad (10.00 am – 5.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa £30.00
4. Pollock’s Toy Museum Sumber: Will Gregory Pollock’s Toy Museum adalah gabungan muzium dan juga kedai mainan kecil yang terletak di antara dua bangunan bersejarah di London. Dengar nama muzium ini sahaja sudah dapat terasa aura klasiknya bukan?
Sememangnya disinilah satu-satunya lokasi untuk anda melihat apakah permainan yang dimainkan kanak-kanak pada zaman Viktoria (1837 – 1901) pada ketika dahulu.
Apa yang dicari? Bermacam kategori permainan ada di sini, dari patung, permainan tin, dollhouse, teater, mainan optikal, mainan askar dan bermacam lagi dapat dilihat dengan dekat.
Kebanyakan koleksi yang terdapat di sini adalah hasil pembelian pihak muzium sendiri dan sumbangan daripada kenalan, keluarga dan orang awam.
Alamat: 1 Scala St, Bloomsbury, London W1T 2HL
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 5.00 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa £7 | Kanak-Kanak £4
3. Queen Mary’s Garden Sumber: Fox Lloa‎ Sudah puas berjalan di sekitar bandar yang sibuk, tiba masanya untuk anda merehatkan diri dengan menikmati udara segar di kawasan taman. Begitu banyak taman di London ini, jadi apa istimewanya Queen Mary’s Garden untuk dijadikan pilihan bersantai?
Taman bersejarah yang telah dibuka kepada orang awam sejak tahun 1932 ini dapat memberikan anda aroma yang terindah pernah dihidu di dalam hidup, kerana di sinilah terletaknya koleksi bunga ros terbesar di kawasan kota dengan lebih daripada 12,000 bunga ros yang terdiri daripada 400 jenis yang berbeza.
Anda boleh bersandar di atas kerusi yang disediakan sambil menikmati pemandangan dan udara yang segar tak terkata.
Alamat: Chester Rd, London NW1 4NR
2. Tower Bridge Sumber: Chris Sia Tower Bridge bukan sekadar untuk dilihat dari jauh atau sebagai laluan kenderaan kerana anda sebenarnya boleh memasuki menara atau melalui jambatan ini untuk melihat pemandangan London dari sudut yang dapat membuatkan nafas anda terhenti.
Melalui laluan gelas di jambatan ini, anda dapat melihat pemandangan River Thames dari jarak ketinggian 42 meter sambil melihat kereta dan bot yang melalui.
Di samping itu, anda juga boleh mendapatkan lebih info tentang pembinaan jambatan ini di dalam Tower Bridge Exhibition Room dan banyak lagi pameran-pameran menarik yang lain.
Alamat: Tower Bridge Rd, London SE1 2UP
Waktu Operasi:
April – September: 10.00 am – 5.30 pm Oktober – Mac: 9.30 am – 5.00 pm Bayaran Masuk: Dewasa £9 |  Kanak-Kanak £3.90
1. Piccadilly Circus Sumber: Cláudio Paulino Photography Piccadilly Circus adalah sebuah kawasan yang diwujudkan sejak tahun 1819 untuk menghubungkan Regent Street dengan Piccadilly.
Sebenarnya ramai yang akan datang ke sini dan tercari-carikan ‘circus’ berdasarkan namanya, namun kecewa bila tahu yang Piccadilly Circus ini bukanlah sarkas tapi adalah sebuah kawasan yang terletak berdekatan dengan banyak tarikan-tarikan menarik untuk membeli-belah dan berhibur.
Di sebelah barat Piccadilly Circus ini juga terdapat sebuah peninggalan lama yang dipanggil ‘Police Box’ yang telah berdiri di tempat yang sama sejak 1935 lagi.
Alamat: Piccadilly Circus, London
Bagaimana, ada tempat menarik di London yang memikat hati? Rasa teruja untuk ke London? Daripada dunia keluarga diraja, taman indah yang telah wujud berabad lamanya hinggalah kepada kedai mainan 7 tingkat, segalanya yang bernostagia dan elegan cukup padat di kota ini.
Jika perlu dipilih negara Eropah mana yang mesti dilawat dulu sebaik ada bajet, tak perlu fikir terlalu lama, London adalah lokasi yang pasti tidak akan mengecewakan!
Baca: 45 Tempat Menarik Di Perth
Sebelum anda mengorak langkah ke kota ini, jangan lupa untuk melayari booking.com untuk mendapatkan penginapan dalam harga termurah di kota mewah ini! Rugi kalau tak booking di sini!
Jangan buang masa lagi! Cepat-cepat rancang perjalanan ke sini untuk mencipta memori yang tidak akan dilupakan bersama keluarga! Selamat bercuti ke London!
4.2/5 - (36 votes) The post 45 Tempat Menarik Di London | Senarai Destinasi Terbaik Di Ibu Negeri UK appeared first on Mai Singgah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-london/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
42 Tempat Menarik Di Hanoi Panduan Lengkap Bercuti Ke Ibu Kota Vietnam

42 Tempat Menarik Di Hanoi Panduan Lengkap Bercuti Ke Ibu Kota Vietnam

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 214 hits
Hanoi tersenarai sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terbaik di dunia pada kedudukan yang ke 12 berdasarkan review Trip Advisor mengalahkan dan Dubai Memang tidak menghairankan kerana ibu negara Vietnam Utara ini sememangnya seb...
Senarai Buffet Ramadhan 2023 Di Negeri Kelantan

Senarai Buffet Ramadhan 2023 Di Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 343 hits
Senarai Buffet Ramadhan 2023 Di Negeri Kelantan Bulan Ramadan atau bulan puasa untuk tahun 2023 akan jatuh pada hari khamis 23 Mac 2023 bersamaan dengan 1 Ramadan 1444 hijrah Jadi untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang senar...
Tempat Menarik Percutian Di Selangor Dalam Hutan Sekeping Serendah

Tempat Menarik Percutian Di Selangor Dalam Hutan Sekeping Serendah

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 292 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan yang dikasihi sekalian Orang sibuk time nak bercuti adalah hujung tahunkan tapi Maha sibuk nak bercuti awal tahun Yer lah mana tidaknya hujung tahun ni nega...
Pilihan Ibu Terbaik Untuk Seisi Keluarga Ayah Gembira Anak Bahagia

Pilihan Ibu Terbaik Untuk Seisi Keluarga Ayah Gembira Anak Bahagia

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 198 hits
Menjadi rutin harian bagi seorang ibu untuk menyediakan makanan berkhasiat Bermula dengan sarapan pagi hingga hidangan makan malam hanya yang terbaik seisi keluarga Namun bagi ibu yang bekerja kekangan masa antara tanggungjawab di rumah dan...
Senarai Cawangan Pejabat Ptptn Negeri Melaka

Senarai Cawangan Pejabat Ptptn Negeri Melaka

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 247 hits
Untuk anda yang memerlukan perkhidmatan berkaitan dengan PTPTN dan anda berada di kawasan Melaka sudah pasti anda mahu tahu alamat lokasi cawangan pejabat PTPTN di Melaka dan juga waktu beroperasi Di setiap cawangan PTPTN anda boleh membuat...
Idea Menarik Untuk Jamuan Anak Ibu Ini Kongsi Menu Spaghetti Beef Bolognese Dalam Cup

Idea Menarik Untuk Jamuan Anak Ibu Ini Kongsi Menu Spaghetti Beef Bolognese Dalam Cup

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 202 hits
Bila anak minta mama buatkan hidangan untuk majlis akhir tahun mesti mama buntu kan nak buat menu apa Ibu ini berkongsi menu yang sangat menarik dan siap isi di dalam cup supaya senang untuk anak anak makan Jom ikuti resepi yang dikongsi Al...
Roti Bakar Hutton Lane George Town Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Roti Bakar Hutton Lane George Town Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 503 hits
Roti Bakar Hutton Lane George Town Tempat Makan Menarik Pulau PinangRoti Bakar Hutton Lane George Town Tempat Makan Menarik Pulau Pinang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys MOMI singgah ke Pulau Pinang seketika untuk hentian pertama se...
Tempat Menarik Untuk Dikunjungi Di Terengganu

Tempat Menarik Untuk Dikunjungi Di Terengganu

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 144 hits
Tajuk Tempat Menarik untuk Dikunjungi di Terengganu Terengganu mempunyai keindahan alam yang hebat yang menjadikan ia sebuah destinasi yang menarik untuk dikunjungi Walaupun keadaan cuaca di Terengganu sudah lama dikenali untuk jadualnya ya...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm