12 Resepi Sajian Minum Petang Dengan Tepung Gandum
Bila hujung minggu, pasti mak-mak tercari-cari apa sajian untuk minum petang bagi suami dan anak-anak. Dengan keadaan ekonomi yang semakin menduga, kita harus cari dan usaha kurangkan perbelanjaan dengan memasak sajian terutama bagi keluarga yang besar seperti umi. Paling menyedihkan bila kuih yang kita beli tu, dahlah harganya mahal, sikit dan kurang sedap seperti selera. Bila memasak sendiri, tak sedap pun tidak rasa ralat dan mungkin kita boleh belajar menambahbaik resepi dan jadi lebih sedap pada selera keluarga.
12 Resepi Sajian Minum Petang Dengan Tepung GandumPastinya di setiap rumah ada tepung gandum dan banyak jenis resepi yang boleh kita buat dengan tepung gandum yang pastinya akan digemari anak-anak seperti cekodok bawang, cekodok sayuran, cekodok udang dan bermacam lagi.
1. Resepi Kuih Qasidah Utara
Bahan-bahan
300 gm tepung gandum
3 cawan air
100gm gula pasir
garam secukup rasa
1 sudu air kapur -(optional - supaya kuih nampak berkilat)1 sudu minyak sapi (optional - kuih lebih sedap dan wangi)
Bahan-bahan5 ulas bawang merah, dihiris dan digoreng
Cara-cara :
Bancuh tepung bersama dengan air dan gula, kacau (dan kapur, kalau guna) sehingga sebati.Masakkan bahan tadi dengan api yang sederhana dan kacau sentiasa supaya tidak hangus.Kacau selama dalam 20 minit, macam buat puding jagung dan pastikan tepung tu tak berketul-ketul, menjadi pekat dan likat. Bila sudah pekat, tambah minyak sapi atau minyak gorengan bawang (optional)Tuang adunan dalam bekas yang dioles minyak, ratakan dengan nipis, taburkan bawang goreng diatas kuih dan biar hingga sejuk.Bila dah sejuk, boleh dipotong dan dimakan.
2. Resepi Lempeng Gulung Sardin
Bahan-bahan A:
150g tepung gandum350ml air1 biji telurSedikit minyakGaram secukup rasa
Cara-cara :
Campur semua bahan A di dalam mangkuk pengadun. Kacau rata hingga bancuhan menjadi likat ( tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair)
Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak di permukaan kuali. Ambil sesenduk bancuhan tepung dan ratakan menjadi kepingan lempeng yang nipis
Biarkan lempeng masak untuk beberapa minit. Keluarkan lempeng dari kuali. Gulung dan ketepikan
3. Resepi Cucur Sayur
Bahan-Bahan:
Bahan A –
1 1/2 Cawan Tepung Gandum *
1 sudu kecil baiking powder *
1 sudu kecil garam atau terpulang citarasa anda *
1 sudu serbuk ikan bilis ..tak ada pun tak apa *
1 sudu besar minyak masak*
1 biji telor ayam *
Semua Bahan yang ditandakan * hendaklah digaul rata
Bahan B –
1 cawan sayur kobis bulat yang dihiris halus
1 cawan karet yang dihiris halus
1 cawan daun sop, daun bawang yg telah dipotong
1 biji bawang besar yg dihiris halus
1 biji cili hijau yg dihiris halus atau tak mahu pun tak apa. Saya suka cucur saya bewarna warni
Atau terpulang sayur yang menjadi pilihan anda.
2 cawan air JANGAN dihabiskan, bergantung pada tepung anda, bancuhan jangan terlalu pekat dan cair
Pilihan Lain –
Ikan Bilis hendaklah digoreng dahulu baru dimasukkan kedalam adunan atau;
Udang Basah yg buang kulit dan dipotong kecil dan dimasukkan kedalam adunan
Cara Membuat:
1. Bahan B hendaklah dimasukkan ke dalam adunan Bahan A. Gaul rata supaya menjadi sebati.
2. Kemudian, baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang cantik.
3. Masukkan ikan bilis atau pun Udang yang menjadi Pilihan anda, rasa tahap kesedapan anda.
4. Rehatkan adunan selama 10 hingga ke 15 minit, barulah digoreng hingga garing. Angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran anda.
4. Resepi Cekodok Udang
Bahan-bahan :
4 cawan tepung gandum1 mangkuk udang kecil atau boleh guna udang geragau kering1 biji bawang besar, dihiris kecil2 sudu cili kisar2 cawan air sejukGaram secukupnya
Cara-cara :Campurkan semua bahan ke dalam bekas, kacau rata dan masukkan air sedikit demi sedikit, sesuai dengan kepekatan yang diinginkan.Panaskan minyak supaya betul-betul panas dan kaut adunan cekodok dengan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas. Kemudian perlahankan sedikit api.Kacau dan balik-balikkan cekodok pisang dengan kerap supaya bahagian luarnya rangup dan bulat bila masak nanti.Bila sudah keperangan, angkat dan toskan di atas kertas tisu.
5. Resepi Cekodok Pisang
Bahan-bahan1 ikat pisang nipah / emas 1 cawan tepung, anggaran3-4 sudu besar gula1/2 sudu kecil garam
Cara-caraKupas kulit pisang dan masukkan ke dalam mangkuk kemudian lenyek pisang sehingga halus dan masukkan gula dan garam. Kacau sebati.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Tambah tepung gandum sehingga mendapat kepekatan yang seimbang. Rehatkan adunan selama minimum 15 minit.Panaskan minyak supaya betul-betul panas dan kaut adunan cekodok dengan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas. Kemudian perlahankan sedikit api.Kacau dan balik-balikkan cekodok pisang dengan kerap supaya bahagian luarnya rangup dan bulat bila masak nanti.Bila sudah keperangan, angkat dan toskan di atas kertas tisu.
Tip Air harus ditambah sedikit demi sedikit kedalam bekas berisi tepung, supaya adunan tidak terlalu cair atau keras. Setiap sukatan tidak sama kerana ianya bergantung kepada jenis pisang dan berapa banyak kuantiti pisang yang digunakan.Adunan cekodok pisang harus seimbang kandungan tepung dan pisangnya. Kuantiti tepung yang kurang akan menyebabkan cekodok serap minyak apabila digoreng. Disyorkan, goreng sebiji dahulu untuk memastikan adunan cekodok itu menjadi.
6. Resepi Cucur Jagung Pedas
Bahan-bahan :2 tongkol jagung1 ikat daun kucai, dihiris3 sudu besar cili kisar1 biji bawang besar, dihiris1/2 cawan ikan bilis, ditumbuk5-6 senduk tepung gandum1 sk garamair sejukSedikit kunyit hidup
Bahan-bahan untuk sos pencicah:5 tangkai cili merah besar3-4 sb gula1 cawan air1/2 cawan cukasos ikan (optional)sos ciliSedikit garamSedikit air
Cara-cara :
Buangkan kulit jagung serta rambut-rambut dan kemudian isinya dihiris dari tongkolnya. Isinya boleh ditumbuk sedikit supaya bila dimasak ia tidak meletup-letup.Satukan kesemua bahan ke dalam bekas, masukkan air ais dan digaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sekiranya tiada air aisi, boleh masukkan adunan ke dalam peti ais dalam 20 minit sebelum di masak.Panaskan minyak, ambil beberapa sudu minyak dan tuangkan kedalam adunan. Ini bagi merangupkan cucurAmbil sedikit adunan atau guna sudu untuk dimasukkan ke dalam minyak. Masak hingga kekuningan dan diterbalikkan.Bila cucur dah mula keperangan, leraikan yang melekat dan kacau-kacau goreng sampai garing.Bila sudah garing, boleh angkat dan toskan.
Cara-cara untuk sos pencicah:
Masukkan cili merah, gula dan air dalam blender. Kemudian kisar kasar.Tuang masuk dalam periuk. Masak sampai mendidih dan masukkan cuka atau sos ikan atau kedua-duanya.Masukkan sos cili, kacau dan tutup api.
Tip Cucur RangupKalau sukakan cucur yang rangup, pastikan menggunakan air bancuhan dengan air sejuk atau air ais.Ada yang suka menggunakan tepung jagung bagi memekatkan sos pencicah.Unutk memastikan cucur yang dimasak garaing, pastikan adunan yang dimasukkan ke dalam kuali tidak terlalu banyak kerana ini menyebabkan suhu minyak cepat turun.Bagi mengurangkan serapan minyak pada cucur, kuatkan sikit api, kacau dan terus angkat cucur yang sudah dimasak.
7. Resepi Peknga @ Lempeng Kelapa
Bahan-bahan:1 cawan tepung gandum2 cawan kelapa muda parut1/4 cawan santan1 cawan air kelapa @ air biasa pun bolehGaram secukup rasa
Cara-caraSatukan semua bahan di dalam bekas dan kacau sebati hingga tidak yaPanaskan kuali, amil sesenduk, letakkanbdi atas kuali da leperkan.dan selamat melempeng.
Baca juga : Kuih cucur badak
8. Resepi Kuih Cara Manis
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan pekat atau santan kotak
1 cawan air
1 cawan air pandan (3 helai daun pandan di blend dengan secawan air)
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
Gula (sebagai inti)
Minyak masak (sapu pada acuan)
Cara-cara
Campur tepung gandum/telur/air pandan/air/santan/garam. Kacau hingga sebati.Kemudian tapis. Panaskan acuan. Sapu minyak pada acuan kemudian tuang adunan tadi.Letak gula ditengah kemudian tutup denagn penutup dlm 5-7 minit.Dah masak boleh keluarkan kuih cara tersebut.
9. Resepi Kuih Cara Berlauk
Bahan-bahan:-
3 cawan tepung gandum, diayaksantan pekatGaram secukupnyasedikit serbuk kunyit1 helai daun pandan, disimpul
Bahan untuk inti:-
300 gm daging cincang1 labu bawang besar, dipotong dadu3 ulas bawang putih, dipotong dadu3 sudu makan serbuk kari daging2 sudu makan minyak masak untuk menumisGaram secukupnya
Bahan hiasan:-
2 biji cili merah, diracik halussedikit daun bawang dan daun ketumbar/sup, diracik halus
Cara-cara :-
Satukan tepung gandum, santan dan garam ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati. Adunan Tiada sukatan yang digunakan hanya berdasarkan agak-agak dan bergantung berapa banyak kita ingin buat. Adunannya mengikut kita membuat lempeng tapi kalau lempeng guna air, yang ini guna santan dan letakkan serbuk kunyit. Kalau nampak pekat, tambah sedikit air.Cara membuat inti:- Untuk membuat inti, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Perapkan daging cincang dengan rempah kari seketika. Bila tumisan bawang sudah kuning, masukkan daging yang telah diperap dengan rempah tadi. Kacau dan biarkan daging masak sempurna dan masukkan garam secukup rasa.Cara membuat kuih cara : Panaskan acuan, oleskan dengan minyak menggunakan daun pandan. Tuangkan adunan tepung ke dalam acuan dan taburkan inti daging dan bahan hiasan dalam 2 sudu kecil. Masak dengan api sederhana dalam 10 minit akan masak dengan sempurna.
10. Resepi Pengat Gandumfoto kredit : Google
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum2 cawan santan pekat2 cawan air
Bahan untuk air gula½ cawan gula pasir
1 sudu makan gula merah
1 helai daun pandan
1 cawan air
Cara-cara
Bancuh tepung dengan air dan sedikit garam. Masukkan sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi satu doh (biar keras sedikit). Guntingkan mengikut saiz kesukaan Masakkan air anggaran ½ periuk sehingga mendidih dan masukkan tepung guntingan tepung tadi. Kacau supaya ia tidak melekat. Cara-cara penyediaan air gulaMasak bahan-bahan untuk air gula hingga mendidih dan tapiskan ke dalam periuk lain. Masukkan tepung yang dimasak tadi ke dalam periuk, dan masak sehingga mendidih. Masukkan santan dan sedikit garam. Kacau kerapa supaya tidak pecah minyak dan ila nampak hampir mendidih, tutup api. Siap.
11. Resepi Apam Balik Mudah
Bahan-bahan A
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh yis
1/4 cawan gula
1 biji telur
1 1/4 cawan air / susu segar
2 sudu besar marjerin (dicairkan)
Sedikit garam
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning
Bahan-bahan inti
Kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar kasar)
Jagung tin
Gula
Sedikit mentega
Cara-cara
Satukan telur, gula dan air ke dalam pengisar dan kisar hingga berbuih dan gula larut serta sebati.Masukkan bahan-bahan lain (bukan bahan inti) dan kisar lagi hingga halus. Biarkan adunan selama sejam.Panaskan kuali dengan api kecil, sebaiknya guna kuali non-stick. Sapu sedikit marjerin dan sendukkan adunan, dan leperkanApabila adunan kelihatan berlubang kecil, taburkan gula, kacang dan jagung.Letakkan sedikit mentega (seperti kita lihat kuih ini dibuat)Apabila apam dah berwarna coklat, lipat dan sapukan permukaan apam dengan sedikit marjerin. Siap.
12. Resepi Roti Jala Sukatan Cawan
Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 cawan air
1 biji telur
2 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
Pewarna kuning telur atau serbuk kunyit
Cara-cara
Satukan tepung gandum, serbuk kunyit, atau pewarna kuning, gaul hingga sebati. Didalam bekas lain, campurkan air, santan, minyak masak dan telur, kacau biar sebati dan tuang dalam tepung tadi.Masukkan kedalam pengisar, kisar hingga tiada ketul-ketul. TapiskanPanaskan kuali dengan api perlahan, oleskan sedikit minyak dan sedia menjala menggunakan acuan bercorong. Tebarkan roti jala di atas kuali leper non-stick dengan api yang kecil. Setelah roti lekang dari kuali, bolehlah diangkat. Gulung atau lipat roti mengikut bentuk yang diinginkan. Ulang hingga selesai.
Resepi Kari Ayam Kuah Roti Jala1/4 ekor ayam, dipotong kecil
5 sudu besar serbuk kari
3 biji buah pelaga
5 tangkai biji cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
1 cawan santan pekat
3 ulas bawang merah, dihiris
3-5 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
4 cawan air
1 mangkuk kecil asam jawa
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam
Cara-cara
Tumis bahan yang dihiris bersama rempah 4 sekawan sehingga layu dan naik bau. Masukkan daun kari dan tumis sebentar.Kemudian masukkan pes kari ayam (serbuk kari dicampur dengan sedikit air), tumis hingga pecah minyakSetelah agak garing, masukkan ayam dan tumis lagi sehingga ayam masak. Kemudian masukkan air dan biarkan hingga mendidih.Setelah mendidih, masukkan garam dan pes asam jawa. Kacau dan masukkan pula santan. Tunggu hingga mendidih sebentar dan bolehlah ditutup api.
Selamat Mencuba
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2024/02/12-resepi-sajian-minum-petang-dengan.html