12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap


12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap  | Kuih talam adalah antara kuih yang paling mudah untuk dimasak dan menjadi kegemaran buat mereka yang lanjut usia sebab ianya lembut, sedap berlemak tapi ada juga yang menukar dengan menggunakan susu cair dan santan kotak.  Selain dari tu kuih talam ni memang menjadi pilihan mak-mak zaman dulu sebabnya mudah untuk disediakan terutama bagi mereka yang punya anak ramai..buat setalam boleh makan seisi keluarga

Tips :

Kalau saya memasak sebarang kuih talam ni, selalunya saya lebih suka bungkus penutup pengukus dengan kain tuala bersih supaya air/wap tidak menitik di atas kuih dan kita tak perlu buka dan lap wap air diantara waktu memasak.Sekiranya tak nak guna kain penutup kukusan, sebaiknya buka penutup setiap 5 minit dan lap penutup dan kukus kembali.  Gunakan sudu untuk mengaup wap yang tumpah tapi kena berhati-hati supaya lapisan atas tidak terkait sekaliSaya akan menggunakan lidi pencungkil gigi yang bersih untuk dicucuk ke bahagian tengah kuih supaya tiada kesan melekat yang menunjukkan kuih tu benar-benar masak.Guna pisau plastik untuk memotong kuih supaya kuih lebih nampak kemas selepas dipotong.


1. Resepi Talam Ubi Kayu


Bahan-bahan untuk lapisan bawah (A)
800 gm ubi kayu yang siap di parut
200gm santan pekat
100ml air
100gm gula pasir
150gm gula merah
Sedikit garam
Daun pandan disimpulkan
20gm tepung gandum

Bahan-bahan untuk lapisan atas (B)
300ml santan
500ml air
100gm tepung beras, ditapis
20 gm tepung jagung, ditapis
1 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya:

Lapisan bawah : Masukkan gula merah, daun pandan dimasak hingga gula hancur.  Tapis air gula dan dicampur dengan ubi kayu yang telah diparut. Masukkan sedikit garam dan tepung gandum (supaya kuih tu nanti mudah dipotong) Kacau hingga sebati, masukkan kedalam loyang dan kukus selama 20 min. Buka pengukus dan mampatkan dengan sudu.

Lapisan atas : Campurkan kesemua bahan dan kacau hingga sebati. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan dikukus selama lebih kurang 20 min atau hingga benar-benar masak.


2. Resepi Talam Seri Muka
12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap 
Kuih kegemaran kami sekeluarga ni mesti dibuat dengan cara yang diajar oleh ibu mertua sebab rasanya memang sedap sangat
Lapisan bawah :
Pulut direndam dalam 4-5 jam (supaya cepat lembut bila dikukus). Toskan dan masukkan dalam loyang dan kukus.  Bila nampak pulut dah macam lembut sikit masukkan santan yang dicampur sedikit garam supaya lebih enak dan kukus. Bila rasa pulut dah cukup masak, tekan-tekankan pulut biar padat kalau tak nanti bila dah masuk lapisan atas kuih tu nanti berderai.  Kukuskan dalam 10min lagi. 

Lapisan atas :
½ sudu teh campuran kulit kayu manis
10 - 15 helai daun pandan dikisar
2 cawan santan untuk menyedapkan dan melemakkan
4 biji telur (ambil telur putih jer tp 1 biji telur tu ambil yang kuning sekali)
2 sudu gula kasar

Cara-cara membuatnya:
Pukul telur, gula dan sedikit garam hingga kembang. Masukkan kulit kayu manis
Masukkan air daun pandan yang telah dikisar dan ditapis, kisar hingga sebati. Tuangkan adunan keatas pulut yang tengah dikukus tu dan dikukus selama 30 - 45 min. Tutup api dan biarkan ia sejuk sebelum dihidangkan


3. Resepi Kuih Talam Koleh Kacang

12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap
Pix credit FB Kuih Kole Kacang
Bahan-bahan untuk lapisan bawah (Bahan A)
400gm gula merah
100gm gula pasir
300ml air
2 helai daun pandan
*Masak semua ini hingga larut dan kemudian tapis.

Bahan-bahan untuk lapisan bawah (Bahan B)
300gm tepung kacang hijau (brand Baba’s paling baik sebab halus)
1 sudu kecil garam

Bahan-bahan  (Bahan C)
400 ml santan
1300ml air

Cara buat tahi minyak
Santan segar 1 kg
Sedikit garam.

Masak dalam kuali non stick sehingga kering. Tahinya untuk kole kacang, manakala minyaknya boleh digunakan untuk goreng sayur. Berkhasiat.
Cara-cara membuatnya:

Masukkan bahan A ke dalam kuali, kacau atas api sederhana selama 25 minit. Insya Allah 25 minit akan masak dengan cantik, oleh itu amat digalakkan gunakan timer.Selepas 10 minit di atas api masukkan 1 sudu minyak daripada tahi minyak yang telah siap digoreng (rujuk di bawah cara membuatnya), dan kacau lagi tanpa henti.Tuangkan adunan ke dalam acuan 10×10 yang telah siap dilapik plastik. Sejukkan. Setelah itu boleh ditabur tahi minyak secara rata, dan bolehlah dipotong.


4. Resipi Kuih Lapis
12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap
pix dari blog illuminasi
Bahan-bahan:
1½ cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
¾ cawan gula
4 cawan santan
Pewarna merah (ikut kesukaan)
½ sudu teh garam
Sedikit minyak (Bagi disapu pada loyang)

Cara-cara membuatnya:
Satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar kecuali pewarna dan minyak masak dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan pewarna merah ke dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal (putih) dalam 1 bahagian lagi. Sapukan minyak pada loyang bulat bersaiz 7 inci dan masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit. Masukkan 1 senduk adunan asal, kukus semula selama 5 minit. Lapiskan adunan merah dan asal berselang-seli sehingga adunan habis. Sejukkan dan potong. Sedia dihidangkan..

5. Resepi Kuih Talam Gula Merah
12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap
pix credit to FB Resepi Kuali MamaBahan-bahan untuk lapisan bawah (A)
1 cawan tepung beras
¾ cawan tepung gandum
3 sudu makan tepung ubi
¾ cawan gula
½ cawan santan cair
1 sudu teh air kapur
¾ cawan air gula merah, tambah ikut kemanisan yang disukai
2 ½ cawan air

Bahan-bahan untuk lapisan bawah (B)
1 cawan tepung beras
¾ cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
2 ½ cawan air
sedikit garam

Cara-cara membuatnya:
Lapisan bawah : Campur semua bahan-bahan  dan kacau hingga sebati. Tapiskan adunan dan masukkan kedalam periuk, kacau adunan dengan api sederhana hingga naik wap. Biar sejuk seketika dan kemudian tuangkan ke dalam loyang yang dilapik plastik.Lapisan atas : Campur bahan-bahan B dan kacau hingga sebati. Tapiskan adunan dan masukkan kedalam periuk, kacau adunan dengan api sederhana hingga naik wap. Goreskan lapisan bawah untuk memastikan ianya melekat dengan baik dan tuang adunan  ke atasnya. Kukus sehingga masak atau lebih kurang 25 minit.

6. Kuih Talam Pandan
12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap
pix credit keluarga.myBahan-bahan untuk lapisan bawah
160 gm tpg beras
60 gm tpg kcang hijau
250 gm gula pasir
500 ml santan cair
600 ml air daun pandan (15 helai)
1 sudu air kapur
Sedikit saja pewarna hijau

Bahan-bahan untuk lapisan atas
800 ml santan agak pekat
100 gm tepung beras
20 gm tepung jagung
1 sudu garam

Cara-cara membuatnya:
Lapisan bawah : Satukan semua bahan di atas, dan kacau sehingga gula larut. Tapiskan adunan dan kacau di atas api sehingga naik wap. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dilapik plastik. Kukuskan selama 20 minit.Lapisan atas : Satukan semua bahan dan tapiskan. Kacau sekejap di atas api sehingga naik wap. Kemudian tuangkan adunan ke atas lapisan bawah. Goreskan sedikit lapisan bawah untuk memastikan ianya melekat dengan baik. Pastikan juga tiada wap air atau jika ada boleh dilapkan dahulu. Kukus selama 15 minit hingga masakNota:  guna loyang bersaiz 10 x 10.  Pastikan kuih benar-benar sejuk sebelum dipotong.



7. Resepi Kuih Talam Keladi
12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap
kredit GoogleBahan-bahan untuk lapisan bawah (A)
200 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
1 1/2 sudu teh garam
300 ml santan pekat
700 ml air

Bahan-bahan untuk lapisan bawah (B)
100 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
250 gm gula halus
4 biji telur grade A
200 ml santan pekat
400 ml air
Sedikit pewarna unggu
1/2 sudu garam

Bahan-bahan untuk lapisan bawah (B)
200 gm keladi. Buang kulit, potong dadu kecil dan kukus dan timbang

Cara-cara membuatnya:

Lapisan bawah : Bancuh semua bahan A hingga rata dan tapis ke dalam periuk. Panaskan di atas api selama 2-3 minit. Masukkan bahan B. Kemudian tuangkan ke dalam loyang 10×10 yang dilapik dengan plastik. Kukus selama 25 minit.

Lapisan atas : Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau di atas api selama 2-3minit sebelum dituangkan ke atas lapisan bawah. Jika ada air di atas lapisan bawah, lapkan terlebih dahulu dengan tisu dapur. Goreskan permukaan bawah dengan garpu dan bolehlah dituang perlahan-lahan agar adunan tidak berbuih. Kukus selama 30 minit.
Nota:  guna loyang bersaiz 10 x 10.  Pastikan kuih benar-benar sejuk sebelum dipotong.


8. Resepi Kuih Talam Vanilla Coklat
12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap
pix credit - FB Mama Cakes & DessertsBahan-bahan untuk lapisan bawah
1 ½ cawan tepung beras
¼ cawan tepung jagung
½ cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan santan pekat
2 ½ cawan air
2 biji telur-pukul sikit
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam

Bahan-bahan untuk lapisan atas
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1 cawan tepung gandum
¼ cawan tepung jagung
3 biji telur
1 cawan gula pasir
secubit garam
1 sudu besar serbuk koko- bancuh dngn 4 sudu besar air suam
1 sudu kecil coklat emulco

Cara-cara membuatnya:

Lapisan bawah : Satukan kesemua jenis tepung dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam, gula, telur dan santan. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak diatas dengan api sederhana sehingga naik wap. Kacau sentiasa menggunakan whisk supaya tak berketul-ketul. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.
** Setiap 10 minit, buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(bagi mengelakkan air bertakung di permukaan kuih)

Lapisan atas : Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk kecuali coklat emulco dan serbuk koko.. Gaul sebati, nak mudah kisar kesemuanya. Masukkan adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap dengan api sederhana. Goreskan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan coklat ke atas lapisan vanilla tadi dan kukus selama 20 minit.
**Kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yang terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit. (jumlahnya 20 minit juga kan.)


9. Resepi Kuih Talam Cendol
12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap
Pix credit GoogleBahan-bahan 
30 gm agar tali
120 gm gula merah
200 gm gula pasir
500 ml santan agak pekat
1200 ml air
1 sudu kecil garam
2 cawan cendol
2 helai daun pandan

Cara-cara membuatnya:

Rendam agar-agar dan kemudian masak dengan air ditambahkan daun pandan bagi larut. Masukkan gula putih, santan dan garam. Masakkan sekejap JANGAN bagi didih. Bahagikan kepada 2 adunan.

Lapisan bawah : Satu bahagian ditapis dan campurkan dengan cendol. Masukkan ke dalam loyang yang dilapik plastik dan bekukan

Lapisan atas : Satu lagi adunan dicampurkan gula merah.  Goreskan dengan garfu lapisan bawah dan kemudian tuangkan adunan ini diatas lapisan atas.  Bekukan kembali.  Terbalikkan sebelum dipotong mengikut saiz kegemaran.

10. Resipi Kuih Talam Suji
12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap
Pix credit FB Nuriza SaadBahan-bahan untuk lapisan bawah
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas:
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 cawan gula merah

Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan


11. Resipi Kuih Talam Tokyo
12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap
Pix credit FB Talam tokyoBahan-bahan untuk lapisan bawah
1 cawan sagu rendam sekejap
1 paket kecil suun, direndam dan digunting sikit
1 cawan kelapa putih
1 kotak kecil santan
½ cawan air
½ sudu besar garam (bahagian bawah ini perlu masin sedikit)

Bahan-bahan untuk lapisan atas
20 helai daun pandan dikisar dengan 2½ cawan santan dan ditapis
400 ml santan pekat (2 kotak santan)
4 biji telur
1 cawan gula
6 sudu besar tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard
sedikit garam

Cara-cara membuatnya:

Lapisan bawah : Basuh suun dengan air suam hingga agak lembut, dipotong kecil dan toskan. Basuh sago dan rendam dalam 30 minit, toskan. Satukan kedua-dua bahan tu dalam loyang yang dioleskan dengan minyak.  Boleh juga lapik dengan plastik dan oleskan sedikit minyak.  Kukus selama 30 minit dan mampatkan dengan susud supaya lapisan menjadi padat dan rata.

Lapisan atas : Campurkan semua bahan dan kisar sama rata kemudian tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 - 45 minit bergantung saiz loyang dan ketebalan kuih. Padamkan api dan biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.


12. Resepi Talam Kaya Labu
12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap
pix credit GoogleBahan Lapisan Labu
500gm isi labu (dikukus dan dilecek)
70gm tepung jagung
60gm tepung sago
200ml santan pekat KARA
200ml air
220gm gula halus
350gm telur (optional)
2 helai daun pandan

Bahan Lapisan Putih
90gm tepung beras
100gm tepung ubi
400ml santan pekat KARA
170gm gula halus
1 sudu kecil garam
400ml air
2 helai daun pandan

Cara-cara membuatnya:

Lapisan Labu : Satukan bahan untuk lapisan labu, gaul dan kisar sekejap dalam pengisar dan tapis. Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap sahaja. Keluarkan daun pandan. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke dalam loyang yang telah dileser sedikit minyak dan kukus selama 10 minit.

Lapisan Putih : sementara itu, satukan bahan lapisan putih, gaul rata dan tapis. Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap. Keluarkan daun pandan. Bahagian adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke atas lapisan labu yang dikukus tadi. Kukus selama 5 minit.
Ulangi proses melapis hingga habis. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
.
resepi kredit My Resepi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2020/04/12-resepi-kuih-talam-kukus-yang-popular.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi

Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 1060 hits
As Salam Tips Buat Kuih Seri Muka Sedap Berlemak Manis Dengan Resepi Sukatan Cawan Akhirnya sempena cuti Fasa ketiga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Allah izinkan dan mudahkan saya untuk buat sendiri antara kuih legend dan tradisi ...
Cara Buat Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

Cara Buat Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 1138 hits
Kuih siput rangup dan paling sedap Kuih siput adalah kuih yang dibuat bermusim terutamanya apabila tiba musim perayaan Saya memang penggemar kuih siput dan akan membelinya bila tiba hari raya dengan jumlah yang banyak Kalau kuih siput itu s...
Resepi Kek Kukus Tutty Fruity Nampak Comel Rasa Pun Sedap

Resepi Kek Kukus Tutty Fruity Nampak Comel Rasa Pun Sedap

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 1649 hits
RESEPI KEK KUKUS TUTTY FRUITY NAMPAK COMEL RASA PUN SEDAPBahan Bahan Bahan A
Idea Kuih Raya Popular Lejen Dan Pasti Sedap Tahun 2020

Idea Kuih Raya Popular Lejen Dan Pasti Sedap Tahun 2020

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 739 hits
Idea Kuih Raya Popular Lejen Dan Sedap Tahun 2020 Kita nak perah idea sikit bagi kat korang yang dah nak start order kuih raya tahun ni Agaknya kuih raya yang mana satu jadi idaman pada tahun 2020 ni Atau ada kuih baru yang namanya kuih waw...
Resepi Ayam Kukus Halia

Resepi Ayam Kukus Halia

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 425 hits
Resepi Ayam Kukus Halia Mama ada order barang dapur melalui Lalamove dan dibelinya halia saiz gergasi sebanyak 3 ketul Besar tau halia tu dah lah saiz giant Kebetulan mama terjumpa resepi ni mama nak cuba masak lah nanti Mama tepek dulu Res...
10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah

10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 433 hits
10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah Hari tu saya kongsikan resepi puding hasil air tangan KC Iman yang korang boleh baca kat dan kalau nak resepi dessert lain boleh baca kat tauMemandangkan tak berapa hari lagi kita nak menyambut R...
Resepi Tempe Goreng Sambal Dengan Ikan Bilis Pedas Dan Sedap

Resepi Tempe Goreng Sambal Dengan Ikan Bilis Pedas Dan Sedap

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 1382 hits
Lama lama kat rumah boleh kehabisan idea juga nak masak lauk yang macam mana untuk makan tengahari Last2 masak yang simple jelah yang semua orang pun makan tak lain tak bukan sambal tempe dengan ikan bilis Anak anak dengan ikan bilis memang...
Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 1940 hits
Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan disambung dua minggu lagi dari 15 April hingga 28 April 2020 Moga semua ini dapat berakhir dengan cepat dan kembali pulih seperti biasa Sepanjang PKP ni ...
Resepi Mee Goreng Mamak Sedap

Resepi Mee Goreng Mamak Sedap

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 1403 hits
Resepi Mee Goreng Mamak Sedap RESEPI BAHAN BAHAN Mee kuning 1 bungkusUdang sederhana Bawang PutihBawang MerahKicap cair pekatSos ciliSos tiramCili BoTauhuKentangTaugeh Daun KubisTomato3 biji telurFish cakeCiliSerbuk perasa Knorr MaggiCARA M...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord