12 Koleksi Resepi Ikan Bakar Terlajak Sedap


Dah lama tak buat pengumumpulan resepi kat blog ni, bukan sebab tak masak atau tak jengah buku resepi atau tidak cuit Google tapi tahap kesibukan tu melangit tingginya.

Ikan Terubuk BakarIkan Bakar SimpleIkan Bakar BerempahIkan Bakar Bersambal / Ikan Bakar PErcikIkan Bakar Ala ThaiIkan Bakar BerladaIkan Bakar Sumbat SambalIkan Bakar Sumbat KelapaIkan Bakar Ala PortugisIkan Bakar TomyamIkan Bakar Sambal Petai


1. Ikan Terubuk Bakar 

Bahan-bahan
1 ekor ikan terubuk
garam kasar


Cara membuatnya :

Ikan terubuk, dibuat isi perut dan dibelah bahagian belakang dan dibasuh dengan perahan limau kasturi. Ikan terubuk tak perlu dibuat sisik dan kalau si pemotong ikan tu pandai, dia akan potong dan selarikan tulang supaya mudah untuk diambil isi ketika makan.Lumur dengan garam serata bahagian ikan terubuk hingga rata. Biarkan seketika.Bakar sehingga ikan masak. 
2. Ikan Bakar Simple
Bahan-bahan 
1 ekor ikan kembung
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Cara membuatnya :

Bersihkan ikan dan kelar. Gaul rata ikan bersama garam dan serbuk kunyit,  dan perap selama 10 minit. Panaskan pemangang dan bakar ikan. Sapukan sedikit minyak pada permukaan pembakar dan bakar hingga masakAngkat dan sedia dihidangkan dengan pencicah air asam/kicap atau sambal.


3. Ikan Kembung Bakar

bahan-bahan
3 ekor ikan kembung
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 hiris halia
3 batang serai
Bahan-bahan di atas dikisar kecuali ikan
– 1 biji limau nipis, diambil jus
– Garam secukup rasa (gunakan garam bukit lebih elok)
Cara membuatnya :

Bersihkan ikan, ketepikanGaulkan bahan kisar bersama ikan dan perap selama 15 minit.Perah lemon ke atas ikan.Panggang sehingga masak.Sedia untuk dihidangkan bersama nasi
sumber :FB Resepi Masakan Diet Sihat Dan Murah


4. Ikan Bakar Berempah
Bahan-bahan
1 ekor ikan
1 sudu besar cili kisar
3 batang serai
3 biji bawang merah
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada (jika nak lebih pedas)


Cara membuatnya :

Bersihkan ikan dan kelar. Gaul semua bahan kisar dan perap pada ikan selama 20 minit.Lumur sedikit minyak pada permukaan ikan dan bakar sehingga ikan masak sambil renjis minyak pada ikan. Angkat dan sedia dihidangkan dengan pencicah air asam/kicap atau sambal.


sumber : FB Resepi Orang Kita - Ummu Nazlifa


4. Ikan Bakar Percik

Cara membuatnya :


5. Ikan Bakar Bersambal
Bahan-bahan.
3 ekor ikan cencaru - dibersih dan dikelar di belakang nya
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/2 inch halia*
1/4 inch kunyit*
2 batang cili merah*
** Kesemua bahan * dikisar halus
2 batang serai - dititik
3 sudu besar cili kisar
Garam & gula secukup rasa
15 biji tomato cherri di belah dua
Minyak masak untuk menumis
Cara membuatnya :

Panaskan minyak dlm kuali, letakkan 2 batang serai yang sudah di titik dan bahan2 yang telah dikisar. Goreng semua hingga masak. Letakkan garam dan gula secukup rasa. Letakkan gula lebih sikit, biarkan ia manis sedikit. Masukkan tomato cherri dan goreng sebentar biarkan tomato nya lembut sedikit. Biarkan ia sejuk sebelum sumbatkan dalam ikan nya. Letakkan ikan di atas dulang pembakar. Letakkan foil dan daun pisang.  Panaskan oven pada suhu 180°C. Tutup ikan dengan lapisan daun pisang dan bakar dalam oven selama 15mins. Selepas 15mins buka dan bakar lagi ikan 8 mins dengan api atas oven.


Ikan Kembung Percik Simple
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kembung - saiz besar
1 biji kelapa - ambil santannya
5 tangkai cili kering    }
5 labu bawang merah }
2 labu bawang besar  } dikisar
Sedikit halia              }
Sedikit belacan          }
1 batang serai - diketuk
1 camca gula
1 camca air asam jawa
Sedikit kunyit
Garam secukupnya
Cara membuatnya :

Bersihkan ikan, lumurkan dengan garam dan kunyit. Kemudian bakar ikan sehingga separuh masak.Panaskan kuali, kemudian masukkan bahan kisar bersama santan. Kacau rata, masukkan serai.Masukkan air asam jawa, gula dan garam. Gunakan apai perlahan sehingga kuah menjadi pekat.Ambil ikan, kemudian tuangkan kuah di atasnya. Bakar sekali lagi sehingga masak.




6. Ikan Bakar Ala Thai
Bahan-bahan.. 
1 ekor ikan jenahak/siakap/gerut2/kerapu- bersihkan dan belah 2
Utk perap ikan.. 
2 batang serai-tumbuk halus
2 inci kunyit hidup- tumbuk halus
Sedikit garam kasar-tumbuk sekali dengan kunyit hidup & serai
Cara-cara.. 
- Sapukan rata2 bahan perap pada ikan..
- Perap ikan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dibakar, tak perlu letak kat bahagian beku ye. 
Sambal Ikan Bakar.. 
5 biji cili merah*
1 ulas bawang putih*
3 sudu besar thai shrimp chilli flakes
1 sudu besar sos sri racha*
2 sudu besar cili kisar*
3 sudu besar pes tom yam*
1 sudu besar sos cili thai*
Garam
Asam jawa
Gula 
Perasa
1 1/2cawan air dibancuh dengan 2 sudu kecil tepung jagung (sebagai bahan pemekat)
Minyak masak untuk menumis
Cara membuatnya : 

Kisar halus bahan2 yang bertanda *.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.Tumis bahan2 yg telah dikisar, kacau 1-2 minit kemudian masukkan thai shrimp chilli flakes dan tumis lagi hingga cili garing.Bila cili dah kelihatan garing, masukkan bancuhan air tepung jagung bersama asam jawa, garam, perasa & gula secukup rasa. Kacau dan masak hingga sambal mencapai kepekatan yg anda suka, sesuaikan rasa. Bila dah secukup rasa dan cukup kepekatan yg anda mahu bolehlah tutup api.Sambal ini telah sedia untuk disapu nipis atas ikan yg hendak dibakar, bila ikan hampir masak, curah lebih sikit lagi sambal atas ikan beberapa minit sebelum ikan masak. 
7. Ikan Bakar Berlada
Bahan-bahan.. 
3 ekor ikan kembung besar
3 sudu besar cili kering kisar
1 batang serai
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Garam dan gula secukup rasa
Daun pisang
Limau kasturi jika suka
Cara membuatnya :

Ikan dikelar bahagian tengahnya.Kisar serai, bawang merah, bawang putih, halia, garam dan gula pasir. Campurkan cili kisar hingga sebati.Lumurkan bahan kisar pada ikan hingga rata dan bungkus dengan daun pisang.Panggang ikan guna kayu arang atau masukkan dalam ketuhar hingga masak atau bakar atas kuali leper hingga masak. Pusingkan supaya sekata masaknya.


8. Ikan Bakar Sumbat SambalBahan-bahan.. 
1 ekor ikan cencaru saiz besar 
3 biji bawang merah 
1 ulas bawang putih 
1/2 inci belacan 
2 biji cili merah 
4 biji cili api 
1/2 cawan air 
1 sb cili kisar 
1 1/2 sb air asam jawa 
1 sb gula melaka/gula biasa 
1/2 sk garam 
Minyak masak
Cara membuatnya :

Belah bahagian belakang ikan cencaru dan lumurkan ikan bersama garam dan kunyit kemudian ketepikan.Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili api dengan sedikit air sampai agak lumat. Kemudian masukkan cili kisar bersama belacan dan tambahkan sedikit gula.Masukkan air asam jawa dan gaul sampai rata.Kemudian ambil ikan cencaru yang telah dibelah tadi dan sumbatkan dengan sambal. Gorengkan/bakar ikan dalam minyak dengan api yang sederhana sampai masak.


9. Ikan Bakar Sumbat Sambal


10. Ikan Bakar Sumbat Kelapa
Bahan-bahan.. 
2 ekor ikan cencaru bersaiz besar |dibersihkan dan dibelah belakang
1/2 biji kelapa parut
1 biji tomato | dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar.. 
1 batang serai
1cm halia
1cm kunyit hidup
5 biji cili api
2 biji cili merah
4  ulas bawang merah
3-4 ulas  bawang putih
Cara membuatnya :

Campurkan bahan yang telah dikisar halus bersama kelapa parut, tomato, garam dan gula. Gaul hingga rata.Sumbatkan campuran kelapa tadi ke dalam perut  ikan cencaru sehingga penuh.Bakar ikan di atas pemanggang menggunakan api kecil sehingga masak.






11. Ikan Bakar Ala Portugis

Bahan kisar.. 
Cili kering 15 tangkai (rebus biar lembut)
Cili Merah Besar 2 tangkai
Bawang Besar 4 biji
Bawang Putih 3 ulas
Halia (nk kurang nk lebih ikut masing2)
Kunyit Hidup (sebesar ibu jari)
** Sebelum masak Ikan tu sebaik2nya lumur dgn sedikit bacuhan tepung gandum utk hilangkan Bau hanyir. Lps tu baru cuci bersih. Gaulkan dgn sedikit garam & serbuk kunyit. 
Cara membuatnya :

Dah lengkap semua bhn boleh la start blend. Lps blend tumis dgn minyak smp cili masak. Perasakan dgn garam dan gula (biar manis sedikit tp jgn terlalu manis)Kemudian kecutkan ikan dgn bhn tumis (mcm masak asam pedas)(ikan tu kelar2 dpn blkg supaya bhn2 semua serap)Agak2 dh separuh masak. Angkat. Masukkan bendi dan petai. Tggu smp masak kemudian angkat.Last sekali bakar dlm daun pisang (pastikan daun pisang tu lebar nk elak cili tumis terkeluar). Jgn lupa sumbat sekali balance cili tumis td dlm ikan.Agak2 bila dh garing sedikit boleh angkat dan hias dgn bendi dgn petai td. Bila nk makan baru perah limau kasturi.


11. Ikan Bakar Tomyam


Bahan A :
1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
2 sudu besar pes tomyam
5 helai daun limau purut 
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
1 biji tomato (potong 6)
Aluminium foil
Bahan B : 
2 tangkai cili merah
5 biji cili api - nak pedas letak lebih
3 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit gula dan fish sos
(semua bahan kisar halus bersama 2 helai limau purut)
Cara membuatnya :
- Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin). 
- Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
- Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak. Boleh juga di bakar di dalam oven.
- Perahkan limau semasa menghidang.


Ikan Bakar Sambal Petai
Bahan-bahan.. 
1 ekor ikan siakap
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 btg serai
sedikit kunyit hidup
sedikit lengkuas
sedikit asam keping/ asam jawa (buang biji)
sedikit belacan
sedikit halia
5 tangkai cili kering.. boleh juga guna cili boh
2 sudu besar minyak masak
Bahan perasa
Petai secukupnya
Cara-cara.. 
Basuh ikan siakap, belah dan toskan. 
Bahan kisar.. 
bawang merah
bawang putih
kunyit hidup
serai
lengkuas
asam keping/ asam jawa (buang biji)
sedikit belacan
halia
cili kering
Cara membuatnya :
- Masukkan minyak masak 1 sudu. 
- Tumis bahan yang telah diblend. 
- Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. 
- Layur daun pisang. 
- Letak ikan siakap atas daun pisang dan letak sambal di atas ikan. 
- Letak petai atas ikan.
- Bungkus sempurna ikan dengan daun pisang. 
- Masak atas kuali leper.
- Siap dan hidangkan. 


3 Resepi Pencicah Ikan BakarAir Asam UtaraBahan-bahan
10 tangkai cili api, dihiris halus
2 tangkai cili merah, dihiris halus
1 - 2  biji tomato, dihiris halus
2 biji bawang besar, dipotong nipis
2 biji bawang merah
1 inci belacan - bakar 
Sedikit jus asam jawa
2 biji limau kasturi, diambil jusnya
1 sudu cuka masak
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 mangkuk air masak
1 sudu besar kerisek


Cara membuatnya: 

Asam jawa dibancuh dengan 1 cawan air, ditapis dan ambil patinya. Masukkan separuh tomato, bawang merah, separuh tangkai cili, belacan, gula dan garam ke dalam pengisar dan kisar. Setelah dikisar, tuangkan ke dalam bekas, masukkan bahan yang telah dihiris dan gaul hingga mesra.Kalau kurang masin tambah garam dan tambah gula jika perlu. Asam yang sedap perlua ada kombinasi rasa masam, manis, masin dan pedas. Selalunya saya akan tambah cuka untuk memberi lebih rasa wangi dan masam, tapi kalau tak suka cuka, boleh masukkan lebih jus perahan limau kasturi.Air Asam Utara ini akan lebih sedap kalau ditambah 1 sudu besar kerisik yang digaul hingga mesra.

2. Cili Kicap 
Bahan-bahan
10 tangkai cili padi hijau dan merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit garam & gula
1 mangkuk kicap lemak manis
1/2 mangkuk air 


Cara membuatnya :
Kisar kesemua bahan hingga halus kemudian masukkan jus limau kasturi astu perah limau kasturi dan hiris setangkai Cili Hijau Besar dan dadukan Buah Tomato. 






2. Air Asam
10 tangkai cili api, dihiris halus
2 tangkai cili merah, dihiris halus
1 biji tomato, dihiris halus
2 biji bawang besar, dipotong dadu
1 inci belacan - bakar 
Sedikit jus asam jawa
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 cawan air masak
2 biji limau kasturi


Cara-cara.. 
Bancuh asam jawa dengan 1 cawan air. Tapis dan ambil patinya. Tuang ke dalam blender.
- Masukkan juga ke dalam blender separuh daripada bahagian tomato yang dibelah dua, 2 biji bawang merah, separuh daripada setangkai cili yang di potong dua, belacan, gula dan garam. Kemudian kisarlah macam biasa.
- Dah siap kisar, tuang ke dalam mangkuk. Mayang atau potong dadu 2 biji baki bawang merah. Separuh tomato yang berbaki tadi potong ikut suka - dadu boleh hiris pun ok. Baki separuh cili merah hiris halus. Cili api hiris halus jugak. Satukan semua bahan ini dalam mangkuk tadi. Gaul bagi bercampur aduk semuanya. Lepas tu perahkan limau kasturi. Kulitnya masukkan sekali.
- Rasa dulu. Kalau agak kurang masin tambah garam. Kurang rasa manisnya tambah gula. Kemudian kacau bagi gula atau garam cair. Kalau kurang air boleh tambah sikit. Kombinasi rasanya mesti ada rasa masam, manis, masin dan pedas. Kalau kurang masamnya tambahlah lagi perahan limau kasturi.
- Kalau air asam ni nak diadikan macam air asam utara tambahlah dengan 1 sudu besar kerisik kemudian gaul rata. 


Resepi Air Asam Kicap
3-5 biji cili padi, dihiris halus
1 biji tomato, dipotong dadu
1 labu bawang besar, dipotong dadu
Kicap manis secukupnya
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara.. 

Masukkan ke semua bahan yang dihiris di dalam mangkuk dan kacau hingga mesra. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/01/12-koleksi-resepi-ikan-bakar-terlajak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Mini Cheese Cakes Bakar Mudah Sedap Comel

Resepi Mini Cheese Cakes Bakar Mudah Sedap Comel

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 336 hits
Resepi Mini Cheese Cakes Bakar Mudah Sedap Comel Aku salah seorang penggemar cheese cake Jika ke kedai kek dan ternampak cheese cake mulalah rasa teringin nak makan tu datang Lagi lagi cheese cake blueberry Dari dulu cukup suka dengan chees...
Resepi Premium Royal Thai Buttercake Versi Coklat Gebu Dijamin Sedap

Resepi Premium Royal Thai Buttercake Versi Coklat Gebu Dijamin Sedap

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 352 hits
Anak anak bila makanan berasaskan coklat ia antara pilihan nombor satu Kalau kek yang berasaskan coklat tu sekejap boleh habis Biasanya kek coklat moist antara jadi pilihan anak anak Bagi resipi kali ni mama boleh cuba buat resepi Premium R...
Resepi Quiche Ayam Sedap Menyelerakan 1 Adunan Ni Dapat 2 Biji

Resepi Quiche Ayam Sedap Menyelerakan 1 Adunan Ni Dapat 2 Biji

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 224 hits
Quiche Ayam tentunya tidak asing lagi bagi para peminat pastri Sangat sedap dan membuka selera lebih lebih lagi jika dimakan panas panas Tekstur doh pastrinya yang rangup dan lemak ditambah pula dengan inti yang berkrim menjadikan hidangan ...
Resepi Ayam Goreng Sedap Simple Untuk Nasi Ayam

Resepi Ayam Goreng Sedap Simple Untuk Nasi Ayam

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 277 hits
Resepi Ayam Goreng Sedap Simple Untuk Nasi Ayam Alhamdulillah makan malam kami adalah menu nasi ayam Kali ni saya buat ayam goreng lemak manis tanpa madu Haha makan dengan nasi ayam sedap terbaik hasil air tangan sendiri Sebenarnya resepi n...
Mudah Betul Buat Ikan Rebus Thai Goreng Garing Memang Sedap

Mudah Betul Buat Ikan Rebus Thai Goreng Garing Memang Sedap

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 244 hits
Pernah cuba rasa Rebus Menurut empunya resipi saudari Dior Sarah ia merupakan resipi keluarganya dan merupakan hidangan wajib bila berkumpul Ia sangat sedap digoreng dan makan bersama nasi panas Kuah ikan rebus ni juga boleh dinikmati dan s...
Resepi Udang Masak Bawang Sedap

Resepi Udang Masak Bawang Sedap

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 214 hits
Resepi Udang Masak Bawang Sedap UDANG adalah makanan yang kaya dengan nutrisi penting seperti protein dan bersifat antioksida yang memberi manfaat buat tubuh badan Rasanya yang sedap menjadikan ia sebagai lauk pilihan dan kegemaran ramai or...
4 Resepi Sandwich Telur Sedap Cara Mudah

4 Resepi Sandwich Telur Sedap Cara Mudah

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 306 hits
4 Resepi Sandwich Telur Sedap Cara Mudah Sandwich salah satu makanan kegemaran Aku suka makan sandwich sebab mudah nak sediakan dan cepat kenyang Selain sandwich sardin dan sandwich tuna aku suka makan sandwich telur Apa beza sandwich telur...
Rahsia Resepi Perapan Sedap Untuk Bbq

Rahsia Resepi Perapan Sedap Untuk Bbq

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum Hi korang Kita masih blom menang kan Covid 19 masih bebas dan beranak pinak di luar sana so kebanyakkan aktiviti yang kita buat selalunya dengan rasa yang berhati hati dan sedikit rasa takut Nak travel bebas macam dulu meman...
Biskut Bakar Kurma Versi Baby Superb Sedap Cair Dalam Mulut

Biskut Bakar Kurma Versi Baby Superb Sedap Cair Dalam Mulut

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 218 hits
Selain puri dan bubur nasi ibu juga boleh berikan biskut bayi untuk si comel apabila dia mencecah usia 7 bulan Biskut berfungsi menjadikan stimulasi untuk si kecil Yang penting biskut yang disediakan mestilah sesuai untuk bayi tak keras dan...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy