Mudah Betul Buat Ikan Rebus Thai Goreng Garing Memang Sedap
Pernah cuba rasa Ikan Rebus Thai? Menurut empunya resipi saudari Dior Sarah, ia merupakan resipi keluarganya dan merupakan hidangan wajib bila berkumpul. Ia sangat sedap digoreng dan makan bersama nasi panas. Kuah ikan rebus ni juga boleh dinikmati dan sangat enak dihidangkan bersama cili padi, sambal belacan, budu dan ulam-ulaman. Nak cuba? Jom lihat resipinya.
RESEPI IKAN REBUS THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan selayang @ sardin – basuh bersihAir secukupnya2 keping kecil manisan @ gula melaka – beli online disini7 keping asam gelugur – beli online disini1/2 sudu teh serbuk perasa – jika suka2 sudu makan garam halus2 sudu makan pes asam jawa – campur dengan airCARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan susun dalam periuk. Masukkan air. Jika nak ikan rebus berkuah, lebihkan air dari ikan. Jika taknak, masukkan air hampir-hampir tenggelam ikan sahaja.
2. Masukkan gula melaka @manisan, asam gelugur, perasa, garam dan air asam jawa.
3. Didihkan ikan menggunakan api sederhana. Biar hingga semua bahan larut dan meresap pada ikan. Tidak perlu kacau untuk elak ikan hancur.
4. Bila ikan masak sepenuhnya dan air sedikit kering, padamkan api. Pastikan air tidak terlalu kering bagi mengekalkan kelembapan ikan apabila digoreng.
5. Untuk menikmatinya, boleh goreng ikan rebus thai guna minyak panas. Angkat dan nikmati segera.
Kredit resipi & foto: Dior Sarah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Asam Kunyit. Menu Ringkas Yang Sangat Sedap
Resepi Sos Sotong Stim Limau Ala Thai Paling Sedap. Mudah Je Caranya
Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.
Confirm Puas Hati, Mudah Je Nak Buat Mee Sizzling Di Rumah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
The post Mudah Betul Buat Ikan Rebus Thai. Goreng Garing Memang Sedap appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/01/mudah-betul-buat-ikan-rebus-thai-goreng.html