12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung


12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung  |  Holaaaa!! Hehe lama gile rasanya tak meluah rasa kat sini.. Rindu weh!! Kali ni nak membebel pasal homestay.... Hah, dah kenape pulak? Hehe, aku plan nak bercuti kat Cameron Highland so aku riki-riki la tentang homestay kat sana yang mana best dan menarik.. Dah alang-alang aku dok survey tu, baiklah aku up terus kat sini.. Dapatlah jugak korang  buat panduan nanti.. Betul tak? Hiks.. Jadi, jom kite check 12 homestay terbaik di Cameron Highland yang menjadi pilihan para pengunjung bila bercuti di sana.

1. The Woodz X Bola Bola

Bagi korang yang mana gila bola tu, aku recommend sangat korang menginap di The Woodz X Bola Bola ni.. Korang pasti sukakannya.. The Woodz X Bola Bola ni mengetengahkan rekaan dalaman bertemakan bola.. Hah, tak kiralah korang penyokong club bola sepak yang mana sekalipun, homestay ini pasti akan menaikkan mood cuti korang sekeluarga mahupun bersama rakan-rakan.. 

Apa yang menariknya di The Woodz X Bola Bola ni, mereka menawarkan penginapan dan padang golf untuk kemudahan tetamu di Brinchang.. Rumah percutiannya pula mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air yang selesa dimana boleh menempatkan sehingga 10 orang tetamu. Lokasinya terletak hanya 1 batu dari Raju Hill Strawberry Farm manakala Mossy Forest pula berada dalam jarak 1 km dari hotel ini.. Nak tahu lagi, villa ni terletak hanya beberapa langkah sahaja dari Gunung Brinchang dan tempat ini berjarak 22 km dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah


Bila semua lengkap, tidak hairannya ia menjadi pilihan ramai.. Kalau aku sendiri pun, mesti nak tempat menginap yang lengkap supaya keselesaan tu terjamin.. Bukan tu aje tau, kalau menginap kat The Woodz X Bola Bola ni, setiap bilik mempunyai akses ke balkoni.. Best gila!! Nak masak sendiri pun boleh sebabnya kemudahan dapur yang lengkap disediakan.. Kalau ramai-ramai lebih baiklah masak sendiri kan.. Leh la save bajet... Haaa satu lagi, nak buat barbeku pun boleh uollss kerana dihalamannya tersedia dengan kemudahan ini.. Wifi dan parking ofkos percuma.. Bestnya kalau aku dan family dapat menginap kat sini.. Masuk wishlist dulu,.. hehe.

Harga : Dari RM568+ semalaman
Alamat : The Woodz X Bola Bola, No. 4, Jalan Golden Hills 6, 39000 Brinchang, Pahang

2. Rata House

Rata House ni lebih kepada apartment.. Kalau korang lebih suka homestay apartment bolehlah pilih Rata House ni sebagai tempat penginapan korang bila ke Cameron Highland.. Apartment ini mempunyai 2 bilik tidur, dan 2 bilik air dapat memberikan keselesaan kepada 6 orang tetamu.. Turut dilengkapi TV flat skrin dengan cable channels, ruang makan yang selesa, dapur yang lengkap dan korang juga boleh menikmati pemandangan yang indah di sekelilingnya.


Rata House ini terletak di Cameron Highlands, 15 km dari Boh Tea Plantation dimana mereka menawarkan penginapan dengan taman, Wifi percuma, ATM dan tour desk. Di sini korang boleh menikmati pemandangan bandar mahupun gunung ganang.. Bukan itu sahaja ye, yang mana mempunyai anak-anak bolehlah bawak anak-anak bermain di taman permainan kanak-kanak yang disediakan. Perkhidmatan sewa kereta turut disediakan.


Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, 90 km dari tempat penginapan.. Kot ada yang menggunakan kemudahan flight, ini sangat penting supaya semuanya berjalan lancar.

Harga : Dari RM350+ semalaman
Alamat : Rata House, A-3A-23A, Cameron Fair, 39000 Tanah Rata, Pahang

3. Teaz Apartment @ Iris House Resort

Teaz Apartment @ Iris House Resort ini merupakan apartment 3 bilik tidur yang boleh memberikan keselesaan kepada 6 orang tetamu.. Memiliki ruang balkoni yang berhadapan dengan pemandangan padang golf yang menghijau.. Ruang tamunya dilengkapi dengan sofa dan TV satelit berskrin rata serta ruang makan dan ruang dapur yang dilengkapi dengan kemudahan serba lengkap.


Kalau dah ke Cameron Highland tak sah kalau tak melawat tempat menarik yang ada di sana.. Haa kalau korang nak ke ladang strawbeery dan sayur-sayuran, dari Teaz Apartment ni cuma memakan masa hanya 5 minit sahaja.. Kalau nak ke bandar Brinchang, pasar malam dan ladang kaktus pun hanya memakan masa 5 minit sahaja dari tempat menginap ini.. Manakala ke Bandar Tanah Rata dan Ladang Teh Boh pula memakan masa 10 minit pemanduan dari resort.


Yang mana datang dengan kenderaan sendiri, tak payah risau tentang parking kerana mereka menyediakan tempat letak kereta peribadi percuma.. Kalau rasa malas nak memasak, disekitar resort juga banyak kedai makan yang boleh korang pilih seperti The Ferns Restaurant dan Brinchang Food Court dimana korang hanya perlu memandu ke sana dalam masa 5 minit sahaja.. Semuanya dekat saja kan.. Memang ini adalah pilihan terbaik untuk dijadikan tempat menginap.

Harga : Dari RM315+ semalaman
Alamat : Teaz Apartment @ Iris House Resort, Unit L5-32, Pekeliling Padang Golf, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

4. Sekata Apartment

Sekata Apartment.. Nama pun dah ringkas jadi mudahlah nak ingat kan.. Nak sebut pun senang.. Hehe... Ok, Sekata Apartment ni terletak di Orchid Deluxe Park, Ringlet, Cameron Highlands.. Kalau korang sedang mencari tempat berehat yang santai-santai dan jauh dari hiruk pikuk kehidupan seharian ataupun sedang mencari destinasi berbulan madu yang indah, cewahh! Haaa bolehlah cuba di Sekata Apartment ni..


Sekata Apartment ni menawarkan 3 bilik tidur premium dan standart apartment dengan penginapan yang berkonsepkan moden dan selesa.. Kalau korang bercuti di Sekata Apartment ni korang dah tak perlu risau tentang kelengkapan percutian korang sebabnya apartment ni dilengkapi dengan semua yang korang perlukan ketika bercuti.. Tapi kain baju dan seangkatan dengannya korang kenalah bawak sendiri ye.. Tak beragak dorang jugak nak sediakan.. Haha!!


Kalau rasa nak melawat ladang strawberi dan ladang teh, korang hanya perlu memandu selama 19 minit sahaja untuk sampai ke destinasi.. Pasar malam hujung minggu yang terkenal di Brinchang juga jangan lupa ye untuk singgah.. Manalah tahu nak beli makanan.. Penginapan ini juga menyediakan WiFi percuma dan parking peribadi percuma.. Tak payah dah nak berebut parking bagai.. Lapangan terbang pun dekat jer tau, hanya 96km sahaja untuk ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah..

Harga : Dari RM296+ Semalaman
Alamat : Sekata Apartment @ The Camelia Orchid Deluxe Park, Jalan ODP 2, 39200 Ringlet, Cameron Highlands, Pahang

5. Cameron Muslim Apartment by Nurul

Wah teruja bila membaca nama homestay yang satu ni.. Cameron Muslim Apartment by Nurul ini terletak di Tanah Rata menawarkan penginapan berkonsepkan taman dan teres.. Hiasan dalamannya yang minimal dan moden membuatkan ia kelihatan kemas dan selesa.. Aku kalau pilih homestay mesti nak yang nampak kemas dan selesa.. Satu lagi mestilah bersih.. Agak cerewet disitu.. hehe.. Yelah kita sebagai pelanggan yang membayar mestilah nak kan servis yang terbaik kan.. Tapi aku yakin sangat, Cameron Muslim Apartment by Nurul ni sangat selesa dan bersih.. Semestinya akan masuk dalam wishlist aku.. Hiks..


Ok, disekitar apartment ni terdapat pusat perniagaan, restoran dan sebagainya.. Jadi, tak susahlah kalau korang nak cari barang atau cari makanan.. Semuanya ada berhampiran.. Yang lagi best, setiap bilik mempunyai balkoni untuk membolehkan korang menikmati pemandangan gunung ganang yang indah.. Serius dapat ketenangan disitu.. hehe..


Apartment ini menawarkan 3 bilik tidur dan menyediakan ruang tamu, TV Skrin rata dengan saluran satelit, dapur dan ruang makan yang selesa.. Bilik tidur utama dah tersedia bilik mandi peribadi.. Bolehlah feeling-feeling macam dok kat umah ye.. hehe.. Ok, bagi yang ada anak, kalau rasa bosan duduk dalam bilik aje, bolehlah bawak anak berhibur di taman permainan kanak-kanak yang disediakan.. Bukan tu aje tau, korang boleh juga melakukan aktiviti berbasikal di Tanah Rata dan kawasan sekitarnya.. Memang menarik la..

Harga : Dari RM255+ Semalaman
Alamat : Cameron Muslim Apartment by Nurul, Perumahan Makmur Cameron Jaya, Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang

6. Arundina Cameron Highlands


Kalau korang nak bercuti dalam suasana kehijauan dan rasa tinggal di rumah sendiri, bolehlah menginap di Arundina Cameron Highlands ni kerana di sini dikelilingi dengan kehijauan yang subur dan menyegarkan..

Ok, Arundina Cameron Highland ni berjarak 3 minit sahaja berjalan kaki untuk ke pusat bandar Tanah Rata.. Memang dekat sangat.. Kalau nak melawat ladang-ladang strawberi pula korang hanya perlu memandu hanya 5 minit dari tempat penginapan manakala untuk ke ladang teh dan pasar malam di Brinchang pula hanya memakan masa 6 minit.. So, aku rasa tempat ni sangat strategik untuk korang jadikan tempat penginapan korang semasa bercuti di Cameron Highlands..


Apa yang menarik lagi tentang Arundina ni, bilik-bilik yang ada adalah berkonsepkan moden dan serba lengkap serta terang.. Setiap bilik dilengkapi dengan lantai kayu keras, almari pakaian dan meja kerja.. Terdapat juga sebuah bilik mandi en suite dengan pancuran mandian air panas.. Lagi menyeronokkan kawasan rumah tamu ni terdapat taman buatan dimana tetamu boleh menikmati secawan teh di atas teres atau berjalan-jalan di taman.. Rasa la seperti duduk di rumah sendiri kan..

Disini juga terdapat kawasan pantry umum yang dilengkapi dengan peralatan yang lengkap.. Bolehlah kot nak santai-santai sambil minum teh atau kopi kan.. Kalau runsing pasal parking, kat sini memang tersedia tempat letak kenderaan secara percuma kepada korang yang memandu dan ofkoslah akses wifi juga percuma di dalam semua bilik hotel..

Aku dah terbayang-bayang keseronokan dan ketenangan kalau dapat bercuti disini.. Memang kene masuk wishlist.. Hehe..

Harga : Dari RM197+ Semalaman

Alamat : Arundina Cameron Highlands, No. 17, Jalan Mentigi, 39000 Tanah Rata, Pahang


7. Cameron DreamWorld Apartment @ Golden Hill

Aku memang pantang kalau sesuatu yang cute ni.. Mula la teruja lain macam.. Bagitulah Cameron DreamWorld Apartment @ Golden Hill ni superb cute sebabnya berkonsepkan hello kitty.. Kalau ada anak perempuan, rasanya inilah tempat yang paling tepat untuk menginap.. Mereka pasti sukakannya.. Mak budak pun suka, inikan pulak anak-anak.. Haha!!


Cameron DreamWorld Apartment @ Golden Hill ini mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi.. Apartment ini dilengkapi dengan TV skrin rata dengan saluran satelit.. Mempunyai ruang dapur yang dilengkapi dengan peralatan yang cukup bagi memudahkan penginapnya memasak.. Kot la malas nak makan dekat luar dan nak save bajet, bolehlah memasak aje.. Balkoni juga ada tau.. Bolehlah nak cuci mata dengan pemandangan di sekelilingnya.. Manalah tahu dapat ketenangan.. Hehe..


Ok, kalau korang nak ke Ladang Teh Boh, korang boleh memandu dalam jarak 19km dari tempat menginap dan lapangan terbang yang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang berjarak 87km dari apartment ini.. Nak bersosial media, jangan risau wifi percuma di sini.. Bolehlah layari internet sampai lebam.. hehe

Harga : Dari RM180+ Semalaman
Alamat : Cameron DreamWorld Apartment @ Golden Hill, Barrington Square, Block B, Golden Hill, 39000 Brinchang, Pahang

8. Zetter Suites

Dalam banyak-banyak homestay, rasanya Zetter Suites ni paling mewah sekali hiasan dalamannya.. Bak berada di istana gayanya.. Bolehlah berangan jadi puteri raja sekejap kalau menginap kat sini.. Tengok gambar sahaja pun dah rasa teruja lain macam.. Serius rasa kaya.. Haha..


Zetter Suites ni terletak 19km dari Ladang Teh Boh.. Ia menawarkan penginapan dengan wifi percuma dan kemudakan parking peribadi percuma.. Setiap unit disini dilengkapi dengan sofa, ruang tamu, TV skrin rata dengan saluran satelit dan dapur yang dilengkapi dengan ruang makan.. Terdapat juga bilik mandi peribadi dengan kelengkapan mandian percuma..


Nampak mewah dan eksklusif tapi ratenya bermula dari RM170++ sahaja tau.. Jadi, bolehlah dijadikan pilihan tempat menginap bila ke Cameron Highlands nanti.. Oh ya, pilihan sarapan ala carte dan Asia juga disediakan setiap pagi di apartment ini.. Nak memasak sendiri pun boleh, nak order dari cafe mereka pun boleh.. Atas pilihan masing-masing..

Kalau ada yang menggunakan perkhidmatan kapal terbang, lapangan terbang terhampir adalah Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah ye yang berjarak 87 km sahaja dari Zetter Suites ni..

Harga : Dari RM170+ Semalaman
Alamat : Zetter Suites, C-G-31, Barrington Square Apartment, Jalan Golden Hill 1, Cameron Golden Hill, 39000 Tanah Rata, Pahang

9. Cameron Prima Apartment @ Cameron Jaya

Cameron Prima Apartment @ Cameron Jaya ini adalah sebuah apartment yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur yang boleh menampung 8 orang dewasa dalam satu-satu masa.. Setiap bilik dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz queen manakala diruang tamu pula disediakan 2 buah katil sofa yang selesa.. Hiasan dalamannya yang minimal membuatkan ia lebih menarik.. Aku lebih suka hiasan yang minimal berbanding terlalu sarat.. Susah nak jaga kalau ada anak kecik ni.. Silap-silap habis semua lintang pukang.. hiks..


Ruang dapur juga disediakan dengan kelengkapan yang cukup untuk korang memasak.. Kalau bercuti beramai-ramai ni, seronok kalau pakat rewang memasak dan makan beramai-ramai.. Bolehlah rapatkan silaturahim lagi kan.. Selain tu, bolehlah cut bajet.. Kalau makan dekat luar ni banyak jugak belanjanya.. Lagi pula kebersihannya belum tentu lagi terjamin..

Untuk bersiar-siar di ladang teh, korang hanya perlu memandu dalam jarak 18km sahaja dari tempat menginap dan untuk ke perkampungan orang asli pula hanya berjara 0.3km dari apartment..

Harga : Dari RM150+ Semalaman
Alamat : Cameron Prima Apartment @ Cameron Jaya, PMCJ, 39000 Tanah Rata, Pahang

10. Kae Garden

OMG!! Cantik gile weh tempat ni... Serius cantik.. Rasa tak boleh nak move on bila tengok gambar-gambar tempat ni.. Rasa nak pergi sangat kat sini.. Bermalam di sini.. Nak selfie atau bergambar pun cantik sangat. Semua sudut pun cantik.. Rasanya inilah tempat menginap yang paling cantik, indah, unik dan mendamaikan..

Kae Garden ni terletak kat Brinchang di Wilayah Pahang dalam jarak 1.2km dari Cactus Valley... Ia dikelilingi oleh taman yang cantik.. Paling tepat, homestay di dalam taman.. Kae Garden ini menawarkan taman permainan kanak-kanak dan pemandangan gunung ganang yang indah.. Keindahan landskap kat sini cukup menarik hati dan merupakan salah satu daya tarikan di sini.. Sesiapa sahaja yang datang kesini pasti terpegun dengan keindahan tempat ini terutamanya pada waktu malam.. Boleh menghidupkan suasana romantik..


Bukan luaran sahaja indah dan unik tetapi hiasan dalamannya juga sangat unik dan menarik.. Katilnya diperbuat daripada pallet kayu sahaja menjadikan ia sangat unik dan menarik.. Dengan susun atur yang kemas nampak biliknya lebih luas dan selesa.. Bukan itu sahaja tau, hiasan dalam bilik air juga menarik.. Dengan keluasan bilik airnya membuatkan kita selesa berada didalamnya.. Serius aku suka susun atur dan wallpapernya.. Nampak unit, kemas dan menarik.. Rasa nak tidur pun ada dalam bilik air ni.. Haha.. Paling best, setiap bilik menyediakan bilik mandi peribadi sendiri...


Disini juga disediakan wifi dan parking peribadi percuma.. Ok, kalau dari sini koran nak ke Cameron Highlands Butterfly Farm, ia terletak hanya 1.2km dari Kae Garden ni manakala Kok LIm Strawberry Farm pula berjarak sejauh 1.2km sahaja..

Harga : Dari RM130+ Semalaman
Alamat : Kae Farm, 39100 Brinchang, Pahang

11. Woodz Golden Hill

Woodz Golden Hill terletak di antara bandar Brinchang dan Tanah Rata. Ia menyediakan tempat penginapan berkonsepkan kontemporari di Cameron Highlands.. Apartment ini juga dilengkapi dengan kipas dan mempunyai balkoni peribadi yang membolehkan korang menikmati pemandangan panoramik bukit bukau di sekelilingnya.. Kalau korang ada plan nak melawat perkampungan orang asli, ia terletak 1.6km dari tempat menginap..


Apartment ini mempunyai ruang makan dan ruang tamu yang berasingan dilengkapi dengan TV skrin rata.. Semua unit dilengkapi dengan bar mini dan peralatan elektrik yang lain.. Kalau nak request peralatan dapur yang lain pun boleh contohnya periuk nasi.. Apartment Woodz Golden Hill ni ada yang 1 bilik dan ada yang 3 bilik.. Jadi, korang boleh booking yang mana sesuai untuk percutian korang dengan harga bermula dari RM110+ sahaja.. Berbaloi-baloi..

Kalau nak berjalan-jalan bolehlah singgah di Ee Feng Gu Honey Bee Farm, Time Tunnel Museum, Cactus Valley, Ladang Teh Boh, Mrs Robertson's Rose Garden dan banyak lagi yang terletak kurang 4km dari apartment ini.

Harga : Dari RM110+ Semalaman
Alamat : Woodz Golden Hill, S2-G-4A, Jalan Golden Hill 9, Taman Golden Hill Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang


12. Cameronian Inn

Kalau korang nak tahu, Cameronian Inn ni terletak pada ketinggian 1,400 meter dari aras laut. Jadi, kalau korang berkunjung dan menginap di sini korang boleh menikmati iklim dingin di Cameron Highlands.. Jangan lupa bawak baju sejuk ye.. Korang mesti akan merasai kesejukkannya.. Di sekitar kawasan tempat ini mempunyai taman-taman dan korang bolehlah bersantai duduk-duduk sambil berborak di taman luaran yang ada ataupun menikmati akses wifi percuma di kawasan awam di tempat penginapan ini..


Rumah tamu ini dilengkapi dengan lantai berjubin, bilik-bilik terpilih menyediakan sebuah TV dan almari pakaian.. Beberapa bilik mempunyai bilik mandi bersambung sementara bilik-bilik lain dilengkapi dengan bilik mandi berkongsi.. Kat sini juga ada kafe yang menyajikan pilihan hidangan tempatan.. So, kalau malas nak keluar boleh aje makan di kafe mereka..


Kalau dah sampai di Cameron Highlands tak sah kalau tak pergi berjalan-jalan mengisi masa.. Dari tempat penginapan ini, korang boleh ke Strawberry Farm dengan pemanduan hanya 10 minit sahaja manakala 25  minit ke Ladang Teh Boh.. Kalau nak ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur, ia berjarak cuma 3 Jam sahaja pemanduan..

Sebarang urusan perjalanan boleh dibuat di meja tempahan lawatan dan perkhidmatan simpanan bagasi disediakan di kaunter penyambut tetamu..

Harga : Dari RM70+ Semalaman
Alamat : Cameronian Inn, No. 16, Jalan Mentigi, 39000 Tanah Rata, Pahang

12 homestay terbaik di Cameron Highlands telah menjadi pilihan aku dan dah aku masukkan dalam wishlist aku.. Tinggal nak bincang dengan adik beradik sahaja lagi yang mana satu menjadi pilihan.. Dalam fikiran aku ni sebenarnya dah ada pilihannya cumanya tak boleh pentingkan diri kene ambil pendapat dari adik beradik yang lain juga sebelum buat keputusan..

Sebenarnya banyak lagi homestay di Cameron Highlands yang boleh dijadikan pilihan.. Cumanya untuk kali ni aku senaraikan 12 homestay sahaja dulu.. Next, mungkin aku akan survey hotel di Cameron Highlands pulak.. Manalah tahu lebih berbaloi-baloikan.. Apa-apa pun kata sepakat tu penting.. Untuk dapatkan kata sepakat kenalah berbincang dahulu.. Tak sabar rasanya nak bercuti di Cameron Highlands bersama family.. Keseronokkannya tu dah dapat aku bayangkan tambahan pula stay di tempat penginapan yang selesa dan mendamaikan..

Korang yang mana tengah survey tempat penginapan di Cameron Highlands bolehlah riki homestay yang dah aku senaraikan ni.. Ini adalah homestay yang terbaik ada di Cameron Highlands.. Selamat bercuti ke Cameron Highlands uolls..!!





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2019/10/12-homestay-terbaik-di-cameron-highland.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Homestay Yang Ada Kolam Mandi Di Kuala Terengganu Menjadi Pilihan Hati Percutian Bersama Keluarga Kali Ini

Homestay Yang Ada Kolam Mandi Di Kuala Terengganu Menjadi Pilihan Hati Percutian Bersama Keluarga Kali Ini

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 890 hits
Sunny Seaview Icon Residence Homestay Yang Ada Kolam Mandi Di Kuala Terengganu Menjadi Pilihan Hati Percutian Bersama Keluarga Kali Ini Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah hari ini berakhir sudah percutian Sha sekeluarga di ka...
7 Penginapan Murah Di Cameron Highland

7 Penginapan Murah Di Cameron Highland

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 839 hits
7 PENGINAPAN MURAH DI CAMERON HIGHLAND Atas permintaan follower ini senarai 7 Penginapan Murah atau Percutain Bajet Untuk Sesiapa yang ke Cameron Highland 1 Cameronian Inn Dari RM65 Semalam 1 400 meter dari paras laut terletak Cameronian In...
12 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Wajib Anda Lawati Sempena Cuti Sekolah Ini

12 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Wajib Anda Lawati Sempena Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 720 hits
Cuti sekolah ni seronok juga kalau ke Cameron Highlands Cuaca sejuk je macam pergi oversea Apa lagi tempat best kat sana yang aku belum pergi ya Tanah Tinggi Cameron adalah antara destinasi yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk melua...
Khazanah Perlu Selesaikan Hutang Pilihan Terbaik Atasi Isu Kewangan Plus

Khazanah Perlu Selesaikan Hutang Pilihan Terbaik Atasi Isu Kewangan Plus

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 281 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Jangan Melatah Dengan Provokasi Pakatan Harapan Datuk Wee Jeck Seng Adalah Pilihan Calon Terbaik Di Prk Tg Piai

Jangan Melatah Dengan Provokasi Pakatan Harapan Datuk Wee Jeck Seng Adalah Pilihan Calon Terbaik Di Prk Tg Piai

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 655 hits
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Ir Hasni Mohamad telah mengumumkan calon Barisan Nasional Datuk Wee Jeck Seng untuk PRK Tg Piai Ramai juga yang tak bersetuju bila Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO DS Zahid Hami...
Ini Pasti Menjadi Filem Aksi Antarabangsa Terbaik Untuk Tahun Ini

Ini Pasti Menjadi Filem Aksi Antarabangsa Terbaik Untuk Tahun Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 320 hits
Pergh Ohmedia memang layan filem aksi perang macam ni Tak sabar rasanya nak tunggu filem Midway ni keluar tak lama lagi iaitu pada 7 November ini Kalau korang perasan Ohmedia sebelum ni ada kongsikan trailer dekat page Facebook Oh Media dan...
Pilihan Burger Terbaik Pastinya Burger King Whooper

Pilihan Burger Terbaik Pastinya Burger King Whooper

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 540 hits
Assalamualaikum hai semua Kak Sue pasti ada antara korang nie peminat makanan segera salah satunya semesti lah burger kan Dan antara banyak banyak pilihan restoran makanan segera Pilihan Burger Terbaik Pastinya Burger King Whooper lah Dan s...
Menjadi Seorang Pebisnis Jago Jualan

Menjadi Seorang Pebisnis Jago Jualan

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 264 hits
Pembahasan kita kali ini yaitu Reseller yaitu pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki income tambahan maka re...
Pake Lima Tahapan Ini Buat Menjadi Ahli Jualan

Pake Lima Tahapan Ini Buat Menjadi Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 202 hits
Pada kesempatan ini kami akan ulas mengenai Reseller merupakan pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Jika Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya pendapa...
The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Gleneagles Follow Up

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans

Richeese Cafe Di Klia 2

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States