Homestay Yang Ada Kolam Mandi Di Kuala Terengganu Menjadi Pilihan Hati Percutian Bersama Keluarga Kali Ini


Sunny Seaview Icon Residence - Homestay Yang Ada Kolam Mandi Di Kuala Terengganu Menjadi Pilihan Hati Percutian Bersama Keluarga Kali Ini | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah hari ini (1 September 2019) berakhir sudah percutian Sha sekeluarga di kampung halaman Sha iaitu di Terengganu. Balik kampung kali ini Sha membawa keluarga termasuk Mak dan adik-adik bercuti di Kuala Terengganu yang mana mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dari Besut, Terengganu. Kami terus bertolak dari Besut pada jam 2.30 petang selepas mengambil adik-adik di sekolah dan sampai ke homestay yang Sha telah tempah melalui booking.com 2 hari sebelum pulang ke kampung pada jam 4.30 petang. Agak terlambat membuat keputusan dan mencari penginapan untuk bercuti kali ini di saat cuti panjang kerana kebanyakan hotel dan homestay yang Sha hubungi sudah penuh dan melalui booking.com adalah jalan terakhir, mungkin rezeki Sha masih ada satu homestay yang kosong dengan harga berpatutan untuk Sha dan keluarga bercuti. Percutian kali ini semestinya Sha perlu menitikberatkan keselesaan semua, kerana Sha mahu memenuhi kesukaan suami dan anak-anak juga kemudahan pergerakan Mak Sha sendiri yang bergerak menggunakan kerusi roda selepas kehilangan sebelah kakinya akibat kencing manis.

Icon Residence Menyediakan Homestay Dengan Kolam Mandi Di Kuala Terengganu

Lokasi Icon ResidenceTerletak di Kuala Terengganu, 7 km dari Muzium Negeri Terengganu dan 7 km dari Masjid Kristal, Pusat Kebudayaan Kraf Terengganu terletak 2.6 km dari pangsapuri, manakala Batu Burok Beach berjarak 2.8 km. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Mahmud, 15 km dari Sunny Seaview @ Icon Residence

Kemudahan Yang Ada Di Sunny Seaview @Icon Residence Kuala Terengganu
Sunny Seaview @ Icon Residence menyediakan penginapan dengan WiFi percuma, taman dengan kolam renang luar, pemandangan laut dan bandar Kuala Terengganu dari balkoni, dan akses ke bilik kecergasan dan sauna. Homestay ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin, TV skrin-rata, mesin basuh dan cerek, lengkap dengan dapur. Bahagian dapur juga disediakan periuk nasi elektrik, kuali, periuk, pinggan, gelas dan sudu. Jika korang mahu jimat belanja dengan memasak sendiri pun boleh kerana di sini terdapat peti sejuk untuk simpan barang basah. Kemudahan penting untuk kaum perempuan juga ada iaitu seterika, haaaa.. mahu tak penting tudung semua kena gosok kan? Jadi tak perlulah korang angkut semua dari rumah termasuklah tuala mandi, sabun mandi dan shampu kerana semuanya disediakan.

Ruang makanBilik 1 - Double Bed + Almari Baju + Meja Sisi + AircondBilik 2 - 2 katil single + 1 meja sisi + Almari pakaian + aircond
Bilik 3 - Master Bedroom | 1 katil double bed + meja + meja solek + almari pakaian + private toilet + aircond + kipas
Bilik air dilengkapi pemanas air + sabun mandian + shampuRuang tamu + tv + sofaAbang Zaryth di balkoni melihat pemandangan laut yang terbentang luasPemandangan malamKolam mandi yang terletak di tingkat 10
Homestay yang Sha inap untuk 2 hari 1 malam ini adalah standard apartment dengan 3 bilik dan 2 bilik air yang selesa dihuni oleh 6 orang dewasa. Memang selesa dan parking kereta pun disediakan khas untuk pelanggan Sunny Seaview cuma korang kena maklumkan awal berapa buah kereta yang akan bersama korang jadi senanglah nanti diaorang bagi nombor lot parking, macam Sha lot parking Sha terletak di tingkat 6.

Lain-lain kemudahan seperti Kolam mandi, sauna dan gym terletak di tingkat 10 bangunan. Kolam mandi pun selesa satu kolam untuk dewasa sebelah lagi untuk anak-anak kecil. Peraturan kat sini korang boleh didenda rm200 jika naik ke bilik dengan pakaian basah. Jadi korang bila ke kolam mandi silalah bawa baju tukar terus kerana tersedia bilik persalinan yang selesa. Apalagi korang kalau korang nak ke Kuala Terengganu dan mahukan Homestay ada kolam mandi bolehlah cuba layari booking.com dan pilih Sunny Seaview @Icon Residence Kuala Terengganu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2019/09/homestay-yang-ada-kolam-mandi-di-kuala-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 732 hits
12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung Holaaaa Hehe lama gile rasanya tak meluah rasa kat sini Rindu weh Kali ni nak membebel pasal homestay Hah dah kenape pulak Hehe aku plan nak bercuti kat Cameron Highland so ...
Kemaman Sands Pilihan Lokasi Hari Keluarga Triggers 2019

Kemaman Sands Pilihan Lokasi Hari Keluarga Triggers 2019

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 605 hits
Kemaman Sands Pilihan Lokasi Family day 2019 Triggers Assalamualaikum dan Hai Seperti tahun tahun sebelum ni tempat kerja Cik Renex akan mengadakan acara tahunan wajib iaitu Hari Keluarga Program ini akan melibatkan semua cikgu dan kakitang...
Kuala Terengganu Catat Bacaan Ipu Tidak Sihat

Kuala Terengganu Catat Bacaan Ipu Tidak Sihat

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR Kuala Terengganu mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat setakat jam 9 pagi tadi berikutan kebakaran hutan di Sumatera Indonesia dipercayai membawa jerebu ke Semenanjung Berdasarkan bacaan terkini IPU dalam laman...
Honor Band 5 Fitness Tracker Wristband Pilihan Hati

Honor Band 5 Fitness Tracker Wristband Pilihan Hati

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 488 hits
HONOR Band 5Bersenam sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan Lagi bagus kalau kita dapat mengetahui berapa kalori yang dibakar selepas aktiviti bersenam bukan Disebabkan itu Mai mengambil keputusan untuk membeli HONOR Band 5 salah sat...
Mercu Tanda Terkini Terengganu Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Mercu Tanda Terkini Terengganu Jambatan Angkat Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 1139 hits
Mercu tanda dan tarikan terkini di Terengganu tentulah Jambatan Angkat Semasa saya berjalan di pun dah nampak ramai penjual menjual t shirt dengan gambar jambatan ini Pemandangan Jambatan Angkat dari kawasan parkir Pasar Payang 2 Kiranya da...
Rugilah Datang Terengganu Tak Singgah Sini Ini Pantai Tak Jauh Dari Kuala Terengganu Yang Wajib Korang Pergi

Rugilah Datang Terengganu Tak Singgah Sini Ini Pantai Tak Jauh Dari Kuala Terengganu Yang Wajib Korang Pergi

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 418 hits
Keindahan panorama akan membuatkan seseorang rasa tenang seolah olah hilang rasa kesibukan kota Selain itu kita juga boleh menikmati kuasa Tuhan Kalau anda pergi melancong mestilah ingin permandangan yang cantik supaya bila ambil gambar kel...
Gua Kelam Perlis Destinasi Percutian Keluarga

Gua Kelam Perlis Destinasi Percutian Keluarga

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 244 hits
Gua Kelam Perlis Destinasi Percutian Keluarga Reepost Entry 19 Oktober 2017 Sempena cuti deepavali kelmarin sempat bawa anak anak pusing pusing Perlis Kami ke Gua Kelam Kami ni jarang keluar jejalan Walaupun di Perlis dekat sahaja dan banya...
Pantai Bukit Keluang Besut Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu

Pantai Bukit Keluang Besut Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 558 hits
Pantai Bukit Keluang Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu Assalamualaikum dalam salam sejahtera semua Alhamdulillah cuti merdeka baru baru ini Sha balik kampung di Besut Terengganu Kalau korang nak tahu apa yang palin...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi