7 Penginapan Murah Di Cameron Highland
7 PENGINAPAN MURAH DI CAMERON HIGHLAND..Atas permintaan follower, ini senarai 7 Penginapan Murah atau Percutain Bajet Untuk Sesiapa yang ke Cameron Highland
1. Cameronian Inn. Dari RM65 Semalam
1,400 meter dari paras laut terletak Cameronian Inn, sebuah penginapan popular di Tanah Rata. Tetamu di penginapan ini boleh bersiar di taman indah yang boleh dijumpai di kawasan Inn atau melayari Wifi percuma di lobi
Tarikan yang berdekatan dengan Cameron Inn adalah, Strawberry Farm 10 minit memandu dan Ladang Teh Boh 25 minit memandu
Terdapat 18 bilik di Cameronian Inn ini dan ada sesetengah bilik yang mempunyai bilik air persendirian, yang lain mesti menggunakan bilik air berkongsi
Penginapan ini juga menyediakan Cafe dengan sajian tempatan jika anda terasa untuk menjamu selera tanpa berjalan jauh
Harga: Dari RM65 Semalam
Booking : https://cutt.ly/CameronianInnLokasi: 16, Jalan Camelia, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland
2. Heritage Hotel Cameron Highlands. Dari RM188 Semalam
Heritage Hotel merupakan antara resort terbesar di Cameron Highlands yang menawarkan pengalaman hotel butik yang selesa dan lengkap dengan fasiliti sama seperti hotel 4 bintang yang lain
Dari tingkap bilik anda akan dapat melihat pemandangan Tanah Rata dan hotel ini sering diselindungi oleh kabus putih yang nyaman seolah-olah anda berada di awanan
Di kawasan lounge pula anda boleh duduk sambil minum teh Cameron sambil mencuba kek dan biskut beraneka pilihan
Nak ke tanah rata pula anda hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit
Harga: Dari RM188 Semalam
Booking: https://cutt.ly/HeritageHotelCameronHighlands
Lokasi: Jalan Gereja, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland
3. Casa Loma. Dari RM225 Semalam
Penginapan yang tersembunyi disebalik pohon-pohon hijau ini boleh di jumpai di kawasan Tanah Rata
Harga: Dari RM225 Semalam
Booking: https://cutt.ly/CasaLomaCameronHighland
Lokasi: Bunglow Green Hill Green Hill Resort, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland
4.Jasmine Hotel. Dari RM98 Semalam
Jasmine hotel merupakan satu lagi pilihan hotel bajet yang popular di Cameron Highlands dengan tawaran harga bilik murah bawah RM100 semalam
Tarikan popular yang berdekatan adalah pasar malam pekan Brinchang yang hanya 5 minit sahaja berjalan kaki
Jika anda memandu pula, taman rama-rama dan ladang kaktus mengambil 15 minit manakala Ladang Teh Boh mengambil masa 20 minit
Kerana hotel ini terletak di lokasi yang strategik di pekan Brinchang, anda tidak perlu risau apabila hendak mencari restoran ataupun kedai
Harga: Dari RM98 Semalam.
Booking: https://cutt.ly/JasmineHotelBrinchang
Lokasi: No 29 – 32, 39100 Brinchang, Cameron Highland
5. Smurf Inn. Dari RM120 Semalam
Kalau anda terbayangkan perkampungan orang kerdil berwarna biru comel yang ditanyangkan didalam kartun popular tahun 1990han selepas mendengar nama hotel ini anda sebenarnya tidak jauh dari realiti
Tidak lengkaplah perkampungan smurf tanpa aktiviti untuk kanak-kanak, oleh itu pihak hotel telah menyediakan taman permainan berhampiran kawasan hotel khas buat anak-anak tetamu
Kerana ia terletak di Brinchang anda tidak jauh dari banyak tarikan menarik seperti taman rama-rama Cameron Highland dan ladang kaktus
Harga: Dari RM120 Semalam.
Booking : https://cutt.ly/SmurfInn
Lokasi: No 8, Chateau Avenue, off Jalan Chateau Royal Chateau,Tanah Rata, 39000 Brinchang, Cameron Highland
6. Natasya Resort. Dari RM190 Semalam
Kalau anda sedang merancang percutian bersama kelurga ke Cameron Highland, agak susah untuk mencari penginapan yang menawarkan nilai untuk wang yang lebih baik dari Natasya Resort
Apartment ini merupakan sasaran popular buat mereka yang datang bercuti ke Cameron Highlands bersama keluarga
Ini kerana mereka menyediakan dua jenis penginapan yang luas dan selesa. Apartment satu bilik yang bermula dari RM250 boleh memuatkan sebanyak 4 orang, manakala bilik double pula boleh memuatkan sebanyak 6 orang
Disamping itu rekabentuk, hiasan bilik dan suasana kawasan luar yang mengelilingi Natasya Resort ni betul-betul mengingatkan anda bahawa anda berada di Cameron Highlands
Di depan apartment kelihatan taman, di luar balkoni pula pemandangan gunung yang hijau
Harga: Dari RM190 Semalam.
Booking : https://cutt.ly/NatasyaResort
Lokasi: Lot 6 Entertaiment Complex, Kea Farm, 39100 Brinchang, Cameron Highland
7. Hotel Rainbow. Dari RM90 Semalam
Salah satu hotel bajet mesra keluarga popular di Brinchang adalah Hotel Rainbow yang boleh dijumpai sederet dengan rumah-rumah kedai di pekan Brinchang
Walaupun Hotel Rainbow ini sebuah hotel bajet yang menawarkan bilik bermula dengna harga RM90 semalam, namun biliknya cukup lengkap dengan TV berserta Astro, fridge mini dan Wifi
Untuk mereka yang datang ke Cameron Highlang untuk lawatan bekerje pula, di dalam setiap bilik disediakan untuk anda meja kerja dan kemudahan untuk membuat teh & kopi
Disebabkan hotel ini terletak di kawasan rumah kedai, tugas seperti mencari makanan atau barang keperluan semasa bercuti agak senang
Tanpa berjalan jauh anda boleh menemui ladang strawberry dan kaktus hanya 10 minit saja berjalan dari hotel
Disini juga terdapat pasar malam popular jika anda tertarik hati untuk merayau di pekan Brinchang pada waktu malam
Harga: Dari RM90 Semalam.
Booking: https://cutt.ly/HotelRainbowBrinchang
Lokasi: Lot 25, 39100 Brinchang, Cameron Highland
Like page Hotel Murah Je untuk update tempat2 yg menarik!
Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/10/7-penginapan-murah-di-cameron-highland.html