12 Hidden Gems Di Negeri Sembilan Melaka Yang Wajib Pergi


12 “Hidden Gems” Di Negeri Sembilan & Melaka Yang Wajib Pergi
Setiap kali tiba musim cuti, mesti ramai yang pening nak pilih destinasi. Ada yang suka jalan jauh hingga ke luar negara, tapi sebenarnya dalam Malaysia pun ada banyak tempat menarik yang mungkin masih belum kita betul-betul teroka.
Baru-baru ini, SK sendiri pilih untuk menjelajah dua negeri berjiran iaitu Melaka dan Negeri Sembilan. Bukan sekadar mencari tempat makan sedap, perjalanan lima hari empat malam bersama Tourism Malaysia ini juga memberi peluang kepada SK menyelami budaya, sejarah dan sisi unik di dua negeri itu.
Bukan kali pertama SK menjejakkan kaki ke sana, tapi kali ini sedikit berbeza sebab SK berpeluang untuk singgah di lokasi yang sebelum ini tak pernah diterokai.
Walaupun ada tempat yang terkenal, pengalaman SK di sini membuktikan masih banyak sisi underrated yang orang ramai terlepas pandang.
Tak perlu tunggu lagi, jom telusuri perjalanan SK selama lima hari di Negeri Sembilan & Melaka.
Negeri Sembilan 1. Akasia by Kerongsang Emas Perjalanan di Negeri Sembilan dimulakan dengan mengisi perut di Akasia by Kerongsang Emas. Ketika melangkah masuk ke kawasan warung ini, SK dapat rasakan vibe di kampung yang nyaman dan tenang.
Ruang warung ini juga sangat selesa dan luas, sesuai untuk datang bersama seisi keluarga atau kawan-kawan.


 
 

Pelbagai menu ditawarkan di warung ini seperti nasi lemak, laksam, lempeng, nasi daging, lontong sambal sotong, laksa penang dan banyak lagi.
SK boleh katakan tak menyesal sarapan di sini sebab makanannya cukup rasa dan memang sedap, permulaan yang sempurna untuk pengembaraan di negeri ini.
Alamat: Lot707, Batu 6 ½, Jalan Pantai, Seremban
Waktu operasi: 8 pagi-12 tengah hari (Tutup pada hari Selasa)


2. Muzium Negeri Sembilan SK juga sempat pergi ke Muzium Negeri Sembilan untuk belajar mengenai sejarah di negeri ini.
Dari zaman penjajahan hingga ke dunia moden hari ini, SK dapat melihat sejarah panjang Negeri Sembilan yang semestinya wajar diketahui oleh orang ramai.


Penat berjalan sambil meneliti sejarah, tiba masanya untuk makan tengah hari di muzium ini. Menariknya, SK dapat merasai makan bersilo di wakaf yang telah disediakan.
Ditemani dengan angin sepoi-sepoi, SK berpeluang menyantap menu keli masak lemak, sambal gesek, ayam goreng dan sayur.


Alamat: Jalan Sungai Ujong, 70200, Seremban
Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad (9 pagi-5 petang)
Jumaat (9 pagi-12 tengah hari) buka semula pada jam 3 petang hingga 5 petang
3. Homestay Kampung Rawa Selain muzium dan bangunan bersejarah, SK turut berpeluang merasai pengalaman percutian tradisi di Homestay Kampung Rawa, Lenggeng. Disambut oleh penduduk-penduduk di situ, mereka menyediakan demonstari masakan istimewa iaitu ayam masak lemak cili api dan dodol yang dimasak menggunakan dapur kayu arang.
Kebanyakan penduduk di situ memakai pakaian tradisi, mewujudkan vibe Negeri Sembilan yang sebenar.



Dalam pada itu, SK sempat menjelajah ke dalam homestay tersebut yang merupakan rumah dengan ciri-ciri khas Negeri Sembilan.
Pelbagai aktiviti yang boleh dicuba di sini seperti kraftangan, menunggang kuda dan bersantai dengan persembahan kebudayaan.
Jika anda ingin merasai pengalaman penuh tradisi, jangan lupa untuk menetap di Homestay Kampung Rawa kerana ia merupakan salah satu momen yang bermakna.


Alamat: Lot 23 Batu 2 Kampung Rawa Hilir, 71750, Lenggeng
4. Warung Wak Lempeng Penjelajahan tradisi diteruskan dengan mengunjungi warung Wak Lempeng untuk bersarapan.


Suasana pagi di kampung yang tenang dan damai tambah mengasyikkan apabila menghirup secangkir kopi. Bagi mengisi perut pula, tentulah lempeng jadi pilihan serta beberapa lagi makanan iaitu lontong, kacang pool, nasi lemak, roti bakar dan sate.


Alamat: Lot 439A, Jalan Pantai, Batu 8 ½, Kampung Pantai, 71770, Seremban
Waktu operasi: Buka setiap hari (8.30 pagi -12 tengah hari)
5. White House Terkenal dengan sejarahnya, SK juga mengunjungi bangunan White House yang kini dijadikan pejabat Lembaga Pelancongan dan pejabat Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan.


Selain melihat pameran pelbagai karya daripada Kraftangan Malaysia, barangan seperti baju batik, bakul rotan dan aksesori yang berkonsepkan identiti Negeri Sembilan iaitu bunga lado turut dijual.


Alamat: Jalan Dato Hamzah, 70990, Seremban
Waktu Operasi: 9 pagi-5 petang
6. Restoran Nelayan Seremban Tibanya pula waktu untuk makan tengah hari di Restoran Nelayan Seremban. Pelbagai jenis hidangan masak lemak yang dicuba di sini. Namun, yang paling SK suka ialah sayur maman masak lemak.


Jika anda datang ke negeri ini, SK sangat sarankan anda untuk menjamu selera di restoran tersebut kerana ia sangat berbaloi. Bahkan, SK sampai hari ini masih lagi teringat-ingat hidangan di situ.
Alamat: Restoran Nelayan Seremban, Pt 970, Wisma Perisai Wira, Jalan Zaaba, Rahang Square, 70100, Seremban
Waktu operasi: Buka setiap hari (7.30 pagi-5 petang)
7. Uncle Wong Happy Farm Penjelajahan di Negeri Sembilan diakhiri dengan meneroka aktiviti di Uncle Wong Happy Farm. Bukan sekadar ladang biasa, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini.
Anda boleh memilih sama ada untuk bermain ATV, UTV, Kayak, Paddle Boat dan Drift Kart.



Kawasan hutan yang jauh dari hiruk pikuk bandar itu menjanjikan suasana damai dan dalam masa yang sama dapat merasai kepuasan bermain aktiviti yang mengujakan.
Alamat: Lot 11886, Bukit Permata, 71010, Lukut
8. Sky Ladder Pineapple Farm Sementara itu, SK juga melawat Sky Ladder Pineapple Farm untuk melihat sendiri bagaimana cara penanaman serta produk yang boleh dihasilkan daripada buah nanas.
Menariknya, ladang ini turut menjadi lokasi penanaman buah gac yang mungkin jarang didengari oleh orang ramai. Buah gac mempunyai pelbagai khasiat dan boleh dijadikan sebagai jus.


Sebelum balik, jangan lupa bergambar di tangga istimewa yang jadi tarikan utama.
Alamat: Lot 2273, Jalan Kampung Sri Parit 3, Bandar Baru Lukut, 71010, Port Dickson


Melaka 9. The Stadthuys dan A Famosa Seperti yang diketahui, Melaka kaya dengan warisan dan tinggalan sejarah yang tersendiri.. Justeru, SK sempat singgah di bangunan dan lokasi yang bersejarah.
Antaranya ialah The Stadthuys dan A Famosa yang merupakan lokasi ikonik di Melaka.



The Stadthuys yang kini menjadi muzium sejarah boleh memberikan gambaran kepada generasi masa kini mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di negeri itu dari zaman kegemilangannya hingga ke zaman penjajahan.
Keindahan seni bina di situ juga boleh manjadi lokasi yang menarik untuk bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan.
10. Menara Taming sari Jika datang ke Melaka, tidak sah kalau tidak datang ke Menara Taming Sari. Sebenarnya, ini kali kedua SK kunjungi menara ini tetapi perasaan terujanya tetap sama.

Manakan tidak, pemandangan dan panorama indah Bandaraya Melaka dapat dilihat dengan jelas dari ketinggian 80 meter. Dari Bukit St Paul hingga ke lautan yang terbentang indah, ia merupakan salah satu tarikan yang wajib dirasai oleh orang ramai.
11. Melaka River Cruise Selepas lihat bandar Melaka dari atas, sekarang kita melayari kawasan bersejarah di Sungai Melaka pula. Tentunya, pengalaman naik cruise di sini sangat santai dan tenang.
Perjalanan selama lebih kurang 45 minit ini memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat bangunan dan jambatan ikonik.


Bagi yang tidak suka berpanas, SK sarankan untuk naik ketika waktu malam kerana lebih sejuk dan dapat lihat lampu yang berwarna warni.
12. Masjid Selat Melaka Pertama kali ke sini, SK terpukau melihat keindahan Masjid Selat Melaka yang berlatarbelakangkan lautan biru. Bukan sahaja seni binanya yang tersergam indah, kawasan masjid ini juga dijaga dengan sangat rapi.
Jadi, selepas melakukan ibadah solat di sana, anda boleh menikmati keindahan alam yang terdapat di situ.


Masjid ini bukan sahaja menarik kunjungan warga tempatan, tetapi luar negara juga.
Secara ringkasnya, Negeri Sembilan dan Melaka mempunyai pelbagai lokasi menarik yang penuh sejarah dan tradisi yang perlu kita terokai. Sempena cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi, anda boleh memasukkan dua negeri ini dalam senarai percutian. Bawa anak-anak untuk belajar sejarah, kenali budaya dan hargai warisan negara sendiri.
Jika bukan kita, siapa lagi yang dapat rancakkan industri pelancongan tempatan? Tambahan pula, tahun hadapan merupakan Tahun Melawat Malaysia, jadi peranan kita sebagai rakyat adalah dengan menyokong pelancongan tempatan sebelum mengharapkan kehadiran pelancong luar.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tahun Melawat Malaysia 2026 layari Tourism Malaysia.
The post 12 “Hidden Gems” Di Negeri Sembilan & Melaka Yang Wajib Pergi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/26/12-hidden-gems-di-negeri-sembilan-melaka-yang-wajib-pergi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tropical Storm Senyar Weakens After Hitting Selangor Negeri Sembilan Coast Rain Still Expected

Tropical Storm Senyar Weakens After Hitting Selangor Negeri Sembilan Coast Rain Still Expected

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 116 hits
Rantau Panjang residents wade through rising floodwaters from the overflowing Sungai Golok as parts of the area become inundated in Pasir Mas yesterday Bernama picKUALA LUMPUR Nov 28 Tropical Storm Senyar has weakened into a low pressure we...
Resipi Agar Agar Santan Gula Melaka Sedap Dan Mudah Dibuat Di Rumah

Resipi Agar Agar Santan Gula Melaka Sedap Dan Mudah Dibuat Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 193 hits
Agar Agar Santan Gula Melaka memang digemari ramai kerana rasanya yang lemak manis dan teksturnya yang lembut Tak guna banyak bahan tetapi hasilnya sangat sedap dan menarik Hidangan ini juga sesuai untuk majlis keraian atau jamuan keluarga ...
Nadi Mcmc Dinobat Juara Perkhidmatan Terbaik Di Program Madani Rakyat Melaka 2025

Nadi Mcmc Dinobat Juara Perkhidmatan Terbaik Di Program Madani Rakyat Melaka 2025

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 161 hits
MERLIMAU 20 Okt Pusat Sebaran Maklumat Nasional sebuah inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sekali lagi membuktikan keupayaannya apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Terbaik di Program MADANI...
Kenapa Padi Sentral Homestay Sekinchan Wajib Masuk Wishlist Percutian Anda

Kenapa Padi Sentral Homestay Sekinchan Wajib Masuk Wishlist Percutian Anda

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 179 hits
5 Apr 2025 7 April 2025 Assalamualaikum Bersambung dari cerita di Kami menginap 3 hari 2 malam di Padi Sentral Homestay Makcik tempah Deluxe Twin Room yang ada dua katil single Bilik luas dengan pemandangan sawah padi yang cantik Disediakan...
Mcmc Tegas Tangani Sebaran Video Kes Salah Laku Seksual Pelajar Di Melaka

Mcmc Tegas Tangani Sebaran Video Kes Salah Laku Seksual Pelajar Di Melaka

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 190 hits
CYBERJAYA 12 Okt Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menzahirkan kebimbangan serius berhubung laporan penyebaran rakaman video yang memaparkan kes salah laku seksual melibatkan beberapa pelajar dari sebuah sekolah di Melaka Penye...
10 Perfume Arab Paling Wangi Tahan Lama Yang Wajib Cuba

10 Perfume Arab Paling Wangi Tahan Lama Yang Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 111 hits
10 Perfume Arab Paling Wangi Tahan Lama Yang Wajib Cuba Selain menjaga kecantikan wajah keterampilan diri juga perlu sentiasa dititikberatkan terutama apabila berada di tempat awam Penampilan yang kemas dan bersih juga dapat meningkatkan ke...
Top 8 Aplikasi Pengecas Ev Di Malaysia Yang Anda Wajib Ada

Top 8 Aplikasi Pengecas Ev Di Malaysia Yang Anda Wajib Ada

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 105 hits
Top 8 Aplikasi Pengecas EV di Malaysia Yang Anda Wajib Ada Dengan semakin banyak model kenderaan elektrik memasuki pasaran Malaysia pengalaman memiliki EV kini menjadi jauh lebih mudah praktikal dan menyeronokkan Ramai pemilik baharu mula m...
7 Oleh Oleh Khas Boyolali Yang Wajib Dibawa Pulang

7 Oleh Oleh Khas Boyolali Yang Wajib Dibawa Pulang

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 131 hits
Jangan lupa beli oleh oleh khas Boyolali ini 1 Mentho Kacang Tanah 2 Gandhos Gimbal 3 Roti Jan Lekker 4 Produk Olahan Susu 5 Keripik Sirip Lele 6 Keripik Adas 7 Abon Sapi Super
Beef Prosperity Burger Homemade Resipi Mudah Sedap Yang Wajib Cuba

Beef Prosperity Burger Homemade Resipi Mudah Sedap Yang Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 144 hits
Bila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina hidangan beef prosperity burger atau Burger Prosperity Daging ini antara yang ditunggu tunggu Keenakan daging serta sos lada hitamnya memang memukau Tapi jika keluarga besar agak tinggi kos yang p...
Prn Sabah 2025 Siapa Yang Untung Siapa Yang Rugi

Harumkan Nama Malaysia Aiman Ridhwan Juara 1st International Qira At Competition 2025

Beli Cincin Habib Emas 999

Matematik Mode On

Ikan Bakar Terangkat Sungai Merab Kajang Where Fresh Grilled Seafood Meets Authentic Malaysian Flavors

Okr Efisiensi Energi Untuk Perusahaan Berkelanjutan

Lirik Lagu Kecewa Onepath

5 Kesilapan Anak Muda Tentang Kwsp


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Affordable Popular Christmas Gifts On Amazon Budget Friendly Picks Everyone Will Love

Kalimat Para Salaf Tentang Anak Yatim

Pembukaan Disember Menyambut Hari Isnin Dengan Semangat Baru

Peru Dalam Krisis Cabaran Dan Ketidakpastian Di Pentas Politik

Casino Online Top 72 By Charlotte 11 Juad69 Website Dec 68

Fafa 123 Slot Fafabets Top 30 By Dominik Ff123th Pgslot Jili Joker Fafa 123 Slot 24 2026