Beef Prosperity Burger Homemade Resipi Mudah Sedap Yang Wajib Cuba


Bila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina, hidangan beef prosperity burger atau Burger Prosperity Daging ini antara yang ditunggu-tunggu. Keenakan daging serta sos lada hitamnya memang memukau. Tapi, jika keluarga besar, agak tinggi kos yang perlu dibelanjakan untuk sajian satu keluarga. Jadi, bagi anda yang nak cuba buat sendiri burger ni secara homemade, saudari Aida Haron ada kongsi resipinya. Mudah dan lebih jimat. Jom cuba.
CARA MASAK BEEF PROSPERITY BURGER / BURGER PROSPERITY DAGING HOMEMADE
BAHAN DAGING BURGER 1kg daging kisar (saya pakai jenama Ramly)
8 sudu makan serbuk roti
1 biji bawang holland | dicincang
1 sudu makan blackpepper | kisar kering
Garam dan maggi cukup rasa secukupnya
*Nak tambah telur, Italian herbs dan lain-lain pun boleh. Ikut citarasa sendiri
BAHAN SOS BLACKPEPPER 50 gm serbuk Demi Glace
1 biji bawang merah | hiris halus
2 sudu makan marjerin/mentega
2 sudu makan serbuk blackpepper
500 ml air
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan brown sugar/gula melaka
Perasa secukupnya
BAHAN LAIN Roti
Salad
Tomato
Kentang goreng
CARA-CARA 1. Cincang bawang seperti dalam gambar. Boleh tengok di YouTube cara cincang yang betul dan cepat. Kalau tak suka, boleh kisar dengan sedikit air.

2. Masukkan daging dalam mangkuk dan letak bawang, blackpepper, serbuk roti dan perasa. Nak tukar serbuk roti tu dan pakai tepung pun boleh. Nak tambah telur, Italian herbs pun boleh. Ikut selesa masing-masing ye.

3. Gaul sampai sebati. Pakai tangan je gaul. Jangan lupa buang cincin dan aksesori lain, kang ada benda asing pulak dalam daging burger tu nanti.

4. Timbang 100gm setiap satu, dapatlah 10 keping.

5. Kemudian, bentukkan daging tadi secara memanjang. Jangan tebal sangat, nanti bahagian tengah tak masak. Ukurannya biarlah panjang sedikit berbanding roti ni. Sebab bila dah goreng nanti, ia akan mengecut sedikit.

6. Goreng dengan sedikit marjerin/mentega. Tengok rupa daging tu, boleh la kan. Menjadi jugak. Masak dalam 3-4 minit je, lepas tu terbalikkan daging tu.

7. Dah siap goreng semuanya. Yang di tangan ni yang paling cantik sekali bentuknya.

8. Roti ni belah dua, kemudian sapu sedikit marjerin dan masak dalam 1 minit. Bagi garing sikit.

9. Demi glace ni serbuk khas untuk korang buat brown sauce. Saya guna jenama Knorr. Dari brown sauce tu nanti, boleh jadi blackpepper sauce, mushroom sauce dan bombay sauce.

10. Masukkan marjerin dalam kuali yang dah dipanaskan. Masukkan bawang yang dah dihiris. Tumis sampai agak garing.


11. Bancuh 50gm serbuk demi glace tu dengan 500ml air. Guna air biasa je, kalau air panas nanti serbuk tu jadi berketul ketul, tak larut.

12. Tuangkan bancuhan tu dalam kuali. Kacau perlahan. Masukkan blackpepper dan sos cili.

13. Masukkan perasa secukupnya. Saya suka tambah gula perang dalam sos blackpepper. Kalau tiada gula perang, gula melaka pun jadi la. Biasanya kalau buat bolognese, mesti saya akan tambah. Ini rahsianya, jangan beritahu orang lain tau.


14. Untuk tahu sama ada sos ni dah cukup pekat atau tak, korang boleh buat macam dalam gambar. Gariskan guna jari je. Kalau sos tu terbelah macam ni, maknanya dan cukup pekat la tu. Orang French panggil dah “Nappe”. Tak terlalu pekat, tak terlalu cair.

15. Lepas tu celup daging dalam sos blackpepper ni. Bagi rasanya lagi menyerap dan sebati. Kemudian hidanglah dengan kentang goreng, jus oren dan sayuran. Bila siap, barulah terasa macam makan beef prosperity burger buatan sendiri yang lebih jimat, lebih banyak, dan rasanya pun tak kurang hebat.

Bila buat sendiri beef prosperity burger ni, anda bukan saja boleh kawal bahan, tapi juga jimat kos, dapat banyak keping dan rasa pun boleh sesuaikan dengan selera keluarga. Memang puas hati setiap kali buat!
Kredit resipi: Mohamad Arymin 
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Prosperity Burger Ala McMing. Mudah & Sedap Menjilat Jari

Buat Sendiri Beef Prosperity Burger Sedap Ni. Comfirm Puas Makan



from RASA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/11/beef-prosperity-burger-homemade-resipi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bakwan Jagung Rangup Resipi Mudah Power Yang Wajib Cuba

Bakwan Jagung Rangup Resipi Mudah Power Yang Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 229 hits
Bakwan Jagung memang antara snek yang tak pernah mengecewakan Rasa manis semula jadi jagung dicampur dengan aroma daun limau purut bawang dan cili bila digoreng bau dia saja dah cukup untuk buat satu rumah lapar Tidak hairanlah hidangan ini...
Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba

Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 241 hits
Sesekali menjamah Nasi Ulam Utara memang sedap Nasi putih yang digaul bersama pelbagai jenis ulam ulaman serta rencah ini ternyata sangat mudah dihasilkan Malah rasanya yang enak juga membuatkan ia menjadi kegemaran ramai Nak hasilkan menu ...
Air Kacang Soya Manfaat Menakjubkan Resipi Homemade Yang Sangat Sedap

Air Kacang Soya Manfaat Menakjubkan Resipi Homemade Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 166 hits
Air kacang soya merupakan minuman yang sangat popular dan menyihatkan Kacang soya itu sendiri merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah berbanding daging susu atau telur Ia mengandungi 50 protein bagi setiap 100 gm kacang ...
Roti Telur Tuna Resipi Paling Mudah Sedap Untuk Sarapan Cepat

Roti Telur Tuna Resipi Paling Mudah Sedap Untuk Sarapan Cepat

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 234 hits
Kalau anda sedang cari menu mudah yang tak ambil masa lama untuk disediakan Roti Telur Tuna ini memang pilihan terbaik Bahannya ringkas cara memasaknya cepat dan rasanya pula memang memuaskan Sesuai dijadikan sarapan bekal ke sekolah atau m...
Popia Ayam Cendawan Berkeju Resipi Mudah Sedap Yang Paling Layan

Popia Ayam Cendawan Berkeju Resipi Mudah Sedap Yang Paling Layan

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 184 hits
Jom cuba buat Popia Ayam Cendawan Berkeju ni Sedap Popia merupakan antara sajian ringan mudah yang puan puan boleh hasilkan dalam jumlah yang banyak dan sejukbekukan Intinya boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa masing masing Memang layan ...
Aiskrim Homemade Mudah Murah Resipi Viral Tekstur Halus Persis Jenama Mahal

Aiskrim Homemade Mudah Murah Resipi Viral Tekstur Halus Persis Jenama Mahal

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 212 hits
Macam macam makanan boleh dihasilkan secara homemade jika jumpa resipi yang terbaik Salah satu yang puan puan boleh hasilkan untuk anak anak ialah aiskrim homemade resipi perkongsian saudari Mazana Mohamed Memang istimewa kerana anda hanya ...
Nasi Goreng Cili Kering Resipi Mudah Sedap Orang Dulu Dulu Yang Confirm Licin

Nasi Goreng Cili Kering Resipi Mudah Sedap Orang Dulu Dulu Yang Confirm Licin

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 159 hits
Nasi Goreng Cili Kering Sedap Mudah Cara Orang Dulu Dulu Nasi Goreng Cili Kering begini nampak sangat ringkas namun percayalah ia adalah salah satu resipi nasi goreng orang dulu dulu yang sangat sedap dan digemari ramai sehingga kini Andai ...
Cucur Kentang Resipi Potato Fritters Mudah Sedap Yang Pasti Menjadi

Cucur Kentang Resipi Potato Fritters Mudah Sedap Yang Pasti Menjadi

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 150 hits
Cucur Kentang Sedap Mudah Untuk Snek Minum Petang Potato Fritters atau cucur kentang ni memang sangat mudah dan sedap Hanya guna beberapa bahan mudah anda boleh hasilkan snek minum petang untuk anak anak dan suami Ada pelbagai jenis resipi ...
10 Perfume Arab Paling Wangi Tahan Lama Yang Wajib Cuba

10 Perfume Arab Paling Wangi Tahan Lama Yang Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 149 hits
10 Perfume Arab Paling Wangi Tahan Lama Yang Wajib Cuba Selain menjaga kecantikan wajah keterampilan diri juga perlu sentiasa dititikberatkan terutama apabila berada di tempat awam Penampilan yang kemas dan bersih juga dapat meningkatkan ke...
Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Kuantan Pekan Rompin To See Very Heavy Rain Until Tomorrow

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Teringin Tahu Kemajuan Bangunan Semasa Era Zaman Nabi Muhammad Saw Ini Jawapannya

Flavorful Healthy Banana Bread Recipe Pinterest

Persiapan Kelengkapan Sekolah 2026 Bersama Hari Hari

Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Perak Man Menyingkap Kehidupan Dan Minda Manusia Prasejarah