10 Tragedi Mengecewakan Dalam Dunia Teknologi Untuk Tahun 2019



Tahun 2020 akan tiba dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Tahun ini adalah tahun yang cukup menarik di dalam arena teknologi pelbagai inovasi yang akan mengubah kehidupan seharian.Kita mulakan dahulu dengan rangkuman 10 perkara paling mengecewakan dunia teknologi untuk tahun ini. Jika artikel mengecewakan diterbitkan terlebih dahulu, adalah lebih mudah untuk memulakan langkah ke tahun 2020 dengan lebih optimis.
1. Kereta Terbang Malaysia

Kita mulakan dengan perkara paling mengecewakan dunia teknologi tempatan terlebih dahulu. Tahun ini kita dijanjikan dengan kereta terbang pertama buatan tempatan. Ia bermula dengan model Vector yang diperlihatkan Aerodyne di acara LIMA 2019. Pelbagai jenaka dan meme dihasilkan kerana model konsep yang diperlihatkan kelihatan seperti permainan. Namun begitu kekecewaan sebenar memuncak pada bulan November apabila penerbangan pertama kereta terbang Malaysia telah dibatalkan kerana gagal mendapat permit.
Kekecewaan kemudian berganda apabila ia sebenarnya hanya sebuah dron membawa penumpang Ehang dari China yang dijenamakan semula oleh EastCap Berhad. Penggunaan nama “kereta terbang buatan Malaysia” di sini tidak bermakna kerana ia sama sahaja seperti Proton dan Perodua yang memulakan langkah dengan menjenamakan semula kenderaan Mitsubishi dan Daihatsu. Berita baik ialah kenderaan terbang peribadi buatan Malaysia sebenar masih sedang dibangunkan oleh Aerodyne namun tarikh pelancaran masih lagi misteri.
2. Perkhidmatan Seru Pandu Di Malaysia

Pada 12 Julai 2019, pemandu perkhidmatan seru pandu kereta perlu mempunyai lesen untuk beroperasi. Namun begitu kerana masalah untuk mendapatkan lesen seru pandu, melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM dan rekaan pelekat seru pandu yang masih belum dimuktamadkan, undang-undang hanya berkuatkuasa bermula 12 Oktober. Sejak tarikh tersebut mencari kenderaan untuk dinaiki menjadi semakin sukar dengan waktu menanti yang lebih lama.
Tambah tragis sekiranya anda berjaya menyeru kenderaan, harga tambang melonjak naik. Ramai pengguna merungut harga tambang kini hampir setiap masa dikategorikan sebagai “masa puncak” sedangkan sebelum ini ia tidak berlaku.
Penguatkuasaan seru pandu adalah baik untuk memastikan keselamatan penumpang dan memastikan pemandu yang layak sahaja beroperasi. Tetapi kerana pelbagai kos tambahan yang dikenakan untuk beroperasi, perkhidmatan seru pandu kini sudah menjadi Teksi 2.0. Malahan dalam situasi tertentu menaiki teksi adalah lebih murah. Pada tahun 2019 apokalips seru pandu berlaku yang menyebabkan pengangkutan awam pilihan di bandar-bandar utama kini tidak menjadi pilihan terbaik ataupun kompetitif.
3. Situasi Huawei

Kami mengatakan apa yang berlaku kepada Huawei mengecewakan kerana ia mengakibatkan jutaan pengguna seakan hidup tergantung tidak bertali. Peranti keluaran Huawei mendapat sambutan ramai kerana dijual pada harga yang berpatutan dengan kemampuannya serta memberi saingan kepada duopoli Samsung Apple. Malahan tanpa Huawei mungkin kemampuan kamera pada telefon pintar mungkin akan masih di takuk lama. Mereka juga berani memperkenalkan inovasi seperti kemampuan mengecas peranti lain secara nirwayar yang kemudian menjadi ikutan industri.
Sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ini membuatkan peranti baharu seperti Mate 30 Pro pincang. Tanpa GMS dan Dolby ia seperti sebuah Ferrari yang hanya dilengkapi dua tayar. Tetapi pada waktu yang sama Huawei juga masih belum mampu menawarkan perkhidmatan HMS yang setanding dengan GMS. Pelbagai aplikasi popular (Netflix, Facebook) dan perbankan tempatan (CIMB Clicks) masih belum boleh dimuat turun menerusi App Gallery.
Sungguhpun kami faham dengan masalah mereka dengan A.S, kegagalan Huawei untuk memberikan alternatif yang setanding adalah mengecewakan. Pengajaran utama dari kegagalan Windows Phone ialah sistem operasi memerlukan aplikasi bagi menghasilkan ekosistem yang berfungsi dengan baik. Tanpa aplikasi, sistem operasi yang inovatif (seperti MeeGo) tidak boleh bertahan lama. Jika Harmony OS ingin bernafas di dalam lautan Android dan iOS, aplikasi perlu dibangunkan hari ini sebelum telefon pintar pertama dilancarkan.
Tahun 2020 akan menjadi tahun yang lebih mencabar bagi mereka. Persoalannya adakah tekanan dari A.S akan mengukuhkan Huawei seperti karbon berubah permata atau merobohkan impian mereka untuk menjadi kuasa besar dunia telefon pintar di luar China.
4. Google Pixel 4 Dan Pixel 4 XL

Menerusi telefon pintar Pixel, Google akhirnya boleh menawarkan peranti yang dikawal sepenuhnya pengeluarannya oleh mereka. Peranti Android kelas pertama yang setanding dengan iPhone akan dapat dihasilkan lengkap dengan kemas kini terpantas. Tetapi Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL adalah antara peranti paling mengecewakan tahun 2019.
Google enggan menyertakan lensa sudut ultra-lebar walaupun ia kini menjadi standard pada peranti mercu lain termasuk yang dikeluarkan oleh Apple. Lebih menyedihkan ia ditawarkan dalam storan, saiz RAM dan saiz bateri yang lebih mirip peranti 2017. Fungsi kawalan gesture Motion Sense pula dihalang mengikut lokasi. Google mungkin boleh dimaafkan jika kedua-dua Pixel 4 dijual pada harga mampu milik tetapi harga jualannya setanding dengan Galaxy S10 yang mempunyai spesifikasi yang lebih baik.
5. Kemas Kini Android

Dengan pengenalan Project Treble dua tahun yang lalu, kemas kini Android sepatutnya berlaku dengan lebih pantas. Realitinya proses kemas kini masih lambat dan berkecamuk. Ini kemudian ingin digantikan pula oleh Project Mainline yang memberikan kemas kini menerusi Play Store. Selepas dua janji Google yang setanding janji pilihanraya umum masih belum ditepati. Kemas kini untuk peranti Pixel mereka sendiri mula mengalami kelewatan. Dalam hal ini Google masih gagal menawarkan apa yang mampu diberikan Apple menerusi iOS.
Lebih mengecewakan pengenalan fungsi yang tertentu eksklusif pada peranti Pixel terlebih dahulu yang mewujudkan kasta di antara pelbagai pelbagai peranti Android di pasaran. Mahukan Assistant yang boleh menyaring dan menjawab panggilan telefon anda? Ia masih terhad ke pasaran tertentu sahaja. Perkara yang sama berlaku dengan sistem Live Caption. Antara komen negatif yang sering didengari mengenai Android ialah masalah fragmentasi. Di tahun 2019 ia masih wujud dan nampaknya akan menjadi semakin teruk.
6. iOS 13

Alasan yang paling kerap kami dengar mengapa individu memilih iPhone ialah kerana iOS ialah “sistem operasi terbaik yang tidak bermasalah” atau “it just works”. Pada tahun ini iOS 13 tidak lagi boleh dikategorikan sebagai tidak bermasalah. Dari hari pertama kami menggunakan iPhone 11 Pro Max sehinggalah hari ini, masih terdapat pelbagai pepijat yang menjengkelkan. Paling sadis ialah ini berterusan selepas Apple memberikan lima kemas kini yang sepatutnya menampal kesemua pepijat yang dilaporkan.
Masalah paling kritikal ialah peranti tidak mampu melakukan multi-tugas sebenar. Kadang kala aplikasi akan mengalami segar semula walaupun selepas bertukar di antara tiga aplikasi. Jelas sekali pada tahun 2019, peranti mercu dengan memori sebesar 4GB RAM tidak lagi sesuai. Imej iOS sebagai sistem operasi yang “sentiasa berfungsi” tercemar tahu ini. Lebih memalukan Android 10 yang dilancarkan tahun ini tidak mempunyai masalah kronik yang sama,
7. Lambakan Perkhidmatan Penstriman Video

Perkhidmatan penstriman video mengubah cara kita menikmati filem, siri TV dan juga acara sukan. Di awal pengenalannya, hanya terdapat beberapa perkhidmatan penstriman ditawarkan dengan pertindanan kandungan. Tetapi pada tahun 2020, perang penstriman mula berlaku dengan pelancaran Disney+ dan Apple TV+. Kemasukan dua gergasi media dalam peperangan penstriman mengakibatkan tiada lagi pertindanan kandungan. Penstriman yang sepatutnya membebaskan kita dari langganan TV satelit yang mahal, kini turut tidak lagi mampu milik kerana keperluan untuk melanggan kepada beberapa perkhidmatan secara serentak.
Pengguna kini tiada pilihan selain melanggan kepada beberapa perkhidmatan penstriman serentak bagi menikmati kesemua kandungan yang diminati. Pada tahun 2020 situasi ini akan menjadi semakin tenat dengan HBO Max pula dilancarkan eksklusif untuk kandungan Warner Media (Cinemax, New Line, DC Entertainment, Warner Bros., The CW, CNN, TNT, TBS, TruTV, Turner Classic Movies, Crunchyroll, Adult Swim, Cartoon Network, Rooster Teeth, Looney Tune). Jadi tidak mengejutkan dengan lambakan perkhidmatan penstriman video, masalah cetak rompak kini meningkat semula.
8. Papan Kekunci Butterfly

Selepas empat tahun eksperimen Apple untuk terus menggunakan papan kekunci suis butterfly telah dihentikan. Masalah terus dilaporkan walaupun rekaan kekunci telah ditambah baik beberapa kali. Apple akhirnya terpaksa menawarkan program gantian papan kekunci percuma kepada pengguna MacBook dengan kekunci butterfly.
Menerusi Macbook Pro 16 yang dilancarkan November lalu, papan kekunci Magic Keyboard dengan mekanisme gunting kembali digunakan. Adalah amat jarang sekali melihat Apple menyedari kesilapan mereka dan menerima realiti rekaan mekanisme kupu-kupu tidak boleh ditambahbaik.
Ini adalah mengecewakan kerana sejak hari pertama MacBook 12 dilancarkan pengguna telah merungut ia tidak sebaik papan kekunci terdahulu. Rungutan tentang kekunci tersekat mula diterima beberapa bulan selepas ia dipasarkan. Tetapi Apple hanya mengumumkan program gantian percuma tahun ini. Selamat tinggal butterfly dan semoga pengguna MacBook dengan papan kekunci ini tidak akan mengalami sebarang masalah sebelum tempoh gantian percuma tamat.
9. Spam Judi Pada Telefon Pintar

Fenomema baharu pada tahun 2019 ialah ribuan mesej sampah yang diterima pada telefon pintar mempromosikan perkhidmatan judi atas talian. Setiap hari kami akan menerima sehingga lima mesej judi dalam bentuk khidmat pesanan ringkas dan WhatsApp. Awal bulan ini SKMM mengatakan hampir 6000 nombor telefon telah ditamatkan kerana terlibat dalam penghantaran mesej judi. Masalahnya ia langsung tidak menyelesaikan masalah ini.
Nombor baharu menghantar mesej judi masih diterima setiap hari. Di manakah sistem pendaftaran nombor baharu yang memerlukan identiti pengguna disahkan terlebih dahulu? Persoalan utama ialah siapakah yang menjual nombor pengguna kepada perkhidmatan judi ini? Sehingga kini tidak ada individu dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dalam penirisan data peribadi pengguna tahun lalu. Hanya perkhidmatan syarikat dihentikan oleh pihak SKMM. Selagi ketirisan data pengguna tidak diambil serius, selagi itulah kita semua harus berhadapan dengan serangan SMS dan mesej sampah pada peranti saban hari.
10. Media Sosial Yang Mengintip Dan Disalahguna

Tahun 2018 kita dikejutkan dengan skandal Cambridge Analytica. Data pengguna telah diakses untuk menyasarkan iklan politik yang kemudian dikatakan mempengaruhi pilihanraya presiden Amerika Syarikat. Pada tahun ini kit akhirnya menyedari bukan Facebook sahaja menjual data pengguna untuk tujuan pengiklanan. Perkhidmatan “percuma” sebenarnya dibayar dengan data peribadi. Pelbagai aplikasi sentiasa menjejak lokasi, laman yang dilayari dan pesanan suara yang diberikan kepada pembantu maya.
Berita baik untuk pengguna ialah ramai semakin cakna dan pelbagai laporan mengenai privasi telah diterbitkan. Hasilnya ialah Google kini membenarkan data peribadi dipadam. Rakaman suara Assistant boleh dipadam dengan memberikan arahan suara. Android 10 dan iOS 13 memberikan kawalan aplikasi yang lebih terperinci. iOS akan sentiasa mengingatkan pengguna apabila mendapati aplikasi mengakses lokasi misalnya. Malahan Mark Zuckerberg kini menggandakan usaha untuk menjadikan Facebook lebih cakna privasi.
Tetapi masalah sebenar media sosial bukan sahaja terletak pada privasi tetapi juga pada penggunaannya. Ribuan akaun palsu digunakan untuk menyebarkan berita palsu. Akaun pro China, Rusia dan Arab Saudi dikesan di media sosial untuk menyebarkan propaganda. Pengguna manusia pula masih bersalah menyebarkan berita palsu sehingga mewujudkan panik di Malaysia (bangunan roboh di KL minggu ini), menyebabkan kematian di India (orang Islam dituduh menyeludup lembu) dan menyebar kebencian (mesej tular anti Rohingya di Myanmar).
Media sosial memulakan dekad 2010 sebagai platform untuk merapatkan silaturahim dan kedai atas talian. Pada penghujung dekad ia menjadi padang periuk api yang memutuskan silaturahim dan kedai menjual propaganda.
Ini pada pendapat kami ialah berita dan perkara paling mengecewakan pada tahun 2019. Bagaimana pula dengan anda? Jika kami terlepas pandang sesuatu sila nyatakan di ruangan komen di bawah.
Sumber : Amanz

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://johanharith.blogspot.com/2019/12/10-tragedi-mengecewakan-dalam-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragedi Mh370 8 Tahun Menanti Dan Masih Berharap

Tragedi Mh370 8 Tahun Menanti Dan Masih Berharap

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 135 hits
SHAH ALAM Waris kepada anak kapal Penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang hilang secara misteri lapan tahun lalu masih mengharapkan keajaiban agar pesawat itu ditemui sekali gus menjawab segala teka teki dan teori pelbagai pihak selama ini...
Kes Kehilangan Thiagaraj A L Krishnan 47 Tahun Yang Berasal Dari Klang

Kes Kehilangan Thiagaraj A L Krishnan 47 Tahun Yang Berasal Dari Klang

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 170 hits
Kes kehilangan Thiagaraj A L Krishnan 47 tahun yang berasal dari Klang Beliau seorang tahanan Perintah Sekatan buang daerah ke Masai Johor setelah beliau dikeluarkan dari penjara Simpang Renggam dan di kenakan perintah sekatan selama setahu...
Sanggup Stay Sabah Selama 31 Tahun Pelajar Sebak Guru Kesayangan Akhirnya Berpindah

Sanggup Stay Sabah Selama 31 Tahun Pelajar Sebak Guru Kesayangan Akhirnya Berpindah

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 325 hits
Tular di media sosial sebuah video memaparkan suasana sebak saat seorang guru yang akan berpindah pulang ke kampung halamannya Guru yang baik semestinya akan disayangi ramai terutama oleh pelajar pelajarnya Situasi inilah yang berlaku di Se...
Rusia Habiskan Masa Bertahun Tahun Untuk Mempersiapkan Negaranya Hadapi Sekatan Antarabangsa

Rusia Habiskan Masa Bertahun Tahun Untuk Mempersiapkan Negaranya Hadapi Sekatan Antarabangsa

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 195 hits
Tidak berniat untuk konfrontasi ketenteraan A S dan sekutunya bergantung pada sekatan ekonomi secara menyeluruh untuk memujuk Presiden Rusia Vladimir Putin supaya menarik diri dari menceroboh Ukraine Tetapi keberkesanan langkah langkah seka...
Anak Lahir 2016 2017 Daftar Tahun Satu Sesi 2023 2024 Dibuka Mulai 1 Mac

Anak Lahir 2016 2017 Daftar Tahun Satu Sesi 2023 2024 Dibuka Mulai 1 Mac

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 390 hits
Perhatian buat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2016 dan 2017 Pendaftaran murid Tahun 1 ambilan 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 sehingga tarikh yang akan dikemaskini Permohonan murid Tahun 1 bol...
Baru 11 Tahun Boleh Harap Jaga Ibu Berpantang Urus Adik Adik Pandai Masak

Baru 11 Tahun Boleh Harap Jaga Ibu Berpantang Urus Adik Adik Pandai Masak

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 193 hits
Anak lelaki atau perempuan biasakan mereka melakukan kerja kerja di rumah Buang tanggapan dan jangan anggap kerja rumah hanya anak perempuan saja yang bertanggungjawab Sebenarnya satu bonus buat ibu ayah jika mempunyai anak cemerlang dalam ...
Risau Belum Boleh Bercakap Usia 2 Tahun Ada Tak Isyarat Ini Anak Tunjukkan

Risau Belum Boleh Bercakap Usia 2 Tahun Ada Tak Isyarat Ini Anak Tunjukkan

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 194 hits
Apabila anak mencecah umur setahun namun belum mampu mengungkapkan sepatah perkataan pun bermakna ibu bapa perlu bimbang Jangan sedapkan hati kata nanti oklah tu Kesilapan ini buatkan kita akan menyesal selepas ini Perlu ingat semakin lamba...
Empat Bos Investasi Bodong Fikasa Grup Dituntut 14 Tahun Penjara

Empat Bos Investasi Bodong Fikasa Grup Dituntut 14 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 272 hits
Jaksa Herlina Samosir dan tiga JPU lainnya menilai bahwa unsur Pasal 46 ayat 1 tentang Undang undang Perbankan tahun 2010 terpenuhi Mereka menghimpun dana dari masyarakat yang dinilai sama seperti perbankan
Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah Setelah 20 Tahun Bekerja

Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah Setelah 20 Tahun Bekerja

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 266 hits
Kerjaya sebagai Perunding Hartanah selepas 20 tahun bekerja Secara rasminya suami saya sudah pun bekerja sendiri sebagai Real Estate Negotiator atau perunding hartanah mulai Februari 2022 Kalau ikutkan dah 9 bulan dia jadikan REN ini sebaga...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun