Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah Setelah 20 Tahun Bekerja
Kerjaya sebagai Perunding Hartanah selepas 20 tahun bekerja
Secara rasminya, suami saya sudah pun bekerja sendiri sebagai Real Estate Negotiator (REN) atau perunding hartanah mulai Februari 2022. Kalau ikutkan dah 9 bulan dia jadikan REN ini sebagai part time yang mana sebelum ini dia adalah Project Manager di bidang pembinaan.
Congak punya congak dah 20 tahun dia bekerja makan gaji. 20 tahun? Lama kan? Dah kata orang dah berada di tahap yang selesa.
Bila dah makan gaji untuk masa yang lama. Ingat tak risau bila nak berhenti kerja dengan hutang keliling pinggang? Huhuhu sesungguhnya sangat merisaukan bagi suami.
Tapi saya, sebagai isteri takkan nak tunjukkan keresahan tu. Satu sebabnya, saya masih bekerja. Dan saya selalu yakinkan suami, Insha Allah ada rezeki untuk kita. Kita support suami! Insha Allah.
Boleh ke buat sales masa musim Covid-19?
Boleh ke rasa-rasanya? Soalan ni memang bukan korang je yang persoalkan. Termasuklah saya sendiri hahaha. Tapi hakikatnya, sekarang ini adalah waktu terbaik untuk membeli hartanah untuk kediaman sendiri atau pelaburan dan ianya disewakan.
Kalau korang duduk dalam bidang ni, memang waktu ni tengah rancak untuk pembeli mencari and menambah aset mereka. Terutama kediaman landed, macam pisang goreng panas.
Bahkan tak kurang juga yang membeli property under project yang akan siap dalam 2/3 tahun lagi. Memang ada! Dan dari situ suami tak ragu-ragu untuk hantar surat tender kepada majikannya.
Sebelum ni bila kita dilanda wabak Covid19, memang semua industri terjejas. Sampaikan suami pun risau disebabkan beliau bekerja dalam bidang pembinaan. Semua kerja-kerja terpaksa dihentikan. Tapi syukur sekarang nampaknya keadaan ekonomi slowly recover.
Area Denai Alam dan Elmina, Shah Alam
Untuk masa sekarang kami fokus untuk mengiklankan kediaman di sekitar Denai Alam dan Elmina, Shah Alam. Bersyukur juga sebab banyak projek perumahan Sime Darby yang sudah siap dan juga sedang dibina.
Dan tempat ni juga sangat popular dengan kawasan untuk beriadah iaitu di Elmina Central Park. Itu adalah juga tarikan untuk mereka yang nak beli rumah di sini. Selain dari rumah yang baru, cantik dan harganya affordable.
Dengarnya banyak development yang dirancang dan sedang dibangunkan di kawasan Elmina. Antaranya lebuhraya DASH dan Hospital Sime Darby. Bila penduduk dah ramai, pihak developer memang perlu memastikan semua infrastruktur tersusun dan memudahkan penduduk setempat.
Kiraan kelayakan dan bayaran bulanan
Setiap orang memang ada impian nak miliki rumah besar, luas dan cantik. Tapi mesti kena tahu adakah pendapatan bulanan tu boleh menampung komitmen baru? Anda juga boleh kira kelayakan menggunakan pengiraan ini.
Selalu kan orang akan bagitau bank akan kira DSR. Komitmen ini adalah bagi hutang sedia ada ditambah dengan loan baru ya.
DSR = (Jumlah Komitmen Hutang / Pendapatan Bulanan) x 100
Kadar DSR ni adalah berbeza mengikut bank. Kebanyakan yang saya dengar adalah dalam 60% hingga 75%. Jadi jika kiraan DSR korang adalah di bawah peratus tersebut, maka layakla untuk buat pinjaman.
Dan kalau nak kira bayaran bulanan rumah pula boleh gunakan Kalkulator Pinjaman Perumahan ni. Memang mudah sangat.
Kerjaya sebagai Perunding Hartanah ni ok ke?
Sejujurnya, suami saya berjaya membuat sales pertama selepas 7 bulan join agensi ni. Bukan senang ya, semuanya perlukan kesabaran, pengalaman dan ilmu yang luas. Waktu tu masih bekerja kan, jadi kalau takde sales tu memang boleh sabar la lagi.
Tapi sekarang selepas berhenti kerja, nak ikutkan dah ada lebih dari 6 buah rumah yang dia berjaya jual. Dan dari situ saya bersyukur sangatla. Dan semoga suami dan kami murah rezeki sentiasa.
Saya juga mendoakan yang baik-baik untuk semua. Semoga anda dipermudahkan urusan untuk memiliki rumah idaman.
The post Kerjaya sebagai Perunding Hartanah setelah 20 tahun bekerja appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2022/03/kerjaya-sebagai-perunding-hartanah-setelah-20-tahun-bekerja.html