10 Tempat Penginapan Menarik Unik Di Selangor Dekat Je
10 Tempat Penginapan ‘Murah’ & Unik Di Selangor. Dekat Je! Cuti sekolah datang lagi. Ibu ayah mesti tak menang tangan nak rangkakan aktiviti untuk anak-anak. Ada yang bawa balik kampung, ada yang rancang percutian bersama keluarga.
BACA: 8 Lokasi ‘Wajib’ Anda Pergi Di Cameron Highlands, Rugi Kalau Tak Singgah!
Bagi yang ingin pergi bercuti tapi malas nak pergi jauh-jauh, bolehlah jenguk-jenguk 10 tempat penginapan ini. Menarik!
1. DASH BOX HOTEL, CYBERJAYA
Dash Box Hotel yang terletak di Cyberjaya ini menawarkan tempat penginapan yang cukup unik dan menarik buat para pengunjung. Rata-rata ia menjadi pilihan kerana lokasinya yang strategik dan tidak jauh dari bandar, namun tetap aman dan tenang. Dengan konsepnya yang segar, urban dan ala hipster, anda pasti terpukau dan dapat memenuhi akaun Instagram dengan pelbagai gambar menarik.
Terdapat 2 jenis bilik yang disediakan untuk pilihan pengunjung, iaitu jenis Studio atau Kabin. Kedua-duanya tetap selesa dengan rekabentuk dalaman yang cukup unik dan moden. Yang paling menarik, tentulah kolam renang yang pasti membuat anak-anak tak sabar untuk mandi-manda. Ada kolam untuk dewasa juga.
Harga bermula sekitar RM156/malam.
Facebook: Dash Box Hotel Cyberjaya
Alamat: Persiaran Apec, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia
2. BAMBOO VILLAGE KUALA LUMPUR
Bagi anda yang inginkan lari daripada keserabutan kota raya dan kembali ke persekitaran alam semulajadi, cubalah menginap di Bamboo Village yang terletak di kawasan Hulu Langat.
Dengan berkonsepkan buluh, Bamboo Village menawarkan atmosfera yang menyegarkan dalam lingkungan kawasan hutan yang indah. Terdapat pelbagai jenis tempat penginapan yang boleh dipilih seperti dorm, cottage, dan banglo. dengan harga yang berpatutan.
Kalau nak lebih adventure, boleh juga memasang khemah di dalam kawasan Bamboo Village dan menggunakan kemudahan di Bamboo Village. Caj yang dikenakan adalah RM 15/khemah. Di sini, anda juga boleh mempelajari banyak benda dengan menjadi sukarelawan dalam melakukan kerja-kerja petukangan di Bamboo Village.
Harga bermula sekitar RM 48 (dorm) dan RM120 (cottage).
Facebook: Bamboo Village Kuala Lumpur
Alamat: Jalan Serai 4, 43100 Hulu Langat, Selangor
3. THE KABIN, KUALA SELANGOR
The Kabin adalah satu lagi resort berkonsepkan kontena yang terletak di Kuala Selangor. Dengan rekabentuk yang moden dan minimalis, dekorasinya yang simple tetap menawan hati.
Anak-anak kecil pasti seronok sebab ada kolam renang yang besar dan selesa di sini. Dikelilingi suasana yang menenangkan, memang tak rugi bawa satu keluarga menginap bersama.
Harga bermula sekitar RM160 saja, bergantung kepada jenis bilik dan peak season.
Facebook: The Kabin
Alamat: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor
4. RUMAH KEBUN
Teringin nak rasa menginap di tree house? Jom pergi ke Rumah Kebun. Anda pasti terpukau dengan keindahan dan ketenangannya. Nak barbeque boleh, berenang di kolam renang, atau sungai dan air terjun yang berdekatan.
Semua fasiliti cukup lengkap, ruang terbuka dan bukaan yang luas, serta kelibat ayam kampung dan kambing-kambing, anda pasti berasa begitu dekat dengan alam sekitar!
Harga bermula sekitar RM1500 untuk rumah yang boleh memuatkan 12 orang pengunjung.
Facebook: RumahKebun
Alamat: Kg Sg Semungkis (Batu 14), 43100 Hulu Langat, Selangor.
5. TUBESTAY, BUKIT JUGRA
Bermula dengan idea seorang jurutera, tiub konkrit binaan ini dipulihara menjadi sebuah bilik penginapan. Memang tak pernah terfikir, kan? Tentunya akan memberi pengalaman baru buat anda! Ia berkonsepkan glamping iaitu seakan-akan sebuah perkhemahan yang mewah.
Kemudahan-kemudahan asas seperti tandas awam, dapur ringkas, kafe, ruang BBQ, mesin basuh, dan sistem air bertapis disediakan untuk keselesaan. Selain itu, terdapat kaunter untuk tempahan sukan ekstrim atau extreme sport seperti paragliding, basikal trike, hiking, berbasikal, jogging, memancing. dan permainan tradisional.
Kawasan sekitar TubeStay juga luas dan sesuai untuk majlis reunion, family gathering, dan sebagainya. Tapi, dengar kata buat masa ini, Tubestay sedang dalam proses berpindah ke lokasi baru. Sama-sama kita nantikan ya.
Alamat: Jalan Bukit Jugra, Jugra Lama, 42700 Banting, Selangor, Malaysia
UPDATE: Sekarang Tubestay dah berpindah ke lokasi baru di Rumah Kontena, Klang.
6. PADI BOX, SEKINCHAN
Padi Box adalah penginapan dan kafe berkonsepkan kontena yang ceria dan berwarna-warni di tengah-tengah bendang sawah padi, suasana yang begitu sesuai untuk menaikkan mood anda.
Di sini anda boleh menikmati kecantikan alam semulajadi yang sungguh mengagumkan, terutamanya pada waktu pagi dan ketika matahari terbenam. Dengan harga penginapan bermula RM118, ianya menawarkan sebuah pengalaman yang indah dan luarbiasa, jauh dari kesibukan kotaraya.
Facebook: Sekinchan Padi Box
Alamat: LOT 11126, Jalan Tali Air 4, Tanjong Karang, Selangor
7. KEPYOK RESORT, BERANANG
Senibina di resort ini yang berasaskan batu-bata, jubin Terracotta, dan kayu jati. Kesemua bahan binaan semulajadi ini menyerlahkan lagi unsur tropikal di resort tersebut.
Harga penginapan bermula sekitar RM400/malam, bergantung kepada tarikh dan kekosongan.
Selain dikelilingi kehijauan, ada swimming pool dan ada juga tempat memancing. Selebihnya, biar gambar saja yang berbicara!
Facebook: Kepyok
Alamat: Kg. Kuala Pajam, Beranang, Selangor
8. SRI DAMAI RESORT, HULU SELANGOR
Selain disajikan dengan keindahan alam semulajadi, resort di sini juga mempunyai ladang rusa, ladang kambing, air terjun mini, dan kolam air tawar yang berdekatan. Nak memancing pun boleh. Air sungainya jernih, bersih, dan sejuk.
Penginapan yang disediakan seperti chalet, homestay dan dorm dengan kemudahan dalaman yang lengkap dan baik, kunjungan anda pasti meninggalkan memori yang tidak dapat dilupakan.
Dengan harga bermula RM 150, ianya sangat berpatutan buat seluruh famili.
Facebook: Sri Damai Resort
Alamat: 640, Kampung Pasir Putih, Kalumpang, 44100 Kerling, Selangor.
9. KUANG KAMPUNG RETREAT, SUNGAI BULOH
Rumah percutian yang dibina oleh ahli kraftangan Kelantan menggunakan perincian daripada kayu kempas, balau, dan batu menghasilkan senibina rumah yang sangat cantik. Bilik airnya pula dihiasi dengan jubin lama dari rumah Melaka.
Penginapan berkonsepkan rumah kampung tradisional ini pasti mengimbau kenangan dan nostalgia.
Harga bermula sekitar RM1000/malam bagi keseluruhan rumah.
Facebook: Avillion Private Collection
Alamat: 49, B52,Batu, Jalan 17, 43100 Hulu Langat, Selangor,
10. VILLA RIMBUN DESA
Villa Rimbun Desa terletak di Kuang, Sungai Buloh merupakan sebuah tempat penginapan istimewa lengkap dengan 2 bilik tidur dan kemudahan barbeque.
Terdapat juga sebuah kolam renang yang sesuai untuk bersantai bersama ahli keluarga dan rakan. Dengan harga bermula RM350/hari, ia boleh menampung 6 pengunjung yang bermalam di sini. Memang berbaloi!
Facebook: Villa Rimbun Desa
Alamat: Lot 22512, Lorong Belimbing, Kuang, Sg Buloh 48050
TAK JAUH PUN!
Jarak bukan alasan lagi. Sekali-sekala, apa salahnya bertukar angin dan bermalam di homestay begini.
Tak jauh pun, jom ajak famili bercuti!
Sumber: The Kaki Cuti
The post 10 Tempat Penginapan Menarik & Unik Di Selangor. Dekat Je! appeared first on Apakes.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/10-tempat-penginapan-murah-unik-di-selangor-dekat-je/