10 Tempat Menarik Di Genting Highland Yang Ramai Tak Tahu Rugi Tak Datang


10 Tempat Menarik di Genting Highland Yang Ramai Tak Tahu, Rugi Tak Datang! Genting Highlands juga anda boleh bercuti, berhibur dan berseronok bersama keluarga serta kawan-kawan. Jika anda tinggal di kawasan KLCC, jaraknya hanyalah 56 Kilometer dan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Genting Highlands.
BACA: Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Yang Anda Perlu Tahu
Suhu di Genting Highlands adalah sangat nyaman, sekitar 14 celcius, ibarat seperti anda berada di negara sejuk seperti Greece, Uzbekistan, Italy serta banyak lagi. Jika dibandingkan dengan suhu Las Vegas, hanya 6 celcius sahaja di Genting Highlands lebih tinggi, tetapi jika tidak daripada kesan rumah hijau, pasti suhu di Genting Highlands mencecah 7.08 celcius yang pernah dicatatkan oleh ahli kaji cuaca pada tahun 1978. Di Genting Highlands juga, suasananya amat indah dan mempersonakan.
Akibat keindahan dan kesegaran udaranya yang nyaman, ia sering menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara tidak kiralah pada musim cuti umum ataupun cuti mingguan. Selain itu, lokasinya yang boleh dikatakan amat strategik, kerana segalanya yang anda mahu pasti ada disini. Mari kami senaraikan tempat-tempat menarik di Genting Highlands yang pasti tidak rugi jika anda datang!
1. Happy Bee Farm
Apa kata kalau anda bawa keluarga anda kesini. Bolehlah anda tahu bagaimana madu lebah telah diproses dan dijadikan pelbagai jenis makanan di Happy Bee Farm ini. Banyak lagi info menarik tentang madu yang anda boleh dapatkan disini. Selain ladang lebah, terdapat tarikan serangga yang lain.
Pasti anda nak tahu apa tarikan lain yang terdapat disini? Disini juga terdapat spesimen kumbang yang pelbagai jenis dan saiz dipanggil Insect World. Anda boleh berkunjung ke tempat menarik di Genting Highland ini pada pukul 9 pagi sehingga pukul 9 malam setiap hari. Bayarannya pula adalah RM16 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak ataupun warga emas.
2. Sky Avenue
Jika anda ingin merasa seperti Las Vegas Avenue di Las Vegas, di sini pun ada juga. Untuk pengetahuan anda, Sky Avenue lebih istimewa dari Las Vegas punya Avenue. Apa yang istimewanya, disini ketinggiannya adalah 6000 kaki dari paras laut, sebab itulah ia dikenali dengan nama Sky Avenue.
Bayangkan anda berada di puncak langit tinggi. Pergh, memang menarik kan? Disini terdapat lebih dari 100 buah kedai yang pasti anda boleh pilih mana satu yang anda mahukan. Cakap je nak apa, semua ada kat sini.
Tambahan pula, anda akan mendapati Sky Avenue ini turut menyediakan restoran yang menghidangkan pelbagai menu sedap-sedap belaka. Waktu Sky Avenue beroperasi adalah dari pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam setiap hari.
3. Fox World Studio Store
Adakah anda penggemar ataupun pengumpul barangan filem daripada 20th Century Fox seperti Planet of the Apes, Deadpool, Night at the Museum, Avatar ataupun The Predator? Sememangnya ini berita baik untuk anda semua. Di Fox World Studio Store, anda boleh mendapatkan pelbagai barangan filem 20th Century.
Terdapat lebih 700 koleksi barangan filem daripada 20th Century Fox boleh anda saksikan apabila berada di tempat menarik di Genting Highland ini. Anda cakap sahaja nak t-shirt bergambar deadpool, mug berlogo avatar atau apa sahaja, pasti ada disini.
4. Bona Cinemas
Satu lagi lakaran sejarah baru buat Malaysia kerana dengan kerjasama sebuah produksi televisyen dan pengedaran filem terbesar di China, satu panggung wayang yang amat canggih, iaitu Bona Cinemas di Genting Highlands ini telah ditubuhkan. Bona Cinemas yang terletak di Sky Avenue ini memiliki 4 buah movie hall.
Untuk tiket wayang pula, bagi tempat duduk premium adalah RM22, tempat duduk executive adalah RM17 dan tempat duduk standard adalah RM16. Apa, tiket disini mahal dari panggung wayang lain? memanglah kerana disini menggunakan kesan khas yang terbaik iaitu Dolby Atmos. Kini, panggung wayang ini dibuka pada sebelah petang sehingga tengah malam.
5. Vision City Video Games Park
Bagi penggemar permainan video, laser tag dan sebagainya, mungkin di Vision City Video Games Park ini adalah syurga buat anda kerana disini menawarkan pelbagai jenis permainan yang boleh anda main dan berhibur. Di sini, anda bukan setakat bermain permainan semata-mata tetapi anda mungkin berpeluang membawa pulang hadiah mengikut permainan yang anda main. Bagi anda yang mempunyai anak kecil, permainan seperti kereta api, kereta mainan dengan tema haiwan dan bermacam jenis lagi mainan terdapat di sini dan pasti amat sesuai untuk anak kecil anda.
Vision City Video Games Park menyediakan lebih daripada 400 buah permainan yang boleh dimainkan tidak kiralah berapa pun usia anda, semuanya adalah untuk menghiburkan anda dan keluarga anda. Waktu tempat menarik di Genting Highland ini dibuka adalah pada pukul 10 pagi sehingga pukul 12 tengah malam pada hari Isnin hingga hari Khamis. Pada hari Jumaat hingga Ahad, ia dibuka pada pukul 9 pagi sehinnga pukul 1 pagi.
6. Fashion Forest
Bagi pencinta alam sekitar, ini adalah syurga dunia untuk anda. Semua tumbuh-tumbuhan serta pokok-pokok disini diibaratkan seperti selebriti, model atau sebagainya, disebabkan itulah ia dipanggil Fashion Forest, ianya bukanlah tempat untuk membeli-belah yang penuh dengan pakaian berfesyen.
Antara teknologi yang digunakan adalah penggunaan arca bergerak, platform menaik dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan anda, Fashion Forest ini terletak di banjaran titiwangsa dan berketinggian 1700 meter dari paras laut. Tak sangka juga, hutan hujan di Fashion Forest ini dianggarkan berusia lebih 130 juta tahun. Selain melihat keindahan alam sekitar di sini, anda juga boleh beriadah bersama keluarga. Untuk masuk ke tempat menarik di Genting Highland ini, bayaran yang dikenakan adalah RM75 sehingga RM130.
7. Butterfly Wonderland
Jika tadi kita bercakap soal madu lebah, sekarang kita bercakap pula akan keindahan Butterfly Wonderland yang merupakan tempat menarik di Genting Highlands ini. Terdapat pelbagai jenis rama-rama dengan pelbagai saiz dan beraneka warna. Anda juga dapat menyaksikan permandangan kolam ikan koi yang amat menarik dan menghiburkan lagi.
Bagi anda yang selalu stress dengan tempat kerja dan sebagainya, saya syorkan anda untuk datang ke sini. Pasti fikiran anda akan tenang malah dapat menghirup udara segar di sini. Waktu tempat menarik di Genting Highland beroperasi adalah pada pukul 9 pagi sehingga pukul 9 malam. Bayaran yang dikenakan pula adalah RM16 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak atau warga emas.
8. Awana Skyway
Bagi anda yang ingin merasai pengalaman menaiki kereta kabel, anda boleh mencubanya di Awana Skyway. Bayaran yang dikenakan adalah RM8 untuk pakej Standard Gondola dan RM50 untuk pakej Glass Floor Gondola. Dengan menaiki kereta kabel ini, anda boleh melihat pemandangan sekitar Genting Highlands yang cukup memukau.
Kereta kabel ini mampu membawa 300 penumpang dalam pergerakan sehala dan sepantas 6 meter per saat. Anda bukan sahaja dapat melihat keindahan pemandangan sekitar, tetapi juga boleh menikmati udara yang menyegarkan. Awana Skyway dibuka pada pukul 7 pagi sehingga pukul 12 tengah malam setiap hari.
9. Snow World
Jika anda ingin merasa pengalaman seperti berada di Snow World Cebu sekarang anda tidak perlu lagi menempah tiket penerbangan yang mahal ke Cebu kerana di Genting Highlands juga ada Snow World versi Genting Highlands yang tersendiri.
Cuaca disini adalah sekitar -6 darjah celcius. Fuh, memang sejuk kan? -6 celcius adalah dibawah paras beku tau. Kalau bersembang dengan member memang ketar mulut la sebab cuacanya memang sejuk.
10. Strawberry Leisure Farm
Tahukah anda, benih strawberi yang terdapat di Strawberry Leisure Farm adalah berasal dari benih yang diimport dari California. Kalau anda tak percaya anda boleh datang ke sini, tanya pekerja-pekerja di sini. Untuk pengetahuan anda, anda boleh makan strawberi sepuas-puasnya yang anda mahu, tetapi bayaran untuk masuk ke sini adalah RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak atau warga emas.

Selain itu, anda boleh dapatkan strawberi dalam bentuk packing. Manalah tahu jika jiran anda ingin merasa strawberi Genting Highlands, bolehlah bagi mereka rasa sedikit kan? Apa salahnya berkongsi kegembiraan anda bersama orang lain!
Di Strawberry Leisure Farm ini juga turut ada tanaman lain seperti sayur-sayuran dan pelbagai jenis bunga-bunga yang subur pelbagai warna. Strawberi Leisure Farm dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga pukul 5.30 petang. Jadi bagi anda yang gemarkan strawberi tu, jangan lupa singgah disini tau!
Sumber: The Kaki Cuti
The post 10 Tempat Menarik di Genting Highland Yang Ramai Tak Tahu, Rugi Tak Datang! appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/10-tempat-menarik-di-genting-highland-yang-ramai-tak-tahu-rugi-tak-datang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tempat Menarik Di Malaysia Sekali Pandang Seperti Di Luar Negara

10 Tempat Menarik Di Malaysia Sekali Pandang Seperti Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 1203 hits
10 Tempat Menarik di Malaysia Sekali Pandang Seperti Di Luar Negara l Assalamualaikum Hi korang Cuti sekolah dah bermula so apa plan cuti hujung tahun korang Ana tahun ni jalan jalan dalam Malaysia je Bajet tak mencukupi nak jalan jalan ke ...
Top 10 Tempat Menarik Paling Popular Di Malaysia

Top 10 Tempat Menarik Paling Popular Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 824 hits
Top 10 Tempat Menarik Paling Popular Di Malaysia Teringin bercuti tetapi tidak mahu pergi terlalu jauh atau berbelanja sakan Hei tiada masalah Malaysia memiliki pelbagai destinasi yang indah dan sesuai untuk percutian hujung minggu anda Dan...
Kalau Pergi Sarawak Ini 5 Tempat Menarik Dan Unik Korang Kena Singgah

Kalau Pergi Sarawak Ini 5 Tempat Menarik Dan Unik Korang Kena Singgah

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 624 hits
Kalau Pergi Sarawak Ini 5 Tempat Menarik Dan Unik Korang Kena Singgah Sarawak Bumi Kenyalang adalah negeri terbesar di Malaysia Terletak di pulau Borneo ia adalah lokasi percutian popular bagi pelancong dari dalam dan luar negara Terdapat b...
9 Tempat Menarik Percuma Wajib Singgah Bila Rancang Bercuti Ke Cameron Highlands

9 Tempat Menarik Percuma Wajib Singgah Bila Rancang Bercuti Ke Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 824 hits
Cameron Highland terkenal dengan suasana nyaman udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan Nak bawa anak anak dan keluarga bercuti disini pun sesuai sangat sebab Cameron Highlands banyak tempat tempat yang menarik yang sesu...
10 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu Jadikan Percutian Lebih Bermakna

10 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu Jadikan Percutian Lebih Bermakna

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 991 hits
10 TEMPAT MAKAN MENARIK DI SEKITAR KUALA TERENGGANU PERCUTIAN LEBIH BERMAKNA DAN WAJIB CUBABila sebut mengenai bercuti atau berjalan ke suatu tempat menarik pastinya kita inginkan tempat tinggal yang selesa makanan yang sedap dan permandang...
Tempat Menarik Di Kars Turki Musim Salji Paling Menarik

Tempat Menarik Di Kars Turki Musim Salji Paling Menarik

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 893 hits
Tempat Menarik Di Kars Turki Musim Salji Paling Menarik Ya ini antara destinasi Musim Sejuk popular di Turki yang jarang orang Malaysia lawat kerana lokasinya yang agak jauh dari Istanbul Mengikut kata mereka yang pernah ke sana Kars boleh ...
10 Tempat Penginapan Menarik Unik Di Selangor Dekat Je

10 Tempat Penginapan Menarik Unik Di Selangor Dekat Je

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 814 hits
10 Tempat Penginapan Murah Unik Di Selangor Dekat Je Cuti sekolah datang lagi Ibu ayah mesti tak menang tangan nak rangkakan aktiviti untuk anak anak Ada yang bawa balik kampung ada yang rancang percutian bersama keluarga Bagi yang ingin pe...
Cuti Sekolah Sudah Bermula Berikut Adalah 5 Tempat Menarik Yang Patut Korang Kunjungi Sempena Musim Cuti Sekolah Ini

Cuti Sekolah Sudah Bermula Berikut Adalah 5 Tempat Menarik Yang Patut Korang Kunjungi Sempena Musim Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 784 hits
Sumber gambar dari GoogleSesi persekolahan sudah pun melabuhkan tirainya minggu lepas dan diikuti dengan budak budak SPM yang last paper semalam jadi korang yang mak ayah ni dah ada ke tempat ke nak bawa anak anak pergi bercuti memandangkan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah