10 Tempat Makan Sedap Di Johor Yang Wajib Anda Cuba


 Assalamualaikum...
SEBAGAI seorang blogger masak dan makan, Sk sering menerima soalan dari kawan-kawan tentang tempat makan yang sedap di Johor. Biasanya kalau dapat soalan macam ni, Sk akan tanya balik, kategori makanan macam mana yang mereka nak makan. Mahu local atau western, chinese atau indian, melayu atau mamak, haha.. gitu. Sebenarnya kalau nak disenaraikan, ada terlalu banyak tempat makan sedap di Johor ni.  Jom kita ikuti pencarian 10 blogger tentang tempat makan sedap di Johor, check-it out!
1. Restoran Lomak Foodies

Khas buat penggemar masakan lemak cili api dan asam pedas, jom cuba rasa keenakan masakan di port makan terbaru di Gelang Patah. Dicuba oleh Blogger Hernee dan dijamin sedap oleh beliau, okeh, siap dah makan tiga kali, haruslah terlalu sedap ya.  Untuk mengetahui lebih lanjut, jom baca cerita dari Blogger Hernee di sini
LOMAK FOODIES TAMAN DENAI NUSANTARA


2. Restoran Seri Bahagia


Ini memang antara tempat favourite Sk sekeluarga untuk menikmati pelbagai masakan ketam pada harga yang murah dibandingkan dengan kebanyakan restoran makanan laut yang ada di Johor Bahru ni. Selain ketam, restoran yang terletak di atas laut ini turut menyajikan pelbagai masakan panas yang lain. Ini turut diakui oleh Blogger Eda yang pernah datang ke sini untuk makan tengahari, nak tahu lebih lanjut, jom baca apa kata Blogger Eda Kisah Si Diary
SEAFOOD SERI BAHAGIA TANJUNG LANGSAT


3. Istanbul Turkish Cuisine

Sebagai salah sebuah negeri termaju di Malaysia, bangsa Johor terdiri dari pelbagai kaum. Johor juga mempunyai ramai sekali warga luar yang datang bekerja di negeri ini. Jika anda ingin bertukar citarasa ke negara Timur Tengah apakata ikuti Blogger Afzani meneroka masakan tradisional dari Turki  ISTANBUL TURKISH CUISINE


4. Wacha Burger Parit Kadir


Jangan pelik celah-celah kampung di Johor ni pun ada tempat makan western yang sangat best dan menarik. Bertempat di Parit Kadir, Senggarang, Blogger Nur membawa kita menikmati aneka menu western yang pasti membuatkan anda untuk berkunjung lagi ke sini

 WACHA BURGER PARIT KADIR


5. Restoran Chaba

Dimiliki anak melayu yang berasal dari Kelantan, Restoran Chaba Thaifood menyajikan hidangan yang cukup rencah, sedap dan berkualiti. Pelbagai jenis masakan tomyam seperti Tomyam Seafood dan Tomyam Poktek serta hidangan Siakap Kukus pastinya lain dari yang lain kerana mereka menggunakan jus limau yang sebenar. Jom bersama Blogger Mia ke sini
 CHABA MASAKAN ALA THAI


6. Kafe Kiri Kanan

Kafe yang terletak di Pusat Beli Belah Toppen ini merupakan sebuah kopitiam yang menawarkan pelbagai hidangan Asian Fusion. Dengan tagline, 'Menyentuh Hati Anda', Kafe Kiri Kanan ini telah mengingatkan Blogger Suzie ke zaman persekolahan apabila menikmati hidangan di atas meja dan kerusi kayu berwarna coklat seperti zaman sekolah 80-an. 
KAFE KIRI KANAN TOPPEN


7. Restoran Ateh Corner

Terdapat pelbagai sajian melayu dan barat apabila anda ke Restoran Ateh Corner yang terletak di Taman Universiti, Johor Bahru.Menurut Blogger Juju, beliau amat sukakan masakan Ikan Pari Bakar Sambal di sini yang agak pedas tetapi sedap. Haaa.. anda yang suka makan pedas tu, bolehlah mencuba pelbagai masakan panas yang disediakan di sini

RESTORAN ATEH CORNER TAMAN UNIVERSITI


8. Lok Lok

Mungkin ramai yang tak kenal apa itu Lok Lok kan, tapi kalau sebut Yong Taufu, tentu ramai yang tahu dan biasa makan. Blogger Huda membawa kita ke lima tempat makan Lok Lok yang halal yang boleh anda cuba di Johor Bahru. Antara kelima-lima tu, ada satu yang paling best, nak tahu di mana, kenalah baca blog Huda
 LOK LOK


9. Dim Sum

Satu lagi tempat makan sedap di Johor ni ialah Best Dim Sum and Pau yang telah dikunjungi oleh Blogger Nona. Menurut beliau, semua dim sum yang dicubanya di sini sedap dan mengenyangkan tapi ada satu perisa yang terpaling sedap. Nak tahu, kena tanya Nona laaa..

DIM SUM PASIR GUDANG


10. Restoran Senoko Seafood

Last but not least katanya, pastinya Restoran Senoko Seafood yang Sk pernah ceritakan sebelum ini. Seperti Restoran Chaba, Restoran Senoko turut menghidangkan pelbagai menu masakan Thailand. Terletak di Stulang Laut dan betul-betul menghadap surau flat Stulang Laut tu, Senoko merupakan antara lokasi masakan Thai yang sedap yang wajib anda cuba

RESTORAN SENOKO SEAFOOD

Jadi, lepas ni.. kalau siapa-siapa tanya, dekat mana nak makan sedap kalau datang ke Johor, bolehlah Sk terus cadangkan tempat-tempat ni, haha.. senang keroje Mak Inche

Sehingga berjumpa lagi di post yang lain.. jangan lupa patuhi SOP di musim PKPP

Wassalam







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/10/10-tempat-makan-sedap-di-johor-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Tempat Makan Yang Sedap Dan Murah Di Johor Bahru Pasti Tidak Rugi Untuk Anda Cuba

8 Tempat Makan Yang Sedap Dan Murah Di Johor Bahru Pasti Tidak Rugi Untuk Anda Cuba

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 476 hits
Adakah anda pernah berkunjung ke Johor Bahru dan pening kepala mahu makan apa Mungkin perkongsian ini akan menjimatkan masa anda memilih tempat makan apabila anda berkunjung sekali lagi ke sana Pengguna Twitter telah berkongsi beberapa keda...
Senarai Tempat Makan Sedap Di Johor

Senarai Tempat Makan Sedap Di Johor

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 421 hits
Senarai Tempat Makan Sedap Di Johor Kalau sebut bab makan mestilah kita semua nak cari tempat yang sedap mengikut selera tekak kita Betul tak Tipulah kalau korang tak fokuskan tang sedap tu kan Negeri Johor ni rasanya antara negeri yang bol...
10 Tempat Makan Sedap Sekitar Johor Bahru

10 Tempat Makan Sedap Sekitar Johor Bahru

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 447 hits
Lihat seharai 10 tempat makan sedap sekitar Johor Bahru ni pasti membuatkan korang akan rasa tak sabar nak mencuba semua makanannya Di Johor ni memang banyak tempat makan menarik yang kita boleh pergi Tetapi umi akan senaraikan 10 tempat ma...
7 Tempat Makan Menarik Wajib Singgah Di Pekan

7 Tempat Makan Menarik Wajib Singgah Di Pekan

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 603 hits
7 Tempat Makan Menarik Wajib Singgah Di Pekan Sejak anak yang nombor 3 belajar di UMP Pekan ni memang acap kali kami ke sini dan paling lama kami menginap di Pekan selama 3 Hari 2 Malam bagi menemani Kak Yang yang menduduki peperiksaan dan ...
6 Resepi Roll Cake Yang Paling Sedap Dan Wajib Cuba Kek Gulung Yang Paling Senang Dibuat

6 Resepi Roll Cake Yang Paling Sedap Dan Wajib Cuba Kek Gulung Yang Paling Senang Dibuat

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 905 hits
6 RESEPI ROLL CAKE YANG PALING SEDAP DAN WAJIB CUBA KEK GULUNG YANG PALING SENANG DIBUAT Saya ingat lagi masa saya sekolah dulu saya sangat tertarik dengan satu roll cake di sebuah kedai runcit Rasa teringin sangat nak makan roll cake tu ta...
Peniaga Kongsi Resipi Ayam Percik Sedap Boleh Cuba Masak Untuk Keluarga

Peniaga Kongsi Resipi Ayam Percik Sedap Boleh Cuba Masak Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 405 hits
Andai ke pasar malam sajian Ayam Percik tentunya menjadi pilihan ramai Makan panas panas dengan kuahnya waduh sangat membuka selera Anda suka makan Ayam Percik macam jual dekat pasar malam tu Saudari SuiSan Aliezsha ada kongsikan resipi yan...
8 Resepi Nasi Goreng Sedap Macam Makan Kat Kedai

8 Resepi Nasi Goreng Sedap Macam Makan Kat Kedai

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 623 hits
8 Resepi Nasi Goreng Sedap Macam Makan Kat Kedai Nasi goreng merupakan salah satu menu yang sering di order tatkala singgah makan di mana mana kedai makan atau restoran Apa yang lebih menariknya lagi menu nasi goreng ni ada banyak hinggakan...
7 Resepi Makaroni Sedap Mudah Masak Macam Pro Untuk Kita Cuba

7 Resepi Makaroni Sedap Mudah Masak Macam Pro Untuk Kita Cuba

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 408 hits
7 Resepi Makaroni Sedap Mudah Masak Macam Pro Untuk Kita Cuba Makaroni mungkin masih ada yang masih tidak tahu bagaimana untuk memasaknya akan tetapi makaroni ini sebenarnya mudah saja untuk memasaknya Bahkan makaroni ini boleh dipelbagaika...
3 Gerai Wajib Singgah Sedap Sedap Belaka

3 Gerai Wajib Singgah Sedap Sedap Belaka

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 213 hits
Kali ini RASA nak kongsikan tiga lokasi destasi gerai yang wajib korang singgah untuk dapatkan makanan dan minuman sedap Jangan pandang rendah pada gerai sebab ada kala jualan mereka sedap sedap belaka tau LOKASI PERTAMA Nak Air Boba Sedap ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults

Is It Really Good Reading The Newspaper Daily