10 Sajian Daging Wajib Cuba Hari Raya Korban Nanti


Dalam kalangan umat Islam di Malaysia, terdapat dua perayaan besar yang memberikan impak besar kepada mereka. Perayaan yang  pertama adalah sambutan Hari Raya Aidilfitri manakala perayaan kedua pula adalah sambutan Hari Raya Aidiladha.
Hari Raya Aidiladha ialah hari yang penting bagi umat Islam kerana hari tersebut merupakan peringatan bagi peristiwa Nabi Ibrahim A.S. yang membuktikan ketaqwaan beliau kepada Allah S.W.T. dengan sanggup menyembelih anak beliau, Nabi Ismail A.S.
Namun begitu, Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas. Pengajaran yang boleh diperoleh ialah ketaqwaan tanpa keraguaan terhadap Allah S.W.T. akan diberi ganjaran besar.
Menu Hari Raya Aidiladha
Meskipun Hari Raya Aidiladha mempunyai signifikan agama yang besar kepada umat Islam, tetapi itu tidak bermakna bahawa kita tidak perlu menyiapkan sajian khas untuk dinikmati seisi keluarga pada hari istimewa itu.
Bagi yang tidak tahu sajian yang nak dimasak, kami senaraikan 10 jenis hidangan berasaskan daging yang pasti menggamit selera sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke rumah anda pada Hari Raya Aidiladha nanti.
1. Gulai Daging Utara Kredit: resepmasakandapurindonesia.blogspot.com Bahan-Bahan
250g daging, dihiris 1 1/2 biji kentang, dibelah 4 3 sudu makan serbuk kari daging, dibancuh sedikit air 1/2 batang kayu manis 2 kuntum bunga lawang 2 kuntum bunga cengkih 1/2 biji bawang besar, dimayang 2 ulas bawang putih, dicincang 1 inci halia, dimayang 2 tangkai daun kari 1 sudu besar pes asam jawa 3 cawan air garam secukup rasa Cara-Cara
Masukkan air sehingga memenuhi 1/2 periuk dan letakkan periuk atas api sederhana besar. Masukkan daging dan halia yang diketuk. Rebus sehingga empuk. Kemudian, masukkan kentang dan biar masak sehingga empuk. Tutup api dan ketepikan. Masukkan minyak di dalam kuali dan panas atas api sederhana besar. Apabila sudah panas, tumiskan kayu manis, bunga lawang dan cengkih sehingga wangi. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dimayang. Tumis hingga bawang layu. Kemudian, masukkan daun kari. Biar selama 2 minit.  Masukkan bancuhan serbuk kari. Kacau hingga kari masak. Kari yang dimasak kelihat lebih pekat dan berkilat. Masukkan daging, kentang dan 1/2 cawan rebusan daging ke dalam periuk. Masukkan 1/4 cawan air jika anda inginkan lebih banyak kuah. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan garam dan pes asam jawa secukup rasa.  Padamkan api dan kari sedia dihidang. 2. Nasi Daging Utara Kredit: resepkakak.com Bahan-Bahan
2 cawan beras Basmathi, dicuci dan tus 2 1/2 cawan air rebusan daging atau air biasa 150g daging, dihiris nipis 1/2 cawan susu cair 1 1/2 sudu besar mentega 1 sudu besar serbuk sup 3 ulas bawang putih, dicincang halus 1/2 biji bawang besar, dicincang halus 2cm halia, dimayang halus 1 helai daun bay 1 helai dau pandan, disimpul 1 cawan stok ayam 1/2 batang kayu manis 2 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga Cara-Cara
Panaskan periuk atas api sederhana besar. Apabila sudah panas, masukkan mentega. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, bawang besar, daun bay dan daun pandan sehingga wangi. Masukkan rempah sup dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau agar disalut sebati dengan rempah. Masak hingga daging mengecut. Masukkan air, susu cair dan stok ayam. Biar sehingga mendidih. Masukkan beras dan kacau sebentar. Pastikan nasi dikacau sesekali agar tidak berkerak. Apabila nasi sudah kering, kecilkan api dan masak nasi seperti biasa. Gemburkan nasi setelah masak. Anda boleh hiaskan nasi dengan daun pudina, kismis atau gajus. 3. Daging Masak Asam Kredit: niejamuhaimi.com Bahan-Bahan
300g daging, direbus empuk 1 biji cili merah, dihiris 1 biji cili merah, dihiris 1/2 sudu besar pes asam jawa Bahan tumbuk 1/2 inci halia 1/4 inci kunyit 3 ulas bawang putih 3 biji bawang merah Cara-Cara
Panaskan minyak di dalam kuali atas api sederhana. Apabila sudah panas, tumis bahan tumbuk  sehingga wangi. Masukkan daging yang telah siap direbus. Kacau rata.  Masukkan garam secukup rasa. Masukkan 1/2 cawan air rebusan daging, jika ada atau 1/2 cawan air. Biar mereneh sehingga daging empuk. Masukkan hirisan cili merah dan hijau dan kacau. Masukkan asam jawa dan kacau rata. 4. Asam Pedas Daging Kredit: azidaziehan.blogspot.com Bahan-Bahan
300g daging, dihiris nipis 1 batang serai, dititik 1/2 kuntum bunga kantan, dibelah dua 1 genggam daun kesom 1/2 sudu lada hitam 6 sudu besar cili kisar 1/2 sudu teh serbuk kunyit 1/2 sudu teh pes asam jawa Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya Bahan Kisar
4 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1/4 inci lengkuas Cara-Cara
Panaskan minyak di dalam periuk atas api sederhana besar.  Apabila minyak sudah panas, tumis serai dan bahan kisar halus hingga wangi. Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan pecah minyak. Kecilkan api dan kacau rata. Masukkan daging dan daun kesom.  Kacau hingga daging mengecut. Masukkan air secukupnya dan biar mendidih. Masak hingga daging empuk. Masukkan pes asam jawa dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih. 5. Sup Daging Kelantan Kredit: resepinannie.blogspot.com Bahan-Bahan
500g tulang dan daging 1 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang akar daun sup garam daun sup & daun bawang bawang goreng Bahan tumbuk
4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia Cara-Cara
Panaskan periuk atas api sederhana besar. Apabila periuk sudah panas, masukkan bahan tumbuk, kulit kayu manis, bunga lawang dan akar daun sup. Tumis sehingga menjadi wangi. Kemudian, masukkan air sehingga 3/4 periuk dan masukkan daging. Kecilkan api, dan biar daging dan tulang merebus sehingga empuk serta kuah memekat. Apabila kuah sup sudah memekat, perasa dengan garam dan lada hitam secukup rasa. Padamkan api dan tuang sup ke dalam mangkuk. Hias dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. 6. Daging Masak Paprik Kredit: mymomscookbook.blogspot.com Bahan-Bahan
300g daging, dipotong menjadi ketulan 2 batang serai, dititik 5 helai daun limau purut 4 sudu besar cili kisar 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar pes tomyam garam secukup rasa 1/2 cawan air 1/2 cawan minyak Bahan tumbuk
4 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 2cm halia Bahan perapan
2 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu teh garam halus Bahan Sayuran
4 batang kacang panjang, dipotong empat 1 biji bawang besar 2 biji cili, dihiris serong 2 cawan kobis bunga, dipotong menjadi kuntuman kecil Cara-Cara
Hiris daging nipis dan lumur dengan kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng sehingga separuh masak. Ketepikan daging. Masukkan sedikit minyak lagi dan kecilkan api. Tumis bahan tumbuk, cili kisar, serai yang dititk dan daun limau purut. Tumi sehingga pecah minyak. Tambahkan air dan masukkan sos cili, sos tiram, pes tomyam dan kicap manis. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biar kuah masak sehingga pecah minyak. Masukkan daging yang digoreng dan sayur. Masak sehingga sayur lembut dan hidangkan. 7. Briyani Daging Kredit: resepinannie.blogspot.com Bahan-Bahan
2 cawan beras Basmathi, basuh dan tus 300g daging batang pinang 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 1 kuntum bunga cengkih 2 biji buah pelaga 2 sudu besar rempah beriani 1 sudu besar cili kisar 3 ulas bawang putih, ditumbuk halus 2 inci halia, ditumbuk halus 2 biji bawang merah, dihiris 2 biji cili hijau, dihiris 1/2 cawan susu cair 1 tangkai daun ketumbar 1 sudu minyak sapi 1 sudu mentega 1 sudu minyak zaitun 1/4 cawan campuran kacang gajus dan kismis Cara-Cara
Menyediakan daging briyani
Panaskan periuk di atas api sederhana besar. Kemudian, masukkan minyak sapi, mentega dan minyak zaitun. Setelah mentega cair, masukkan halia, bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk halus lalu tumis. Setelah wangi, masukkan rempah briyani dan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan daging dan susu cair lalu biar masak sehingga daging empuk. Jangan letakkan air kerana daging tersebut akan  keluarkan air. Apabila daging sudah empuk, masukkan garam. Menyediakan nasi
Masukkan beras yang dibasuh ke dalam periuk nasi. Masukkan 2 cawan air. Masak sehingga nasi 3/4 masak. Apabila nasi sudah masak, masukkan nasi ke dalam periuk lain. Isi semula periuk nasi dengan daging berempah yang dimasak tadi berselang-seli. Taburkan kismis dan kacang gajus. Masak semula nasi hingga betul-betul masak. Apabila nasi sudah siap, gemburkan nasi perlahan-lahan agar kesemua nasi bercampur denga kuah daging tadi. Biar nasi masak selama 5 minit lagi. Taburkan bawang goreng di atas nasi sebagai hiasan. 8. Daging Masak Merah Kredit: anissdairy.blogspot.com Bahan-Bahan
250g daging, direbus sehingga empuk 2 ulas bawang putih, diketuk 1 biji bawang besar, dihiris 1 sudu besar cili kisar 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos ikan 1/4 cawan sos tomato 3 batang kacang panjang, dipotong  empat Garam dan gula secukup rasa Cara-Cara
Masukkan air sehingga separuh periuk dan masukkan setitik pewarna merah. Masukkan daging dan rebus sehingga empuk. Selepas daging empuk, keluarkan dan hiris nipis. Letakkan minyak di dalam kuali dan panaskan atas api sederhana besar. Apabila minyak sudah panas, masukkan daging dan goreng sehingga kekuningan. Keluarkan daging dan masukkan pula bawang putih. Tumis sehingga wangi. Kemudian, masukkan cili kisar. Kacau dan masukkan sos tiram, sos tomato dan sos ikan. Masukkan daging semula dan kacau rata. Masukkan hirisan bawang besar. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika anda ingin sedikit kuah, masukkan 1/4 cawan air dan 1 sudu besar sos tomato. 9. Daging Masak Halia Kredit: resepimalaysian.blogspot.com Bahan-Bahan
1/2 biji bawang besar, dihiris 2 ulas bawang putih, dihiris 1 helai daun bawang, dihiris 1/2 cili merah, dihiris Perapan 200g daging, direbus sehingga empuk 1 1/2 sudu sudu besar sos tiram 2 titik minyak bijan 1/2 sudu besar kicap masin 1/2 sudu besar lada sulah Cara-Cara
Perap daging dengan bahan perapan dan biar selama 30 minit. Masukkan minyak di dalam kuali dan panaskan atas suhu sederhana panas. Apabila sudah panas, tumis hirisan halia, bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan daging yang diperap dan masukkan sedikit air. Biar mereneh sehingga daging masak. Apabila daging sudah masak, masukkan hirisan daun bawang dan cili. 10. Daging Masak Lada Hitam Kredit: hudaahsin.blogspot.com Bahan-Bahan
250gm daging batang pinang, separa masak 1 1/2 sudu besar kicap manis 1/2 sudu besar kicap masin 1 1/2 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar 2 ulas bawang putih, diracik 2 biji cili hijau, dihiris serong 2 sudu besar cili kisar 2 sudu besar jus limau nipis 1 biji lada benggala, dipotong dadu. 1 helai daun limau purut Bahan Kisar
1 biji bawang besar 1 inci halia 1 biji bawang merah Cara-Cara
Sediakan bahan kisar. dan ketepikan. Masukkan minyak dan panaskan kuali pada suhu sederhana panas. Apabila minyak sudah panas, tumis cili kisar, bahan kisar dan lada hitam sehingga wangi. Kemudian, masukkan kicap, jus limau nipis dan daun limau. Biar bahan menumis sehingga menjadi sedikit kering. Masukkan air dan daging. Kacau rata. Masukkan lada hitam, lada benggala yang dipotong dadu dan masukkan sedikit air lagi. Perasa dengan garam dan gula secukup rasa sehingga daging betul-betul masak. Dapatkan Daging Segar Terbaik daripada True Aussie Jika diambil secara bersederhana, daging merah memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kita, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar. Oleh itu, penting untuk mendapatkan sumber daging merah yang terbaik, berkualiti dan semestinya berpatutan.
True Aussie merupakan antara pembekal daging merah segar yang cukup diyakini oleh para pembeli setianya. Dengan penekanan diberi pada kualiti, proses penyembelihan yang mengikuti prosedur penyembelihan halal dan teknologi pengekalan kesegaran daging yang canggih, kesemua produk daging merah True Aussie , secara semula jadinya adalah kaya dengan protein, rendah sodium dan menyediakan lapan jenis vitamin serta mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
Kelapan-lapan vitamin dan mineral penting tersebut ialah niasin, zat besi, fosforus, riboflavin, vitamin B6, vitamin B12, protein dan potasium. Kesemua vitamin dan mineral ini diperlukan untuk memastikan semua fungsi tubuh badan berjalan dengan baik termasuklah;
a) memberikan tenaga dan mengurangkan keletihan
b) melancarkan fungsi kognitif secara normal
c) mengawal kesihatan sistem saraf
d) menguatkan tulang dan menggalakkan tumbesaran
e) membina dan menguatkan otot
f) mengekalkan kesihatan sistem imun badan
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang kualiti daging True Aussie dan pembekal sah mereka, layari laman web rasmi mereka di trueaussiebeefandlamb.com.
Hari Penuh Kesyukuran Adakah anda sudah tidak sabar untuk mencuba kesemua resepi ini? Tidak perlu tunggu sehingga Hari Raya Aidiladha. Jangan lupa untuk beritahu kami atau lebih baik, tunjukkan hasil masakan daging anda kepada kami di laman sosial Instagram atau Facebook dengan meletakkan #butterkicap.
Selamat mencuba dan Selamat Hari Raya Aidiladha!

The post 10 Sajian Daging Wajib Cuba Hari Raya Korban Nanti appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.butterkicap.com/open-house/10-sajian-daging-wajib-cuba-hari-raya-korban-nanti

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Hairan Jika Pas Tinggalkan Bersatu Satu Hari Nanti Kata Puad

Jangan Hairan Jika Pas Tinggalkan Bersatu Satu Hari Nanti Kata Puad

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 182 hits
January 5 2022 Puad Zarkashi berkata PAS tahu penyatuan parti parti Melayu tidak akan tercapai jika ia menyertai dua gabungan politik berbeza PETALING JAYA Jangan hairan jika PAS tinggalkan Bersatu satu hari nanti seperti yang dilakukannya ...
Wajib Cuba Ini 10 Restoran Masakan Chinese Muslim Halal Yang Sedap Di Lembah Klang

Wajib Cuba Ini 10 Restoran Masakan Chinese Muslim Halal Yang Sedap Di Lembah Klang

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 287 hits
Wajib Cuba Ini 10 Restoran Masakan Chinese Muslim Halal Yang Sedap Di Lembah Klang Setiap kali kalau nak keluar dengan kawan mesti pening nak decide makan mana bukan Haa jangan risau lagi Jom terokai masakan Cina yang halal pula asyik makan...
Setiap Hari Saya Cuba Berjalan 5 000 Langkah Neelofa Dah Standby Bersalin

Setiap Hari Saya Cuba Berjalan 5 000 Langkah Neelofa Dah Standby Bersalin

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 178 hits
Sudah berada di fasa akhir kehamilan Neelofa 32 nampaknya dah mula terbuka berkongsi rutin yang dilakukan sebelum menyambut kelahiran permata hatinya bersama PU Riz Neelofa akui yang dia kini akan cuba melengkapkan 5 000 langkah setiap hari...
Remaja Cuba Curi Tabung Masjid Dipenjara 10 Hari Denda Rm4 000

Remaja Cuba Curi Tabung Masjid Dipenjara 10 Hari Denda Rm4 000

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR 13 Jan Seorang remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti jenazah akibat cuba mencuri tabung masjid hari ini dipenjara 10 hari dan didenda RM4 000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini Majistret ...
Pemberian Wang Royalti Rm400 Juta Bakal Jadi Isu Dalam Pilihan Raya Nanti

Pemberian Wang Royalti Rm400 Juta Bakal Jadi Isu Dalam Pilihan Raya Nanti

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 246 hits
Husam bapak pejuang royaltiKelantan KITA yakin dan percaya apa disarankan Husam Musa kepada kerajaan Kelantan agar menuar uarkan atau memaklumkan ke mana peruntukan royalti petroleum bernilai RM400 juta yang disalurkan oleh kerajaan Perseku...
Mana Mak Dah 3 Hari L0st C0ntact Anak Harap Warganet Bantu Kesan Ibu Hiiang

Mana Mak Dah 3 Hari L0st C0ntact Anak Harap Warganet Bantu Kesan Ibu Hiiang

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 226 hits
Media sosial kini dikenal sebagai platform terpantas untuk menyampaikan maklumat penting tambahan pula dengan kuasa viraI yang diyakini mampu menyelesaikan sesuatu isu dengan lebih cepat Oleh itu pengguna Twitter ini melalui akaun the yooni...
Sedekah Apa Hari Ini

Sedekah Apa Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 173 hits
SEDEKAH APA HARI INI Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt ADA orang rajin bertanya kepada orang lain Kau sedekah apa hari ini Jumaatkan Semuanya berganda Ada orang sedekah makanan Sedekah wang ringgit ...
Lirik Hari Indah Tak Berujung Doni Salmanan

Lirik Hari Indah Tak Berujung Doni Salmanan

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 290 hits
tentang dia yang hadir membawa artitentang warna yang membias di setiap tatapnyasatu rasa yang kini tak lagi semusatu tanya yang kini telah terjawabsetiap detik akan menjadi ceritasetiap langkah akan terukir sejalangenggam tanganku jangan k...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco