Jangan Hairan Jika Pas Tinggalkan Bersatu Satu Hari Nanti Kata Puad




Mohamad Fadli -January 5, 2022 Puad Zarkashi berkata, PAS tahu penyatuan parti-parti Melayu tidak akan tercapai jika ia menyertai dua gabungan politik berbeza.PETALING JAYA: Jangan hairan jika PAS tinggalkan Bersatu satu hari nanti seperti yang dilakukannya kepada Umno dalam pakatan Muafakat Nasional (MN), kata ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi.
Menurut Puad, parti itu lebih mengutamakan keuntungan politik dan melihat penyatuan ummah hanya sebagai gimik politik.
“Ia bukan mudah tercapai. Sikap PAS hanya mendedahkan tembelang parti itu, iaitu PAS juga ada ‘politicking’,” katanya kepada FMT.
“Ia bukan wadah perjuangan Islam yang tulen. Ia pragmatik. PAS boleh mengubah pendirian mengikut keperluan semasa.
“Sebab itu PAS boleh meninggalkan kawan seperti mana mereka meninggalkan DAP dan PKR,” kata Puad.
Ahad lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan akan tetap bersama MN dan pada masa sama mempertahankan PN kerana PAS tidak boleh hanya menjalin kerjasama politik dengan Umno bagi memecahkan fahaman asabiah.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata semalam, tindakan PAS ibarat dilema parti itu dalam mengendalikan “urusan poligami”.
Antara Umno dan PN katanya, PAS seolah-olah lupa siapa “isteri dan suami” dalam MN.
Tonggak sebenar pakatan itu adalah Umno, tambahnya, ia berfungsi sebagai “suami”.
Beliau berkata, hal itu terbukti apabila PAS tidak mendapat sokongan kuat, menyorot pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Sarawak yang menyaksikan parti itu tewas dan tidak banyak meraih undi.
Membidas pendirian PAS itu, Puad menyifatkannya sebagai parti dua alam.
“Dalam konteks MN, PAS bukan mahu menjadi orang tengah tetapi ia mahu memastikan tidak ada parti, khususnya Umno, akan menjadi dominan.
“Pendirian ‘play safe’ PAS dalam mengurus kerjasama politiknya dengan Umno dan Bersatu bukan lagi rahsia,” katanya.
Puad berkata, PAS perlu membuat pilihan sama ada mahu bersama Umno atau Bersatu.
Katanya, PAS tahu penyatuan parti-parti Melayu tidak akan tercapai jika ia menyertai dua gabungan politik berbeza.
“Pilih satu antara dua. Tidak boleh berdolak dalik. Tidak ada ‘play safe’.
“Umno tegas tidak akan menyertai PN. Tidak akan ada kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15),” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/jangan-hairan-jika-pas-tinggalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
No Surprise If Pas Deserts Bersatu Says Puad

No Surprise If Pas Deserts Bersatu Says Puad

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 279 hits
Umno Supreme Council member Puad Zarkashi says PAS views the unification of the ummah as a political gimmick PETALING JAYA No one should be surprised if PAS deserts Bersatu one day as it did Umno in Muafakat Nasional says Umno Supreme Counc...
Berpuluh Tahun Tinggalkan Solat Inilah Satu Satunya Jalan Yang Perlu Anda Lakukan

Berpuluh Tahun Tinggalkan Solat Inilah Satu Satunya Jalan Yang Perlu Anda Lakukan

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 232 hits
Soalan Assalamualaikum ustaz saya ada soalan obh kawan saya dia ni sudah lama tdk menunaikan sembahyang sejak org tuanya meninggal dalam 20thn lebih hnya sembahyng sekali sekala dan baru2 ini pintu hatinya terbuka utk solat dan bertaubat da...
Pas Tak Boleh Dipercayai Muafakat Nasional Sudah Gagal Kata Nur Jazlan

Pas Tak Boleh Dipercayai Muafakat Nasional Sudah Gagal Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 245 hits
Berdasarkan kenyataan yang dibuat pimpinan PAS dan UMNO mengenai Muafakat Nasional bolehlah dianggap ikatan kerjasama itu sebenarnya sudah gagal kata Datuk Nur Jazlan Mohamed Beliau yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor berkata Presiden U...
Seleksi 50 Kata Ucapan Ulangtahun Selamat Hari Lahir Terbaik 2022

Seleksi 50 Kata Ucapan Ulangtahun Selamat Hari Lahir Terbaik 2022

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 274 hits
Koleksi senarai ucapan hari lahir 2022 ucapan hari jadi sanah helwah terkini 2022 untuk anak ibu sahabat isteri kawan kekasih suami dan lain lain Jadi jom kita selongkar senarai ucapan hari jadi ringkas dan menarik untuk ayah ibu anak dan s...
Sering Bawa Fesyen Unik Peminat Harap Aina Abdul Tak Terus Bereksperimen Tolong Nanti Jangan Pelik Sangat Baju

Sering Bawa Fesyen Unik Peminat Harap Aina Abdul Tak Terus Bereksperimen Tolong Nanti Jangan Pelik Sangat Baju

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 263 hits
Penyanyi Aina Abdul dan fesyen tidak boleh dipisahkan Sering tampil dengan fesyen luar biasa Aina menjadi sorotan ramai orang terutama di majlis besar antaranya ketika Separuh Akhir Muzik Muzik 36 baru baru ini Selepas menampilkan imej sepe...
Jangan Perdagangkan Ayat Suci Al Quran Kata Ustaz Ridzwan Kepada Kak Lah

Jangan Perdagangkan Ayat Suci Al Quran Kata Ustaz Ridzwan Kepada Kak Lah

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 297 hits
FAZLI RADZITimbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff atau dikenali sebagai Kak Lah dinasihatkan untuk tidak lagi mempermainkan ayat al Quran Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional Ustaz Ri...
Pas Sebenarnya Sudah Takut Kalah Dengan Umno Kata Nur Jazlan

Pas Sebenarnya Sudah Takut Kalah Dengan Umno Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 211 hits
agendaily com30 12 2021Ketua UMNO Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed Rundingan yang sedang dirancang PAS adalah sebenarnya mereka takut kalah kepada UMNO dalam pilihan raya umum nanti kata seorang pemimpin UMNO Johor Datuk Nur Jazlan M...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Sky Mirror Pantai Sasaran Kuala Selangor Pengalaman Magis Pantulan Cermin Langit Di Malaysia

Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga