Pemberian Wang Royalti Rm400 Juta Bakal Jadi Isu Dalam Pilihan Raya Nanti



Husam bapak pejuang royalti
Kelantan.KITA yakin dan percaya apa disarankan Husam Musa kepada kerajaan Kelantan agar menuar-uarkan atau memaklumkan ke mana peruntukan royalti petroleum bernilai RM400 juta yang disalurkan oleh kerajaan Persekutuan digunakan.
Semua rakyat negeri Kelantan sedang menunggunya penuh sabar khasnya mereka yang berada di luar Kelantan yang sudah mengesan akan kedahagaan rakyat Kelantan untuk mengecapi nikmat royalti itu.  
Tentu sekali Husam sendiri orang yang bertanggungjawab mengerak dan memperjuangkan tuntutan royalti itu sangat ingin melihat dan mengetahui ke mana wang petroleum itu dimanfaatkan oleh kerajaan untuk rakyat.

Bertahun bekas Exco Kewangan, Perkhidmatan Awam dan Kebajikan Kelantan itu berusaha menuntut hak rakyat Kelantan dengan menubuhkan Ngo khas "R" untuk memperjuang dan menuntut royalti itu.
Penubuhan Ngo "R" yang khusus berjuang untuk mendapat royalti itu dengan pelbagai cara termasuk menyediakan bukti bagi menyakinkan pihak Kuala Lumpur yang Kelantan berhak mendapat royalti yang dinafikan itu secara taktikal. 
Sejajar itu juga R bergerak menjelajah ke seluruh negara khasnya di negeri-negeri ikut mendapat 5% pengeluaran minyak bagi menekan Petronas. Ia berakhir dengan kerajaan Kelantan mengheret Petronas (kerajaan Persekutuan) ke mahkamah. Tindakan ini dikira tindakan radikal yang tidak pernah terfikir oleh banyak orang, tetapi ia berlaku atas inisiatif Husam dan R. Di sinilah menunjukkan kebiasaan pandangan jauh politikal Husam. 
Hasil usaha dan gerakan yang dipelopori Husam itu akhir hak mutlak rakyat Kelantan itu yang dinafikan berdekad diperolehi, tanpa mengsyorkan agar saman di mahkamah terhadap kerajaan Persekutuan ditarik balik. 
Ketika persetujuan membayar royalti minyak itu dicapai semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH), Husam yang sudah tidak berada dalam kerajaan negeri, justeru beliau tidak dapat memberi pandangan apakah saman ke atas Petronas itu perlu ditarik balik atau tidak. Bagaimana pun kerajaan Kelantan selepas menerima pemberian itu bersetuju untuk menarik balik saman berkenaan. Ternyata penarikan balikan saman itu telah memerangkap kerajaan Kelantan kini apabila Menteri Kewangan Tengku Zafrul mengumumkan pemberian royalti diganti dengan pemberian wang ehsan.  
Seperti mana diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam suatu majlis di Kota Bharu kelmarin, dalam tempoh 2001 - 2002, sebanyak RM400 juta wang royalti petroleum telah disalurkan kepada kerajaan Kelantan. Dalam kata lain rakyat Kelantan sepatutnya sudah dapat mengecapi duit royalti yang dikeluarkan dari bumi lautan Kelantan. 
Malangnya, sesudah tiga tahun peruntukan itu disalurkan pihak kerajaan Kelantan tidak pernah mengumumkan apa lagi memperincikan ke mana wang itu dilaburkan untuk kepentingan rakyat menyebabkan timbul tanda tanya kepada rakyat. Rakyat tidak pernah tahu dimana dan untuk apa wang itu dibelanjakan. Ada setengah pemimpin Pas cuba mengabui mata rakyat dengan mengatakan wang itu digunakan untuk pembesaran lapangan terbang Sultan Ismail Petra dan juga pembinaan lebuh raya. Tetapi bagi rakyat yang cerdik tahu, peruntukan untuk projek itu tidak membabitkan wang royalti. 
Padahal seperti kata Husam wang itu sangat bermanfaat untuk membantu rakyat Kelantan yang daif, memberi kelegaan kepada fakir miskin, para pelajar dan asnaf yang sepatutnya menerimanya. Misalnya untuk pelajar sepatutnya wang itu diperuntukan khas untuk memberi biasiswa atau pinjaman kepada pelajar Kelantan yang daif sedang menuntut di institusi tinggi baik dalam dan luar negara. 
Pelajar dari Timur Tengah yang pergi belajar dengan perbelanjaan sendiri pulang bercuti beberapa tahun sekali seharusnya tidak lagi menadah kopiah dan serban untuk bayar yuran atau membeli tikit tetapi cukup dengan wang royalti tersebut. 
 Kita tidak menuduh wang itu hanya digunakan untuk kesenangan anggota kerajaan semata-mata, atau sebilangan individu tertentu dengan hanya memberi contoh pembelian Mercedes sebanyak 14 buah untuk kegunaan MB, TMB dan Exco kerana peruntukan untuk menyediakan kenderaan itu hanya berapa sen sahaja. Lebihannya masih banyak lagi. 
Husam seperti kesal dan terkilan dengan cara wang itu diuruskan. Cara kerajaan Kelantan mendiamkan untuk tidak menguar-uarkan wang itu, disifatkan Husam sebagai umpama tikus jatuh ke beras. Maksudnya kerajaan Kelantan seolah-olah jadi bisu dan hilang kata-kata atau tidak ada niat untuk memberi tahu kepada rakyat, ke mana wang itu dibelanjakan. Sikap ini menyebabkan orang boleh menuduh kerajaan makan seorang wang tersebut.
Tanpa menuduh wang itu disalah gunakan, Husam dalam hantaran status FBnya menyebut, ia perlu diperincikan untuk pengetahuan rakyat umum kerana perjuangan untuk mendapatkan royalti itu membabitkan seluruh rakyat marhaen di Kelantan.  Bukan itu sahaja dengan memaklumkan kepada umum ia menunjukkan sikap telus kerajaan Kelantan sesuai dengan ia didoktrinkan sebagai kerajaan Islam. 
Memang ia sesuatu yang mengecewakan apabila saat, wang diperolehi rakyat bukan sahaja tidak mengecapinya malahan tidak diketahui ke mana wang itu dilaburkan. Pejuang royalti hanya menggigit jari. Kalau pun kerajaan ada membuat simpanan tetap terhadap wang itu kerana ingin mengutip dividennya, jelaslah biar telus dan rakyat tahu duduk perkaranya.
Apalah "rohok" sangatkah untuk Ahmad Yaakob sebagai MB hendak menyebut ke mana wang itu dilaburkan. Apakah ia disimpan dalam bank sebagai simpanan tetap dan mengharapkan hibah atau pun dividen tahunan? Kalau ia begitu ceritalah rakyat hendak tahu. 
Husam yang boleh dianggapkan orang yang bertanggungjawab atau pahlawan berjuang untuk memperolehi hak itu sudahlah tidak diberitahu mengenainya secara lisan serta berterima kasih, atas usahanya memperjuangkan royalti. Kita percaya beliau tidak pun mengharapkan sanjungan itu tetapi baginya cukup kalau dapat membaca senarai peruntukan daripada wang itu disalurkan kepada rakyat menerusi bidang-bidang tertentu.
"Jangan jadi lembu kenyang", katanya menyindir sikap kerajaan Kelantan berhubung wang RM400 juta itu yang masih membisu mengenai wang berkenaan.
Rakyat Kelantan yang menyedari realiti ini dan menunggu nikmat wang royalti yang mereka perjuangkan selama ini, kecewa dengan sikap ini dan tetap menunggu butiran terperinci daripada kerajaan Kelantan. 
Kerajaan Kelantan khasnya Ahmad Yakob jangan pandang dingin perkara ini. Dibimbangi kalau kerajaan Kelantan terus jadi lembu kenyang, tidak mustahil rakyat Kelantan akan hilang kepercayaan kepada kerajaan Kelantan yang kini sudah jelas kegagalan dan kelemahannya dalam aspek pengurusan dan pentadbiran terutamanya mengenai air dan alam sekitar. Kerajaan Kelantan selepas peninggalan Tokguru Nik Aziz "berkucar lembel".
Kerajaaan Kelantan khas Pas, perlu bersikap aktif lebih telus dan jujur terhadap saranan dan gesaan Husam itu kalau mereka tidak mahu dihukum rakyat dalam pilihan raya umum nanti. Kita yakin dalam pilihan raya akan datang ia dijadikan isu, bukan lagi isu menuntut royalti diberikan, tetapi mendesak ke mana wang RM400 juta diberikan itu dibelanjakan. Kegagalan kerajaan Kelantan memperincikan kegunaan wang berkenaan boleh menyebabkan rakyat mengsyaki kerajaan Kelantan menyalahgunakan wang royalti tersebut. [wm.kl.11:43 am 17/01/2021]
Glossori:
Rohok = payah, sukar, sulit. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/01/pemberian-wang-royalti-rm400-juta-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Royalti Rm400 Juta Hidup Rakyat Kelantan Tidak Berubah Pemimpin Pas Mewah

Royalti Rm400 Juta Hidup Rakyat Kelantan Tidak Berubah Pemimpin Pas Mewah

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 214 hits
Rakyat Kelantan tidak mendapat kelebihan biar pun Kerajaan Negeri menerima wang royalti petroleum RM400 juta daripada Kerajaan Persekutuan Bagi Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu Zinda Khalil Sastro Hassan sikap pemimpin Pas yang tidak mahu m...
Adik Guna Akaun Saya Beli Saham 250 Juta Tak Patut Dijadikan Isu Azam Baki

Adik Guna Akaun Saya Beli Saham 250 Juta Tak Patut Dijadikan Isu Azam Baki

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 354 hits
Tan Sri Azam Baki selaku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjelaskan bahawa akaun peribadi miliknya telah digunakan oleh adik Nasir Baki bagi urusan pembelian saham Tambah Azam isu penggunaan akaun tersebut untuk me...
Pilihan Raya Segera Cara Terbaik Hapuskan Katak Katak Yang Melompat

Pilihan Raya Segera Cara Terbaik Hapuskan Katak Katak Yang Melompat

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 241 hits
malaysiamerdeka comKENYATAAN Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mendakwa tiada keperluan Pilihan Raya Negeri Johor diadakan dalam masa terdekat adalah bersifat dangkal Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Ish...
Identiti Pegawai Sprm Seleweng Rm25 Juta Wang Bukti Terbongkar

Identiti Pegawai Sprm Seleweng Rm25 Juta Wang Bukti Terbongkar

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 217 hits
Identiti Pegawai SPRM Seleweng RM25 Juta Wang Bukti Terbongkar Seorang pegawai penguat kuasa kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyelewengkan barang bukti berupa wang tunai bernilai RM...
10 Sajian Daging Wajib Cuba Hari Raya Korban Nanti

10 Sajian Daging Wajib Cuba Hari Raya Korban Nanti

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 233 hits
Dalam kalangan umat Islam di Malaysia terdapat dua perayaan besar yang memberikan impak besar kepada mereka Perayaan yang pertama adalah sambutan Hari Raya Aidilfitri manakala perayaan kedua pula adalah sambutan Hari Raya Aidiladha Hari Ray...
Prn Federalisme Tidak Membenarkan Pilihan Raya Serentak Antara Persekutuan Dan Negeri

Prn Federalisme Tidak Membenarkan Pilihan Raya Serentak Antara Persekutuan Dan Negeri

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 193 hits
Pembubaran Dewan Negeri Johor memungkinkan tidak semua kerajaan negeri akan membubarkan DUN mereka pada Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar tidak menolak kemungkinan itu sele...
Dapat Rm400 Juta Bekalan Air Kelantan Masih Berkeladak

Dapat Rm400 Juta Bekalan Air Kelantan Masih Berkeladak

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 189 hits
Kenyataan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bahawa Kerajaan Persekutuan telah membayar royalti petroleum sebanyak RM400 juta kepada Kelantan dalam tempoh 2 tahun tidak langsung membanggakan rakyat di negeri itu Menurut Ke...
Isu Rfid Pm Gesa Pengguna Diberi Pilihan

Isu Rfid Pm Gesa Pengguna Diberi Pilihan

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 188 hits
Isu RFID PM gesa pengguna diberi pilihan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pengguna perlu diberi pilihan sama ada mahu menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio Touch n Go atau Smart Tag Beliau berkata tidak mahu ada tekanan diberi...
Umno Gila Kuasa Adakan Pilihan Raya Johor Waktu Pandemik

Umno Gila Kuasa Adakan Pilihan Raya Johor Waktu Pandemik

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 249 hits
Pilihan Raya Negeri Johor tidak wajar dilakukan dalam keadaan pandemik Covid 19 belum berakhir juga penderitaan mangsa banjir di beberapa daerah di negeri itu masih belum pulih Namun Umno BN Johor tidak mengambil kira faktor kesukaran hidup...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun