Wajib Cuba Ini 10 Restoran Masakan Chinese Muslim Halal Yang Sedap Di Lembah Klang
Wajib Cuba Ini! 10 ‘Restoran Masakan Chinese Muslim Halal’ Yang Sedap Di Lembah Klang
Setiap kali kalau nak keluar dengan kawan mesti pening nak decide makan mana bukan?
Haa, jangan risau lagi. Jom terokai masakan Cina yang halal pula, asyik makan benda yang sama bosan juga kan kadang-kadang? Apa kata kita tukar selera makan masakan Cina pula. Bukan setakat ada Dim Sum, banyak lagi makanan yang boleh buatkan anda terliur!
Ini antara restoran masakan Cina yang halal:
1. Jibby Chow
Jibby Chow bukan saja mempunyai pelbagai menu makanan daripada ala carte sehinggalah set makan untuk keluarga. Restoran ini juga mempunyai suasana yang sangat selesa untuk anda makan bersama keluarga atau rakan-rakan.
Lokasi:
4, Jln Telawi 4, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi:
Setiap hari (10am hingga 10pm)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
2. Muhibbah Seafood Restaurant
Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan yang pastinya membuatkan anda tak sabar nak makan. Kebiasaannya, pelanggan akan memesan nasi putih bersama lauk pauk yang digemari.
Lokasi:
Lot 2851, Jalan Seri Penchala, Kg Sg Penchala, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari (12pm hingga 2.30pm & 6.30pm hingga 10pm)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
3. Golden Valley
Golden Valley juga sering menjadi pilihan para penggemar masakan Cina. Menu paling sedap di sini adalah lauk ikan mereka. Semuanya fresh! Jangan lupa untuk cuba itik panggang juga kalau anda penggemar itik.
Lokasi:
310, Lorong Selangor, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu operasi:
Isnin hingga Jumaat (11.30am hingga 3pm & 6pm hingga 10pm)
Sabtu hingga Ahad (6pm hingga 10pm)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
4. Dolly Dim Sum
Siapa saja yang tidak mengenali Dolly Dim Sum? Mereka terkenal dengan masakan Cina paling sedap yang berada di dalam shopping mall. Kalau anda first timer, jangan lupa cuba custrad bun dan Szechuan-style dumplings.
Lokasi:
Dolly Dim Sum, Avenue K
Dolly Dim Sum, NU Sentral
Dolly Dim Sum, Pavillion KL
Dolly Dim Sum, Sunway Putra Mall
Dolly Dim Sum, IOI City Mall
Dolly Dim Sum, KL East
Dolly Dim Sum, Sunway Pyramid
Dolly Dim Sum, Setia City
Dolly Dim Sum, Aeon Shah Alam
Dolly Dim Sum, The Curve
Waktu operasi:
Setiap hari (11am hingga 10pm)
Kecuali NU Sentral & Aeon Shah Alam (11am hingga 9pm)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
5. Restoran Homst
Dikenali dengan restoran yang sangat affordable harganya dan masakan di restoran ini semuanya sedap-sedap belaka. Pelbagai pilihan Dim Sum juga disediakan di sini
Lokasi:
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur
Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor
Setia Alam, Shah Alam, Selangor
Dpulze, Cyberjaya, Selangor
Ayer 8, Presint 8, Putrajaya
Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi:
Setiap hari (11am hingga 10.30pm)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
6. Restoran Mohd Chan
Terkenal dengan pelbagai pilihan Dim Sum dan mee kari yang sedap. Suasana kedai yang nyaman juga menarik perhatian pelanggan untuk meluangkan masa makan di sini.
Lokasi:
Ara Damansara, Selangor
Bandar Baru Bangi, Selangor
Bandar Baru Rawang, Selangor
Bukit Sentosa, Rawang, Selangor
Presint 15, Putrajaya
Glenmarie, Selangor
Kelana Jaya, Selangor
Kota Kemuning, Selangor
Meru, Klang, Selangor
Ampang, Kuala Lumpur
Padang Jawa, Selangor
Shah Alam, Selangor
Taman Melawati, Kuala Lumpur
Taipan USJ, Selangor
Waktu operasi:
Setiap hari (11am hingga 11pm)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
7. Amber Chinese Muslim
Kepada anda yang gemar makan mee, inilah tempat yang sesuai. Mee tarik asli mereka memang membuatkan para pelanggan terngiang-ngiang. Enak juga dimakan dengan dumplings.
Lokasi:
Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur
Pavillion, Kuala Lumpur
1 Utama, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:
Setiap hari (11.45am hingga 10.30pm)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
8. Haji Sharin Low
Terkenal dengan masakan Cina Muslim yang berbentuk ala carte dan set. Anda boleh memesan nasi putih dan lauk kegemaran anda. Confirm tambah dua tiga kali nasi!
Lokasi:
Bangsar Utama, Bangsar, Kuala Lumpur
Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor
Dataran Templer, Bandar Baru Selayang, Selangor
The Strand, Kota Damansara, Selangor
Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:
Sabtu hingga Khamis (11.30am hingga 11pm)
Jumaat (2.30pm hingga 11pm)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
9. Restoran Haslinda Sim
Kalau anda ke sini, jangan lupa untuk cuba Sizzling Tofu mereka. Makan dengan nasi putih panas-panas, memang puas hati. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.
Lokasi:
No. 48, Jalan Medan Pusat 2c, Section 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Waktu operasi:
Isnin (11.30am hingga 10.30pm)
Rabu hingga Jumaat (12pm hingga 10.30pm)
Saturday hingga Sunday (11.30am hingga 10.30pm)
Tutup pada setiap Selasa.
Klik sini untuk info lebih lanjut.
10. Restoran Mohd Chow
Jika anda nak makan set berseorangan, restoran ini mempunyai pelbagai menu ala carte goreng-goreng selain lauk-pauk. Confirm tak menyesal, memang sedap!
Lokasi:
1, 3, Jalan PJU 8/5h, Perdana Business Centre, 47820 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu operasi:
Setiap hari (11am hingga 11pm)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
Seismik
Dah ada idea kan nak makan mana? Save dulu guys!
Wajib Cuba Ini! 10 ‘Restoran Masakan Chinese Muslim Halal’ Yang Sedap Di Lembah Klang
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
SOP Tahun Baru Cina 2022 dikeluarkan
Cop Parkir, Macam Bapak Dia Punya (Video)
Jangan nafikan kesan mudarat selepas dos penggalak – Mufti Perlis
Najib kecewa MIT pilih Indonesia bukan Malaysia
Lelaki trauma digoda empat pondan
Awas keladi kayangan beracun
Adegan ranjang Jasmine Suraya, itu bukan saya tapi Angel
Empat Sekeluarga Diserang Gajah Naik Minyak Nyaris Maut [VIDEO]
Pakai baju saiz XL ke sekolah kerana kesilapan ayah
Shuk risau isteri semakin cantik selepas tinggal berasingan
Salji turun di Gurun Sahara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna
Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa
The post Wajib Cuba Ini! 10 ‘Restoran Masakan Chinese Muslim Halal’ Yang Sedap Di Lembah Klang appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/19/wajib-cuba-ini-10-restoran-masakan-chinese-muslim-halal-yang-sedap-di-lembah-klang/