10 Resepi Kek Tanpa Telur Pasti Jadi


Resepi Kek Tanpa Telur

Sedapnya kek! Tapi bagi sesetengah individu, kek bukan pilihan mereka ketika menyambut harijadi ataupun untuk dimakan bila-bila masa. Salah satu alasan mereka adalah, alah dengan telur. Jadi, tak perlu risau lagi dengan kek yang mengandungi telur. Post kali ini menyediakan 10 resepi kek tanpa telur untuk anda cuba.



Kalau Mai, kadang-kadang datang 'rasa malas' nak buat kek menggunakan telur. Nak berjimatlah katakan hehe. Ini juga menjadi salah satu sebab terhasilnya kek tanpa telur.

Walaupun tanpa menggunakan telur, kek tetap sedap dan gebu. Kalau anda nak tahu bagaimana hasilnya, jom cuba pelbagai resepi di bawah ini. InsyaAllah menjadi kek yang dibuat.


1. Kek Marble Tanpa Telur

Ini hasilnya.. Kek Marble Tanpa Telur
Resepi asal daripada blog Fiza's Cooking
Diolah sedikit oleh Mai

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
225gm gula kastor (kurangkan jika tidak suka manis)
3 sudu besar susu tepung
100gm mentega di cairkan (Mai guna Buttercup)
1 sudu teh pes pandan (Mai guna 1 sudu besar serbuk coklat dicairkan dengan sedikit air atau pes pilihan anda)
150ml air
1 sudu teh baking soda

Cara memasak:

1. Cairkan mentega, ketepikan dan biarkan sejuk.

2. Ayak tepung gandum ke dalam mangkuk besar. Masukkan juga baking soda, susu tepung dan gula kastor. Kacau dengan whisk hingga semua bahan bercampur.

3. Seterusnya masukkan air sambil dikacau dengan whisk dan masukkan pula mentega sambil di kacau lagi. Pastikan kacau sehingga gula hancur

4. Bahagikan kepada dua adunan dan masukkan pes pandan (atau serbuk coklat) ke dalam salah satu dari adunan tersebut.

5. Tuang adunan berselang seli ke dalam loyang. Setelah siap tuang adunan, lorekkan corak di atasnya.

6. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 ⁰C selama 30 minit atau hingga masak. Mai guna air fryer Toros Pro Chef dengan suhu 160 ⁰C selama 30 minit. Kek ini juga boleh di kukus.

Sumber: MaisarahSidi.com


2. Kek Coklat Moist Tanpa Telur


RESEPI SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE (SMECC)
By : Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber : DayangJack

Bahan-bahan : loyang 6-7 inci (versi asal)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (LiNa Pg imported cocoa powder)
2 sudu besar susu tepung
1 +1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco (LiNa Pg xletak)
secubit garam
1/2 cawan minyak jagung/masak sayuran/mentega cair
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C (oven LiNa Pg suhu 150'c) Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan lapik dengan baking paper.Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata (LiNa Pg ayak sekali susu tepung dan garam)Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak (LiNa Pg bakar selama 45min)Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
3. Brownies Tanpa Telur


Bahan-bahan:

1 Cawan Tepung Gandum
1/2 Cawan Serbuk Koko
1 Sb Tepung Jagung
1/2 sk Soda Bikabonat
1/8 sk Garam
3/4 Cawan Gula
1/4 Cawan Minyak Masak
1 Cawan Susu Cair
Kepingan Badam
Cara-cara:
Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan juga garam. Ketepikan.Pukul gula, minyak masak dan juga susu cair dengan menggunakan whisk sehingga sebati.Masukkan bahan yang telah diayak tadi.Kacau sehingga adunan sebati.Masukkan ke dalam loyang yang sesuai dan tabur badam sebagai hiasan jika suka.Bakar pada suhu 150°c selama 25-30 minit bergantung kepada oven masing-masing. (panaskan oven terlebih dahulu)
Sumber: Buat Orang Lapo

4. Kek Minyak Tanpa Telur Sukatan Cawan



Bahan (sukatan cawan):
1,5 cawan tepung gandum3 sudu besar susu pekat
2 sudu kecil baking powder
0,5 sudu kecil baking soda
0,5 cawan butter
1 cawan gula kaster
1 cawan susu
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna kuning, merah, dan biru

Cara-cara membuat kek minyak step by step:
Ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda. Ketepikan.Dalam mangkuk, pukul butter dan sugar sehingga kembang. Tambahkan susu dan pukul sehingga creamy. Tambahkan esen vanila dan susu pekat lalu pukul sekejap.Akhir sekali, masukkan campuran tepung gandum ke dalam mangkuk sedikit sedikit. Gaul rata.Bahagikan kepada 3 adunan. Masukkan pewarna kepada setiap adunan.Tuangkan adunan berwarna ke dalam loyang dan corakkan warna ikut kreativiti masing-masing.Bakar hingga masak pada suhu 170 celcius selama 1 jam.Biarkan kek sejuk lalu dipotong
Sumber: Borianafoods

5. Kek Red Velvet Tanpa Telur



Bahan - bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu mkn serbuk koko
3/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
** semua bahan-bahan di atas ini diayak**
1/3 cawan minyak masak
1/2 cawan gula aising
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cawan susu kotak @ susu cair
1 sudu teh esen vanila
Pewarna makanan merah

Cara - cara:

1.gris & alas loyang dgn baking paper (saya guna 2 loyang 6")
2.pukul atau mixer minyak + gula aising hingga halus
3.masukkan susu pekat manis dan mixer hingga kembang
4.masukkan 1/2 bahagian susu & esen vanila dan kacau sebati
5.masukkan 1/2 bahagian adunan tepung dan kacau sebati
6.masukkan lagi 1/2 bahagian tepung dan kacau lagi sebati
7.campurkan 1/2 baki susu dgn pewarna merah dan kacau sebati kemudian masukkan dlm adunan kek dan sebatikan
8.bahagikan adunan jika menggunakan 2 loyang kek
9.bakar 180° C sehingga kek masak

Frosting :

250 grm cream cheese
100 grm gula aising
50 ml whipping cream

1.pukul cream cheese hingga lembut kemudian masukkan gula aising dan sebatikan,
2.masukkan whipping cream dan pukul sebati...boleh tambahkan air perahan lemon jika suka.

Sumber: Resepi untuk Dikongsi

6. Kek Pisang Tanpa Telur

Bahan-bahan:

8-9 biji pisang berangan - lenyek
1 cawan gula pasir / gula perang
3/4 cawan minyak
1/4 cawan susu segar
3 cawan tepung gandum
2 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t esen vanila/ esen pisang
Badam cincang - tabur

Cara membuatnya:

- panaskan oven 180C
- tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder diayak dulu.
- campurkan gula ke dalam pisang yg dilenyek.
- masukkan minyak, esen pisang dan susu dan gaul sebati.
- akhir sekali masukkan bhn2 yg diayak dan gaul dengan spatula.
- tuang ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan taburkan badam cincang.
- bakar selama 40 minit atau hingga masak

Sumber: Intai Dapur

7. Chocolate Cheesecake Tanpa Telur

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari freezer)
1 cawam gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan minyak masak | minyak sayuran | butter yang dah dicairkan (aku pakai butter)
1 sudu kecil cuka atau jus lemon
secubit garam

Cara-cara:
Panaskan oven dahulu dengan suhu 160C. Griskan loyang dengan mentega. Atau korang boleh pakai parchment paper.Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan susu tepung, garam, gula perang dan kacau rata dan sebati.Masukkan air sejuk, minyak masak dan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan dengan whisk sampai adunan tidak berketul-ketul. Nak pakai mixer pon boleh. Dah sebati semua bahan, masukkan cuka dan terus kacau lagi hingga sebati.Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak dengan suhu 160C *bergantung pada kepanasan oven masing-masingTunggu sampai kek masak dan hiaskan lah ☺
Sementara tunggu kek masak, buat cream cheese.

Bahan-bahan Frosting (Cream Cheesse)

1/2 cawan butter (suhu bilik)
8 oz cream cheese - 1 kotak philadelphia atau 1 tube tatura (suhu bilik)
2 cawan gula icing (aku pakai gula halus sebab gula icing tak ada ☺)
1 sudu vanilla extract

Cara-cara:

Bila kek dam masak. Tuang saja cream cheese atas kek
Bakar selama 10-15 minit
Sejukkan sekejap dalam freezer bagi lagi sedap
Sumber: Fiza Rahman

8. Kek Kurma Moist Tanpa Telur



Resepi : Aludra (Myresepi)
Sumber : Nuri & MaDiHaA aka Ratna

( loyang 18cm )

Bahan-bahan:

3/4 cawan susu kotak/UHT
3/4 cawan gula halus (MaDiHaA kurangkan sukatan & gunakan gula perang)
1/2 cawan minyak sayuran/masak
1 cawan tepung gandum
18 biji kurma yg lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dgn susu semalaman)
1 sudu teh baking soda (soda bikarbonat) (MaDiHaA ayak bersama2 tepong gandum)
1 sudu teh esen vanilla
1 genggam kecil gajus/cashew nut (optional) (MaDiHaA tak letak non stock)

Cara-cara:
Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus dengan sedikit air. (MaDiHaA kisar terus dengan susu & minyak sayuran) Masukkan kurma dalam bekas mixing.Masukkan bahan cair tadi, minyak, gula dan susu. Biarkan gaul hingga sebati. Masukkan tepung, baking soda dan esen vanilla. Cashew nut tu ditumbuk halus dan campurkan. Kalau tak suka tak payah, tapi cashew ni bagi kek rasa lemak2 gitu.Bakar kek dalam 35 minit pada suhu 180C. Kalau kek tak melekat kat lidi, dah masak la tu. 
NOTA: Warna kek mungkin tak sama sebab bergantung dengan jenis kurma yg diguna.
Selamat mencuba

Sumber: Dari Dapur Madihaa

9. Kek Oren Tanpa Telur


Bahan bahan :

2 cawan tepung gandum
1/2sdt soda bikarbonat
1 sdt serbuk penaik
Secubit garam
1/2 cawan & 2 sdb mentega/marjerin
2 sdb gula kastor
1sdt esen vanila
1/4 jus oren (sunquick)
1/2 cawan air
1 biji lemon (ambil jus saja)

Topping :

1/4 jus oren (sunquick)
Susu cair

Cara buat :

1. Ayak tepung + soda bikarbonat + serbuk penaik. Ketepikan.
2. Masukkan mentega/marjerin + garam + gula kastor + esen vanila + jus oren +air. Masak sehingga semua bahan larut. Tak perlu sampai mendidih.
Tutup api.
3. Masukkan perahan jus lemon.
4. Masukkan bahan yang dimasak tadi ke dalam tepung. Gaul rata. Masukkan dalam loyang.
5. Kukus selama 45 minit atau 1 jam.
6. Ketepikan dan sejukkan kek.
7. Topping kek pula, gaulkan jus oren (sunquick) + susu cair sehingga sebati dan likat. Kalau terlalu pekat sangat masukkan susu cair lagi sampai dapat tekstur yang korang nak.
8. Curahkan atas kek.. Siap!!

Untuk sukatan kek ini ialah untuk kek bersaiz kecil berukuran 16cm.

Sumber: Mimi Azirah

10. Kek Buah Tanpa Telur


Bahan-Bahan (Loyang 20-22 cm):
Bahan A :
360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
2 sudu kecil baking powder (diayak)
1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis – optional
125 ml jus oren
Bahan B :
250 g mentega
300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
250 ml susu cair
170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar)
2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup

Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang – optional
Cara-cara:
1) Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
2) Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
3) Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
4) Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya).
5) Kemudian taburkan badam cincang jika suka.
6) Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
7) Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong

Sumber: MEK JUE'S KITCHEN "COOKING WITH LOVE"


Sedap-sedap semua resepi kek tu! Apa lagi.. jomlah mencuba pelbagai resepi kek tanpa telur ini. Rasa dan teksturnya pasti tidak mengecewakan anda. Mungkin ia menjadi kegemaran anda selepas ini, siapa tahu kan 😁
Kalau mahukan kek menjadi, ikut saja jumlah bahan dan langkah-langkah yang telah disediakan ya. Baca doa dan buat 😉 Selamat mencuba





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2020/04/10-resepi-kek-tanpa-telur-pasti-jadi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Resepi Kek Mudah Tanpa Telur Dan Butter

6 Resepi Kek Mudah Tanpa Telur Dan Butter

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 529 hits
6 Resepi Kek Mudah Tanpa Telur Dan Butter Dalam masa PKP ni hmmm agak susah sikit nak dapatkan stok telur Biasalah telur kan antara bahan utama yang sering ada di setiap rumah So bila dalam keadaan ni tetiba terfikir untuk mencari aneka res...
5 Resepi Viral Berasaskan Telur Yang Pasti Bangkitkan Selera

5 Resepi Viral Berasaskan Telur Yang Pasti Bangkitkan Selera

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 281 hits
Terdapat pelbagai jenis masakan berasaskan telur yg blh kita buat Bukan sahaja membantu kita mencapai idea utk memasak dlm keadaan terdesak malah turut membangkitkan selera sehingga mampu bertambah berpinggan pinggan nasi Kami kongsikan lim...
10 Resepi Kek Gula Hangus Kek Sarang Semut

10 Resepi Kek Gula Hangus Kek Sarang Semut

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 2063 hits
Assalamualaikum wbt 10 Resepi Kek Gula Hangus Kek Sarang Semut Kek sarang semua atau kek gula hangus ini ramai yang kata tidak mudah untuk membuatnya Namun bila dilihat pada resepi diatas kertas nampak mudah sahaja dan semua orang boleh bua...
Resepi Kek Lapis Bcl

Resepi Kek Lapis Bcl

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 1543 hits
KEK LAPIS BCL Bahan A 500g Butter 50g Gula Halus1SB Ovalet1SK Esen Vanila400g Cream Cheese150g Whipping Cream Bahan B 10 biji telur Gred AA Bahan C 400g Susu Pekat1 botol Yogurt Strawberi80g Pewarna Putih Bahan D 300g Tepung Pau Superfine15...
14 Resepi Topping Coklat Yang Sedap Untuk Kek Biskut Brownies Atau Donat

14 Resepi Topping Coklat Yang Sedap Untuk Kek Biskut Brownies Atau Donat

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 559 hits
14 Resepi Topping Coklat Yang Sedap Untuk Kek Biskut Brownies Atau Donat Topping coklat memang menjadi kegemaran Jangan kata kek kalau boleh semua benda nak letak topping coklat Paling best kalau keknya itu lembap dan lembut seperti resepi ...
Cuba Kek Viral Resepi Kek Milo Dengan 4 Bahan Sahaja

Cuba Kek Viral Resepi Kek Milo Dengan 4 Bahan Sahaja

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 1081 hits
Sekarang ni kalau ada perkongsian viral je mesti ramai nak cuba kan Kali ni juada kek pula Jom cuba resepi kek milo viral menggunakan 4 bahan sahaja Kepada anda yang minat baking mungkin resepi ni anda kena cuba Katanya ianya viral beberapa...
Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi

Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 1001 hits
As Salam Tips Buat Kuih Seri Muka Sedap Berlemak Manis Dengan Resepi Sukatan Cawan Akhirnya sempena cuti Fasa ketiga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Allah izinkan dan mudahkan saya untuk buat sendiri antara kuih legend dan tradisi ...
Resepi Kek Lapis Cendol Hilangkan Sendu Pkp

Resepi Kek Lapis Cendol Hilangkan Sendu Pkp

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 382 hits
Kredit Gerald Lee Seperti yang kita jangkakan PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan selama 2 minggu lagi hingga 28 April nanti Pasti ramai yang sudah mula rasa gelisah dan tak senang duduk di rumah Saya faham Saya pun mula rasa b...
Resepi Kek Mudah Dan Ringkas Kek Gebu Gebas Kek Enak Di Buat Juadah Minum Petang

Resepi Kek Mudah Dan Ringkas Kek Gebu Gebas Kek Enak Di Buat Juadah Minum Petang

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 853 hits
Sesekali adakalanya aku ada buat kek mudah dan ringkas untuk juadah minum petang Kek mudah dan ringkas ini walau hanya beberapa bahan tapi menjadi kek gebu gebas cantik rupanya Kek enak di buat juadah minum petang seisi keluarga tu Di petan...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Fostering Critical Thinking In Our Children

Pantang Larang Berbincang Buat Tafsiran Sendiri Ayat Ayat Al Quran Yang Dipegang Kuat

Golden Lounge International Kuala Lumpur International Airport An Overview

Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan