10 Makanan Best Pulau Pinang Sekali Cuba Mesti Nak Lagi Macam Kena Sihir


Hai semua..
Bila sebut tentang 'jalan-jalan' atau senang kata 'holiday', kita mesti nak cari tempat yang mempunyai makanan atau masakan yang best-best kan? Lagi best kalau masakan atau makanan tu, kita tak pernah jumpa atau ianya memang takde dekat tempat kita sendiri.
Kalau tanya cik mimi sendiri, tu salah satu yang paling utama kena tahu.Bukan apa, selain dari tempat menarik, kita perlu sentiasa isi perut bagi kenyang kan?
Dan setelah dipikirkan, cik mimi terpikir tentang satu Negeri ni.Rasanya rata-rata antara kita pun suka mengambil peluang bercuti di Negeri Pulau Pinang kan?
So, jom kita tengok, apa antara masakan atau makanan yang wajib dicari bila kita semua bercuti disana.
Nasi Kandar Deen Maju
Penang cukup sinonim dengan hidangan nasi kandaqnya. Percutian ke Penang tak sah selagi tak beratur untuk mencuba makanan yang satu ni. Limpahan rasa daripada campuran kuah kari yang dicurahkan ke atas nasi kandar serta lauk yang diambil, cukup memuaskan deria rasa.Untuk mendapatkan pengalaman sebegini sewaktu menikmati nasi kandar, anda boleh mengerakkan kaki ke kedai Nasi Kandar Deen Maju yang terletak di Jalan Gurdwara, Georgetown. Anda boleh memilih daripada pelbagai pilihan kari yang ditawarkan seperti kari sotong, kari kepala ikan, kari ayam dan banyak lagi.
Lauknya pula, anda mesti cuba ayam goreng berempahnya yang menjadikan nama kedai ini makin terkenal. Untuk pengetahuan anda, ayam goreng ini telah diperapkan dengan 15 rempah berbeza selama 8 jam. Bayangkanlah rasanya, padu tak padu?
Seeloknya hidangan nasi kandar dengan ayam goreng berempahnya, terus dinikmati di kedai daripada dibungkus kerana rasanya akan lebih mengancam, panas dan segar dari dapur.
Teochew Chendol, Penang Road
Dah berpeluh berpusing ke sana-sini sekitar Georgetown? Mai singgah sat ke Teochew Chendol untuk menghilangkan dahaga. Cendol ini dikatakan cendol yang terbaik di Penang.
Buktinya, anda boleh lihat sendiri daripada bilangan orang yang sanggup beratur untuk menikmati cendol ni terutama ketika musim cuti atau cuaca panas. Cendolnya cukup manis berlemak untuk memuaskan selera, serta sangat berkesan untuk menyejukkan tekak yang kering.
Dah penat beratur, anda boleh menuju ke kawasan meja makan yang disediakan untuk terus menikmati cendol yang dibeli.
Telah beroperasi dari tahun 1936, perniagaan yang pada awalnya ini hanyalah sebuah gerai kecil, kini bukan sahaja terkenal di dalam kalangan penduduk tempatan, tapi turut memiliki peminat dari pelbagai negara lain lagi. Memang hebat penangan cendolnya.Restoran Adam Char Koey Teow
Wajib singgah! Restoran Adam Char Koey Teow menghidangkan kuey teow basah yang paling sedap di Penang

Kedai yang pada asalnya hanyalah sebuah gerai kecil ini kini berkembang sehingga memerlukan ramai tukang masak untuk menampung bilangan pelanggan yang semakin hari semakin bertambah. Jangan lupa singgah
D’Seafood Paradise

Nikmati tiupan bayu laut yang menyegarkan sambil menikmati hidangan di D’Seafood Paradise. Terletak di tepi pantai, restoran yang luas dan berkonsep terbuka ini menjanjikan pemandangan yang mampu memukau jiwa

Bukan itu sahaja, dengan kedudukannya yang hanyalah bersebelahan pantai, tak perlulah anda risau tentang kualiti makanan lautnya kerana segalanya fresh dari laut

Anda pilih sahaja hasil laut apa yang ingin dinikmati daripada sebuah ruang khas yang disediakan sama ada ikan, udang, ketam, sotong atau sebagainya

Bila dah pasti nak makan apa, chef di sini akan memasakkannnya mengikut citarasa anda, nak dibakar? Dijadikan gulai? Atau apa sahaja, segalanya boleh direalisasikan
Nasi Campur Permai TepianKedai Nasi Campur Permai Tepian nampak sahaja macam warung biasa dengan kerusi plastiknya yang memang sempoi habis, tapi kebenarannya, di sinilah anda dapat menikmati masakan tradisional Melayu yang paling hebat di Penang.
Berkonsep terbuka, di sini anda dapat menjamu selera sambil menghirup udara luar, nak lagi syok, anda boleh makan di bawah pokok besar atau di belakang kedai yang menyajikan pemandangan sungai yang mengalir tenang. Macam ni barulah sesuai dengan hidangan tradisionalnya, tak gitu?
Lauk-pauk yang dihidangkan memang melampau banyaknya, boleh rambang mata nak buat pilihan. Jangan lupa untuk penuhkan pinggan dengan ulam dan sambal, barulah betul-betul masakan Melayu. Apa-apa pun, anda wajib cuba sambal janggut sotongnya, memang sedap!Ais Tingkap
Ais Tingkap, sebuah kedai yang tiada seumpamanya ini telah beroperasi sejak dari tahun 1928 lagi. Kini diusahakan oleh generasi yang ketiga, keenakan rasanya masih kekal sama seperti dulu.
Hanyalah sebuah kedai tepi jalan, menu airnya bukanlah biasa-biasa, sangat sedap dan mustahil dapat ditemui di tempat lain. Menu utama di sini kelihatan tidak ubah seperti air sirap yang normal, tapi ianya sebenarnya telah digabungkan dengan biji selasih, air kelapa, isi kelapa dan juga kisaran ais. Rasanya sungguh menyegarkan, sambil-sambil minum, dapat juga makan isi kelapa yang dimasukkan tadi. Memang syok!Tak cukup puas lagi? Jom cuba cendol dan ais kacang yang turut dijual di sini untuk menghilangkan kepanasan badan selepas seharian berjalan di bawah panahan matahari.

Ikan Bakar Adnan bin Hassan Teluk Tempoyak Penang
Tak menyempat nak berbbq? Anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan laut bbq atau bakar di Ikan Bakar Adnan bin Hassan Teluk Tempoyak Penang. Disalut dengan daun pisang, kesedapan hidangannya sukar diungkapkan dengan kata-kata. Antara yang dihidangkan panas-panas di sini adalah ikan merah, ikan bawal talang, ikan siakap, ikan jenahak, ikan kerapu, ketam nipah dan udang.
Masakannya bukan sahaja sedap, tapi juga ditawarkan dalam harga yang cukup murah! Sambil menikmati hidangan, anda boleh melihat pemandangan pantai yang tenang serta bot-bot nelayan yang tersadai.
Kalau anda nak tahu, makanan laut yang disajikan di sini diambil segar daripada nelayan yang menggunakan bot-bot yang dapat dilihat di kawasan pantai ni. Boleh bayangkan betapa segarnya seafood di sini?Restoran Nasi Padang Minang
Bagi yang tak tahu, nasi padang adalah sejenis gaya masakan dari Sumatera Barat, Indonesia yang banyak menggunakan cili padi yang ditumbuk kasar. Bagi anda yang suka makan pedas-pedas, Restoran Nasi Padang Minang pasti menjadi kedai kegemaran.
Banyak lauk-pauk yang akan mencuri hati anda seperti ayam goreng bercili, sambal hijau, ikan sumbat sambal, kari nangka, ayam masak rempah, ulam-ulaman dan lain-lain lagi.
Lokasinya, adalah berhadapan dengan Caltex di persimpangan A.S Manshoor dan Transfer Road.Rockstarz Burger
Bukan seperti burger biasa yang boleh anda jumpa di tepi jalan, di Rockstarz Burger, daging dan sos yang digunakan dihasilkan sendiri oleh mereka. Memang unik! Ketebalan daging burgernya bakal membuatkan perut anda membulat kekenyangan

Nama-nama burgernya juga sangat unik kerana mereka menggabungkan konsep Food, Music & Art. Antara nama burger yang bakal anda lihat di sini adalah seperti The Black Sabpper, The Santanaz, The Red Hot Curry Chilleez dan banyak lagi
Pasembur Gurney Drive
Pasembur Gurney Drive atau nama-nama lainnya Pasembur Pulau Mutiara dan Pasembur Menari adalah satu kedai yang sama

Kalau terlupa mana satu gerainya dek kerana nama yang terlalu banyak, bila datang sahaja ke Persiaran Gurney, anda cari sahaja penjual rojak yang menyanyi lagu “Rojak Rojak” sambil  memotong buah. Itulah kedai yang dimaksudkan

Bila dah berjaya mendapat tempahan pasempur yang diinginkan daripada ‘penyanyi’ tadi, anda bolehlah bergambar terlebih dahulu dengan hidangannya yang berkuah merah ‘memancor.’ Kalau nak tahu, pada kuah inilah tersimpan kesedapannya. Jangan lupa singgah
Kalau cik mimi nak senaraikan lagi, banyak sebenarnya tau tempat makan yang best. Tapi rasanya cukup dulu 10 jenis yang ada ni. Tapi, musom covid macam ni mesti kita semua risau kan nak ke tempat-tempat tu. Risau nak berhimpit dengan orang ramai
Tapi tak perlu risau. Bila kita berada di Pulau Pinang dan kita tak mahu keluar ke sana sini seperti dulu, kita boleh menggunakan perkhidmatan servis "Food Delivery Penang" dari Foodpanda. Pelbagai jenis makanan ada dan sedia untuk dihantar ke pihak anda


sumber picture : disini









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.syamimisaad.com/2020/12/10-makanan-best-pulau-pinang-sekali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Cuba Cuba Jadi Penghantar Makanan Waris Nak Ingatkan Diri Agar Sentiasa Bersyukur

Hiburan Cuba Cuba Jadi Penghantar Makanan Waris Nak Ingatkan Diri Agar Sentiasa Bersyukur

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 298 hits
Penyanyi rap yang berasal dari Negeri Sembilan Waris telah mencuri tumpuan peminat dan pengikutnya di Instagram apabila dia ada memuat naik foto memaparkan dia kini menjadi penghantar makanan ataupun lebih dikenali sebagai rider Sumber Inst...
Pulau Pinang Berjaya Beri Pekerjaan Kepada 17 000 Orang

Pulau Pinang Berjaya Beri Pekerjaan Kepada 17 000 Orang

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 259 hits
Sepanjang 8 bulan lalu Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Harapan berjaya menyediakan peluang pekerjaan buat lebih 17 000 orang Hal ini didedahkan dalam jawapan balas Kementerian Sumber Manusia kepada pertanyaan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim...
Ops Obstacle Bersepadu Pelbagai Agensi Jpj Negeri Pulau Pinang

Ops Obstacle Bersepadu Pelbagai Agensi Jpj Negeri Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 286 hits
Seberang Perai Tengah 17 Disember 2020Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PLUS Lembaga Lebuhraya Malaysia serta JSPT PDRM AADK dan DOSH telah melaksanakan Ops Halangan Bersepadu malam ini di Plaza Tol Juru di ked...
Kerajaan Negeri Pulau Pinang Terkejut Putrajaya Mahu Teruskan Feri Ikonik

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Terkejut Putrajaya Mahu Teruskan Feri Ikonik

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 341 hits
Foto oleh Sayuti ZainudinKerajaan negeri masih belum jelas sama ada perkhidmatan feri Pulau Pinang akan terus beroperasi atau ditamatkan perkhidmatannya tahun depan kata ketua menteri Chow Kon Yeow Beliau berkata kerajaan negeri berharap me...
Nak Ayam Goreng Macam Dalam Tv Pernah Tak Anak Minta Macam Ni Kalau Pernah Mama Ayah Kena Buat Sesuatu

Nak Ayam Goreng Macam Dalam Tv Pernah Tak Anak Minta Macam Ni Kalau Pernah Mama Ayah Kena Buat Sesuatu

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 301 hits
Mmm sedapnya ayam goreng tu Ibu tengah hari nanti Alia nak makan ayam goreng macam dalam TV tu ya Ayah nanti bila ayah pergi kedai tolong belikan Adam keropok macam dalam TV tu ya Pernahkah anda mendengar ayat ayat seperti di atas keluar da...
Pulau Pinang Negeri Pertama Yang Menetapkan Perkhidmatan Telekomunikasi Sebagai Utiliti Ketiga

Pulau Pinang Negeri Pertama Yang Menetapkan Perkhidmatan Telekomunikasi Sebagai Utiliti Ketiga

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 274 hits
Pada minggu lepas kami ada melaporkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah berbincang dengan semua kerajaan negeri di Malaysia untuk menjadikan perkhidmatan telekomunisasi sebagai utiliti ketiga negara selepas a...
Makan Malam Di Dsampan Restoran Batu Uban Pulau Pinang

Makan Malam Di Dsampan Restoran Batu Uban Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 425 hits
Nak makan malam jenis masakan thai yang goreng goreng ada tom yam di Pulau Pinang terutama di sebelah pulau salah satu restoran yang menyediakan makanan tersebut korang boleh datang ke Restoran Dsampan yang terletak di Batu Uban Di sini ada...
Siri 18 Sejauh Mana Hak Pulau Pinang Guna Air Di Sempadan Sendiri

Siri 18 Sejauh Mana Hak Pulau Pinang Guna Air Di Sempadan Sendiri

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 214 hits
BICARA SEMASA BERSAMA YB MUHAMMAD FAIZ FADZIL TAJUK SEJAUH MANA HAK PULAU PINANG GUNA AIR DI SEMPADAN SENDIRI TARIKH 17 12 2020 MASA 9 00 MALAM MODERATOR MOHD SHAIFUL ROSEMAN PANEL YB MUHAMMAD FAIZ FADZIL
Nak Gc Mesti Bukan Anwar Jd Ketua

Nak Gc Mesti Bukan Anwar Jd Ketua

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 257 hits
Md Zulaimi KazinSibuk dgn GC dan semua pakat sebut GC baik utk kekuatan PRU15 Syafie Warisan dah kabo bahawa PH mesti tukar Pengerusi kita blh kata itu sbg syarat GC Pie Tun M Pejuang kita sedia maklum mmg tak mahu pada Anwar Baik kita simp...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik