10 Koleksi Cupcake Kukus Paling Senang Membuatnya


Bentuk cupcake kukus yang comel, pelbagai perisa dan dihiasi cantik membuatkan ia sering mencuri perhatian. Cupcake atau kek cawan ini bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak, bahkan orang dewasa juga ramai yang menggemarinya.  Kalau teringin nak buat, jangan jadikan alasan tiada tak boleh buat cupcake. Gunakan je pengukus, cupcake tetap menjadi malah lebih moist. Kalau nak cuba, ini ada 10 resipi yang korang boleh cuba salah satu,
 
1. KEK CAWAN OREN

BAHAN-BAHAN:
240gm tepung red rose/kek1 sudu teh serbuk penaik3 biji telur190gm gula kastor175gm minyak jagung15gm parutan kulit oren2 sudu makan jus orenAcuan kek cawan secukupnyaSedikit hirisan buah oren untuk hiasanAcuan kek cawan secukupnyaBAHAN KRIM MENTEGA (BUTTERCREAM):
450gm mentega360gm gula ising1 sudu makan esen vanilaCARA MEMASAK:
Pukul telur dengan gula hingga kembang.Masukkan minyak jagung dan gaul sebati.Kemudian masukkan jus oren dan parutan kulit oren.Satukan serbuk penaik dengan tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan kaup balik hingga adunan sebati.Tuangkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.Kukus lebih kurang 45-50 minit hingga masak.Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping dan hidang.Untuk membuat krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega.Untuk menghias; paipkan sedikit krim mentega di bahagian atas kek. Letakkan hirisan oren di atasnya. Ulangi langkah hingga selesai.Sedia untuk dinikmati. 
2. CHOCOLATE MOIST

BAHAN-BAHAN:
100gm tepung kek superfine50gm serbuk koko1 sudu teh serbuk penaik¼ sudu teh soda bikarbonat2 biji telur112gm gula kastor65gm minyak jagung100gm air suam65gm susu pekat1 sudu teh esen vanilaAcuan kek cawan secukupnyaCARA MEMASAK:
Satukan tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat dan ketepikan.Pukul telur hingga sedikit kembang dan masukkan gula dan esen vanila, pukul lagi hingga kembang. Masukkan minyak dan gaul sebati.Masukkan susu pekat dan gaul sebati.Kemudian masukkan tepung diselang seli dengan air suam dan kaup balik hingga adunan sebati.Tuangkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus selama lebih kurang 1 jam hingga adunan masak.Sejukkan dulu dan hidang. 
3. KEK CAWAN PANDAN

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur | asingkan putih dan kuning220gm gula kastor100gm santan90ml air1/2 sudu teh pandan emulco240gm tepung red rose/kek1 sudu teh serbuk penaik1/2 sudu teh soda bikarbonatAcuan kek cawan secukupnyaBAHAN UNTUK SOS KARAMEL:
4 sudu makan mentega200gm gula perang100gm heavy cream1 sudu makan esen vanilaBAHAN KRIM MENTEGA (BUTTERCREAM):
450gm mentega360gm gula ising1sudu makan esen vanilaCARA MEMASAK:
Pukul putih telur bersama gula hingga kembang dan masukkan kuning telur dan teruskan pukul lagi hingga kembang.Masukkan santan dan pandan emulco, gaul hingga sebati.Satukan serbuk penaik, soda bikarbonat dan tepung, sedikit demi sedikit dan kaub balik hingga adunan sebati.Tuangkan ke dalam dalam acuan kek cawan ¾ penuh.Kukus lebih kurang 45-50 minit hingga masak.Sejukkan dulu sebelum letakkan krim putar titiskan atau picit sos karamel di atas krim putar dan hidang.Untuk membuat krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentegaUntuk membuat sos karamel pula; Satukan semua bahan dan masak api sederhana hingga mendidih. Perlahankan api dan kacau perlahan selama lebih kurang 4-5 minit. Tutup api dan biarkan sos sejuk sebelum digunakan.Untuk menghias kek cawan; paipkan krim mentega di bahagian atas dan kemudian tambah sos karamel di atasnya.Sedia dihidangkan. 
4. KEK CAWAN SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:
110gm gula kastor100gm air panas1 sudu makan mentega2 biji telur130gm susu pekat120gm tepung red rose/kek1 sudu teh serbuk penaik½ sudu teh soda bikarbornat½ sudu teh esen vanilaAcuan kek cawan secukupnyaBAHAN UNTUK SOS KARAMEL:
4 sudu makan mentega200gm gula perang100gm heavy cream1 sudu makan esen vanilaBAHAN KRIM MENTEGA (BUTTERCREAM):
450gm mentega360gm gula ising1sudu makan esen vanilaCARA MEMASAK:
Panaskan gula di dalam pan hingga perang dan tuang air panas. Biar hingga gula melarut.Masukkan mentega, gaul sebati dan ketepikan.Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu pekat. Pukul sebati.Satukan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat kemudian masukkan ke dalam adunan telur dan susu tadi.Tuang esen vanila dan gaul sebati.Seterusnya tuang gula yang diperangkan tadi ke dalam adunan dan gaul sebati.Tuangkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.Perapkan adunan selama 3 jam.Kukus lebih kurang 1 – 1 jam 30 minit hingga adunan masak sempurna.Sejukkan dulu sebelum paipkan krim mentega dan sos karamel di bahagian atasnya.Untuk membuat krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentegaUntuk membuat sos karamel pula; Satukan semua bahan dan masak api sederhana hingga mendidih. Perlahankan api dan kacau perlahan selama lebih kurang 4-5 minit. Tutup api dan biarkan sos sejuk sebelum digunakan.Untuk menghias, paipkan krim mentega di atas kek, diikuti dengan sos karamel. Sedia untuk dihidangkan.5. BUTTER CHEESE CUPCAKE

BAHAN-BAHAN:
40gm krim keju40gm mentega60ml susu segar2 biji telur50gm gula perang100gm tepung red rose/kek1 sudu teh serbuk penaik½ sudu teh soda bikarbonatSedikit buah strawberi dan parutan coklat untuk hiasanAcuan kek cawan secukupnyaRESIPI KRIM KEJU (TOPPING):
250gm krim keju250gm mentega100gm gula ising250gm krim putar1 sudu teh jus lemonCARA MEMASAK:
Pukul krim keju, mentega dan susu hingga sebati dan ketepikan.Pukul telur dan gula perang hingga kembang dan masukkan adunan krim keju, mentega dan susu tadi. Kaup balik hingga sebati.Satukan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbornat, masukkan ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati.Masukkan adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus 40-50 minit hingga masak.Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.Untuk membuat topping krim keju; Pukul mentega dan krim keju hingga kembang.Masukkan gula ising dan pukul lagi hingga sebati.Kurangkan atau tambahkan gula mengikut kesesuaian cita rasa.Tambahkan jus lemon dan pukul lagi hingga sebati.Tambah krim putar yang dipukul berasingan untuk mendapatkan krim yang lebih gebu.Untuk menghias kek cawan; Letak krim keju di atasnya dan bentukkan mengikut cita rasa. Boleh hias dengan hirisan strawberi dan sedikit parutan coklat.Sedia dihidangkan. 
6. KEK CAWAN PISANG

BAHAN-BAHAN:
2 biji telur90gm gula kastor200gm pisang berangan (lebih kurang 2 biji)150gm tepung superfine2 sudu teh serbuk penaik1 sudu makan minyak jagungAcuan kek cawan secukupnyaRESIPI COKLAT GANACHE:
400gm coklat masakan200gm heavy cream       CARA MEMASAK:
Satukan tepung dan serbuk penaik. Ketepikan.Pukul telur dan gula hingga kembang.Kemudian masukkan pisang dan adun sebati.Masukkan tepung. Kaup balik diikuti minyak jagung. Adun sebati.Masukkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.Kukus 30-40 minit hingga masak.Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.Untuk membuat coklat ganache untuk topping; Parut atau cincang halus coklat. Panaskan heavy cream dan tuangkan ke dalam coklat yang dicincang halus tadi.Gaul sebati hingga semua coklat larut.Biarkan betul betul sejuk sebelum digunakan.Untuk menghias; paipkan coklat ganache di bahagian atas kek coklat membentuk seperti bunga kecil dan tambah coklat M&M warna-warni untuk lebih cantik.Sedia dihidangkan. 
7. KEK CAWAN SUSU

BAHAN-BAHAN:
2 biji telur20ml gula kastor20ml susu segar (lebih kurang 2 sudu makan)2 sudu makan minyak jagung50ml susu pekat100gm tepung red rose/kek1 sudu teh serbuk penaik½ sudu teh soda bikarbonatBiskut coklat Oreo untuk hiasanAcuan kek cawan secukupnya RESIPI KRIM MENTEGA:
450gm mentega360gm gula ising1 sudu makan esen vanila CARA MEMASAK:
Pukul telur hingga sedikit kembang, masukkan gula dan adun sebati.Masukkan minyak, diikuti susu segar dan susu pekat. Adun sebati.Satukan tepung, soda bikarbornat dan serbuk penaik. Masukkan ke dalam adunan dan kaup balik hingga sebati.Masukkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus 30-40 minit.Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.Untuk membuat topping krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega.Untuk menghias: masukkan krim mentega ke dalam piping bag dan paip ke atas kek. Hiaskan dengan kepingan coklat oreo dan coklat warna-warni.Sedia dihidangkan. 
8. RASPBERRY LEMON CUPCAKE

BAHAN-BAHAN:
2 biji telur30gm gula kastor20ml susu segar12ml minyak jagung40ml susu pekat10gm mentega½ sudu teh jus lemon30gm jem rasberi80gm tepung kek1 sudu teh serbuk penaikAcuan kek cawan secukupnyaSedikit hiasan badam untuk hiasan RESIPI KRIM KEJU:
250ml krim keju250gm mentega100gm gula ising250gm krim putar1 sudu teh jus lemonCARA MEMASAK:
Pukul putih telur hingga kembang kemudian baru masukkan kuningnya diikuti susu segar.Kemudian masukkan minyak jagung, mentega, susu pekat dan lemon jus gaul sebati.Masukkan jem rasberi dan gaul sebati.Satukan tepung dan serbuk penaik. Masukkan ke dalam adunan tadi dan kaup balik hingga sebati.Tuang ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus lebih kurang 30-40 minit hingga masak.Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.Untuk membuat topping krim keju, pukul mentega dan krim keju hingga kembang.Masukkan gula ising dan pukul lagi hingga sebati.Kurangkan atau tambahkan gula mengikut kesesuaian cita rasa.Tambahkan jus lemon dan pukul lagi hingga sebati.Tambah krim putar yang dipukul berasingan untuk mendapatkan krim yang lebih gebu.Untuk menghias, masukkan adunan krim ke dalam piping bag dan paipkan di atas kek cawan. Boleh tambah sedikit hirisan badam jika suka. 
9. ESPRESSO CUPCAKE 

BAHAN-BAHAN:
125gm tepung red rose / kek1 sudu teh serbuk penaik1 biji telur25gm minyak jagung25gm gula kastor100gm susu segarsudu teh perasa espressoAcuan kek cawan secukupnyaBiskut wafel coklat dan coklat M&M untuk hiasanRESIPI COKLAT GANACHE:
400gm coklat masakan200gm Heavy creamCARA MEMASAK:
Satukan tepung dan serbuk penaik. Ketepikan.Pukul gula kastor dan telur hingga kembang.Masukkan susu segar dan minyak jagung. Gaul sebati.Masukkan adunan tepung tadi dan kaup balik hingga sebati.Tuangkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.Kukus selama 30-40 minit.Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.Untuk membuat topping coklat ganache; Parut atau cincang halus coklat.Panaskan heavy cream dan tuangkan ke dalam coklat yang dicincang halus tadi.Gaul sebati hingga semua coklat larut. Biarkan betul-betul sejuk sebelum digunakan.Untuk menghias kek, masukkan adunan coklat ganache ke dalam piping bag dan paipkan ke atas kek.Hiaskan dengan cip coklat M&M dan potongan biskut wafel coklat.Sedia dihidangkan. 
10. KEK CAWAN LABU

BAHAN-BAHAN:
180gm tepung red rose/kek1 sudu teh serbuk penaik½ sudu teh soda bikarbonat¼ sudu teh garam1 sudu teh serbuk kulit kayu manis¼ sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)¼ sudu teh serbuk halia90gm gula kastor60gm gula perang86gm minyak jagung2 biji telur100gm puri labu1 sudu teh esen vanilaAcuan kek cawan secukupnya RESIPI KRIM KEJU:
250ml krim keju250gm mentega100gm gula ising250gm krim putar1 sudu teh jus lemonCARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan kering dan ketepikan.Pukul telur dengan gula perang dan gula kastor hingga kembang.Kemudian masukkan minyak jagung. Pukul sebati.Masukkan puri labu dan gaul sebati.Masukkan bahan kering yang disatukan sedikit demi sedikit. Kaup balik hingga sekataTuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus selama 30-40 minit.Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.Untuk membuat topping krim keju; Pukul mentega dan krim keju hingga kembang.Masukkan gula ising dan pukul lagi hingga sebati.Kurangkan atau tambahkan gula mengikut kesesuaian cita rasa.Tambahkan jus lemon dan pukul lagi hingga sebati.Tambah krim putar yang dipukul berasingan untuk mendapatkan krim yang lebih gebu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/07/10-koleksi-cupcake-kukus-paling-senang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Aneka Resipi Apam Kukus Yang Sedap Mudah Buat

Koleksi Aneka Resipi Apam Kukus Yang Sedap Mudah Buat

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 1766 hits
Kuih Apam kukus adalah antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai tak kira usia Walaupun dikategorikan sebagai kuih orang dulu dulu keenakan serta keunikan rasanya membuatkan ia kekal popular hingga kini Nak buat pun mudah Jom cub...
Cara Buat Mi Kuning Paling Senang Terjamin Bersih Bebas Pengawet

Cara Buat Mi Kuning Paling Senang Terjamin Bersih Bebas Pengawet

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 323 hits
Kenapa perlu beli mi kalau selalu tak puas hati kenapa tak buat sendiri kerana sungguh senang nak buat mi ni Tak banyak bahan diperlukan dan paling penting bebas bahan pengawet dan terjamin kebersihannya Nak resipi RASA kongsikan di bawah s...
Boba Pearl Milk Tea Yang Viral Itu Rupanya Senang Sangat Membuatnya

Boba Pearl Milk Tea Yang Viral Itu Rupanya Senang Sangat Membuatnya

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 448 hits
Sudah lama benda biji biji warna hitam ini viral di media sosial Lama juga aku ada perasan benda ini Tak sangka lama viralnya benda ini Boba pearl milk tea ini dah viral 2 tahun lalu rasanya Kini boba pearl milk tea ini bertambah tambah vir...
Buat Kuih Raya Paling Senang Cornflakes Madu Kat Kampung

Buat Kuih Raya Paling Senang Cornflakes Madu Kat Kampung

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 638 hits
BUAT KUIH RAYA PALING SENANG CORNFLAKES MADU KAT KAMPUNG Nak buat open house Kuih raya habis Meh buat kuih raya paling senang dan jamu orang ketika open house Orang dewasa dan kanak kanak pun boleh makan Sambil borak panjang ketika open hou...
20 Pasukan Bola Sepak Paling Kaya Di Dunia 2019

20 Pasukan Bola Sepak Paling Kaya Di Dunia 2019

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 465 hits
Kelab kelab bola sepak daripada negara negara Eropah adalah kelab kelab paling ternama di dunia video di atas menyenaraikan 20 pasukan bola sepak atau kelab paling kaya untuk tahun 2019
Negara Paling Seksi Di Dunia Malaysia Ke 25

Negara Paling Seksi Di Dunia Malaysia Ke 25

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 920 hits
Malaysia mengambil mahkota yang lain di pentas global dan kali ini percaya atau tidak untuk negara ke 25 yang paling seksi di dunia Keperibadian seperti Tan Sri Michelle Yeoh pelakon Henry Golding dan model Amber Chia mungkin meletakkan kam...
10 Pembelian Syarikat Internet Paling Mahal Di Dunia

10 Pembelian Syarikat Internet Paling Mahal Di Dunia

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 335 hits
Pada kemuncak gelembung dotcom harga saham bagi syarikat syarikat internet berjaya mencapai tahap tertinggi dengan persaingan sengit menyaksikan banyak syarikat yang lebih besar membuat pembelian melibatkan kes kes pengambilalihan yang tida...
Sf90 Stradale Kereta Ferrari Paling Pantas Pernah Di Cipta

Sf90 Stradale Kereta Ferrari Paling Pantas Pernah Di Cipta

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 544 hits
Syarikat automotif dari Itali kali ini kembali lagi dengan sebuah model terbaharu daripada mereka iaitu SF90 Stradale yang mana model ini merupakan kereta terpantas pernah dihasilkan jenama Ferrari SF90 Stradale Mengulas dari segi enjin Fer...
Mahu Spideyriders Hantar Makanan Ke Rumah Anda Jom Sertai Peraduan Ini Yang Paling Penting Dapat Hadiah

Mahu Spideyriders Hantar Makanan Ke Rumah Anda Jom Sertai Peraduan Ini Yang Paling Penting Dapat Hadiah

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 289 hits
Sempena filem menarik yang bakal menghantui anda pada 3 Julai ini iaitu Spider Man Far From Home hasil kerjasama Sony Pictures Entertainment Malaysia The post appeared first on
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya