10 Idea Masak Petai Jering Rasa Memang Sedap Padu


Busuk tapi sedap sampai ramai orang ketagih, itulah bahana petai dan jering.  Dua jenis ulam ini bukan hanya sedap sebagai ulam tetapi enak juga dicampurkan dalam masakan. Kepada penggemarnya pasti menyukai apa sahaja menu berasaskan petai dan jering. Kalau korang nak cuba ini ada 10 menu petai dan jering yang boleh dicuba dan memberikan idea kepada korang untuk mencipta resipi baru sesuai dengan selera sendiri.

IKAN BAWAL BAKAR SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersihkan1 helai daun kunyit2 keping aluminium foilGaram dan gula secukupnya1 sudu makan air asam jawaBahan-bahan kisar:
10 biji cili kering5 biji cili merah1 labu bawang besar3 ulas bawang putih1 batang serai1 inci halia2 biji buah kerasSedikit kunyit hidupSedikit airCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pada 180 C.Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal dan ratakan.Seterusnya letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dengan lebihan sambal.Taburkan petai di atas sambal dan tutup dengan daun kunyit.Akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit.Setalah masak hidang ikan dengan nasi panas serta ulam-ulaman.
GULAI LEMAK UDANG PETAI MUDA
BAHAN-BAHAN:
2 papan petai muda | kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm500gm udang saiz XL | bersihkan2 batang serai | titik2 keping asam gelugor1 helai daun kunyit | carik-carik dan simpul3 cawan santanGaram dan gula secukup rasaBAHAN KISAR HALUS:
15 biji cili padi2 tangkai cili merah1 ulas bawang putih4 ulas bawang merah3cm kunyit hidupCARA MEMASAK:
Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.Masukkan petai dalam periuk bersama asam gelugor, serai, daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.Tuangkan santan dan gaul rata.Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.Gulai sedia dihidangkan.
SAMBAL HIJAU  BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis | kopek200gm cawan isi petai1 biji bawang besar | hiris1 sudu makan air asam jawaMinyak secukupnyaGaram dan gula secukupnyaBAHAN KISAR:
6  biji cili hijau10 biji cili padi hijau3 ulas bawang putih6 ulas bawang merahCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.Angkat dan hidangkan. 
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | kopek200gm isi petai3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air1 biji bawang besar | hirisGaram dan gula secukup rasa3-4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR:
15 biji cili padi3 tangkai cili merah6 ulas bawang merah2 ulas bawang putihCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.Tutup api dan sedia dihidangkan.
SAMBAL TELUR PUYUH PETAI  
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit200gm isi petai1 biji bawang besar | hiris1 sudu makan pes asam jawa4 sudu makan pes ciliGaram dan gula secukup rasa4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah2 ulas bawang kisar3 biji cili merah2cm halia muda2cm belacan | jika sukaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.Angkat dan sedia dihidangkan.
SAMBAL SOTNG  PETAI
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | bersih dan buang kulit arinya200gm isi petai1 biji bawang besar | hiris1 sudu makan pes asam jawa4 sudu makan pes ciliGaram dan gula secukup rasa4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah2 ulas bawang kisar3 biji cili merah2cm halia muda2cm belacan | jika sukaCARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.Angkat dan sedia dihidangkan.
SAMBAL GORENG IKAN BILIS JERING
BAHAN-BAHAN:
300gm jering tua | hiris melintang200gm ikan bilis | kopek1 biji bawang besar | hiris3 sudu makan pes cili kering1 sudu makan pes asam jawa3-4 sudu makan minyak masakGaram dan gula secukup rasaBAHAN KISAR:
3 biji cili merah6 ulas bawang merah2 ulas bawang putih2cm halia mudaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis tiga perempat masak. Angkat dan ketepikan.Seterusnya goreng jering hingga garing, angka dan ketepikan.Menggunakan kuali yang sama tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili.Kacau hingga pecah minyak.Masukkan air asam jawa, diikui dengan ikan bilis dan jering goreng tadi.Kecilkan api, kacau rata lebih kurang 2-3 minit.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Apabila sambal sudah kelihatan kering dan warna coklat kehitaman, tutup api.Sambal sedia dihidangkan.
RENDANG BEREMPAH AYAM JERING TUA 
BAHAN-BAHAN:
10 biji jering semai | rendam dan buang kulit arinya500gm ayam | potong kecil, cuci dan toskan1 liter santan pekat3 sudu makan kerisik1 sudu makan rempah kari1 keping asam gelugor3 batang sarai | titik1 helai daun kunyit | siat dan simpulGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnyaBAHAN KISAR:
8 biji bawang merah4 ulas bawang putih8 tangkai cili kering3cm halia2cm lengkuasCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng jering. Angkat dan titik jering dalam lesung batu. Kemudian ketepikan.Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi.Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. kacau rata hingga pecah minyak.Masukkan ayam, kacau lagi sehingga ayam kecut.Masukkan santan, asam gelugor dan daun kunyit.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Apabila kuah agak pekat, kecilkan api, masukkan jering dan kerisik.Kacau rata sehingga kuat menjadi kering dan timbul minyak.Setelah secukup rasa dan ayam empuk. Tutup api.Rendang sedia dihidangkan.
SEMUR DAGING JERING
BAHAN-BAHAN:
300gm jering tua | buang kulit ari dan rebus250gm daging | rebus dan hiris nipis2 helai daun salam3 helai daun limau purut  | carik-carikkan1 batang serai | titik3 sudu makan kicap manis1 sudu teh lada hitam | kisar kasar1 sudu teh jus asam jawaGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnya untuk menumisBAHAN KISAR:
6 biji bawang merah4 ulas bawang putih2cm halia muda1 batang serai3 biji buah keras3 biji cili merah10 biji cili padiCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng daging yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan, kemudian titik daging supaya lembut.Kemudian tumiskan bahan kisar bersama serai, daun salam dan daun limau purut hingga wangi.Masukkan jering bersama daging goreng tadi, kacau rata 2-3 minit.Masukkan air asam, kicap pekat manis dan perasakan dengan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.Kecilkan api, kacau sehingga semur kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit lagi.Tutup api dan semur sedia dihidangkan.
DENDENG KERDAS BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN
200gm kedas | goreng dan buang kulit arinya200gm daging | rebus dan hiris nipis1 sudu teh pes asam jawaGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnya BAHAN KISAR:
6 biji cili merah6 ulas bawang merah4 ulas bawang putih2cm halia muda2 biji buah keras1 batang seraiCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng daging (jangan terlalu kering). Angkat dan daging dititik supaya lembut.Kemudian, tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes asam jawa.Seterusnya masukkan daging dan kerdas tadi, kacau lebih kurang 2-3 minit.Kecilkan api, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Kacau lagi sehingga kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit.Tutup api, angkat dan hidangkan.Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/02/10-idea-masak-petai-jering-rasa-memang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pernah Rasa Kerabu Sardin Menu Terlajak Mudah Ni Memang Sedap

Pernah Rasa Kerabu Sardin Menu Terlajak Mudah Ni Memang Sedap

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 557 hits
Sardin adalah makanan dalam tin yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia Mudah enak dan senang dibawa kemana mana Biasanya selain dimakan begitu sahaja sardin juga dimasak sambal masak lemak cili padi kari dan bermacam macam lagi Tapi per...
Ini 3 Cara Masak Ayam 10 Minit Siap Memang Sedap Ringkas

Ini 3 Cara Masak Ayam 10 Minit Siap Memang Sedap Ringkas

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 973 hits
Di hari hari bekerja menu kalau boleh semuanya menu nak ringkas tapi hasilnya nak sedap dan boleh membuka selera Pilihan terbaik adalah menu yang bergoreng atau bertumis yang boleh dihidangakan segera dan dimakan panas panas Lagi sedap kala...
Koleksi 10 Menu Makan Tengahari Istimewa Sedap Memang Padu

Koleksi 10 Menu Makan Tengahari Istimewa Sedap Memang Padu

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 1040 hits
Menikmati hidangan tengahari bersama ahli keluarga dengan menu istimewa pasti menggalakkan ahli keluarga tidak sabar duduk di meja makan bagi menikmati hidangan yang enak Sambil itu kehadiran bersama mengeratkan kasih sayang sekeluarga kalu...
Daging Goreng Serai Idea Masak Cepat Sedap

Daging Goreng Serai Idea Masak Cepat Sedap

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 386 hits
Orang sekarang kalau makan nak sedap pastu tu kalau boleh tak mahu lama di dapur Jawapanhya kenalah pilih menu ekspres seperti Daging Goreng Serai ni Menu sempoi yang anda semua boleh sediakan tak lebih dari 15 minit Sambil tunggu nasi masa...
Rutin Diet Shah Rukh Khan Yang Sangat Ketat Rasa Macam Mustahil Tapi Hasilnya Memang Badan Six Pack Awet Muda

Rutin Diet Shah Rukh Khan Yang Sangat Ketat Rasa Macam Mustahil Tapi Hasilnya Memang Badan Six Pack Awet Muda

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 624 hits
7 Rutin Diet Shah Rukh Khan Yang Sangat Ketat Rasa Macam Mustahil Tapi Hasilnya Memang Badan Six Pack Awet MudaUntuk mendapat susuk sebegini rupa dalam usia 50 tahun mungkin suatu yang mustahil Semuanya hasil kerja keras dan sikap konsisten...
Gara Gara Sebar Fitnah Aliff Aziz Warning Wanita Ini Memang Padu

Gara Gara Sebar Fitnah Aliff Aziz Warning Wanita Ini Memang Padu

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 483 hits
Gara Gara Sebar Fitnah Aliff Aziz Warning Wanita Ini Memang Padu Kemelut yang melanda penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura ini dilihat belum ada pengakhirannya Nama Aliff Aziz seakan masih berlegar legar untuk minggu ini selepas kecuran...
Memang Sikap Manusia Yang Sentiasa Rasa Tak Cukup Dengan Harta Yang Ada

Memang Sikap Manusia Yang Sentiasa Rasa Tak Cukup Dengan Harta Yang Ada

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 699 hits
Memang Sikap Manusia Yang Sentiasa Rasa Tak Cukup Dengan Harta Yang Ada Dari Atha dia berkata saya mendengar Ibnu Abbas RA berkata saya mendengar Nabi SAW bersabda Sekiranya anak Adam memiliki harta sebanyak dua bukit nescaya ia akan mengha...
Cara Cara Masak Dadih Secara Homemade Pencuci Mulut Yang Mudah Sedap

Cara Cara Masak Dadih Secara Homemade Pencuci Mulut Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 502 hits
Protein dadih susu mempunyai nilai biologi yang tinggi iaitu sama dengan telur susu dan daging Protein juga boleh didapati daripada sumber tumbuhan seperti kekacang bijirin dan legum Bagaimanapun secara amnya protein protein ini adalah tida...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya