10 Cara Miliki 4 Buah Rumah Sebelum 30 Tahun


Sekarang ni bukan mudah nak miliki sebuah rumah. Tapi sebenarnya tidak mustahil jika anda ingin miliki 4 buah rumah sebelum usia 30 tahun. Ramai yang tak tahu nak mula dari mana cara untuk memiliki rumah pertama. Perkongsian oleh Harith Faizal ini cukup lengkap dan mudah untuk difahami.
1. RUMAH PERTAMA JANGAN GUNA MAKSIMUM KELAYAKAN
Kalau anda layak beli rumah harga RM300K, carilah rumah yang berharga RM250K. Nanti senang dapat kelulusan bank. Bagi ruang sikit kat DSR (Debt Service Ratio) tu. Sebabnya, lain bank, lain cara kiraan kelayakan. Takut-takut bank A saja kata layak RM300K. Padahal bank B, C, D, E kata lepas sampai RM260K saja.
Lagi best, beli 2 rumah yang masing-masing berharga RM125,000. Jadi, kenapa jangan beli rumah dengan maksimum kelayakan? Contohnya, untuk anda yang bergaji RM3,000 dan ada komitmen kereta RM500 sebulan. Andaikan anda nak beli rumah untuk duduk sendiri. Anda layak untuk beli rumah pembiayaan RM260,000 pada DSR 60%.
Ansuran bulanan RM1,300. Tapi, sebenarnya belum tentu anda mampu ya. Jom kira.
Rumah: RM1,300 Kereta: RM500 Ibu Bapa: RM200 Tol: RM250 Petrol: RM300 Makan: RM350 Takaful: RM100 Bil-bil: RM100 Barang dapur: RM100 TOTAL: RM3,200 Lebihan gaji: – RM200 Lebihanlah sangat. Tu negatif woi!! Haha.
2. BUAT KAD KREDIT BEBERAPA BULAN SEBELUM BELI RUMAH
Fresh graduate tanpa PTPTN biasanya belum pernah ada apa-apa komitmen dengan bank. Rekod masih suci murni tanpa noda dosa kewangan. Dalam erti kata lain, CCRIS masih belum ada rekod. Kebanyakan bank susah sikit nak luluskan anda untuk beli rumah kalau CCRIS bersih sangat. Sebabnya, bank tak kenal lagi kita ni punya perangai macam mana. Kita sendiri pun tak berani bagi pinjam kepada orang yang kita tak kenal, kan.
Apa yang saya buat dulu adalah, mohon kad kredit beberapa bulan sebelum beli rumah.Guna untuk isi petrol dan beli barang dapur. Pastikan bayar penuh setiap bulan. Guna dalam 3-6 bulan, dah boleh beli rumah pertama. Selepas dah berjaya beli rumah, bolehlah pilih sama ada nak terus guna kad kredit tu atau potong terus.
3. RUMAH PERTAMA DISEWAKAN, JANGAN DUDUK SENDIRI
Kalau rumah pertama tu anda beli untuk duduk sendiri, agak sukar nak tambah rumah lagi selepas ni.Lagi-lagi kalau rumah tu makan sebahagian besar gaji. Rumah pertama untuk pelaburan, hasil sewaan dikira sebagai pendapatan tambahan.Beli rumah pertama untuk duduk sendiri adalah tindakan yang kurang bijak!
Anda jadi semakin lambat beli rumah kedua kerana kurang simpanan bulanan dan kurang kelayakan pembiayaan.Kalau memang gaji besar, takpalah.Tapi terpulanglah kepada plan kewangan masing-masing.
4. CARI TAWARAN UNTUK BELI RUMAH DENGANA MODAL MINIMA
Beli rumah murah-murah sudahlah, nego dengan tuan rumah bagi deposit rendah atau beli rumah daripada pemaju dengan entry cost mudah dan guna pakej 100% pembiayaan bagi yang layak. Modal minima, bukannya modal langsung tak perlu ada. Walaupun sekarang ni anda belum teringin nak beli rumah, Tabung Rumah tetap kena ada. Sebab bila tiba-tiba datang seru, modal dah siap sedia. Boleh angkat rumah sebijik terus. Tapi malangnya, tak ramai yang peduli pun.
Lebih baik melancong setahun 4 kali, pakai kereta mahal, tukar sportrim sebesar alam, modify kereta Wira jadi macam Lancer takpun Myvi tayar terkangkang.
5. MOHON ASB FINANCING SEBAGAI FORCE SAVING
Cari jalan buat duit RM550 setiap bulan untuk mohon ASB Financing RM100,000. Dengan teknik biasa sekalipun, boleh dapat hampir RM56,000 selepas 5 tahun. Jual tudung 50 helai pun dah boleh dapat RM550 sebulan.Tapi kalau tak mampu RM100,000 buatlah mana-mana yang mampu. RM50,000 ke kan.Kalau dah buat ASB Financing ni, wajiblah bayar setiap bulan tau. Force saving!
Tapi, kalau dalam masa terdekat anda rancang nak beli rumah, elakkan buat ASB Financing dengan amaun yang besar.Sebab ASB Financing pun akan efek pengiraan DSR dan kelayakan pembiayaan anda.Cuma, bila dah dapat dividen nanti, bank akan kira sebagai pendapatan anda pula. Jadi, timing kena tepat.
6.JANGAN MENGADA MENGGEDIK NAK BELI KERETA DULU
Harga kereta boleh tunggu kita, tapi harga rumah RM200,000 tahun ni, takkan tunggu kita. Tahun 2020 nanti, entah-entah dah naik menghampiri RM300,000. Harga rumah naik selalu, turun belum tentu. Kalau nak beli kereta sangat, belilah kereta patut milik yang ansuran bulanannya tak lebih 15% daripada gaji. Atau harganya tak lebih daripada gaji setahun anda.
Contoh untuk yang bergaji RM3,000 begini.
RM3,000 x 15% = RM450 Ansuran bulanan tak lebih RM450. RM3,000 x 12 = RM36,000 Harga kereta tak lebih RM36,000. Beli 2 buah apartmen dengan masing-masing ansuran RM700 dan keduanya disewakan pada kadar RM900. Dapat aliran tunai positif RM400 daripada dua rumah, boleh pakai Proton Saga Plus percuma. Nak pakai Honda City percuma macam mana pula? Ini ideanya sahaja. Jangan lurus bendul. Ambil kalkulator, kiralah sendiri.
7. ELAKKAN BELI RUMAH GABUNG GAJI SUAMI ISTERI
Setiap orang layak untuk dapat Margin of Financing (MOF) sampai 90%-100% untuk rumah pertama dan 90% untuk rumah kedua daripada bank. Bergantung jugalah kepada kekuatan kewangan dan skor kredit anda.
Bila dah selesai 4 kuota rumah dengan MOF hingga 90%-100% tu, boleh dah rasa lega. 2 rumah pembiayaan nama suami, 2 rumah pembiayaan nama isteri.
Jadi, selepas tu kena kerja kuat lagilah untuk beli rumah lain lagi sebab MOF dah jadi 70% untuk rumah ketiga dan seterusnya. Secara asasnya, anda perlu menyediakan baki 30% daripada harga rumah dengan duit sendiri.
8. SIMPAN DUIT DI TABUNG HAJI ATAU ASB SECARA KONSISTEN
Kalau masih bujang, simpanlah 50% daripada gaji anda tu. Kalau gaji anda RM2,000 belanjalah macam orang biasa gaji RM1,000. Baki lagi RM1,000 masuk tabung. Kalau dah berkeluarga, cuba simpan 30% gaji ya. Gaji suami tambah gaji isteri RM4,000. Belanja RM2,800 simpan RM1,200.
Kenapa simpan kat Tabung Haji dan ASB? Sebab Tabung Haji ada dividen 5%, ASB pula dividen 7.25%.
9. MULAKAN SIMPANAN TABUNG RUMAH WALAU MASIH BELAJAR
Masa kat universiti lagi dah boleh mula usaha beli rumah. Duit PTPTN dan biasiswa jangan guna semua, laburkan kat ASB dan Tabung Haji. Buatlah bisnes atau kerja part-time di KFC ke, Domino’s Pizza ke, Home Tutor ke. Mula dari bawah, biar penah rasa jadi kuli. Taklah asyik nak meninggi diri. PTPTN dan biasiswa jangan dihabiskan beli iPhone.
10. CARI KERJA TETAP YANG STABIL SECEPAT MUNGKIN
Orang bijak, sibuk berebut-rebut nak cari kerja cepat. Baik fikir macam mana nak bayar balik hutang PTPTN. Dan takyahlah teringin nak lepak kat rumah dulu sebulan dua. Terus cepat-cepat cari kerja. Ini zaman, siapa cepat dia dapat. Kau lambat, kau melopong.
Cari kerja yang berstatus tetap. Kalau kerja kontrak berjangka masa pendek, bank susah nak beri pembiayaan perumahan.
Sumber: Gila Hartanah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/10-cara-miliki-4-buah-rumah-sebelum-30-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Transformasi Bak Istana Mewah Dato Rizalman Ibrahim Miliki Rumah Impian Selepas 30 Tahun

Transformasi Bak Istana Mewah Dato Rizalman Ibrahim Miliki Rumah Impian Selepas 30 Tahun

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 357 hits
Dato Rizalman Ibrahim merupakan nama yang cukup terkenal dengan hasil rekaan busana yang sering menjadi pilihan ramai selebriti terkenal tanah air Namun sselain daripada rekaan busana yang memukau beliau juga sering menjadi buah mulut orang...
Ada Orang Salahguna Nama Gambar Saya Remaja Tampil Nafi Nak Miliki Iphone Sebelum Kiamat

Ada Orang Salahguna Nama Gambar Saya Remaja Tampil Nafi Nak Miliki Iphone Sebelum Kiamat

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 385 hits
Ada orang salahguna nama gambar saya Remaja tampil nafi nak miliki iPhone sebelum kiamatSusulan viral rakaman skrin perbualan seorang individu yang mahu memiliki iPhone sebelum kiamat pemilik gambar sebenar telah membuat laporan polis dan m...
Dr Reisa Bocorkan Rahasia Agar Anak Cerdas Saat Sebelum Usia 5 Tahun

Dr Reisa Bocorkan Rahasia Agar Anak Cerdas Saat Sebelum Usia 5 Tahun

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 328 hits
Masa balita adalah masa yang penting bagi perkembangan kecerdasan anak Di usia tersebut anak akan banyak belajar dari lingkungan sekitar melalui permainan dan eksplorasi Hal ini disampaikan oleh dokter yang juga menjadi seleb bunda yakni Re...
Simak 5 Untung Rugi Sebelum Memilih Beli Rumah Subsidi

Simak 5 Untung Rugi Sebelum Memilih Beli Rumah Subsidi

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 239 hits
Rumah subsidi memang bisa dijadikan solusi untuk mendapatkan hunian Hal ini disebabkan karena harganya cukup murah syarat untuk mendapatkannya pun terbilang cukup mudah terutama bagi mereka Masyarakat Berpenghasilan Rendah Membeli rumah jen...
Ini Bukan Rumah Tapi Tempat Sampah Viral Budak 12 Tahun Tinggal Sendirian Menarik Perhatian Ramai

Ini Bukan Rumah Tapi Tempat Sampah Viral Budak 12 Tahun Tinggal Sendirian Menarik Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 449 hits
Ini Bukan Rumah Tapi Tempat Sampah Viral Budak 12 Tahun Tinggal Sendirian Menarik Perhatian Ramai Saya terkejut apabila melihat sendiri rumah didiami kanak kanak berusia 12 tahun ini yang ternyata tidak sesuai dan tidak selamat untuk didiam...
Tiga Tahun Guru Oku Menyisih Diri Sebelum Bangkit Semula

Tiga Tahun Guru Oku Menyisih Diri Sebelum Bangkit Semula

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 394 hits
KUANTAN Dunia Mohd Huzairee Ahmad seakan terhenti seketika apabila beliau disahkan lumpuh kedua dua belah kaki pada usia 23 tahun akibat terjatuh semasa memanjat pokok rambutan Mohd Huzairee 43 berkata keterujaannya untuk bergelar guru juga...
Mensos Sebut Cara Perangi Hoaks Adalah Dengan Saring Sebelum Sharing

Mensos Sebut Cara Perangi Hoaks Adalah Dengan Saring Sebelum Sharing

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 287 hits
Saya orang Islam bohong itu dilarang Apalagi menyebarkan kebohongan fitnah Kita harus memerangi hoaks salah satu caranya adalah dengan cara saring sebelum sharing pungkasnya
Pokok Tumbang Hempap Dua Buah Rumah

Pokok Tumbang Hempap Dua Buah Rumah

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 370 hits
Beberapa buah kenderaan di sekitar Lembah Klang turut alami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang EDDY HAMIDI 04 April 2019 8 56
Cara Yang Betul Simpan Stock Ubat Di Rumah

Cara Yang Betul Simpan Stock Ubat Di Rumah

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 557 hits
Sudah menjadi kebiasaan untuk kita menyediakan bekalan ubat di rumah sebagai salah satu keperluan kesihatan Namun tahukah anda bagaimana cara penyimpanan ubat yang sebetulnya Ada pelbagai cara simpanan yang biasanya boleh dilihat di rumah A...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan