Tiga Tahun Guru Oku Menyisih Diri Sebelum Bangkit Semula



KUANTAN - Dunia Mohd Huzairee Ahmad seakan terhenti seketika apabila beliau disahkan lumpuh kedua-dua belah kaki pada usia 23 tahun akibat terjatuh semasa memanjat pokok rambutan.

Mohd Huzairee, 43, berkata keterujaannya untuk bergelar guru juga direntap sekelip mata kerana beliau semasa itu sedang menanti penempatan praktikal bagi melengkapkan kursus perguruan di Maktab Perguruan Pulau Pinang.

"Saya aktif dalam sukan bola sepak dan aktiviti olahraga...luluh hati apabila diberitahu kaki tidak lagi berfungsi. Bagaimana saya mahu menyepak bola

"Semuanya hilang sekelip mata sehingga saya tidak mahu lagi menonton perlawanan bola sepak. Saya menyisih diri kerana tidak tahu bagaimana mahu meneruskan kehidupan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Huzairee menambah tragedi yang berlaku pada Disember 1999 juga menyebabkan ikatan pertunangannya terlerai, sekali gus membuatkan beliau tidak mahu kembali ke maktab perguruan untuk mengambil barang peribadinya. 

Bagaimanapun, kejadian melihat ibunya Jamaliah Suri, 62, menangis mengenangkan masa depan beliau menjadi titik perubahan kepada dirinya supaya tidak lagi 'meratap kekurangan diri, sebaliknya bangkit mencari semangat'.

"Saya kalah melihat air mata emak, saya mula mempersoal diri sampai bila mahu begini Lebih dua tahun saya mengabaikan diri dan mengecewakan orang yang terdekat walaupun mereka tidak merungut.

"Perlahan-lahan saya cuba untuk kembali melibatkan diri dengan masyarakat. Alhamdulillah rezeki saya pada tahun awal 2002 saya mendapat peluang kedua untuk bergelar pendidik apabila diminta menghadiri temu duga semula," katanya.

Anak jati Felda Mempaga 1 di Bentong dekat sini, berkata beliau bagaimanapun diuji sekali lagi pada sesi temu duga itu apabila seorang daripada penemuduga mempersoalkan kemampuannya untuk mengendalikan murid dalam keadaan berkerusi roda.

"Saya beritahu padanya tidak mengapalah jika saya tidak layak. Rupanya beliau hanya menguji dan berkata jika saya tidak boleh berhadapan soalan itu, bagaimana saya hendak berdepan realiti yang lebih kasar," katanya.

Kecekalan Mohd Huzairee berbaloi apabila beliau secara rasminya bergelar guru pada Ogos 2002 dan kini berkhidmat sebagai guru muzik, sejarah dan pendidikan seni di Sekolah Kebangsaan Felda Mempaga 2, Bentong.

Mohd Huzairee bertemu jodoh dengan Siti Nur Azizah Mohd Noor Yusof, 35, pada tahun 2006 dan suri hatinya menjadi inspirasi kepadanya untuk lebih berusaha membaiki kehidupan sehingga boleh memberi motivasi kepada insan senasib.

Katanya, setakat ini beliau telah menerima lapan anugerah termasuk Anugerah Khas OKU Cemerlang yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Pahang di sini, hari ini.

Beliau juga merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali iaitu 2018 dan 2008, Anugerah Khas sempena Hari Guru peringkat Pahang (2005), Anugerah Guru Cemerlang kategori Kurang Upaya peringkat negeri (2009), Guru Cemerlang Kurang Upaya peringkat Kebangsaan (2010) dan Anugerah Khas sempena Konvensyen Institut Pendidikan Guru (2015).

"Saya harap mereka yang senasib dengan diri saya untuk tidak hanya melihat kepada kekurangan yang ada. Kita kena berani mencabar diri kerana kita tidak tahu di mana rezeki kita. Lawan apa juga halangan yang ada," katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/04/tiga-tahun-guru-oku-menyisih-diri.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak 15 Tahun Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat Tiga Gara Gara Ayah Tak Bagi Main Game

Budak 15 Tahun Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat Tiga Gara Gara Ayah Tak Bagi Main Game

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 542 hits
Kita selalu marah anak kalau dorang buat benda yang kita tak suka atau larang tapi tak pernah terlintas dalam fikiran kita yang ia boleh buat anak sampai bunuh diri Namun ini apa yang berlaku pada keluarga dari Taiwan Menurut Ceritanya buda...
Dilarang Orang Tua Main Pubg Remaja 16 Tahun Gantung Diri

Dilarang Orang Tua Main Pubg Remaja 16 Tahun Gantung Diri

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 423 hits
Seorang remaja berusia 16 tahun asal India nekat mengakhiri hidup Dia gantung diri setelah dilarang oleh orang tuanya bermain PUBG
Asus Memperkenalkan Tiga Buah Paparan Skrin Gaming Dengan Sokongan Nvidia Gsync Dan Kadar Segar Semula 165hz

Asus Memperkenalkan Tiga Buah Paparan Skrin Gaming Dengan Sokongan Nvidia Gsync Dan Kadar Segar Semula 165hz

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 331 hits
ASUS ialah sebuah syarikat teknologi yang cukup terkenal dengan peranti peranti gaming mereka termasuklah komponen komputer laptop paparan skrin aksesori komputer dan sebagainya Terkini mereka telah melancarkan tiga buah monitor gaming baru...
Nikah Tiga Atau Empat Tahun Lagi

Nikah Tiga Atau Empat Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 272 hits
Ironi langkah demi langkah disusun rapi tanpa sekelumit rasa jemu bagi memastikan tugu dirinya terus ampuh dan kekal diterima bakat seninya dalam kanvas nyanyian Meskipun percubaaannya pernah nenemui jalan buntu atau bahasa mudahnya titik n...
Sebelum Jatuh Ke Pelukan Syahrini Ini Tiga Mantan Kekasih Reino Barack

Sebelum Jatuh Ke Pelukan Syahrini Ini Tiga Mantan Kekasih Reino Barack

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 299 hits
Sebelum resmi menikah dengan Syahrini setidaknya Reino Barack pernah tiga kali gagal menjalin kasih dengan tiga wanita cantik
Anak Aku Bekas Banduan Tiga Tahun Tak Melawat Di Penjara Inilah Wajah Anak Ketiga Erma Fatima

Anak Aku Bekas Banduan Tiga Tahun Tak Melawat Di Penjara Inilah Wajah Anak Ketiga Erma Fatima

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 1940 hits
Selepas tular di Instagram mengenai anak ketiga Erma Fatimah yang baru sahaja pulang ke pangkuannya malam tadi pengarah drama tersebut sekali lagi memuat naik kapsyen panjang lebar mengenai anaknya itu Anak Aku Bekas Banduan Tiga Tahun Tak ...
Murid 12 Tahun Dukung Rakan Oku Ke Sekolah Setiap Hari Sejak 6 Tahun Lalu

Murid 12 Tahun Dukung Rakan Oku Ke Sekolah Setiap Hari Sejak 6 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 482 hits
The ReporterKata orang tiada apa yang mustahil sekiranya anda mempunyai sahabat yang baik menyokong anda di kala anda menghadapi kesusahan Seorang murid lelaki OKU di China mampu mengikuti rutin harian persekolahan selama enam tahun tanpa m...
Tiga Murid Maut Guru Wanita Cedera

Tiga Murid Maut Guru Wanita Cedera

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 428 hits
KOTA TINGGI Tiga murid Sekolah Menengah Kebangsaan Lukman Hakim Felda Lok Heng maut apabila kereta Proton Wira dinaiki mereka bersama seorang guru wanita terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di laluan Kota Tinggi Bandar ...
18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Build A Strong Brand Identity Startup

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Perseus Cw Zon Reimagines The Yamaha Xv1000

Grok Ai Makin Pintar Berkat Update Grok 3 Bisa Digunakan Dengan Gratis

How Safe Are Helicopter Sightseeing Tours

Accident Di Highway Sarapan Hari Ini

Buat Kerja Tak Clean La G Dragon Tak Sengaja Dedah Hubungan Dengan Sana Twice