10 Cara Buat Duit Dari Rumah Semasa Pkp
10 Cara Buat Duit Dari Rumah Semasa PKP | Fadzi faham ramai yang terkesan dengan situasi pandemik Covid19 sekarang. Ada yang mula dikenakan status 'Unpaid Leave' ataupun terus dibuang kerja. Ramai juga kawan-kawan Fadzi di Facebook yang mengadu tentang kehilangan kerja dan status cuti tanpa gaji mereka.
Dalam keadaan PKP ini, kita perlu berfikir dengan cara yang baru untuk menjana pendapatan. Bak kata Perdana Menteri, the 'new normal'. Bagi Fadzi, yang Fadzi akan share ini bukanlah perkara baru untuk Fadzi sebab selama ini memang Fadzi buat kerja dari rumah saja.
10 Cara Buat Duit Dari Rumah Semasa PKPDi bawah ini Fadzi kongsikan beberapa cara untuk korang jana pendapatan dari rumah saja. Antara pekerjaan yang korang boleh lakukan untuk buat duit sempena PKP ini adalah:
1. Ghostwriter Berdasarkan pengalaman Fadzi sendiri menjadi seorang ghostwriter, kerjaya ini semakin hari semakin diterima ramai. Antara pekerjaan yang korang boleh lakukan adalah menulis artikel untuk blog atau website, menulis copywriting, sales letter, ebook dan buku fizikal.
Untuk bermula sebagai ghostwriter tidak susah, cuma korang perlu pandai mencari client. Korang juga perlu tebalkan muka untuk bertanya kepada bakal-bakal klien sama ada mereka berminat untuk mendapatkan servis korang.
2. Affiliate Fadzi juga giat mempromosi produk-produk orang lain sama ada produk fizikal ataupun produk digital. Yang penting korang perlu faham tugas sebagai seorang affiliator adalah lebih kepada mencadangkan dan bukannya menjual.
Korang boleh meletakkan link di dalam website, blog, media sosial ataupun di mana-mana aplikasi mesej. Mudah dan tak terhad. Yang Fadzi boleh cadangkan adalah cuba cari program affiliate yang boleh beri pulangan sekurang-kurangnnya RM10 setiap produk. Kalau kurang daripad itu, rasanya kurang berbaloi.
3. BloggerSebelum menjadi ghostwriter dan membuat affiliate, Fadzi bermula dengan. Melalui blog, Fadzi dapat menjana duit melalui iklan Adsense, link affiliate, paid review dan menjual servis yang Fadzi buat.
Selain menjana duit, percayalah dengan menulis yang baik-baik di blog, korang insyaAllah boleh mendapat saham untuk akhirat juga. Di samping berblog untuk dapat duit, cuba menulis untuk memberi kemudahan dan kebaikan kepada pembaca. InsyaAllah Allah akan balas dengan kebaikan.
4. YoutuberMedia sosial Youtube kini makin mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia. Ramai antara kita yang mencari video-video kemahiran ataupun langkah demi langkah membuat sesuatu. Korang boleh buat duit dengan menjadi Youtuber melalui affiliate, iklan Adsense, paid review ataupun korang boleh menjual barang-barang atau servis korang sendiri melalui video-video yang korang buat di Youtube.
Fadzi sendiri pernah merasa duit yang dijana melalui pengiklanan di video Youtube channel sebelum mereka strict kan rules 4000 jam tontonan dan 1000 subscribers.
Photo by Ben Kolde on Unsplash5. Tawarkan Kemahiran Korang Korang ada kemahiran seperti penguasaan bahasa asing, rekaan grafik atau menulis? Atau kemahiran seperti membaiki mesin basuh, laptop dan telefon pintar? Tawarkan kemahiran korang kepada orang yang memerlukan. Promosikan kemahiran korang di media sosial.
Korang boleh mulakan dengan bertanya kepada mana-mana business owner sama ada mereka memerlukan servis yang korang tawarkan. Contohnya Fadzi sebagai seorang ghostwriter akan bertanyakan kepada business owner yang memerlukan khidmat penulisan copywriting atau penulisan artikel di website mereka.
6. Online InstructorSelain daripada menawarkan servis kemahiran kepada orang lain, korang ada cara yang lain untuk 'menjual' skill yang korang ada. Korang boleh buat kelas secara online untuk mengajar kemahiran itu.
Ramai yang mahu belajar perkara baru waktu PKP ini. Terutamanya yang diberikan cuti tidak berbayar pada masa ini. Dan mereka nak belajar kemahiran yang mereka boleh gunakan untuk menjana pendapatan sampingan. Gunakan peluang ini untuk 'menjual' kemahiran yang korang ada.
7. Jual Makanan Secara OnlineMenurut Neil Patel, antara 5 industri yang meningkat naik semasa pandemik Covid19 adalah makanan, kesihatan, media, kewangan dan farmasi. Apa yang kita boleh dapati daripada maklumat ini?
Ya, gunakan kesempatan ini untuk menjual makanan. Dan pastikan korang promosikan bisnes secara online kerana dalam waktu PKP, bisnes seperti ini lebih mudah convert. Tapi pastikan makanan yang korang jual tu sedap dan bersih ya.
8. Buat DropshipJika korang tidak mempunyai produk makanan sendiri, tak mengapa. Korang boleh buat dropship produk makanan orang lain. Selain daripada makanan, korang juga boleh memilih untuk buat dropship produk-produk selain daripada makanan.
Bagi yang masih tidak tahu, dropship ini maksudnya korang hanya promosikan produk orang lain, ambil order dan bayaran daripada pembeli. Korang hantarkan order beserta bayaran yang telah ditetapkan kepada penjual dengan kadar yang tertentu. Penjual akan membungkus dan menghantar produk yang telah dibeli oleh pembeli.
9. Jadi RunnerWaktu-waktu PKP ini, tak ramai orang yang nak keluar rumah termasuklah untuk membeli barang-barang dapur atau membeli makanan. Gunakan kesempatan ini untuk korang tawarkan diri menjadi runner kepada mereka.
Korang boleh cas sama ada melalui cas penghantaran, cas upah atau korang mark up kan sedikit harga-harga barang yang korang beli tu. Semuanya bergantung kepada korang macam mana nak cas.
10. Product PhotoshootBagi yang mahir mengambil gambar, korang boleh tawarkan untuk mengambil gambar produk kepada product owner. Product owner boleh pos saja produk kepada korang. Kemudian korang ambil gambar di rumah. Apabila sudah siap, hantar hasil kepada mereka melalui email atau Telegram.
Masih banyak bisnes produk yang berjalan sekarang. Malah ada bisnes yang melonjak naik disebabkan oleh PKP terutamanya industri pemakanan. Jadi, peluang untuk product photoshoot memang ada.
Bagi yang terkesan dalam keadaan sekarang, korang boleh cuba beberapa pilihan pekerjaan secara online yang saya senaraikan di atas. Fadzi harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu korang mendapatkan idea bagaimana untuk menjana pendapatan di waktu kritikal ini.
Fadzi doakan jugak agar korang dilimpahkan rezeki yang banyak dan mampu menghadapi dugaan dalam situasi getir sekarang ini. InsyaAllah semuanya akan berlalu dan kehidupan kita semua akan lebih baik dari sebelumnya. Aminn.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fadzirazak.com/2020/04/10-cara-buat-duit-dari-rumah-semasa-pkp.html