1 Hingga 11 Semuanya Boy Jangan Stres Kalau Sederet Anak Lelaki Kisah Ibu Ini Menginspirasikan


Menjadi kebiasaan masyarakat kita, apabila pasangan memiliki anak lelaki, antara soalan yang sering ditanya bila pula nak memiliki cahaya mata perempuan.
“3 orang semua boy. Bila pula nak dapat gegirl ni?”
“Kamu ni kena ada anak perempuan, barulah boleh nak tolong-tolong kat dapur bila besar nanti.”

Kalau anak berderet sama jantina, maka makin banyak akan menerima soalan-soalan dan ayat seumpama ini.
Buat mama papa, jangan mengeluh dan berputus harapan. Kisah yang dikongsikan bapa ini yang menceritakan kembali perjuangan ibunya membesarkannya dan 15 adik beradik yang lain sungguh memberikan inspirasi.
Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa.
1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.
Ada orang rasa stress dan sedih bila beranak 5 orang sederet lelaki. Mak saya rilek je dapat 11 anak semua lelaki .
Alhamdulillah walaupun hidup sangat susah, kesemua 16 beradik berjaya sambung pelajaran ke universiti.
AYAH DISERANG STROKE DAN LUMPUH
Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke-16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150.
Mak besarkan kami 16 beradik dan dalam masa yg sama uruskan ayah yg lumpuh dengan hanya 150 ringgit sebulan. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah..semua rezeki dari Allah.
ANAK-ANAK BERDIKARI
Allah bagi “rezeki” kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.
Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.

Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.
Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.

MAK TAK PERLU KELUH KESAH DEPAN ANAK
Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.
Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring..sangat meruntun jiwa.
Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.
MEMASAK DENGAN DAPUR KAYU JIMAT GAS
Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.
Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.
Foto: http://chequesuechekgu.blogspot.com “TIDAK GUNA BELAJAR TINGGI DAN PANGKAT TINGGI TAPI SOLAT JEMAAH TIDAK DIJAGA”
Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, “tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga”. Arwah ayah memang sangat menekankan amalan agama.
Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.
ANAK LELAKI PERLU DIBIASAKAN SOLAT BERJEMAAH
Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.
Sekarang bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.
– Ditulis oleh anak ke-11, Mohd Yazid Ismail.
Mohd Yazid bersama isteri dan anak-anak. Ini kisah survival keluarga suami saya.
Saya copy & paste untuk bagi semangat kepada ibu-ibu yang tengah struggle.
Kita ibubapa di zaman yang penuh cabaran ni kena ambil pengajaran dari kisah mereka. Solat jemaah kena betul-betul jaga supaya tenang hidup di dunia dan akhirat.
Sumber: Widyana Ali
Artikel berkaitan: [Tak Kisah Cuti Setahun Asalkan Isteri Menyusu Kembar. Kisah Pengorbanan Suami Ini Menyentuh Hati] [Mak Pegang Mop, Anak Pun Sibuk Nak Mop. Jangan Rimas, Biar Dia Belajar] [Lebih Setahun Ekzema Bergantung Ubat, Saeed Makin Pulih Lepas Ibu Amal Pemakanan Sihat]
The post “1 Hingga 11 Semuanya Boy.” Jangan Stres Kalau Sederet Anak Lelaki, Kisah Ibu Ini Menginspirasikan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/1-hingga-11-semuanya-boy-jangan-stres-kalau-sederet-anak-lelaki-kisah-ibu-ini-menginspirasikan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Malas Waktu Hamil Ibu Bersenam Buat Anak Aktif Dalam Perut

Jangan Malas Waktu Hamil Ibu Bersenam Buat Anak Aktif Dalam Perut

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 318 hits
Mungkin sesetengah wanita hamil menganggap waktu mengandung untuk berehat Tidak boleh bergerak aktif atau terlalu lasak dikhuatiri memberi kesan kepada kandungan Sebenarnya jika seseorang wanita hamil itu aktif dan banyak bersenam sewaktu m...
Jangan Kata Ibu Bersalin Czer Manja Tak Terhapus Dosa Selamatkan Anak Hampir Lemas Lagi Penting

Jangan Kata Ibu Bersalin Czer Manja Tak Terhapus Dosa Selamatkan Anak Hampir Lemas Lagi Penting

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 594 hits
Isu tentang bersalin secara pembedahan caesarean atau normal ini selalu diperdebatkan Kebanyakan orang suka menghukum cara ibu bersalin caesarean ini kononnya tak tahan sakit dan tak terhapus dosa Walhal tujuan utamanya ialah menyelamatkan ...
Nak Anak Pandai Ibu Pun Ajar Sama Jangan Harapkan Cikgu Semata Mata

Nak Anak Pandai Ibu Pun Ajar Sama Jangan Harapkan Cikgu Semata Mata

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 1249 hits
Tertarik untuk menemu ramah ibu ini kerana teruja melihat usahanya menghiasi salah satu bilik di rumah sebagai ruang pembelajaran anaknya di salah sebuah grup mengemas di Facebook Susun aturnya terletak kemas dan ditanda agar memudahkan ana...
Mama Boleh Tak Belikan Adik Smiggle Didik Anak Jangan Bermegah Dengan Kemewahan

Mama Boleh Tak Belikan Adik Smiggle Didik Anak Jangan Bermegah Dengan Kemewahan

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 372 hits
Hari ni mama berlumba lumba nak penuhi permintaan anak Belikan beg bekas air bekas pensil dan pelbagai aksesori berjenama Tak salah pun jika berkemampuan namun janganlah didik anak kita untuk bermegah megah dengan orang lain yang tidak mamp...
Tak Tahu Cerita Jangan Buat Andaian Sendiri Bapa Jawab Kecaman Bawa Anak 4 Bulan Masuk Dusun Sampai Ditimpa Durian

Tak Tahu Cerita Jangan Buat Andaian Sendiri Bapa Jawab Kecaman Bawa Anak 4 Bulan Masuk Dusun Sampai Ditimpa Durian

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 486 hits
Malang tak berbau bayi 4 bulan ditimpa durian sewaktu ibunya Norfarahana Baharuddin sedang bawa anaknya itu bersiar siar Bila diceritakan hal ini ke media sosial ramai warganet yang mengecam ibu bapa bayi ini kerana bawa anak mereka di temp...
Orang Tua Jangan Merasa Aman Ketika Anak Diam Di Rumah Terus

Orang Tua Jangan Merasa Aman Ketika Anak Diam Di Rumah Terus

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 312 hits
Orangtua jangan senang jangan merasa aman kalau anaknya di rumah terus di kamar terus kata Lies Rosdianty Asisten Deputi Pemenuhan Hak Sipil Informasi dan Partisipasi Anak KPPPA
Jangan Desak Saya Kongsi Kisah Cinta

Jangan Desak Saya Kongsi Kisah Cinta

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 299 hits
Terbuka berkongsikan hubungan cintanya dengan pelakon Mimi Lana bagaimanapun Syafiq Kyle meminta semua pihak menghormati kehidupan peribadinya dan tidak mendesak untuk terus The post appeared first on
Jangan Anggap Saya Seperti Anak Patung Sultan Johor Akhirnya Bersuara Kerana Hal Ini

Jangan Anggap Saya Seperti Anak Patung Sultan Johor Akhirnya Bersuara Kerana Hal Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 690 hits
SULTAN IBRAHIM SAYA BUKAN KOLONEL KOMANDAN YANG BOLEH DIANGGAP SEPERTI PATUNG Jangan Anggap Saya Seperti Anak Patung Sultan Johor Akhirnya Bersuara Kerana Hal Ini
Ibu Hamil Jangan Buat 7 Kerja Rumah Ini Boleh Beri Kesan Negatif Pada Kehamilan Dan Bayi Anda

Ibu Hamil Jangan Buat 7 Kerja Rumah Ini Boleh Beri Kesan Negatif Pada Kehamilan Dan Bayi Anda

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 659 hits
Ramai yang tahu menjaga kehamilan mungkin satu perkara yang agak rumit tambah tambah lagi awal kehamilan anak pertama Tidak dinafikan mengandung adalah perkara yang paling menggembirakan bagi pasangan yang berkahwin Lebih lebih lagi kandung...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pill Box

Selamat Tinggal 0176076730

Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord