Mama Boleh Tak Belikan Adik Smiggle Didik Anak Jangan Bermegah Dengan Kemewahan


Hari ni mama berlumba-lumba nak penuhi permintaan anak. Belikan beg, bekas air, bekas pensil dan pelbagai aksesori berjenama. Tak salah pun jika berkemampuan, namun janganlah didik anak kita untuk bermegah-megah dengan orang lain yang tidak mampu.
Kita sebagai ibu bapalah perlu berperanan untuk mendidik anak kita sejak kecil. Perkongsian wanita bernama Liyana Nazli ini memang menarik. Banyak benar dalam kata-kata dan perkongsiannya beliau.
Smiggle dan At-Takathur 
“Hari tu ayah saya bawak saya tidur hotel. Best… ada swimming pool!”
“Jomlah naik kereta saya. Best tau, kereta saya ada TV. Ada video kartun. Kereta ayah awak ada?”

Berdesing telinga, berdarah-darah rasa hati bila dengar ayat tu keluar daripada mulut anak sendiri masa bersembang dengan kawan-kawannya. Eh, ibu tak ajar tau awak eksyen dengan kawan macam ni? Huk!
Nak jegil mata dari jauh pun dia bukannya faham. Sebab dia tak rasa dia sedang buat satu kesalahan pun. Jadi kita yang dewasa inilah perlu tegur dan beritahu. Maka saya biarkan dulu. Saya rancang nanti ada peluang bersendiri dengan dia, saya akan tegur.
Suatu malam saya sedang tasmi’ hafazan surah lazimnya. Malam itu giliran Surah At-Takathur. Lepas dia habis tasmi’ saya ajak dia baca maksud surah itu. Saya hulur terjemahan Al-Quran dan minta dia bacakan sendiri maksudnya.
‘Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. Sehingga kamu masuk ke dalam kubur.’

Ayat pertama dan kedua surah tersebut. Saya tanya dia apa maksudnya bermegah-megah. Dia cakap tak tahu. Saya terangkan bermegah-megah itu sifat menunjuk-nunjuk kelebihan diri, sentiasa mahu lebih daripada orang lain dengan niat berlumba-lumba. Tak kiralah lebih dari segi harta ke, kepandaian ke, keturunan ke… Saya bagi contoh dengan meniru semula ayatnya kepada kawan sebelum itu. Dia tunduk. Mungkin mula rasa bersalah.
“Ayyash rasa, kenapa bermegah-megah tu melalaikan? Angkat bahu. Tak tahu.
“Sebab bila kita duk sibuk hitung kelebihan harta kita, kehebatan diri kita, kita tak kisah dah pasal orang sekeliling kita kan? Mereka mungkin tak mampu pun nak ada apa yang kita ada. Mereka mungkin nak makan pun tak cukup, apa lagi nak pergi tidur hotel macam Ayyash. Ayyash tahu tak balasan orang yang suka bermegah-megah?”
Dalam ayat seterusnya Allah cerita, balasan untuk orang yang bermegah-megah dengan dunia sehingga lalai untuk kejar akhirat ni, tempatnya di neraka Jahiim. Saya hanya sebut sepintas lalu sahaja ayat itu kepada anak. Tidak terlalu ditekankan. Belum sesuai lagi. Cukuplah dia tahu perbuatan bermegah-megah itu suatu perbuatan yang Allah tegah. Yang saya tekankan ialah ayat terakhir. Yang lebih dekat dan sesuai dengan jiwanya yang masih amat muda.

‘Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).’
“Nanti kat akhirat Allah tanya, Ayyash buat apa dengan kelebihan yang Allah bagi pada Ayyash. Allah bagi Ayyash hidup senang, Ayyash ada tolong orang tak? Allah bagi Ayyash pandai, Ayyash ada guna untuk Islam tak?”
Makin tunduk kepalanya. Aduh! Rasa bersalahlah pulak! Maaflah, tapi ibu perlu tegur awak masa awak masih kecil ni. Nanti dah besar, dah jadi buluh lagi susah nak dibetulkan. Tak mahulah ada mindset ‘alah… budak memang macam itu. Kecik lagi, tak apa.’ Sedar tak sedar yang kita duk pandang kecil itu tadi, tiba-tiba dah besar dah.
Megah Dengan Kemewahan
_________________________________________________________
Musim-musim orang duk bincang pasal patut dak beli Smiggle yang mahal kat anak-anak ni mengingatkan saya kepada perbualan di atas dengan Ayyash.
Saya rasa masalahnya bukan pada barang mewah tu. But how you carry yourself when you have something that others don’t have. Do you carry yourself with pride or you stay humble? You’ll stay humble no matter how valuable your possessions, as long as the world is only in your hand. Not your heart. Anda akan gunakan kelebihan yang ada untuk bantu orang lain yang kekurangan.

Dan dalam keadaan anda tak memiliki apa yang orang lain ada, bagaimana anda menanggapi kelebihan yang ada pada orang lain. Will you be happy for them? Or do you envy them? Ada hasad tak? Hasad ni ialah dia tak suka orang ada lebih, tapi dia tak mahu pun kelebihan orang tu. Lebih teruk, dia akan cuba hilangkan kelebihan yang ada pada orang tu. Bahaya orang yang ada hasad dalam hati ni. Allah sebut dalam surah Al-Falaq untuk kita berlindung daripada mereka yang hasad ni.
Kita nak anak kita tahu yang harta kemewahan ni tak memberi nilai pada diri seseorang sebab Allah tak pandang pun semua tu. Jadi soalannya, macam mana kita nak ajar anak yang dunia itu hanya di tangan, jangan sampai masuk ke dalam hati?
Sebab kita yang dewasa ni pun kadang-kadang confuse dengan perkara ni. Kita sendiri pun tanpa sedar nilai orang lain dengan neraca dunia. Dia kerja bagus dak, dia ada banyak duit dak, rumah dia besar dak….dan macam-macam lagi. Huuu…
Anak kita ialah cerminan diri kita. Dalam duk besarkan anak-anak ni banyak sebenarnya muhasabah diri sendiri. Sobs!
Kredit: Liyana Nazli
The post “Mama Boleh Tak Belikan Adik Smiggle”, Didik Anak Jangan Bermegah Dengan Kemewahan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mama-boleh-tak-belikan-adik-smiggle-didik-anak-jangan-bermegah-dengan-kemewahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mama Adik Panaslah Makan Tempat Ada Aircond Boleh Tak Hati Hati Takut Anak Terkena Rich Kid Syndrome

Mama Adik Panaslah Makan Tempat Ada Aircond Boleh Tak Hati Hati Takut Anak Terkena Rich Kid Syndrome

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 426 hits
Tak salah nak manjakan anak tapi jangan sampai berlebih lebihan Anak kecil kita memang tak pernah tahu mengenai barangan berjenama mahal dan makan tempat mewah tapi kitalah yang didik mereka bimbang anak tak cantik atau tak selesa ketika ma...
Kaki Ayam Jangan Buang Mama Boleh Sediakan Sup Kaki Ayam Untuk Tingkatkan Antibodi Anak

Kaki Ayam Jangan Buang Mama Boleh Sediakan Sup Kaki Ayam Untuk Tingkatkan Antibodi Anak

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 418 hits
Kita selalu abaikan bahagian kaki ayam kerana merasakan kurang enak Hakikatnya bahagian inilah yang paling berkhasiat buat semua terutama anak kita Bagi ibu yang ada masalah anak kerap sakit atau kurang berat badan baik sediakan stok sup in...
Mama Jangan Cepat Bebel Bila Anak Tak Fokus Mudah Mengamuk Beri Anak Kita Masa Otaknya Tak Sama Dengan Kita

Mama Jangan Cepat Bebel Bila Anak Tak Fokus Mudah Mengamuk Beri Anak Kita Masa Otaknya Tak Sama Dengan Kita

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 400 hits
Berbuih mulut mama suruh buat itu dan ini bagi arahan untuk mandi dan uruskan diri sendiri tapi anak buat buat tak dengar saja Geram dan naik darah juga ibu dibuatnya Kalau sekali mungkin tak mengapa tapi berkali kali Ibu mana yang boleh be...
Kanak Kanak 1 Tahun Meninggal Dunia Kerana Asap Rokok Ingat Jangan Cium Dan Peluk Anak Selepas Merokok

Kanak Kanak 1 Tahun Meninggal Dunia Kerana Asap Rokok Ingat Jangan Cium Dan Peluk Anak Selepas Merokok

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 379 hits
Anak 1 Tahun Pergi Kerana Asap Rokok Ingat Jangan Cium Dan Peluk Anak Selepas Merokok Apa Relx Alpha Buat Sampai 50 000 Perokok Berhenti Merokok Pilihan Menarik dan Selamat Untuk Perokok Sebagai seorang perokok adakah anda mempunyai perasaa...
Khusyuk Je Dia Susun Viral Gambar Bapa Gigih Kumpul Duit Syiling Belikan Telefon Impian Anak

Khusyuk Je Dia Susun Viral Gambar Bapa Gigih Kumpul Duit Syiling Belikan Telefon Impian Anak

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 693 hits
Seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja demi memberi keselesaan dan kemudahan untuk keluarga yang tercinta Biarpun kemampuan terbatas mereka akan tetap berusaha keras dalam menyediakan keperluan yang terbaik buat anak anak Inilah yang dil...
Dah Bagitahu Nenek Tapi Tak Nak Percaya 6 Tahun Anak Kena C Bul Dengan Ayah Sebab Janji Nak Belikan Handphone

Dah Bagitahu Nenek Tapi Tak Nak Percaya 6 Tahun Anak Kena C Bul Dengan Ayah Sebab Janji Nak Belikan Handphone

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 375 hits
Sebagai seorang remaja yang berumur 13 tahun pada zaman moden ini handphone merupakan hadiah paling bernilai bagi mereka kan Disebabkan itu bapa durjana ni tergamak gunakan taktik ini sebagai umpan untuk melempiaskan nafsunya Nenek tak pern...
Mummy Tak Boleh Mati Tau Diana Amir Terharu Bila Anak Tunjukkan Rasa Sayang

Mummy Tak Boleh Mati Tau Diana Amir Terharu Bila Anak Tunjukkan Rasa Sayang

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 320 hits
Kita sebagai ibu sentiasa tunjukkan rasa sayang kepada anak Cium dan peluk anak hari hari Malah perkataan sayang sentiasa bermain di mulut ucapkan setiap pagi Malah tak pernah terlepas walau sekali Itulah wanita bergelar ibu Namun bila anak...
Jangan Marah Anak Tak Tentu Pasal Kenali 5 Punca Anak Jadi Nakal

Jangan Marah Anak Tak Tentu Pasal Kenali 5 Punca Anak Jadi Nakal

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 462 hits
Setiap ibu bapa pastinya menunggu nunggu tumbesaran anak pastinya sewaktu proses membesarlah akan wujud satu perasaan gembira dalam kalangan ibu bapa Mereka pada usia seawal 3 tahun sudah pandai menguruskan diri sendiri Namun seawal usia me...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran