1 Day Trip Pulau Perhentian Snorkeling Pulau Perhentian Pakej Murah Pulau Perhentian


Assalamualaikum semua. Snorkeling Pulau Perhentian. Kami plan nak pergi Terengganu before PKP lagi. Semua homestay dengan snorkeling dah book. Takkan tak pergikan. Lagipun teringin nau nak pergi jalan2 kat Terengganu lagi2 Pulau Perhentian. Masa kami pergi tu kerajaan tak announce lagi PKP..tapi covid time tu tengah hot. Korang ingat tak seawal2 covid kat Malaysia tetiba meningkat mendadak. Hari kedua kami dekat Terengganu baru tahu yang kerajaan akan start PKP on 18/3. 


Owner homestay dan owner tourist pun dah tanya nak cancel or nak continue. Alang2 dah bayar teruskan saja. Kami bertolak ke Terengganu pada 16/3. Kami start snorkeling keesokan harinya. Tengah naik bot bos call bagitahu ofis tutup, kami punya leave pun cancel sebab dah start PKP. Mujurlah kami sempat merasa snorkeling kat Pulau Perhentian. Dan nasib baik kami just ambil 1 Day Trip sahaja.





Kenapa kami ambil 1 Day Trip. Sebab kami tak suka sangat duduk lama-lama kat pulau. 1 Day pun dah cukup round pulau2 tu. Lagipun tak ada menarik sangat cuma ada beach dan balik bilik jer haha.


Kami ambil 1 Day Trip Pulau Perhentian ni kat facebook. Masa tu search lah kat facebook kalau ada pakej murah Pulau Perhentian. Kami dapat ambil pakej promo 1 pax RM80 adult RM60 kids. Pakej ini termasuk lunch. 





Kami dah tak sabar nak pergi snorkeling. Macam hebat sangat bunyinya kan haha. Sampai kat Kuala Terengganu, check in homestay, terus pergi survey Jetty Kuala Besut dan cari kedai tourist yang kami ambil pakej snorkeling tu. Tak jauh pun dari homestay kami tu. 


Homestay Murah Kuala Besut klik SINI


Kami kena berada di tempat tourist tu seawal 8 pagi untuk bayar full dan ambil tiket snorkeling/boat/lunch. Dekat 1 jam jugalah kami tunggu boat. Mujur kami dah makan pagi kat homestay. Dah penuh passenger baru boat bergerak. Laju jugaklah abang boat tu bawa. Laut dia jangan habaq lah. Cantik tapi ombak kuat giler. Melompat kami dalam boat. Takut pun ada. Anak2 tak habis2 menjerit. Kami pun menjerit sama sambil berzikir.





Sampai satu beach, kami diarahkan terjun. Ha.Aku terkejut depa suruh terjun. Rupanya ini merupakan pit stop snorkeling pertama. Hari tu aku rasa nak menangis sebab..apa gilakah suruh kita terjun tengah2 laut ni..pi lah tambat boat tu kat tepi pantai sikit. Ni kalau aku terjun ni..mau aku tenggelam. Ingat aku terer berenang ke. Terus aku tengok laki aku. Laki aku tengok aku. Anak2 aku semua dah terjun. Depa takpelah..pandai berenang. 








Nak tak nak aku pun terjunlah. Aku yakin takanlah boleh tenggelam siap ada safety jaket ngan google semua lengkap. Aku pun terjun meninggalkan laki aku. Memang aku tenggelam bergolek-golek aku dalam laut tu. Adalah selambak air laut masuk dalam mulut aku. Pedih tau kena air garam kat mata. Aku terampung kat tengah laut. Jenuh aku jerit panggil anak2 aku. Weii tolong mama. Tarik ke tepi haha. Lepas aku dah rasa selamat dan boleh berdiri, aku nampak laki aku gelisah. Nak tak nak dia pun terjun sekali dengan si kecik. Dia pun sama juga terminum air laut. Bergolek2. Haha






Apalah depa ni suruh snorkeling kat sini. Apa pun tak nampak. Ingatkan nampaklah coral ke ikan ke. Ni nampak pasir jer haha. Lepas dalam setengah jam kat situ. Depa suruh naik boat. Ajer giler depa suruh pi kat boat yang kat tengah laut jer. Jenuhlah heret bebudak tu. Aku berpaut lengan laki aku. Sampai kat tengah2 laut tu adik tourist tu tolong aku heret sampai kat tepi boat. Dahlah aku ni berat..jenuh gak lah aku nak naik tangga boat yang naik turun dipukul ombak. Aduih..lecehlah.

Lepas tu kami dibawa ntah ke mana sampailah pit stop 2. Tengah laut juga. Depa suruh terjun haha. Aku taubat dah nak terjun. Laki aku pun takmau. Sebab memang tengah laut. Laut pun bergelora satu macam. Anak bujang aku jer yang turun. Aku tak bagi anak perempuan aku pi sebab macam tak yakin depa boleh snorkeling dengan air laut macam tu huhu. Aku kagum dengan anak teruna aku. Hari tu memang hari dialah. Sebab semua pit stop dia terjun. 





Pit stop 3 barulah laki dan anak2 aku terjun kecuali aku dengan si kecil. Kat sini baru nampak coral dan ikan warna warni. Lama jugaklah depa snorkeling kat sini. Satu boat adalah 3 atau 4 family. Kesian kat anak2 sebab tak bawa food dalam boat. Bawa sebotol air jer. Manalah tau depa heret waktu lunch pukul 2 huhu. Kelaparan anak2 aku. Mujurlah ada satu hamba Allah ni baik hati bagilah anak2 aku makan keropok dan roti. 


Lepas tu adik boat tu bawalah kami ke satu pit stop. Depa suruh kami turun. Aku tercenganglah kenapa kami kena turun, yang lain tak?Oh rupanya kami satu family jer yang ada ambil pakej lunch. So kami kena drop kat sini untuk makan lunch. Nanti dalam sejam lebih diorang akan mai balik utk pickup





Punyalah kami lapar tak keharuan, sekali tanya owner cafe tu lunch apa, terus depa kata lupa nak siapkan. Aduii mak oii biar betul. Jawabnya depa buat apa yang ada jer lah. Lunch kami hari tu nasi, ikan goreng, telor dadar ngan sayur. Nasib ada sambal belacan. Habis licin semua sebab lapar. Haha. Habis makan kami mandi laut pulak sambil tunggu adik boat tu sampai. Lama juga. Depa kata 1 jam jer..ni nak dekat 2 jam. Anak2 aku dah merengek nak balik. Jemu kut duduk lama haha. Terus aku telefon tourist tu. Tak sampai 15minit ada boat lain yang ambil kami balik. Time balik tu fuhyoo laut punya kuat ombak tak tau nak cakap apa. Seriau. Alhamdulilah selamat sampai jetty. Tak sabar nak mandi makan2 semua. Huhu









Ini adalah pengalaman terakhir kut kami snorkeling sebab tak best pun haha. Aku rasa mereka yang pandai berenang dan suka aktiviti ni bolehlah pergi. Aku kena repeat pergi Terengganu ni sebab tak puas jalan2. Dan next time maybe aku amik pakej round2 island jer. Ok ni kami share pakej yang kami ambil kat adik tourist ni. Boleh pergi kat facebook beliau Pakej Cuti Murah Dewi Aleeya 

Keesokannya kami pergi mendaki Bukit Keluang. Korang boleh baca klik SINI














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.eldarwena.com/2020/08/1-day-trip-pulau-perhentian-snorkeling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Percutian Murah Di Pulau Tioman

Pakej Percutian Murah Di Pulau Tioman

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 720 hits
Assalammualaikum dan salam sejahtera Kata orang Jauh berjalan luas pandangan yang bermaksud semakin banyak kita mengembara maka semakin banyaklah pengalaman yang ditimba Oleh itu ada orang yang suka melancong ke luar negara untuk melihat bu...
Tips Bercuti Di Pulau Perhentian Bak Maldives Malaysia

Tips Bercuti Di Pulau Perhentian Bak Maldives Malaysia

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 580 hits
Bak Kata Nitizens yang Pulau Perhentian ini bak Maldives malaysia Ye ke Betul ke Basically kalau dari KL ada 3 option RECOMMENDED Bas Standard bus RM44 40 46 atau nak selesa saya suka amik business class bus RM49 90 sebab beza sikit jeee Bi...
Pengalaman Kehidupan Desa Di Banghuris Homestay Senarai Pakej Dan Aktiviti

Pengalaman Kehidupan Desa Di Banghuris Homestay Senarai Pakej Dan Aktiviti

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 675 hits
Selalu kalau orang sebut homestay apa yang korang faham sekarang ni definisi homestay tu orang dah sama kan dengan konsep Airbnb Yang jenis kita sewa satu rumah duduk ramai ramai kan Tapi konsep sebenar homestay ialah kita menumpang menjadi...
Orang Asal Tak Dilupakan 74 Kampung Dapat Manfaat Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin

Orang Asal Tak Dilupakan 74 Kampung Dapat Manfaat Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 347 hits
SHAH ALAM 9 OGOS Sebanyak 5 941 keluarga Orang Asal seluruh negeri mendapat manfaat pakej rangsangan ekonomi Selangor Prihatin fasa kedua berikutan ancaman Covid 19 Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata pihaknya sentiasa membe...
Terokai Hutan Hujan Tropika Resorts World Genting Melalui Pakej Fun Nature

Terokai Hutan Hujan Tropika Resorts World Genting Melalui Pakej Fun Nature

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 554 hits
Bagi mereka yang berada di rumah selama berbulan bulan perubahan pemandangan menanti kerana Resorts World Genting menawarkan Pakej Fun Nature dengan harga istimewa dari RM125 setiap orang berdasarkan perkongsian berkembar Pakej ini menjanji...
Johor Datang Dengan Pelbagai Pakej Ayob Khan

Johor Datang Dengan Pelbagai Pakej Ayob Khan

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 285 hits
JOHOR BAHRU Johor datang dengan pelbagai pakej begitu jawapan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika ditanya mengenai cabaran beliau memimpin Kontinjen Johor dalam menjaga keamanan dan mengekang penularan pelbagai aktiviti j...
Cara Beli Kuota Internet Belajar Online Murah Telkomsel Indosat Xl Axiata Dkk

Cara Beli Kuota Internet Belajar Online Murah Telkomsel Indosat Xl Axiata Dkk

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 292 hits
Di masa pandemi virus corona saat ini berbagai operator seluler di Indonesia seperti Telkomsel Indosat Ooredoo XL Axiata dan Tri mengeluarkan sejumlah paket khusus untuk membantu para siswa belajar online di rumah Paket ini diharapkan bisa ...
Gbp Usd Laporan Cot 17 Ogos Dolar As Sekali Lagi Mengalami Masa Yang Sukar Ekonomi As Memerlukan Pakej Bantuan Kewangan

Gbp Usd Laporan Cot 17 Ogos Dolar As Sekali Lagi Mengalami Masa Yang Sukar Ekonomi As Memerlukan Pakej Bantuan Kewangan

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 338 hits
GBP USD 1H Selamat sejahtera pedagang Pada carta setiap jam harga pasangan GBP USD melakukan kenaikan ke sempadan atas koridor Oleh itu pertama kita mempunyai koridor mendatar untuk kedua pasangan yang paling menarik iaitu tidak ada aliran ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan