Zuraida Jangan Pilih Bulu Ambil Tindakan Terhadap Ahli


MALAYSIAKINI   
PKR tidak boleh mengamalkan sikap pilih kasih dalam mengambil tindakan terhadap ahli yang melanggar undang-undang, kata naib presidennya Zuraida Kamaruddin.

Ia susulan pemecatan dua anggotanya iaitu bekas setiausaha politik Menteri Kerja Raya Baru Bian, Zakaria Abd Hamid dan Ismail Dulhadi, yang diumumkan pengerusi lembaga disiplin parti Ahmad Kassim.

Menyifatkan tindakan itu sebagai "reformasi membawa rebah", Zuraida mempersoalkan anggota lain yang turut didakwa melanggar undang-undang seperti kes pergaduhan dan rasuah ketika pemilihan.

"Jika benar ada saranan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk parti politik mengambil tindakan terhadap anggota yang masih tak dibuktikan bersalah di mahkamah, maka parti wajib juga mengambil tindakan terhadap anggota yang jelas melanggar undang-undang negara.

"Ia seperti kes pukul, samseng, meminta rasuah semasa pemilihan parti dan beberapa kes lagi yang sememangnya diketahui umum," katanya dalam kenyataan.

Pada 10 September lalu, pengerusi PKR Perak dan juga setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak ditahan polis untuk membantu siasatan kes serangan di Ampang.
Zakaria Abd HamidDalam kenyataan semalam, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata parti itu mendapat surat daripada SPRM pada 23 Oktober 2019 yang menasihati untuk meneliti dakwaan terhadap dua ahli mereka.

"Lembaga disiplin mencadangkan keanggotaan kedua-dua anggota ini dikenakan tindakan pemecatan serta-merta, dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) setuju dengan cadangan dari lembaga disiplin tersebut," katanya.

Zuraida dalam kenyataannya turut mengecam tindakan itu dan menggesa reformasi kepimpinan dilakukan segera terhadap parti itu.

"Pemecatan itu hanya mendatangkan tanda tanya apakah ia dilakukan dengan memilih bulu? Memandangkan hanya individu tertentu yang dilihat berpihak kepada pimpinan tertentu saja diambil tindakan.

"Saya mengecam tindakan pilih bulu yang dilakukan parti dan menggesa reformasi kepimpinan dilakukan segera, jika parti ini ingin diselamatkan," katanya yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Siasatan SPRM terhadap Zakaria dibuat susulan laporan yang difailkan oleh penyelaras Pemuda PKR (AMK), Ahmad Syukri Che Ab Razak pada September tahun lepas.

Beliau yang juga ketua PKR cabang Bera, dikatakan telah menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan berjumlah sekurang-kurangnya RM300,000 dalam satu pertemuan dengan pemimpin tempatan pada 1 Sept, ketika beliau bertanding kerusi majlis kepimpinan pusat PKR.

Dalam responsnya semalam, Zakaria mendakwa beliau tidak pernah dipanggil untuk membela diri berhubung pertuduhan rasuah terhadapnya dan akan menunggu penjelasan rasmi berkenaan perkara itu.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PKR Nazree Yunus turut mengecam pemecatan itu dan berkata ia telah mengabaikan prinsip dan idealisme parti.

"Tambah sedih lagi, keputusan itu di ambil pada hari yang sama presiden PKR (Anwar Ibrahim) mempertegas kembali idealisme dan slogan ‘reformasi’ di Konvensyen Reformis," katanya dalam kenyataan.

Katanya, tindakan memecat Zakaria dan Ismail tanpa memanggil mereka untuk membela diri menunjukkan prinsip "yang sarat dalam pengertian reformasi telah dibakulsampahkan," katanya yang turut membangkitkan beberapa anggota lain yang berdepan isu undang-undang tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan.

"Saya mengecam keras keputusan parti dan mendesak parti segera bermuhasabah untuk mengembalikan PKR kepada asas perjuangannya," katanya lagi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/zuraida-jangan-pilih-bulu-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zuraida Kecam Pkr Pilih Bulu Pecat 2 Ahli

Zuraida Kecam Pkr Pilih Bulu Pecat 2 Ahli

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 314 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mengecam tindakan berani partinya memecat Ahli Majlis Pimpinan Pusat Zakaria Abdul Hamid dan seorang lagi ahli di Pahang yang disifatkannya pilih bulu Saya katakan berani kerana tindakan ini benar benar ...
Jika Tidak Pilih Bulu Zuraida Pun Patut Dipecat Juga

Jika Tidak Pilih Bulu Zuraida Pun Patut Dipecat Juga

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 596 hits
Walaupun tidak menghadiri mesyuarat MPP PKR semalam Zuraidah Kamaruddin terus membebel melalui media berhubung keputusan yang dibuat oleh parti itu Semalam PKR membuat keputusan memecat dua ahlinya temasuk seorang Ahli MPP Zakaria Abdul Ham...
Ahli Parlimen Dap Minta Sprm Jangan Terpengaruh Cakap Pm

Ahli Parlimen Dap Minta Sprm Jangan Terpengaruh Cakap Pm

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 282 hits
Ramkarpal SinghKUALA LUMPUR Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa menteri menteri Kabinet boleh memberikan kontrak sangat mengejutkan dan tersasar jauh daripada prinsip reformasi yang dipegang oleh Pakatan Harapan kata Ah...
Kumpulan Yang Bawa Masuk Abu Mayat Chin Peng Percaya Ph Takkan Ambil Tindakan Terhadap Mereka

Kumpulan Yang Bawa Masuk Abu Mayat Chin Peng Percaya Ph Takkan Ambil Tindakan Terhadap Mereka

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 656 hits
Penyelaras kumpulan yang membawa pulang abu mayat Chin Peng untuk ditabur di Perak Chai Kan Fook 81 berkata sebaik saja abu mayat itu tiba di Ipoh mereka telah menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang Katanya abu mayat i...
Akhirnya Tiada Apa Apa Tindakan Terhadap Mb 39 Undi

Akhirnya Tiada Apa Apa Tindakan Terhadap Mb 39 Undi

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 299 hits
Tiada apa apa tindakan diambil oleh Bersatu terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berhubung kenyataan kontroversinya yang menyebut saya seorang diri terkontang kanting berlawan dengan puak puak DAP Ini berikutan mesyuarat Majlis P...
Pemerintah Minta Masyarakat Jangan Pandang Negatif Terhadap Utang

Pemerintah Minta Masyarakat Jangan Pandang Negatif Terhadap Utang

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 239 hits
Utang negara merupakan salah satu hal yang kerap menjadi sorotan masyarakat Utang yang terus bertambah selalu dicap sebagai hal yang negatif oleh publik Wakil Menteri Keuangan Suahasil Nazara meminta agar masyarakat jangan menstigmatisasi u...
Mt Umno Tidak Masuk Campur Tindakan Disiplin 17 Ahli Parlimen

Mt Umno Tidak Masuk Campur Tindakan Disiplin 17 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 316 hits
MALAYSIADATELINE Sebarang tindakan disiplin terhadap 17 Ahli Parlimen Umno yang mengadakan pertemuan sulit dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hanya boleh diambil oleh Jawatankuasa Displin parti Naib Presiden Umno ...
R4yuan Dit0lak Ini Hukum4n Yang Akan Dikenakan Terhadap Farid Kamil

R4yuan Dit0lak Ini Hukum4n Yang Akan Dikenakan Terhadap Farid Kamil

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 240 hits
Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil terpaksa mer3ngkok dalam p3njara sejak Khamis lalu selepas r4yuannya untuk mengetepikan hvkuman p3njara selama sembilan bulan dit0lak M4hkamah Tinggi di sini R4yuan Dit0lak Ini Hukum4n Yang Akan Dikena...
Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Drama Pasca Kau Pergi

Dapat Hadiah Beg Cantik Dari Blogger Kak Sa

Resipi Pan Mee Homemade Mudah Hanya Guna 3 Bahan