“Pemecatan itu hanya mendatangkan tanda tanya apakah ia dilakukan dengan memilih bulu?“Memandangkan hanya individu tertentu yang dilihat berpihak kepada pimpinan tertentu saja diambil tindakan.“Saya mengecam tindakan pilih bulu yang dilakukan parti dan menggesa reformasi kepimpinan dilakukan segera, jika parti ini ingin diselamatkan.“Jika benar ada saranan daripada SPRM untuk parti politik mengambil tindakan terhadap anggota yang masih tak dibuktikan bersalah di mahkamah, maka parti wajib juga mengambil tindakan terhadap anggota yang jelas melanggar undang-undang negara,” tegas beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menolak bebelan Zuraidah dengan mengatakan beliau akan memahami pemecatan itu jika hadir mesyuarat MPP semalam.“Saya rasa kalau beliau hadir mesyuarat Biro Politik dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat semalam, maklumat penuh disampaikan kepada kami. Ia cukup jelas untuk tindakan tersebut (pecat) diambil.“Jadi saya tegaskan sekali lagi, semua pimpinan lain hendaklah peringatkan diri sendiri untuk sentiasa hadir mesyuarat.“Gunakan platform pertemuan parti untuk bincangkan perkara-perkara ini, bukannya keluarkan kenyataan melalui media,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.Dalam hal ini, harus difahami bahawa urusan parti adalah kuasa peringkat tertinggi iaitu MPP membuat keputusan setelah diperbincangkan dengan mendalam.Sebab itu, menghadiri mesyuarat adalah penting.Maka, kalau MPP boleh membuat keputusan memecat ahli yang rasuah, bagaimana dengan mereka yang sengaja tidak hadir mesyuarat tanpa sebab selama setahun lamanya?Lepas itu, sudahlah tidak hadir mesyuarat, kuat pula membebel dan menentang keputusan parti di luar mesyuarat?Apakah orang seperti ini tidak boleh dipecat juga daripada PKR?Kalau tidak dipecat, bukankah bermakna PKR telah pilih buli dan bersikap tidak adil, sedangkan peraturan juga menetapkan mereka yang tidak hadir tidak kali berturut-turut tanpa sebab turut boleh dipecat?Tidakkah Zuraidah sendiri tidak suka PKP bersikap tidak adil dan pilih bulu? (ShahbudinHusin 25/11/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |