Selain menerima bantahan daripada DAP dan PKR Perak, Lim Guan Eng turut menyuarakan rasa tidak senang dengan kenyataan Peja itu.Pada sidang akhbar selepas mesyuarat MPT Bersatu petang tadi, Tun Mahathir turut mempertahankan Peja dan berkata MB itu terpaksa menjelaskan situasi sebenar di Perak kepada sekumpulan nelayan di Tanjung Piai yang ditemuinya baru-baru ini sewaktu berkempen bersama calon PH, Karmaine Sardini.“Dia berhadapan dengan nelayan yang begitu agresif. Jadi mereka (nelayan) menganggap PH ini dikuasai oleh DAP, jadi dia terangkan walaupun dia seorang sahaja dan yang lain banyak DAP di Perak tetapi dia tetap jadi MB dan masih menguasai kerajaan.“Dia perlu jelas perkara itu kerana orang itu (nelayan yang ditemuinya) sangat ekstrem pandangan dia,” tambah Tun Mahathir.Tun Mahathir yang merupakan Pengerusi PH juga menegaskan tiada keperluan bagi Peja untuk memohon maaf kepada sesiapa berhubung kenyataannya.Nampaknya kes Peja ini selesai begitu saja, tidak seperti Ronnie Liu yang menerima surat tunjuk sebab daripada DAP berhubung kenyataannya berkaitan Bersatu dan Tun Mahathir.Puas hatikah Guan Eng dan DAP Perak dengan keputusan Bersatu terhadap Peja ini? (ShahbudinHusin 11/11/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |