Zuraida Bakal Dipecat Daripada Bersatu



Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mengadakan perbincangan berhubung isu pemecatan ahlinya Zuraida Kamaruddin dan individu lain dalam parti itu yang didakwa terlibat dengan Parti Bangsa Malaysia (PBM).
PBM merupakan parti politik baru dan ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pemimpin PKR yang sehaluan dengan anggota Zuraida Kamaruddin itu
Perbincangan itu disahkan Anggota MPT Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman yang memberitahu Malaysiakini isu berkenaan dibangkitkan dalam mesyuaratnya pada 25 Januari lalu.
Bagaimanapun katanya, setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat sementara menunggu siasatan lanjut oleh parti.
“Isu itu disentuh semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang terkini, memandangkan Datuk Zuraida dilihat mempunyai penglibatan dalam pembentukan PBM, sama ada secara langsung atau tidak.
“Sebab, boleh dikatakan semua pengikutnya menyertai PBM, dan dia sendiri juga tidak menyatakan pendiriannya mengenai perkara itu sama ada secara terbuka atau kepada MPT.
“Tetapi ia hanya dibincangkan. Belum ada keputusan konkrit lagi. Perkara itu masih dalam siasatan,”
Zuraida, merupakan menteri industri perladangan dan komoditi, yang juga bekas naib presiden PKR.
Dia dipecat daripada parti pimpinan Anwar Ibrahim itu berikutan peranannya dalam Langkah Sheraton yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PH, dua tahun lalu.
Dia kemudiannya menyertai Bersatu bersama bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali, yang turut dipecat PKR kerana peranannya dalam menumbangkan kerajaan PH.
Kedua-dua mereka kemudiannya dilantik menganggotai MPT Bersatu.
Sejak itu, Zuraida dikhabarkan merancang menubuhkan parti politik baru. Khabar angin itu semakin kuat apabila beberapa bekas pemimpin PKR yang sehaluan dengan Zuraida dan Azmin mengasaskan PBM pada akhir tahun lalu.
Pada Disember lalu, bekas setiausaha politik Zuraida, Nor Hizwan Ahmad mengumumkan keluar dari Bersatu untuk menyertai PBM dan membawa bersama 53,000 ahli Penggerak
Komuniti Negara (PKN), sebuah NGO yang dikaitkan dengan Zuraida.
Sementara itu Faiz berkata mesyuarat MPT Bersatu juga membincangkan tindakan yang perlu diambil terhadap tokoh lain dalam Bersatu yang terlibat dengan PBM, dan mereka yang telah berpaling tadah tetapi masih memegang jawatan dalam kerajaan yang mereka perolehi atas tiket Bersatu.
“Semua ini akan diteliti oleh Jawatankuasa Pengurusan Parti di bawah Datuk Seri Faizal sebagai pengerusinya, jika ada laporan daripada akar umbi,” katanya merujuk kepada timbalan presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.
Mengenai Zuraida, Faiz berkata MPT Bersatu akan menyerahkan isu itu kepada Biro Disiplin dan Biro Politik parti.
“Secara peribadi, saya melihat beliau tidak lagi mempunyai sebarang kesetiaan kepada Bersatu dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin (Yassin). Saya berkata ini berdasarkan maklumat dalaman yang saya terima mengenainya.
“Ini berdasarkan maklumat dari dalam yang saya dapat mengenainya, dari ahli MPT sendiri yang berkomunikasi dengannya,” tambah Faiz.
Namun kata Faiz, dia berpendapat Zuraida juga perlu dipanggil untuk menjelaskan pendiriannya.
Katanya, semua dakwaan terhadap Zuraida dan pihak lain yang terbabit dalam isu PBM perlu disiasat supaya ada bukti yang jelas.
Zuraida bakal dipecat daripada Bersatu
Baca Artikel Menarik:
Fatin penyelam komersial yang ‘rare’, pendapatan lumayan Bapa bonceng jenazah anak 70 KM, tak mampu bayar ambulans Perogol tertangkap selepas pesan kebab Tiada istilah payung emas, ia hadis palsu Anak Shuib jawab mengenai ibu tiri Fakta Perceraian Siti Saleha dan Ahmad Lutfi Lelaki ditahan rogol adik kandung Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu? Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’? Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

The post Zuraida bakal dipecat daripada Bersatu appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/02/zuraida-bakal-dipecat-daripada-bersatu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Split On Axing Zuraida Over Pbm Links Says Source

Bersatu Split On Axing Zuraida Over Pbm Links Says Source

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 209 hits
Zuraida Kamaruddin speaking at Bersatu s national congress in August 2020 shortly after joining the party PETALING JAYA Bersatu leaders are said to be divided on whether to penalise Zuraida Kamaruddin after her alleged involvement with Part...
Bersatu Bakal Menjadi Janda Pas Yang Baru

Bersatu Bakal Menjadi Janda Pas Yang Baru

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 156 hits
JOHOR BAHRU Umno mempunyai sebab yang berasas untuk khuatir dengan PAS memandangkan parti itu tidak boleh kekal lama dalam kerjasamanya dengan pihak lain kata Khaled Nordin Naib Presiden Umno itu tidak hairan kenapa PAS dikatakan parti yang...
Bersatu Probing Zuraida Mulls Sacking Her Over Alleged Pbm Link

Bersatu Probing Zuraida Mulls Sacking Her Over Alleged Pbm Link

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 150 hits
Bersatu s supreme council recently discussed firing its member Zuraida Kamaruddin and others in the party over alleged involvement with Parti Bangsa Malaysia a new political outfit set up by a group of former PKR leaders known to be aligned...
Nasib Bersatu Bakal Seperti S46

Nasib Bersatu Bakal Seperti S46

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 98 hits
PAS selamatkan UMNO kini dilupakan MUHYIDDIN KHIANATI KINI DIKHIANATI Norman RadzuanBila baca artikel mengenai PAS dari hari ke hari saya mesej saudara saya yg ekstrim dgn parti agama ini utk mencari jalan pintas ke syurga langsung tidak be...
Umno Nak Bagi 4 Bersatu Nak Bagi 15 Johor Bakal Mempunyai Mb Dari Pas

Umno Nak Bagi 4 Bersatu Nak Bagi 15 Johor Bakal Mempunyai Mb Dari Pas

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 413 hits
Kejutan kejutan seperti ini sangat perlu untuk akar umbi dan tenaga kerja dari parti untuk bekerja keras
Dua Bekas Adun Dulu Lompat Tinggalkan Umno Bakal Lari Dari Bersatu

Dua Bekas Adun Dulu Lompat Tinggalkan Umno Bakal Lari Dari Bersatu

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 154 hits
SHAH ALAM Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor mengakui beberapa lagi pemimpin Bersatu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri dikatakan akan bertindak keluar parti itu mengikut jejak langkah Ketua Bersatu Bahagian Tebrau Mazlan Bujang Difa...
Zuraida Tunggu Keluar Atau Dikeluarkan Bersatu

Zuraida Tunggu Keluar Atau Dikeluarkan Bersatu

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 185 hits
Mohsin AbdullahZuraida Kamaruddin jarang make the news walaupun memegang jawatan menteri sama ada dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin mahupun Ismail Sabri Yaakob Namun bila beliau mendapat perhatian umum melalui media massa dan media sosial ...
Bersatu Sudah Lupakan Mn Apakah Pas Bakal Tinggalkan Mn

Bersatu Sudah Lupakan Mn Apakah Pas Bakal Tinggalkan Mn

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 103 hits
Presiden Bersatu Mahiaddin Md Yasin berkata beliau sudah pun melupakan keinginan untuk menyertai Muafakat Nasional atau MN yang diasaskan penubuhannya oleh UMNO dan Pas Dengan itu katanya perkara itu tidak perlu diungkit ungkit lagi Bersatu...
Selepas Lebih Setahun Dilantik Ahli Mpt Bersatu Status Zuraida Dibincang

Selepas Lebih Setahun Dilantik Ahli Mpt Bersatu Status Zuraida Dibincang

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 137 hits
FAZLI RADZIKedudukan Zuraida Kamaruddin sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia sejak September 2020 sedang diputuskan susulan didakwa terlibat dengan Parti Bangsa Malaysia Ahli MPT Bersatu Muhammad Faiz Na ama...
Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

2 Pegawai Polis Johor Terbunuh Suspek Dikaitkan Dengan Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiyah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Spring Harbor House By Johnsen Schmaling Architects In Madison Wisconsin

Pengukus Lubang Tepi

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

New Environment