Zuhairi Dakwa Dua Ahli Ppnp Bukannya Di Tahan Ceroboh Tanah Hanya Di Ambil Keterangan




KUANTAN: Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP) menyangkal tuduhan yang mengatakan dua ahlinya telah ditahan oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) atas tuduhan meneroka dan menceroboh tanah kerajaan negeri.
Pengerusi PPNP, Datuk Seri Zuhairi Ab Kadir menegaskan bahawa laporan yang disebarkan oleh sebuah portal berita adalah tidak berasas dan hanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Beliau turut menyatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh portal berita itu tidak mempunyai pengesahan rasmi dan dibuat berdasarkan laporan serta andaian sebelah pihak sahaja.
"Saya mengesahkan bahawa memang wujud dokumen urusan antara PPNP dengan kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan berkaitan permohonan pengeluaran hasil tanaman kelapa sawit di atas tanah kerajaan yang diceroboh.
"Penanaman kelapa sawit itu dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak sekian lama dan gagal ditangani.
"Namun, PPNP telah mengenal pasti identiti dalangnya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau memberitahu, maklumat terbabit telah disalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan dan siasatan lanjut.
"Justeru, PPNP akan bekerjasama dengan memberikan maklumat untuk memerangi isu pencerobohan tanah, mengakibatkan ketirisan hasil negara yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat dan pembangunan negeri ini," katanya.
Zuhairi menjelaskan, semasa petugas yang dilantik PPNP terdiri daripada jurukur tanah dan konsultan masuk ke kawasan untuk meninjau, mengenal pasti serta menanda pokok-pokok sawit yang ditanam haram bagi penyediaan kertas kerja, pihak UPNP telah hadir menyatakan menerima laporan pencerobohan tanah kerajaan.
Beliau berkata, pihak PPNP diberikan notis mengosongkan kawasan tersebut dan mengalihkan struktur binaan pagar berkunci dan pondok pekerja di kawasan itu dalam tempoh 14 hari yang akan berakhir pada 21 Jun ini.
"Sebaliknya, apa yang berlaku hari ini semasa petugas PPNP berada di kawasan tersebut untuk menyelesaikan kerja dan menurut arahan notis yang diberikan 14 hari itu yang masih berkuatkuasa.
"Pegawai UPNP yang membuat pemeriksaan telah meminta pekerja dilantik PPNP mengikut ke pejabat UPNP.
"Jadi, saya mengesahkan mereka tidak ditahan, hanya diambil keterangan," katanya.
Selain itu, Zuhairi memaklumkan UPNP turut mengambil sebuah jentera yang disewa PPNP berhampiran kawasan tersebut untuk mengalihkan pagar berkunci dan struktur binaan pondok pekerjanya sebagai bukti.
"Ini tindakan yang dianggap salah kerana PPNP mempunyai notis sehingga 21 Jun ini yang masih sah.
"Dengarlah dulu, kadang-kadang jadi pakar 'tiga minit' kemudian terus lontar di media sosial dan faktanya salah," katanya.
Beliau menambah, wakil PPNP memberikan kerjasama dengan menunjukkan dokumen permohonan 'tapping right' yang dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan serta laporan polis untuk rujukan pihak berkuasa berkenaan berhubung urusan yang dijalankan, bukan melakukan pencerobohan seperti kenyataan yang dikeluarkan.
"Penjelasan ini dibuat demi menjaga kepentingan dan imej PPNP.
"Jika masih berlarutan, PPNP tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan saman serta mengheret individu yang memutarbelitkan fakta ke mahkamah," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa isu pencerobohan tanah kerajaan negeri adalah perkara biasa dan sering dibiarkan tanpa tindakan penguatkuasaan yang tegas.
"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, sebelum ini menyatakan bahawa lebih 160,000 hektar tanah kerajaan didakwa telah diteroka di seluruh Pahang.
"Mengejutkan, data tersebut diperoleh berdasarkan pengetahuan dan semakan yang dilakukan oleh beliau sendiri.
"Penguatkuasaan untuk membanteras pencerobohan tanah dan kecurian hasil masih lemah.
"Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah juga sebelum ini bertitah bahawa aktiviti penguatkuasaan masih berada pada tahap lemah dan memerlukan penambahbaikan," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/06/zuhairi-dakwa-dua-ahli-ppnp-bukannya-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Ahli Sindiket Trojan Spymax Diekstradisi Ke Singapura

Dua Ahli Sindiket Trojan Spymax Diekstradisi Ke Singapura

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 210 hits
PETALING JAYA Polis mengekstradisi dua rakyat Malaysia ke Singapura semalam selepas disyaki menjadi ahli satu sindiket penipuan antarabangsa dikenali sebagai Trojan Spymax Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ra...
Bila Kami Jumpa G Dragon Ingatkan Bigbang Hanya Tinggal 3 Ahli Kini

Bila Kami Jumpa G Dragon Ingatkan Bigbang Hanya Tinggal 3 Ahli Kini

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 120 hits
Siapa sangka kan dari 5 ahli BIGBANG kini hanya tinggal 3 ahli sahaja Artikel Berkaitan Baru baru ini G Dragon telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Elle Korea menceritakan tentang perkembangan terkininya dan pelb...
Sprm Tahan Warga Singapura Suap 11 Penguat Kuasa Selama Dua Tahun

Sprm Tahan Warga Singapura Suap 11 Penguat Kuasa Selama Dua Tahun

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 266 hits
Ilah Hafiz Azizillahhafiz abdulaziz bh com mySuspek diiringi pegawai SPRM ketika dibawa untuk tahanan reman pagi tadiKUALA LUMPUR Seorang warga Singapura ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki membayar rasuah kepada p...
Sabrina Dakwa Tiga Pertuduhan Menduduki Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran Terhadapnya Berniat Jahat

Sabrina Dakwa Tiga Pertuduhan Menduduki Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran Terhadapnya Berniat Jahat

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 227 hits
KUANTAN Presiden Persatuan Perlindungan Warisan Semula Jadi Malaysia Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil menegaskan tiga pertuduhan terhadapnya yang didakwa menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran dibuat secara mala fide Aktivis alam sekit...
Hiburan Kain Buai Bau Hancing Cuci Botol Pakai Span Sinki Dapur Wanita Tak Tahan Kerja Di Taska Hanya Bertahan 6 Hari

Hiburan Kain Buai Bau Hancing Cuci Botol Pakai Span Sinki Dapur Wanita Tak Tahan Kerja Di Taska Hanya Bertahan 6 Hari

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 201 hits
Seorang individu tampil meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati apabila dia mendakwa sebuah taska berlokasi di Sungai Buloh telah mengabaikan kebajikan anak anak di bawah jagaan mereka Individu dakwa taska abai kebersihan Dalam hantaran ya...
Pengalaman Menonton Teater Harimau Johor Jauhar Tanah Permata

Pengalaman Menonton Teater Harimau Johor Jauhar Tanah Permata

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 431 hits
Pengalaman Menonton Teater HARIMAU JOHOR JAUHAR TANAH PERMATA Pernah Menonton Teater Aku pernah Dan bulan lepas pun baru je Menonton Teater buat Pertama Kali untuk Tahun ni Sememangnya aku berjiwa puitis Tibber Ya Kalau sebelumni aku sorang...
Puncak Haji 2024 Usai Jemaah Gelombang Pertama Mulai Kembali Ke Tanah Air

Puncak Haji 2024 Usai Jemaah Gelombang Pertama Mulai Kembali Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 184 hits
Jamaah haji Indonesia gelombang pertama mulai dipulangkan ke Tanah Air secara bergelombang mulai 22 Juni 2024
Tajikistan Tanah Air Imam Bukhari Imam Abu Hanifa Tirmidhi Abu Dawood Haramkan Hijab

Tajikistan Tanah Air Imam Bukhari Imam Abu Hanifa Tirmidhi Abu Dawood Haramkan Hijab

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 219 hits
Tajiks are a Persian speaking Iranian ethnic group native to Central Asia living primarily in Afghanistan Tajikistan and Uzbekistan Tajiks are the largest ethnicity in Tajikistan and the second largest in Afghanistan and Uzbekistan They spe...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Sinopsis Filem Mantera

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbualan Bersama Tok Wan Cucu Arwah Pak Lah Kongsi Momen Buat Ramai Menangis

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu