Sabrina Dakwa Tiga Pertuduhan Menduduki Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran Terhadapnya Berniat Jahat




KUANTAN: Presiden Persatuan Perlindungan Warisan Semula Jadi Malaysia (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil menegaskan tiga pertuduhan terhadapnya yang didakwa menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran dibuat secara mala fide (niat jahat).
Aktivis alam sekitar itu berkata demikian dalam notis usulnya untuk menggugurkan tiga pertuduhan jenayah itu di Mahkamah Tinggi Temerloh dua hari lepas.
Pada 15 Mac 2022, Shariffa Sabrina dibicarakan di Mahkamah Sesyen Raub terhadap tiga pertuduhan kerana menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran di atas tiga lot tanah di daerah itu. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada Jun tahun sebelumnya.
Tanah terlibat didakwa dijadikan resort dan untuk aktiviti perniagaan oleh Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant, Tanah Aina Fahad Glamping Resort dan Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort.
Shariffa Sabrina mendakwa pihak pendakwaan gagal mempertimbangkan bahawa mahkamah tinggi Temerloh telah membatalkan keputusan pejabat daerah dan tanah Raub (bertarikh 17 feb 2022) yang menolak permohonan Tanah Aina menduduki tanah sementara itu.
Aktivis alam sekitar berusia 62 tahun itu berkata pertuduhan itu cacat kerana pihak pendakwaan mengetahui status tanah berkaitan Tanah Aina, sekali gus melanggar Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN).
Shariffa Sabrina mendakwa responden (pihak pendakwaan) mempunyai pengetahuan bahawa permohonan dan kelulusan terdahulu bagi lesen pendudukan sementara adalah dipohon dan diluluskan di atas nama Tanah Aina Sdn Bhd dan bukan olehnya.
Dia menegaskan bahawa pertuduhan itu cacat kerana seksyen 428AA KTN jelas menyatakan bahawa sekiranya suatu kesalahan dilakukan oleh sesebuah syarikat, syarikat tersebut seharusnya dituduh dan bukannya pengarah syarikat sahaja.
"Tindakan Responden untuk memilih untuk memfailkan pertuduhan- pertuduhan tersebut terhadap Pemohon sahaja dan bukannya Tanah Aina Sdn Bhd jelas menunjukkan ‘mala fide’ Responden untuk memprejudiskan hak asasi Pemohon seperti yang diperuntukkan di bawah Fasal 5 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Menerusi notis usul yang dilihat Malaysiakini, dia memohon tiga pertuduhan jenayah itu digantung secara kekal dan sebagai alternatif untuk ia dibatalkan.
Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 425(1)(a) KTN yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun.
Shariffa Sabrina yang dibenarkan diikat jamin diwakili oleh peguam dari firma guaman Raj & Sach. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/06/sabrina-dakwa-tiga-pertuduhan-duduki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zuhairi Dakwa Dua Ahli Ppnp Bukannya Di Tahan Ceroboh Tanah Hanya Di Ambil Keterangan

Zuhairi Dakwa Dua Ahli Ppnp Bukannya Di Tahan Ceroboh Tanah Hanya Di Ambil Keterangan

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 189 hits
KUANTAN Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang menyangkal tuduhan yang mengatakan dua ahlinya telah ditahan oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang atas tuduhan meneroka dan menceroboh tanah kerajaan negeri Pengerusi PPNP Datuk Seri Z...
Etnik Rohingnya Berani Cucuk Tanam Di Tanah Kerajaan

Etnik Rohingnya Berani Cucuk Tanam Di Tanah Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 130 hits
NOR SHAFAWATI YUPPEJABAT daerah dan Tanah Seremban menjalankan operasi pembersihan di tanah kosong milik kerajaan di Taman Jujur Sikamat di sini yang dikesan digunakan etnik Rohingnya untuk bercucuk tanam Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP KOSMO S...
Dakwa Gagal Bertindak Kes Salah Guna Kuasa Perunding Koperasi Saman Kerajaan Rm5 Juta

Dakwa Gagal Bertindak Kes Salah Guna Kuasa Perunding Koperasi Saman Kerajaan Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 166 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang perunding koperasi menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi daripada kerajaan kerana gagal bertindak ke atas salah guna kuasa dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam sebuah organisasi Dalam pernyataan tun...
Berusaha Keras Dia Nak Yakinkan Inflasi Zaman Pas Jadi Kerajaan Banyak Mana Pulak Inflasi

Berusaha Keras Dia Nak Yakinkan Inflasi Zaman Pas Jadi Kerajaan Banyak Mana Pulak Inflasi

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 227 hits
MMMSSyahir macam concern betul pasal inflasi Malaysia meningkat kepada 2 0 dari pada 1 8 untuk Mei 2024 Katanya akan ada impak untuk kuasa membeli rakyat Yang dia tak cerita masa PN jadi kerajaan inflasi kita naik sampai 4 7 2 kali Mac 2021...
Dr M Pas Tak Akan Dapat Bentuk Kerajaan Sendiri

Dr M Pas Tak Akan Dapat Bentuk Kerajaan Sendiri

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 186 hits
Nicholas ChungPETALING JAYA PAS tidak akan dapat membentuk kerajaan persekutuan sendiri memandangkan popularitinya yang terhad dakwa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata PAS hanya mampu meraih undi di Kelantan Terengganu...
Fuziah Salleh Kerajaan Memberi Jaminan Tiada Kenaikan Harga Gula Di Pasaran Setakat Ini

Fuziah Salleh Kerajaan Memberi Jaminan Tiada Kenaikan Harga Gula Di Pasaran Setakat Ini

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 182 hits
NIBONG TEBAL Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga gula di pasaran setakat ini kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh Beliau menegaskan setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat di p...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew