Zikir Harian Imam Al Ghazali Panduan Zikir Isnin Hingga Ahad
Zikir Harian Imam Al Ghazali – Panduan Zikir Isnin Hingga Ahad
Zikir adalah merupakan satu perbuatan yang sangat dituntut dan digalakkan dalam Islam. Bahkan, terdapat banyak ayat al-quran yang menyentuh tentang perintah supaya kita berzikir kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman dalam ayat 41 dalam surah al-Ahzab:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya”.
Apa Itu Zikir?
Seperti yang didefinisikan oleh Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di, zikir secara umum adalah meliputi segala perkara yang mendekatkan seseorang hamba dengan Allah SWT dari segi aqidah, pemikiran, amalan hati, amalan badan atau pujian ke atas Allah atau mempelajari ilmu berfaedah atau mengajarinya atau seumpama dengannya. (Lihat Al-Riyadh al-Nadhirah, hlm. 245)
Secara khususnya pula, zikir merujuk kepada lafaz-lafaz tertentu yang disyariatkan oleh Allah SWT seperti membaca al-Qur’an, menyebut nama-nama dan sifat-sifat-Nya yang Maha Tinggi dengan bibir atau di dalam hati sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an, atau pun lafaz-lafaz yang disyariatkan menerusi lidah Rasulullah SAW yang memberi erti pujian, penyucian, pengudusan dan pengesaan terhadap Allah SWT. (Lihat Al-Zikr wa Atharuh fi Dunya al-Muslim wa Akhiratih, hlm. 17-20)
Terdapat banyak jenis zikir yang anda boleh lafazkan untuk mengingati Allah, salah satunya ialah dengan merujuk Zikir Harian Imam Al Ghazali.
Zikir Harian Imam Al Ghazali
Zikir Harian Imam Al Ghazali ini merangkumi bacaan zikir untuk setiap hari, Isnin hingga Ahad. Ini adalah merupakan amalan yang dilakukan oleh Imam Al Ghazali semasa hayatnya.
Walaupun tidak ada ayat quran mahupun hadis nabi yang menyatakan secara terang mengenai jumlah bacaan zikir secara khusus atau tertentu seperti Zikir Harian Imam Ghazali ini, namun tidak ada salahnya kita memperbanyakkan zikir setiap hari dan mencontohi perkara baik yang dilakukan oleh ulama’ selagi mana ia tidak melanggar syarak.
Zikir Hari Isnin
RUMI: Laa HawLa WaLaa Quwwata ilLaa Billahil-‘Aliyyil ‘Azimm
MAKSUD: Tiada daya dari kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung
Zikir Hari Selasa
RUMI: AllaHumMa Solli ‘Alaa ‘AbDika WaRoSuuLiKa Wa NaBiyyiKal AmiNa Wa ‘Alaa AaLihi WaSohBihi WasSalLam
MAKSUD: Ya Allah, rahmatilah ke atas Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda.
Zikir Hari Rabu
RUMI: AsTagFirulLah Hal-‘Azimm
MAKSUD: Aku memohon keampunan kepada Allah Tuhan Maha Esa
Zikir Hari Khamis
RUMI: SubHaaNallahil ‘Azimm SubHaaNallahi Wa BiHamDihi
MAKSUD: Maha Suci Allah yang Maha Agung dan segala puji hanya untuk-Nya
Zikir Hari Jumaat
RUMI: Ya Allah
Maksud: Wahai Tuhanku
Zikir Hari Sabtu
RUMI: Laa iLaaHa ilLaalLah
MAKSUD: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah
Zikir Hari Ahad
RUMI: Yaa Hayyu Yaa Qayyum
MAKSUD: Ya Allah, Tuhan Maha Hidup lagi berdiri sendiri (tidak perlu kepada pertolongan)
10 Contoh Zikir Harian
Selain Zikir harian Imam AlGhazali, berikut adalah 10 contoh zikir yang anda boleh amalkan setiap hari:
1. Zikir Tauhid/Tasyahud
2. Tahmid
3. Takbir
4. Tahlil
5. Basmallah
6. Ta’awuz
7. Hauqalah
8. Tasbih
9. Selawat
10. Istighfar
Kesimpulan
Semoga kita dapat mengamalkan zikir-zikir yang dianjurkan setiap hari dan diberikan ketenangan hati serta dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan.
RUJUKAN:
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2667
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/zikir-harian/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=zikir-harian