Ziarah Aidilfitri Tidak Dibenarkan Siapa Yang Akan Periksa Suhu Semasa Beraya Ismail Sabri



Ziarah Aidilfitri tidak dibenarkan, Siapa yang akan periksa suhu semasa beraya? - Ismail SabriMenteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri sesi Program Ruang Bicara Khas bertajuk 'Disiplin Diri, Demi Negara' terbitan Bernama TV di Wisma Bernama malam tadi. - BERNAMAZiarah Aidilfitri tidak dibenarkan

Kesukaran untuk memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan berkaitan pencegahan COVID-19, menjadi punca mengapa pulang ke kampung untuk sambutan Aidilfitri dan juga ziarah tidak dibenarkan, jelas Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Beliau akui ia satu perkara berat untuk dihadapi semua rakyat terutama yang menyambutnya, namun berbanding pasar raya sebagai contohnya, SOP itu sebenarnya lebih mudah untuk ditetapkan di premis perniagaan seperti itu.


"Sebagai contoh siapa yang nak masuk mesti beratur, jarak satu meter… penjarakan sosial mesti dijaga, sebelum masuk juga kena saring dan untuk masuk juga kena ada jumlah tertentu yang kita perlu tetapkan, jadi semua SOP itu kita jelas.


"Tetapi balik kampung siapa yang nak pantau, dalam satu rumah tiba-tiba berpeluk-peluk dengan saudara-mara, macam mana kita nak pastikan penjarakan sosial berlaku, bagaimana nak pastikan ada yang periksa suhu setiap orang yang masuk ke rumah," katanya dalam program 'Ruang Bicara' Bernama TV, yang disiarkan secara langsung, malam tadi.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, walaupun satu jawatankuasa khas telah dibentuk antara agensi kerajaan untuk memantau kepatuhan kepada SOP berkenaan, namun beliau berkata anggota yang ada, tidak mencukupi untuk memantau setiap rumah di seluruh negara.

"Jadi (pemantauan) pematuhan itu kita jangka tak dapat kita laksanakan. Jadi apa yang kita buat ini adalah untuk menjaga kepentingan semua, kita tidak mahu Aidilfitri ini menjadi satu kluster baharu, akibat raya balik ke tempat kerja bawa penularan baharu," katanya.


Bagaimanapun, katanya ia tertakluk kepada Menteri Kesihatan yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sebarang arahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung.

"Seperti saya katakan, kita akan rujuk kepada Kementerian Kesihatan, kerana Akta 342 ini adalah akta di bawah kementerian berkenaan, dan di dalam akta ini Menteri Kesihatan boleh keluarkan arahan, jadi arahan menteri pada ketika ini, tidak boleh," katanya.

Ismail berkata, walaupun ada juga beberapa pihak yang minta supaya kebenaran diberikan dengan mengenakan SOP tertentu, beliau berkata ia tidak dapat dilakukan, selagi ia diletakkan di bawah senarai terlarang.

"Selagi itu ia tidak boleh ada SOP pun, SOP hanya boleh dikeluarkan kepada senarai dibenarkan," katanya.


Pergerakan untuk hari raya antara daerah masih tidak dibenarkan kerana ia masih disenaraikan dalam perkara yang dilarang.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pada masa ini, kerajaan memang membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah tetapi ziarah untuk hari raya masih tidak dibenarkan.

Katanya, tidak semua pergerakan dibenarkan pada masa ini, begitu juga aktiviti sosial dan sukan.

"Contohnya, permainan bola sepak masih tidak dibenarkan kerana ia berada dalam senarai negatif namun sukan lain seperti badminton dan golf dibenarkan.

"Seperti diumumkan Perdana Menteri pulang ke kampung untuk berhari raya tidak dibenarkan," katanya.

Dalam perkembangan yang lain, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan menasihatkan orang ramai meneruskan kawalan kendiri walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memberi banyak kelonggaran pergerakan.

Katanya, disiplin dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat adalah terletak di tangan kita sendiri.

"Undang-undang boleh tetapkan apa saja tetapi ia terpulang kepada kita hendak patuhi undang-undang itu atau tidak. Sekarang pun ramai yang melanggar peraturan.

"Sebenarnya tanpa undang-undang pun kita boleh selamatkan diri kita sendiri. Saya suka memberi contoh seperti Taiwan, negara itu tidak pernah melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan rakyatnya tetapi menjadi negara yang paling rendah di dunia direkodkan dalam kes COVID-19 dengan enam kematian sahaja," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kebenaran untuk solat Jumaat dan tarawih di surau dan masjid, katanya setakat ini, belum lagi diputuskan sebarang keputusan mengenainya.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal agama ada membentangkan cadangan tetapi kita belum putuskan apa-apa keputusan mengenainya. Mungkin kita akan bincangkan lebih lanjut di dalam mesyuarat Kabinet.

"Cadangan itu bagaimanapun bukan mahu dilaksana dalam waktu terdekat. Jika mahu dilaksanakan pun seminggu atau dua minggu lagi. Saya kira adalah lebih baik menteri yang berkenaan mengulas mengenainya," katanya.



rePublish Update Berita MalaysiaZiarah Aidilfitri tidak dibenarkan, Siapa yang akan periksa suhu semasa beraya? - Ismail Sabri Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://malaysiaismalaysia.blogspot.com/2020/05/ziarah-aidilfitri-tidak-dibenarkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Yang Akan Periksa Suhu Semasa Beraya Ismail Sabri Tegaskan Ziarah Ketika Aidilfitri Tidak Dibenarkan

Siapa Yang Akan Periksa Suhu Semasa Beraya Ismail Sabri Tegaskan Ziarah Ketika Aidilfitri Tidak Dibenarkan

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 416 hits
Meskipun kerajaan kini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang mempunyai sedikit kelonggaran namun ziarah ketika musim perayaan khususnya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi sama sekali tidak dibenarkan Kesukaran ...
Ziarah Hari Raya Hanya Dibenarkan Pada Hari Pertama Sahaja Ismail Sabri

Ziarah Hari Raya Hanya Dibenarkan Pada Hari Pertama Sahaja Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 608 hits
Dalam sidang media Keselamatan yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi terdapat beberapa SOP yang perlu diikut oleh orang ramai terutamanya mereka yang meraikan hari perayaan kurang dari dua minggu lagi Jika sebel...
Terkini Ziarah Aidilfitri Anatara Daerah Tidak Dibenarkan

Terkini Ziarah Aidilfitri Anatara Daerah Tidak Dibenarkan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR Pergerakan untuk hari raya antara daerah masih tidak dibenarkan kerana ia masih disenaraikan dalam perkara yang dilarang Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada masa ini kerajaan memang membenarkan...
Beraya Di Rumah Pakai Kain Pelikat Ziarah Dalam Negeri Juga Tidak Dibenarkan

Beraya Di Rumah Pakai Kain Pelikat Ziarah Dalam Negeri Juga Tidak Dibenarkan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 433 hits
Sejak minggu ini kerajaan Malaysia telah melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakkan nbsp dengan membolehkan sektor sektor ekonomi mulai beroperasi Setelah daripada itu Menteri Kanan nbsp Datuk Seri Ismail Sabri turut memaklumkan b
Tiada Lagi 10km Radius Perjalanan Namun Rentas Negeri Masih Belum Dibenarkan Ismail Sabri

Tiada Lagi 10km Radius Perjalanan Namun Rentas Negeri Masih Belum Dibenarkan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 470 hits
Sebelum ini Perintah Kawalan Pergerakan 14 April lalu menetapkan had perjalanan individu yang keluar rumah dibenarkan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman Menurut peraturan itu yang dibuat di bawah subseksyen 11 Akta Pence...
Selepas 10 Mei Pergerakan Rentas Negeri Dibenarkan Untuk Kecemasan Ismail Sabri

Selepas 10 Mei Pergerakan Rentas Negeri Dibenarkan Untuk Kecemasan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 382 hits
Bagi pergerakan rentas negeri yang bermula kelmarin Polis Diraja Malaysia telah meluluskan 26 181 permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia dan 6 304 kebenaran pulang melalui borang secara manual PDRM juga telah membuka 98 sekatan jalan ra...
Pengangkutan Awam Hanya Dibenarkan Bawa Separuh Penumpang Sahaja Ismail Sabri

Pengangkutan Awam Hanya Dibenarkan Bawa Separuh Penumpang Sahaja Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 374 hits
Pengangkutan awam seperti bas dan Mass Rapid Transit hanya dibenarkan membawa separuh sahaja penumpang daripada kapasiti sebenar dalam suatu masa Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang m...
Jika Masuk Secara Haram Pati Tetap Pati Kata Ismail Sabri

Jika Masuk Secara Haram Pati Tetap Pati Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 305 hits
PETALING JAYA Tindakan undang undang yang diambil terhadap warga asing tanpa dokumen dibuat untuk memberi mesej jelas kepada masyarakat dan warga asing bahawa undang undang negara kekal berdaulat walaupun negara berdepan ancaman wabak Covid...
Nampak Menyelerakan Apabila 7 Corak Baju Batik Ds Ismail Sabri Kelihatan Seperti Makanan

Nampak Menyelerakan Apabila 7 Corak Baju Batik Ds Ismail Sabri Kelihatan Seperti Makanan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 706 hits
Baju batik Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi bahan bualan netizen kerana mengingatkan mereka mengenai keenakan pelbagai juadah Ramadan Menteri itu gemar mengenakan kemeja batik bercorak kontemporari ketika sidang media ha...
Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Metamask Security Warning

Overcoming The Funding Challenges

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masjid Nurul Huda Felda Jengka 19

Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

Ratu Elizabeth Ii Meninggal Dunia

Mindarakyat Tidak Dikemaskini Sila Ke 1 Media Https Www 1media My