Jika Masuk Secara Haram Pati Tetap Pati Kata Ismail Sabri



PETALING JAYA: Tindakan undang-undang yang diambil terhadap warga asing tanpa dokumen dibuat untuk memberi mesej jelas kepada masyarakat dan warga asing bahawa undang-undang negara kekal berdaulat walaupun negara berdepan ancaman wabak Covid-19, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata, tuduhan badan bukan kerajaan (NGO) dari dalam dan luar negara bahawa tindakan Malaysia menghantar pulang 586 warga asing tanpa dokumen zalim adalah tidak benar.

Menurutnya, layanan diberikan Putrajaya terhadap mereka semasa ditahan tetap sama seperti warga asing lain yang memiliki dokumen perjalanan sah.

“Saya hendak beritahu, status pendatang asing tanpa izin (PATI) ini sama. Bila mereka masuk, mereka bukannya dapat kebenaran masuk dan status perjalanan adalah secara haram.

“Bagi yang masuk secara haram ini tidak kiralah masuk selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) atau tidak, undang-undang kita sama sahaja.

“Kalau kata kita zalim sebenarnya tidak betul. Tindakan kita konsisten. Walaupun mereka PATI, kita jaga mereka dengan baik. Kita buat ‘swab test’ yang sama dengan rakyat Malaysia yang lain, layanan juga sama, semua dapat makanan yang sama.

“Cumanya mereka yang ada pas kebenaran, bebas bergerak untuk bekerja.

“Kita tidak boleh lepaskan mereka hanya kerana mereka datang ke dalam negara ketika Covid-19. Tidak boleh begitu, kerana akan hantar signal yang salah, bukan sahaja kepada rakyat kita yang mahukan tindakan tegas, tetapi juga kepada bakal PATI. PATI tetap PATI,” katanya dalam program Ruang Bicara Bernama, malam ini.

Terdahulu, operasi Jabatan Imigresen ke atas PATI di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Plaza City One, Malayan Mansion dan sekitar Masjid India menyaksikan 3,352 individu diperiksa.

Seramai 586 ditahan atas kesalahan imigresen dan dihantar ke depoh tahanan untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, pada masa ini Putrajaya tidak mempunyai rancangan untuk melaksanakan semula PKP di seluruh negara, seperti dilakukan dalam fasa 1 sebelum ini sekiranya berlaku penularan wabak Covid-19.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan hanya akan menumpukan langkah kawalan ke atas lokaliti yang berdepan jangkitan sahaja.

“Kalau berlaku ‘spike’ (lonjakan) melibatkan satu-satu kluster, kita akan fokuskan kepada kluster tersebut. Sekarang kita akan fokuskan kepada lokaliti. Katakan berlaku ‘spike’ di Kampung Baru, Kuala Lumpur, maka tidak perlu perketatkan sehingga ke Perlis. Jadi tidak adil kepada rakyat Perlis,” katanya.

Sementara itu, Ismail juga berkata, secara prinsipnya Putrajaya bersetuju untuk mengarahkan mana-mana organisasi ditutup sekiranya terdapat kakitangan mereka disahkan positif wabak Covid-19, bagaimanapun ia akan menunggu keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung perkara itu.

“Kita perlu dapatkan keputusan KKM, tetapi dari segi prinsipnya begitu. KKM mungkin lihat ada cara lain, mungkin ada 1 kes, maka kes itu sahaja dikeluarkan dan rawat di hospital. Walau apa pun keputusannya, kita melihat setiap satu kes (secara teliti),” katanya.

MR :  Sikap PN jelas


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/jika-masuk-secara-haram-pati-tetap-pati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Larangan Pergerakan Radius 10km Tidak Lagi Terpakai Kata Ismail Sabri

Larangan Pergerakan Radius 10km Tidak Lagi Terpakai Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 348 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakub berkata peraturan melarang orang ramai untuk bergerak melebihi radius 10 kilometer dari kediaman mereka di bawah Perintah Kawalan Pergerakan tidak lagi terpakai Namun katanya pergerakan namun rentas negeri ...
Kita Tak Kejam Mereka Ceroboh Negara Kita Pati Dicekup Ini Jawapan Ismail Sabri

Kita Tak Kejam Mereka Ceroboh Negara Kita Pati Dicekup Ini Jawapan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 342 hits
Umum sedia maklum bahawa sebelum ini dua kawasan yang diletakkan dalam zon Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketat iaitu Malaysian Mansion dan Selangor Mansion merupakan kawasan yang majoritinya warga asing Walaupun mereka diletakkan dalam ...
Hanya 400 Rakyat Malaysia Di Singapura Dibenar Pulang Setiap Hari Kata Ismail Sabri

Hanya 400 Rakyat Malaysia Di Singapura Dibenar Pulang Setiap Hari Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 297 hits
Hanya 400 rakyat Malaysia di Singapura dibenar pulang setiap hari kata Ismail Sabri
Tiada Lagi Kelonggaran Untuk Rentas Negeri Kecuali Kecemasan Dan Kematian Ismail Sabri

Tiada Lagi Kelonggaran Untuk Rentas Negeri Kecuali Kecemasan Dan Kematian Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 343 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa tiada lagi kelonggaran diberikan untuk rentas negeri kecuali kecemasan dan kematian dengan syarat ia mestilah diluluskan terlebih dahulu oleh pihak polis Kenyataan tersebut diny...
Ziarah Aidilfitri Tidak Dibenarkan Siapa Yang Akan Periksa Suhu Semasa Beraya Ismail Sabri

Ziarah Aidilfitri Tidak Dibenarkan Siapa Yang Akan Periksa Suhu Semasa Beraya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 373 hits
Ziarah Aidilfitri tidak dibenarkan Siapa yang akan periksa suhu semasa beraya Ismail SabriMenteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri sesi Program Ruang Bicara Khas bertajuk Disiplin Diri Demi Negara terbitan Bernama TV di Wisma...
Cmco Businesses In Red Zone Still Not Allowed To Operate Ismail Sabri

Cmco Businesses In Red Zone Still Not Allowed To Operate Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 336 hits
Downtown Kuching on the first day of the MCO 8211 File photo KUCHING Businesses in red zones are still not allowed to operate even during the Conditional Movement Control Order says Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Y
Jika Rakyat Ingkar Pkpb Boleh Ditamatkan Amp Kembali Kepada Pkp Ismail Sabri

Jika Rakyat Ingkar Pkpb Boleh Ditamatkan Amp Kembali Kepada Pkp Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 466 hits
Dalam sidang media Menteri Kanan Keselamatan sebentar tadi beberapa pengumuman penting telah dinyatakan Antaranya adalah berkaitan kepatuhan rakyat Malaysia dalam mengikuti SOP yang ditetapkan kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakkan...
Nampak Menyelerakan Apabila 7 Corak Baju Batik Ds Ismail Sabri Kelihatan Seperti Makanan

Nampak Menyelerakan Apabila 7 Corak Baju Batik Ds Ismail Sabri Kelihatan Seperti Makanan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 683 hits
Baju batik Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi bahan bualan netizen kerana mengingatkan mereka mengenai keenakan pelbagai juadah Ramadan Menteri itu gemar mengenakan kemeja batik bercorak kontemporari ketika sidang media ha...
Tiada Had Masa Untuk Keluar Ismail Sabri

Tiada Had Masa Untuk Keluar Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 333 hits
TIADA had masa bagi kenderaan persendirian bergerak selepas jam 10 malam termasuk dari daerah ke daerah Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan perkara itu melalui sidang media harian hari ini Melalui Perintah Kawalan Perge...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri