Siapa Yang Akan Periksa Suhu Semasa Beraya Ismail Sabri Tegaskan Ziarah Ketika Aidilfitri Tidak Dibenarkan


Meskipun kerajaan kini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mempunyai sedikit kelonggaran namun ziarah ketika musim perayaan khususnya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi sama sekali tidak dibenarkan!
Kesukaran untuk memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan berkaitan pencegahan COVID-19, menjadi punca mengapa pulang ke kampung untuk sambutan Aidilfitri dan juga ziarah tidak dibenarkan, jelas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau akui ia satu perkara berat untuk dihadapi semua rakyat terutama yang menyambutnya, namun berbanding pasar raya sebagai contohnya, SOP itu sebenarnya lebih mudah untuk ditetapkan di premis perniagaan seperti itu.
“Sebagai contoh siapa yang nak masuk mesti beratur, jarak satu meter… jarakan sosial mesti dijaga, sebelum masuk juga kena saring dan untuk masuk juga kena ada jumlah tertentu yang kita perlu tetapkan, jadi semua SOP itu kita jelas.
“Tetapi balik kampung siapa yang nak pantau, dalam satu rumah tiba-tiba berpeluk-peluk dengan saudara-mara, macam mana kita nak pastikan jarakan sosial berlaku, bagaimana nak pastikan ada yang periksa suhu setiap orang yang masuk ke rumah,” katanya dalam program ‘Ruang Bicara’ Bernama TV, yang disiarkan secara langsung, malam ini.
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, walaupun satu jawatankuasa khas telah dibentuk antara agensi kerajaan untuk memantau kepatuhan kepada SOP berkenaan, namun beliau berkata anggota yang ada, tidak mencukupi untuk memantau setiap rumah di seluruh negara.
“Jadi (pemantauan) pematuhan itu kita jangka tak dapat kita laksanakan. Jadi apa yang kita buat ini adalah untuk menjaga kepentingan semua, kita tidak mahu hari raya ini menjadi satu kluster baharu, akibat raya balik ke tempat kerja bawa penularan baharu,” katanya.
Bagaimanapun, katanya ia tertakluk kepada Menteri Kesihatan yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sebarang arahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan ini, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung.
“Seperti saya katakan, kita akan rujuk kepada Kementerian Kesihatan, kerana Akta 342 ini adalah akta di bawah kementerian ini, dan di dalam akta ini Menteri Kesihatan boleh keluarkan arahan, jadi arahan menteri pada ketika ini, tidak boleh,” katanya.
Ismail berkata, walaupun ada juga beberapa pihak yang minta supaya kebenaran diberikan dengan mengenakan SOP tertentu, beliau berkata ia tidak dapat dilakukan, selagi ia diletakkan di bawah senarai terlarang.
“Selagi itu ia tidak boleh ada SOP pun, SOP hanya boleh dikeluarkan kepada senarai dibenarkan,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Artikel berkaitan: Perjalanan Rentas Negeri Bermula Hari Ini Hingga Ahad, Ikut Pesanan PDRM untuk Perjalanan Lancar
 
 
The post “Siapa Yang Akan Periksa Suhu Semasa Beraya?” Ismail Sabri Tegaskan Ziarah Ketika Aidilfitri Tidak Dibenarkan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/siapa-yang-akan-periksa-suhu-semasa-beraya-ismail-sabri-tegaskan-ziarah-ketika-aidilfitri-tidak-dibenarkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ziarah Aidilfitri Tidak Dibenarkan Siapa Yang Akan Periksa Suhu Semasa Beraya Ismail Sabri

Ziarah Aidilfitri Tidak Dibenarkan Siapa Yang Akan Periksa Suhu Semasa Beraya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 398 hits
Ziarah Aidilfitri tidak dibenarkan Siapa yang akan periksa suhu semasa beraya Ismail SabriMenteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri sesi Program Ruang Bicara Khas bertajuk Disiplin Diri Demi Negara terbitan Bernama TV di Wisma...
Ziarah Hari Raya Hanya Dibenarkan Pada Hari Pertama Sahaja Ismail Sabri

Ziarah Hari Raya Hanya Dibenarkan Pada Hari Pertama Sahaja Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 601 hits
Dalam sidang media Keselamatan yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi terdapat beberapa SOP yang perlu diikut oleh orang ramai terutamanya mereka yang meraikan hari perayaan kurang dari dua minggu lagi Jika sebel...
Pengangkutan Awam Hanya Dibenarkan Bawa Separuh Penumpang Sahaja Ismail Sabri

Pengangkutan Awam Hanya Dibenarkan Bawa Separuh Penumpang Sahaja Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 370 hits
Pengangkutan awam seperti bas dan Mass Rapid Transit hanya dibenarkan membawa separuh sahaja penumpang daripada kapasiti sebenar dalam suatu masa Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang m...
Beraya Di Rumah Pakai Kain Pelikat Ziarah Dalam Negeri Juga Tidak Dibenarkan

Beraya Di Rumah Pakai Kain Pelikat Ziarah Dalam Negeri Juga Tidak Dibenarkan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 427 hits
Sejak minggu ini kerajaan Malaysia telah melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakkan nbsp dengan membolehkan sektor sektor ekonomi mulai beroperasi Setelah daripada itu Menteri Kanan nbsp Datuk Seri Ismail Sabri turut memaklumkan b
Selepas 10 Mei Pergerakan Rentas Negeri Dibenarkan Untuk Kecemasan Ismail Sabri

Selepas 10 Mei Pergerakan Rentas Negeri Dibenarkan Untuk Kecemasan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 377 hits
Bagi pergerakan rentas negeri yang bermula kelmarin Polis Diraja Malaysia telah meluluskan 26 181 permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia dan 6 304 kebenaran pulang melalui borang secara manual PDRM juga telah membuka 98 sekatan jalan ra...
Terkini Ziarah Aidilfitri Anatara Daerah Tidak Dibenarkan

Terkini Ziarah Aidilfitri Anatara Daerah Tidak Dibenarkan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR Pergerakan untuk hari raya antara daerah masih tidak dibenarkan kerana ia masih disenaraikan dalam perkara yang dilarang Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada masa ini kerajaan memang membenarkan...
Tiada Lagi 10km Radius Perjalanan Namun Rentas Negeri Masih Belum Dibenarkan Ismail Sabri

Tiada Lagi 10km Radius Perjalanan Namun Rentas Negeri Masih Belum Dibenarkan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 464 hits
Sebelum ini Perintah Kawalan Pergerakan 14 April lalu menetapkan had perjalanan individu yang keluar rumah dibenarkan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman Menurut peraturan itu yang dibuat di bawah subseksyen 11 Akta Pence...
Nampak Menyelerakan Apabila 7 Corak Baju Batik Ds Ismail Sabri Kelihatan Seperti Makanan

Nampak Menyelerakan Apabila 7 Corak Baju Batik Ds Ismail Sabri Kelihatan Seperti Makanan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 702 hits
Baju batik Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi bahan bualan netizen kerana mengingatkan mereka mengenai keenakan pelbagai juadah Ramadan Menteri itu gemar mengenakan kemeja batik bercorak kontemporari ketika sidang media ha...
Mb Ziarah Ismail Kamus Di Hospital Doakan Cepat Sembuh

Mb Ziarah Ismail Kamus Di Hospital Doakan Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 463 hits
SHAH ALAM 5 MEI Dato Menteri Besar meluangkan masa menziarahi pendakwah terkenal Datuk Ismail Kamus yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur Semoga Allah SWT memberi kesembuhan dan kesihatan buat Ustaz Ismail Kamus Marilah kita sama sama mendo...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

Potong Cake Birthday

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Tinjauan Awal Jenis Jenis Tumbuhan Herba Kawasan Tanah Lembap

14 Mp Umno Dikatakan Bakal Melompat

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Seperguruan

Master Periksa Mata Di Hospital Putrajaya

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Ceo Intel Warga Malaysia

Luahan Terbaik Seorang Pelukis