Zara Tidak Pernah Mengadu Masalah Di Asrama Ketua Warden


ZARA QAIRINA TIDAK PERNAH MENGADU MASALAH DI ASRAMA – KETUA WARDEN
KOTA KINABALU, 17 Sept (Bernama) — Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar memberitahu Mahkamah Koroner bahawa beliau tidak pernah menerima aduan daripada Zara Qairina Mahathir mengenai sebarang masalah yang dihadapinya di asrama tersebut.
Azhari Abd Sagap, 31, yang turut mengajar subjek Bahasa Arab kepada Zara Qairina, berkata demikian di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan pada hari kelapan prosiding inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu itu.
Saksi kelapan itu berkata Zara Qairina, yang belajar di kelas Tingkatan 1 Fatimah, tinggal di Asrama Qurratu Ayun di tingkat 3 Blok Rabiatul Adawiyah bersama 11 pelajar lain dan bangunan tersebut berada di bawah seliaannya.
“Sepanjang menjadi guru Bahasa Arab dan sebagai Ketua Warden Asrama, saya tidak pernah menerima apa-apa aduan daripada pelajar berkenaan berhubung apa-apa masalah yang dihadapinya di asrama tersebut,” katanya ketika membacakan pernyataan saksi.
Menceritakan insiden pada 16 Julai, Azhari berkata beliau mendapat panggilan daripada pengawal keselamatan iaitu Linah Mansoding @ Jaliha, 65, pada 3.04 pagi mengenai kejadian malang yang menimpa remaja itu.
“Apabila di bangunan asrama tersebut, saya melihat Zara Qairina terbaring di longkang asrama dalam keadaan tidak sedarkan diri… pada pengamatan saya, Zara Qairina dalam keadaan bernafas seperti tidur berdengkur.
“Ketika itu, lima pelajar dan Linah berada bersama saya… saya meminta mereka mengangkat Zara dari kawasan longkang ke kawasan terlindung yang rata iaitu di atas simen,” katanya.
Azhari berkata semasa mengangkat Zara Qairina, beliau nampak kesan darah di bucu longkang serta kesan kecederaan pada bahagian pergelangan kaki mangsa, dan terus menghubungi talian kecemasan 991 untuk mendapatkan bantuan pada 3.17 pagi.
Saksi itu berkata beliau kemudian menghubungi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sebelum ke rumah Pengetua iaitu Ustazah Shaharoom Hashim yang terletak berdekatan asrama untuk memaklumkan kejadian tersebut.
Azhari berkata beliau juga cuba menghubungi nombor telefon ibu bapa mangsa untuk memaklumkan insiden itu namun tidak berjaya.
“Saya kemudian menghubungi nombor 991 buat kali kedua pada 3.47 pagi.
“Zara Qairina kemudiannya dibawa ke hospital dengan ambulans yang tiba sebelum 4 pagi,” katanya sambil menambah susulan kejadian itu, beliau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lepas.
Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang  berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
Sumber: Bernama
The post Zara Tidak Pernah Mengadu Masalah di Asrama – Ketua Warden appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/17/zara-tidak-pernah-mengadu-masalah-di-asrama-ketua-warden/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Forensik Ketua Warden Asrama Dijangka Beri Keterangan Dalam Inkues Zara Qairina

Doktor Forensik Ketua Warden Asrama Dijangka Beri Keterangan Dalam Inkues Zara Qairina

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1784 hits
KOTA KINABALU Prosiding inkues kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu bersambung hari ini dengan seorang doktor dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth dijangka dipanggil memberi ke...
Inkues Zara Ketua Warden Didakwa Arah Pelajar Alih Mayat Zara Qairina Cuci Kesan Darah

Inkues Zara Ketua Warden Didakwa Arah Pelajar Alih Mayat Zara Qairina Cuci Kesan Darah

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 1872 hits
Astro Awani nbsp nbsp Dua pelajar Tingkatan Empat didakwa diarahkan oleh ketua warden untuk membersihkan kesan darah selepas mayat pelajar perempuan Zara Qairina Mahathir dibawa keluar oleh ambulans sekitar jam 4 pagi pada 16 Julai lalu Pen...
Hiburan Inkues Zara Qairina Dia Siap Buat Isyarat Peace Lagi Dalam Gambar Warden Nafi Suspek Remaja A Hadapi Trauma

Hiburan Inkues Zara Qairina Dia Siap Buat Isyarat Peace Lagi Dalam Gambar Warden Nafi Suspek Remaja A Hadapi Trauma

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 2087 hits
Seorang daripada remaja yang dikaitkan dengan kes buli membabitkan arwah Zara Qairina Mahathir didakwa tidak menunjukkan sebarang tanda trauma ketika pulang ke asrama untuk memberi keterangan Perkara itu dimaklumkan Ketua Warden SMKA Tun Da...
Head Warden Breaks Down Denies Protecting Zara S Bully Killer

Head Warden Breaks Down Denies Protecting Zara S Bully Killer

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1022 hits
The inquest into the death of Zara Qairina Mahathir at the Coroner s Court in Kota Kinabalu turned emotional today A witness broke down while expressing his sadness over criticism from netizens who accused him and the school of remaining si...
Tak Sesuai Askar Dan Polis Pencen Jadi Warden Asrama

Tak Sesuai Askar Dan Polis Pencen Jadi Warden Asrama

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 1789 hits
Asrama bukan kem tentera Asrama bukan balai polis Asrama adalah rumah kedua anak anak kita tempat mereka tidur belajar membesar dengan jiwa dan akhlak Kebelakangan ini ada cadangan supaya askar dan polis pencen dilantik jadi warden asrama B...
Zara Qairina S Diaries Were Read By Warden Teachers And Students Before Being Handed To Police Court Told

Zara Qairina S Diaries Were Read By Warden Teachers And Students Before Being Handed To Police Court Told

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 819 hits
Azhari Abd Sagap the 31 year old head warden of SMKA Tun Datu Mustapha testified that he another teacher and some students had gone through the 13 year old s writings before surrendering them to the investigating officer on July 18 two days...
Head Warden Admits Ordering Phone Call Ban On Day Zara Qairina Was Found Unconscious Inquest Told

Head Warden Admits Ordering Phone Call Ban On Day Zara Qairina Was Found Unconscious Inquest Told

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 161 hits
Police stand guard outside the Kota Kinabalu Court Complex during the inquest into the death of Form One student Zara Qairina Mahathir Bernama picKOTA KINABALU Sept 17 The head warden of SMKA Tun Datu Mustapha told the Coroner s Court that ...
Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 6281 hits
KOTA KINABALU Bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak mengesan sebarang dadah dalam anggota tubuh arwah Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu berkata bagaimanapun terdapat Phenytoin dikesan dala...
Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Zara Qairina Di Sebabkan Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Pun Di Tolak

Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Zara Qairina Di Sebabkan Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Pun Di Tolak

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 4401 hits
KOTA KINABALU Pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari koridor di tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya dalam kejadian awal pagi 16 Julai lalu Pendedahan itu dibuat Pakar P...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Pas Berates Petronas Ceo For Champagne Shower Podium Celebrations At Singapore F1 Gp

Mastering Fire Water Shelter Essential Wilderness Survival Skills For 2025

Printing Kotak Packaging Premium Sesuai Untuk Produk Anda Tak Kira Besar Atau Kecil

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

Nabila Maharani Titian Tak Bertepi Chord

Tiba Tiba Dia Ketawa Rider Cabut Lari Lepas Sapa Wanita Berbaju Merah

Plane Carrying 23 Malaysians From Global Sumud Flotilla Touches Down At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

Jalan Jalan Di Kebun Teruja Merpati Mendekati Mematuk Jari Jemari

Jemput Tok Mak Dan Tok Ayah Dari Bandung

Rasa Sunyi Bila Anak Dah Besar Hati Ibu Yang Tak Pernah Sedia Untuk Sepi

Khalil Gibran

Kedai Cikgu Ipoh Suasana Santai Rasa Macam Masakan Rumah