Zamani Mengaku Malu Terima Pemilihan Ke Final Gv5 Dipersoalkan


PENYANYI Zamani memberitahu dia hampir berputus asa dan berasa malu apabila persembahannya menerusi lagu Dekat Padamu nyanyian asal Yusry Abdul Halim pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim kelima bermasalah.
Zamani memberitahu dia sedar akan ada pihak yang mempertikaikan pemilihannya ke peringkat final kerana kegagalannya mengadakan persembahan dengan baik namun akan menerima semua pendapat berhubung perkara itu.
"Ketika persembahan itu, ear piece saya tidak berfungsi dengan baik dan apabila lagu mula saya tidak boleh agak untuk mula menyanyi kerana tidak dapat mendengar.
"Jujurnya lepas lagu pertama itu saya dah putus asa, berasa malu. Saya sudah menjangkakan tidak akan masuk ke final tetapi rezeki saya dapat ke peringkat seterusnya.
Antara komen netizen di Twitter.
"Kalau ada pihak yang ingin persoalkan, memang patut pun dan saya sedia terima semua pendapat tetapi gunakanlah saluran yang betul dan hormat keputusan juri," katanya.
Keputusan juri profesional memilih Zamani ke peringkat akhir mendapat reaksi bercampur-baur daripada peminat program popular itu.
Ramai di antara mereka merasakan vokalis kumpulan Slam itu tidak layak ke final kerana Zamani gagal menyampaikan lagu tersebut dengan baik.
Rata-rata merasakan nyanyiannya pada malam itu kedengaran sumbang selain Zamani banyak lupa lirik yang mencacatkan persembahannya.
Malah Datuk Ramli MS juga dilihat kecewa dan enggan memberikan sebarang komen selepas Zamani selesai membuat persembahan.
"Adakah saya satu-satunya yang merasakan Zamani tidak layak untuk ke final? Forteen lebih baik daripadanya hari ini. Ini bukan sebab anda seorang lagenda, ini adalah pertandingan. Zamani tidak mengadakan persembahan yang baik malam ini.
"Zamani nampak keliru di ataa pentas ketika menyanyikan Dekat Padamu. Persembahan itu bukanlah terlalu teruk (lagu kedua lebih baik). Tapi saya rasa ia tidak adil Tok Ram enggan memberikan sebarang komen.
"Lagu pertama off key , lupa lirik. Lagu kedua best. Tapi masih masuk final juga. Markah lagu kedua 100 peratus barangkali," antara komen peminat program itu di Twitter.
Bagaimanapun ramai turut merasakan Zamani tetap layak ke final kerana persembahan keduanya menerusi lagu Di Matamu (Sufian Suhaimi) telah menebus kesilapannya pada lagu pertama.
Malah persembahan kedua itu turut mendapat pujian juri profesional yang mengadilinya pada pertandingan itu.
"Zamani sudah melakukan yang terbaik buat lagu kedua. Jangan bimbang Zamani kami tetap akan menyokong anda. Legend tu!
"Saya rasa Zamani telah menebus kesilapannya. Dia menyanyikan Di Matamu dengan perasaan dan dari hati, saya dah single lapan tahun ni pun rasa macam ditinggalkan oleh kekasih yang tidak wujud! Zamani menyanyikan dengan baik sekali," tulisnya netizen lagi.
Impian penyanyi Hetty Sarlene dan kumpulan Forteen untuk mara ke final terhenti apabila mereka diumumkan peserta tersingkir pada peringkat separuh akhir program itu yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.
Selain Zamani, lima lagi peserta yang mara ke peringkat akhir adalah Amelina, Maya Ruslee, Dia Fadilla, Noryn Aziz dan duo berkumpulan Billy Zulkarnain.
Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.
Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi. -mstar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mygosiphub.blogspot.com/2018/11/zamani-mengaku-malu-terima-pemilihan-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ogy Ahmad Daud Pertikai Zamani Ke Final Gv5

Ogy Ahmad Daud Pertikai Zamani Ke Final Gv5

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 540 hits
Masih lagi dengan kontroversi Zamani yang masuk ke pentas akhir Gegar Vaganza semalam Kali ini Fauziah Ahmad Daud pula mempersoalkan kelayakkan Zamani The post appeared first on
Dia Hilang 65 Markah Dari Saya Penjelasan Datuk Ramli Ms Apabila Zamani Layak Ke Final Gv5

Dia Hilang 65 Markah Dari Saya Penjelasan Datuk Ramli Ms Apabila Zamani Layak Ke Final Gv5

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 311 hits
Dia hilang 65 markah dari saya Penjelasan Datuk Ramli MS Apabila Zamani Layak Ke Final GV5
Ramli Ms Perjelas Sebab Zamani Dapat Ke Final Gv5

Ramli Ms Perjelas Sebab Zamani Dapat Ke Final Gv5

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 344 hits
Rata rata kemasukan Zamani ke peringkat akhir pentas Gegar Vaganza dipersoalkan orang ramai Sebagai juri tetap Datuk Ramli Ms menjelaskan cara permarkahan Zamani The post appeared first on
Zamani Akur Netizen Tidak Puas Hati Dirinya Mara Ke Final Gv5

Zamani Akur Netizen Tidak Puas Hati Dirinya Mara Ke Final Gv5

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 305 hits
Walaupun ketua juri Datuk Ramli MS sudah memberikan alasan kukuh mengapa Zamani boleh mara ke peringkat akhir GV5 masih ramai yang tidak berpuas hati dan sehingga hari ini terus mengatakan penyanyi itu tidak layak berdasarkan persembahannya...
Lupa Lirik Boleh Masuk Final Memang Zamani Ke Wajib Juara Gv5 Ogy Ahmad Daud

Lupa Lirik Boleh Masuk Final Memang Zamani Ke Wajib Juara Gv5 Ogy Ahmad Daud

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 406 hits
Lupa Lirik Boleh Masuk Final Memang Zamani Ke Wajib Juara GV5 Ogy Ahmad Daud Lupa Lirik Boleh Masuk Final Memang Zamani Ke Wajib Juara GV5 Ogy Ahmad Daud
Klaim Mewakili Pasundan Ma Ruf Amin Mengaku Malu Kalau Kalah Di Jawa Barat

Klaim Mewakili Pasundan Ma Ruf Amin Mengaku Malu Kalau Kalah Di Jawa Barat

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 203 hits
Maka dari itu Ma ruf bakal fokus kampanye di Jakarta dan wilayah satelitnya serta di Jawa Barat Sementara untuk wilayah Jawa Tengah dan Jawa Timur masih dipegang oleh Jokowi Ma ruf
Final Gv5 Persembahan Memukau Noryn Aziz Dinobatkan Sebagai Juara

Final Gv5 Persembahan Memukau Noryn Aziz Dinobatkan Sebagai Juara

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 520 hits
Noryn Aziz muncul sebagai juara program Gegar Vaganza musim kelima yang diadakan pada malam Ahad Foto SHAARI CHE MAT SHAH ALAM Penyanyi Noryn Aziz membuat kejutan apabila diumumkan sebagai juara pertandingan Gegar Vaganza musim kelima yang ...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta