Zaman Digital Tubuh Kerajaan Hanya Melalui Pintu Depan Mahdzir




Mahdzir: Mustahil tubuh kerajaan ‘pintu belakang’ di zaman internet
Usaha untuk membentuk kerajaan melalui “pintu belakang” adalah mustahil dalam era internet pada masa ini, kata Naib Presiden Umno Mhadzir Khalid.
Pada masa sama Mahdzir berkata Umno menolak sebarang usaha bagi membentuk kerajaan melalui cara itu dan sebaliknya menegaskan Umno hanya akan melakukannya melalui “pintu depan”.
“Zaman digital ini, tak sampai setengah jam orang dah tahu (rancangan kerajaan pintu belakang), tidak boleh buat melalui pintu belakang.
“Kena guna pintu depan. Pintu depan maksud saya apa saja usaha perlu melalui parti dan parti ada struktur, jika ada sesuatu usul ia mesti diputuskan dalam majlis tertinggi (MT) parti,” katanya ketika sesi wawancara bersama Malaysiakini.
Kontroversi mengenai kerajaan “pintu belakang” tercetus apabila timbulnya khabar angin berkenaan komplot belakang tabir antara beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) dengan bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein.
Menurut laporan Malaysiakini yang memetik sumber, rancangan itu bertujuan menubuhkan kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah dan menghalang Presiden PKR Anwar Ibrahim daripada menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
Sekretariat PH dalam satu kenyataan turut membangkitkan dakwaan itu. Hishammuddin bagaimanapun menafikannya dengan berkata beliau tiada pengaruh untuk melakukan perkara seperti itu.
Pada 27 Oktober lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak berminat dengan langkah itu dan Umno sedia mengambil alih kerajaan menerusi pilihan raya.
Kontroversi itu berlanjutan apabila pada 19 November lalu 18 anggota parlimen Umno, termasuk Hishammuddin, mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali di kediamannya di Putrajaya.
Hishammuddin menafikan dirinya mengatur pertemuan itu, manakala Zahid berkata pertemuan itu bagi membincangkan penyaluran projek kerajaan di kawasan parlimen mereka.
Dalam wawancara itu, Mahdzir turut ditanya berkenaan krisis kepimpinan yang melanda Umno ketika tempoh awal kekalahanya dalam PRU ke-14.
Bagi Mahdzir, perkara itu tidak berbangkit lagi dan ia hanyalah persepsi.
“Umno parti lama, kalau kita sebut tentang krisis bukan sekali, tapi berkali-kali. Apa yang sedang dilalui di zaman tidak jadi kerajaan ini tidak besar mana.
“Tidak ada kumpulan Tok Mat (Mohamad Hasan), Hisham (Hishammuddin Hussein), parti ini masih intim tak berkelahi, tak macam sebuah parti itu (merujuk kepada parti komponen PH).
“Tak wujud (krisis) sampai pada peringkat nak kena pergi selesai,” katanya lagi.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/12/04/zaman-digital-tubuh-kerajaan-hanya-melalui-pintu-depan-mahdzir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolak Kerajaan Pintu Belakang Pelabur Yakin

Tolak Kerajaan Pintu Belakang Pelabur Yakin

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 435 hits
Tolak kerajaan pintu belakang pelabur yakinOleh November 26 2019Penolakan pentadbiran Tun Mahathir Mohamad terhadap kerajaan pintu belakang meraih keyakinan positif pelabur Hal itu disuarakan oleh pemerhati ekonomi Jameson Tan yang menurut ...
Kerajaan Pintu Belakang Paling Banyak Pun 99 Ahli Parlimen Yang Sokong

Kerajaan Pintu Belakang Paling Banyak Pun 99 Ahli Parlimen Yang Sokong

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 485 hits
Pertemuan antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan wakil rakyat UMNO pada 18 November bertujuan membincangkan isu kerajaan pintu belakang dan usaha mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Sinchew Daily melaporkan pe...
Zahid Tidak Dipelawa Samada Pintu Belakang Or Depan

Zahid Tidak Dipelawa Samada Pintu Belakang Or Depan

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 444 hits
PAS secretary general Takiyuddin Hassan says forming a government is like a football match in which teams exploit any weaknesses to score a goal over their opponents
Nak Bentuk Kerajaan Baru Tapi Hanya Ada 99 Mp Jer Baru Gila Dah Pentadbiran Malaysia

Nak Bentuk Kerajaan Baru Tapi Hanya Ada 99 Mp Jer Baru Gila Dah Pentadbiran Malaysia

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 439 hits
Pertemuan antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan wakil rakyat UMNO pada 18 November bertujuan membincangkan isu kerajaan pintu belakang dan usaha mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Sinchew Daily melaporkan pe...
Pau2019 Henti Kaitkan Kerajaan Pintu Belakang Semua Ahli Parlimen Umno Sudah Ikrar Setia

Pau2019 Henti Kaitkan Kerajaan Pintu Belakang Semua Ahli Parlimen Umno Sudah Ikrar Setia

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 571 hits
Sebarang spekulasi tentang kerajaan pintu belakang yang dikaitkan dengan Ahli Ahli Parlimen UMNO perlu dihentikan sebaik sahaja perhimpunan agung parti itu yang berakhir hari ini Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata gesaan it...
8 Ide Desain Parka Korea Yang Menutupi Lekuk Tubuh Tampil Ketat Udah Nggak Zaman

8 Ide Desain Parka Korea Yang Menutupi Lekuk Tubuh Tampil Ketat Udah Nggak Zaman

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 452 hits
Salah satu jenis outer atau luaran ini terbukti makin diminati khususnya buat menyembunyikan lekuk tubuh yang mengganggu
Hentikan Budaya Beza Bezakan Cucu Pilih Kasih Hanya Mencalarkan Emosi Kanak Kanak

Hentikan Budaya Beza Bezakan Cucu Pilih Kasih Hanya Mencalarkan Emosi Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 457 hits
Macam mana nak hindarkan rasa sedih melihat anak anak tidak dilayan baik oleh mertua berbanding dengan cucu cucu mereka yang lain Apa yang boleh buat untuk anak tak rasa hati sedangkan ibu bapa pun terasa hati dengan keadaan tersebut Anak t...
Tak Hanya Pilkada Langsung Masalah Biaya Politik Juga Liputi Pemilihan Via Dprd

Tak Hanya Pilkada Langsung Masalah Biaya Politik Juga Liputi Pemilihan Via Dprd

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 300 hits
Hadar mengatakan masyarakat berpotensi melakukan protes tanpa henti jika kepala daerah yang dipilih DPRD tidak dikehendaki
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi