Tolak kerajaan pintu belakang, pelabur yakinOleh: Selena Tay RF8 MediaNovember 26, 2019SharePenolakan pentadbiran Tun Mahathir Mohamad terhadap kerajaan ‘pintu belakang’ meraih keyakinan positif pelabur.Hal itu disuarakan oleh pemerhati ekonomi Jameson Tan yang menurut beliau sebarang ketidakstabilan dalam politik akan menggugat ekonomi secara langsung“Bagi saya amat memberangsangkan bahawa Kerajaan PH yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan jelas menolak sebarang usaha untuk membentuk ‘kerajaan pintu-belakang’.“Kenyataan oleh Kerajaan PH minggu lalu perihal isu tersebut akan memberi semangat baru kepada pelabur asing untuk datang ke Malaysia sebab semua pelabur inginkan satu negara yang situasi politiknya stabil dan kukuh dengan pentadbiran yang bersih dan berwibawa.“Selain itu, Malaysia sebagai tuan rumah APEC (Asia-Pacific Economic Congress) tahun 2020 yang merangkumi 21 buah negara dalam usaha menggiatkan perniagaan dan perdagangan tentu akan memberi daya-tarik kepada negara Malaysia untuk mengorak langkah maju ke depan.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |