Zaman Bn Paling Rendah Rm310 Satu Tan Tak Pernah Rm270 Kata Pekebun Kecil Kepada Calon Ph


Admin SuaraTVNovember 5, 2019

PONTIAN – Pekebun kecil tempatan ‘terguris hati’ dengan sikap calon Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai Karmaine Sardini meminta mereka bersyukur walaupun mengalami kemerosotan harga kelapa sawit.

Seorang pekebun kecil di sini, Jahuri Nawi, 64, mempersoalkan bagaimanakah Karmaine, yang merupakan anak tempatan, boleh membuat kenyataan sebegitu.

“Tak patutlah Karmaine kata begitu. Kamu bandingkan harga sekarang dengan zaman dulu.

“Kenapa tidak cerita masa zaman Jepun makan ubi kayu. Hari ini kamu patut cerita apakah usaha nak tingkatkan taraf hidup petani,” katanya kepada FMT sambil menunjukkan petikan video Karmaine berceramah semalam.

Ketika berceramah di Pusat Daerah Mengundi Peneroka di sini malam semalam, Karmaine menasihatkan pekebun kecil supaya tidak mengeluh berikutan kemerosotan harga kelapa sawit sekarang.

Katanya, walaupun harga komoditi itu kini turun kepada RM270 satu tan, pekebun perlu bersyukur kerana mendakwa ia lebih tinggi berbanding harga RM87 satu tan pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa tiada pihak yang merungut ketika harga kelapa sawit jatuh sehingga RM87 satu tan ketika itu.

“Tak ada orang merungut pun kerana taksub dengan BN konon hebat sangat.”

Katanya, kos kehidupan di Tanjung Piai juga tidak setinggi di bandar besar.

“Kalau ada 10 ekar (kebun kelapa sawit), sekurang-kurangnya dapat 5 tan, darab dengan RM270, dapat RM1,000 lebih.

“Duduk di kampung nak guna (wang) apa sangat? Nak makan sayur tanam sendiri, cuma yang perlu isi minyak, jadi masih boleh makan,” kata Karmaine.

Jahuri berkata, sebagai orang Islam memang beliau sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterima.

Bagaimanapun kata beliau, sekiranya pendapatan hanya RM1,000 sebulan dan petani terpaksa membuat dua kerja dalam satu hari bagi menampung keperluan hidup maka tentulah keadaan itu membebankan rakyat.

Berita berkaitan;
Calon Bebas Wakil Pemandu Teksi ‘Terkejut’ Nama Dicalonkan Saat Akhir
PRU15 Dijangka Lebih Awal Jika BN Menang PRK Tanjung Piai
Cukup Aneh Bila PH Gesa PAS Sokong Calon Mereka – Tuan Ibrahim
800 Nelayan Tanjung Piai Kecewa Tidak Terima Wang Saguhati Sejak PH Memerintah

“Kita kerja kampung gaji tak berpuluh ribu, tetapi hanya untuk makan,” katanya.

Seorang lagi pekebun tempatan, Din Mustapa, 48, turut senada dan berasa kecewa dengan kenyataan Karmaine itu.

Beliau berkata, sekiranya pekebun mempunyai kebun kelapa sawit yang banyak, maka harga lebih rendah itu tidak menimbulkan terlampau banyak masalah.

“Tetapi yang ada satu ekar atau dua ekar macam mana. Satu ekar mungkin dapat satu tan lebih sahaja.

“Kalau dua ekar dapatlah dalam dua atau tiga tan sebulan. Nak bayar racun, baja dan upah pekerja sahaja tinggal berapa?

“Upah sahaja dalam RM70 dan racun RM30 untuk satu ekar tanah. Mana cukup,” katanya.

Din berkata, pada zaman pemerintahan BN sebelum ini harga paling rendah ialah RM310 satu tan dan tidak turun sehingga RM270 satu tan.

“Selain menjadi pekebun kecil rata-rata penduduk di Tanjung Piai membuat dua kerja iaitu menjadi pekebun kecil dan nelayan,” katanya.

Seorang pekebun kecil, Abd Rauf Manaf, 65, berkata beliau juga terguris hati mendengar dengan kenyataan calon PH itu.

Beliau berkata dalam usianya kini, pendapatannya tidak sampai RM1,000 sebulan.

“Kalau tak cukup pun, kita orang kampung cuba cukupkan juga duit. Sebab ini sumber pendapatan kita nak buat makan, tetapi janganlah keterlaluan sampai membuat kenyataan seperti itu,” katanya.

Dalam pada itu calon Gerakan, Wendy Subramaniam membidas kenyataan Karmaine itu dan berkata calon PH berkenaan tidak memahami masalah rakyat yang sebenar.

“Orang kampung tidak perlu banyak duit untuk hidup, saya rasa itu sudah tidak relevan.

“Dia juga tidak faham bahawa harga sawit turun dari RM400 satu tan ke RM260 dan dia boleh kata orang kampung tak perlu banyak duit, kalau nak makan sayur tanamlah sayur.

“Macam mana boleh cakap macam ini. Masa ini kos sara hidup sangat tinggi,” katanya.

PRK kerusi Parlimen Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru antara Karmaine yang mewakili PH, calon Gerakan Wendy Subramaniam, calon MCA-BN Wee Jeck Seng, Badrulhisham Abd Aziz (Berjasa) dan dua calon Bebas, iaitu Faridah Aryani Abdul Ghaffar dan Ang Chuan Lock.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 16 Nov sebagai hari mengundi manakala 12 Nov bagi pengundian awal. 
– FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/11/zaman-bn-paling-rendah-rm310-satu-tan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Bebas Terguris Karmaine Gesa Pekebun Kecil Terima Kejatuhan Harga Sawit

Calon Bebas Terguris Karmaine Gesa Pekebun Kecil Terima Kejatuhan Harga Sawit

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 383 hits
Calon bebas Faridah Aryani Abd Ghaffar mendakwa dirinya daripada golongan B40 PETALING JAYA Calon bebas Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai Faridah Aryani Abd Ghaffar mendakwa dirinya daripada kumpulan isi rumah berpendapatan 40 terend...
Prktgpiai Isu Ahli Umno Tidak Puas Hati Jeck Seng Calon Bn Di Tg Piai Sudah Selesai Kata Zahid

Prktgpiai Isu Ahli Umno Tidak Puas Hati Jeck Seng Calon Bn Di Tg Piai Sudah Selesai Kata Zahid

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 427 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengakui timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi Umno susulan keputusan Barisan Nasional memilih Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai Wee Jeck Seng sebagai calon pilihan raya kecil Parlimen berkenaan...
Rakyat Perlu Bijak Memilih Hanya Calon Parti Kerajaan Mampu Tunai Janji Kata Dr Mahathir

Rakyat Perlu Bijak Memilih Hanya Calon Parti Kerajaan Mampu Tunai Janji Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 509 hits
PONTIAN Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mahu rakyat di Tanjung Piai lebih bijak memilih dan tidak mudah percaya dengan janji janji yang ditaburkan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai kali ini Menurut ...
Ph Ada Dua Minggu Jadikan Pengundi Tg Piai Paling Celik Media Kata Kit Siang

Ph Ada Dua Minggu Jadikan Pengundi Tg Piai Paling Celik Media Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 341 hits
Penasihat DAP Lim Kit Siang PETALING JAYA Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan Harapan mempunyai masa dua minggu untuk menjadikan pengundi di kawasan Parlimen Tanjung Piai kumpulan paling celik media di negara ini yang mampu mengenal...
Calon Mca Macam Barang Melayu Cina Jual Kata Pas

Calon Mca Macam Barang Melayu Cina Jual Kata Pas

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 339 hits
Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya menyifatkan undi kepada calon MCA untuk PRK Tanjung Piai tidak ubah seperti urus niaga membeli barangan Melayu Islam yang dijual oleh jurujual Cina Gambar Facebook 1 November 2019 PESURUHJAYA PAS Kedah mem...
Menyibak Kisah Mengerikan Hotel Niagara Salah Satu Hotel Legendaris Paling Berhantu Di Kota Malang

Menyibak Kisah Mengerikan Hotel Niagara Salah Satu Hotel Legendaris Paling Berhantu Di Kota Malang

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 539 hits
Tiap lantainya punya cerita horor yang beda beda lo Walaupun mistis hotel ini kabarnya juga tetap ramai pengunjung Berani nggak menginap di sana
Agar Agar Ros Cantik Berkilat Pernah Popular Zaman Dulu Dulu

Agar Agar Ros Cantik Berkilat Pernah Popular Zaman Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 397 hits
Zaman dulu dulu agar agar sirap rose atau dipanggil lengkong ni memang jadi menu wajib di majlis keraian dan Hari Raya Aroma pandannya memang buat terliurlah Tapi agar agar siap rose ni dah tenggelam dek penemuan pudding dan agar agar pelba...
Kata Psikolog Orang Berkepribadian Seperti Ini Paling Mudah Jatuh Cinta

Kata Psikolog Orang Berkepribadian Seperti Ini Paling Mudah Jatuh Cinta

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 220 hits
Menurut psikolog orang yang cenderung berpikiran positif juga cenderung lebih mudah jatuh cinta
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba