Zaid Ibrahim Wira Yang Tak Didendang




Apabila Zaid Ibrahim, bekas menteri undang-undang dan terakhir merupakan ahli DAP, mengumumkan untuk berhenti menulis di blognya yang diwujudkannya sejak sembilan tahun lalu dan tidak lagi mahu terlibat dengan mana-mana parti, pembaca dan mereka yang meminati buah fikirannya pasti terasa kehilangannya.


Meskipun tidak semua orang setuju dengan pendapat dan buah fikirannya, malah ramai yang sukar memahaminya, Zaid adalah seorang yang jujur dalam luahan fikiran dan tindakannya.


Beliau tidak memiliki dua wajah - lain ditulis lain perbuatan dan bagaimana progresif pemikiran serta arah tujunya dalam tulisan, begitulah juga kehidupan dan caranya ketika berurusan atau berbual-bual dengan orang lain.


Punca yang menyebabkan beliau berhenti menulis ialah berikutan tulisannya mengenai Tun Daim Zainuddin dan rakan-rakan bilionairenya  yang diperkatakan ramai mengatur perjalanan negara ini telah tidak disenangi oleh Lim Guan Eng yang kemudian memintanya menarik balik tulisan tersebut.


Hakikatnya, tiada apa yang salah dan tidak wajar dalam tulisan Zaid itu sehingga Guan Eng perlu memintanya untuk menarik balik kerana ia adalah berdasarkan apa yang diperkatakan oleh orangramai.


Lagi pun, bukankah kerajaan sekarang mengamalkan ketelusan dan keterbukaan?


Jika ada yang tidak betul atau tidak tepat, Guan Eng sepatutnya menjelaskannya dengan fakta dan bukannya meminta tulisan itu ditarik balik.


Lagi pun perkara berkaitan Tun Daim itu adalah isu yang dibualkan di mana-mana, dari kedai kopi di kaki lima hinggalah coffee house di hotel berbintang lama, waima dalam Bersatu pun tidak kurang ramai yang bercakap mengenainya.


Barangkali kerana diminta menarik balik tulisannya itulah yang membuatkan Zaid berada kecil hati dan berkata, “sukar sebenarnya untuk berlaku jujur tanpa menyinggung perasaan orang lain”.


Beliau sebenarnya bukanlah menulis isu tersebut kecewa kerana tidak bertanding atau tidak diberikan apa-apa jawatan selepas Pakatan Harapan berjaya menubuhkan kerajaan.


Ini kerana beliau memiliki kehidupan yang boleh dikatakan hampir sempurna hasil kerja kerasnya sebagai peguam dan menubuhkan syarikat guamannya sendiri sebelum ini.


Cuma, Zaid cuba untuk berlaku jujur dengan menegur kerajaan Pakatan Harapan dan berharap mereka akan menangani apa juga isu yang diperkatakan di peringkat bawahan.


Ramai yang tidak tahu barangkali, selain banyak menulis untuk membantu Pakatan Harapan dan melemahkan UMNO dan Najib Razak di blognya sejak sekian lama, Zaid juga sebenarnya selalu dipanggil secara peribadi oleh Tun Mahathir untuk berbincang pelbagai perkara sebelum PRU14 yang lalu.


Sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau sebulan sekali, beliau pasti akan mengadap Tun Mahathir untuk berbincang pelbagai perkara dengan Pengerusi Pakatan Harapan itu.


Tun Mahathir nampaknya selesa untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran dengan Zaid kerana kedua-dua mereka ada persamaan dari segi keprogresifan, kemodenan dan bagaimana negara dan masyarakat harus dipandu, dibawa serta dimajukan menuju destinasi yang lebih baik.


Sebab itu, sebaik Tun Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat dan menghimpunkan tandatangan sebagai satu cara untuk memberi tekanan kepada Najib, beliau kemudian bersetuju dengan cadangan Zaid untuk mengadakan suatu perhimpunan Kongres Rakyat di Shah Alam pada 27 Mac 2016 yang dihadiri oleh semua pemimpin utama Pakatan Harapan.


Ia adalah perhimpunan pertama yang diadakan secara besar-besaran yang dihadiri Tun Mahathir dengan kejayaan menggembleng semua tenaga utama parti-parti pembangkang ketika itu.


Sebelum itu, pada tahun 2015 ketika pertama kali Tun Mahathir turun ke perhimpunan Bersih dan belum begitu mesra dengan DAP dan PKR, Zaidlah juga yang diajak sebagai penemannya.


Selain itu, meskipun ketika beliau sudah mengetahui namanya tidak dicalonkan untuk bertanding dalam PRU14 lalu, Zaid tetap kerap turun untuk berkempen dan berceramah di merata-rata tempat di seluruh negara.


Di Kelantan saja, beberapa kali beliau turun dan menganjurkan program ceramah di sana.


Di Johor sendiri, negeri yang sepatutnya beliau bertanding, Zaid masih kerap turun membantu rakan-rakan Pakatan Harapan sehingga ke saat-saat akhir sebelum pilihanraya diadakan, walaupun  ketika itu namanya sah telah diketepikan.


Dengan berhentinya Zaid menulis, bahkan mungkin tidak mahu lagi bercakap jika media ingin menemubualnya, Pakatan Harapan sebenarnya kehilangan seorang yang cerdas dan tangkas daya pemikiran dari segi berhujah atau menjawab isu-isu politik semasa dalam negara.


Tentu saja Tun Mahathir sekarang ini tidak perlu lagi memanggilnya seperti dahulu untuk meminta pendapat, berbincang atau menemaninya, tetapi sejarah tidak mungkin melupai sumbangannya selama ini.


Walau tidak didendang, tidak mustahil juga akan terus dilupakan, namun sejarah beliau dalam memberi sumbangan dan bantuan tidak mungkin boleh dipadamkan. (ShahbudinHusin 12/11/2018).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/zaid-ibrahim-wira-yang-tak-didendang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Is It Really Over For Zaid Ibrahim

Is It Really Over For Zaid Ibrahim

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 329 hits
That is Malaysian politics for you View everything ahistorically and then selectively when it suits your agenda I think the real issue here was not that Zaid attacked Mahahtir or Daim but rather the economic policies that were being propaga...
Last Testament By Zaid Ibrahim

Last Testament By Zaid Ibrahim

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 335 hits
Zaid Ibrahim The world came crashing down on me after I suggested in a tweet and a blog posting that Tun Daim Zainuddin and his billionaire friends were making key decisions for the Pakatan Harapan government First Mr Lim Guan Eng called an...
Daim Not Mahathir Running Malaysia Says Zaid Ibrahim

Daim Not Mahathir Running Malaysia Says Zaid Ibrahim

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 378 hits
Former law minister Zaid Ibrahim has clarified that his remarks about billionaires running the country was not aimed at Prime Minister Dr Mahathir Mohamad but rather former finance minister Daim Zainuddin Tun M was visibly upset with my sta...
The Problem With Zaid Ibrahim

The Problem With Zaid Ibrahim

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 360 hits
Wan Haron Wan Hassan FMT I refer to the article by Zaid Ibrahim which was published by FMT Zaid is a good friend of mine But I am not always in agreement with him in his thinking and way of doing things We have come a long way together and ...
Biodata Rozita Ibrahim Pengasas Sendayu Tinggi

Biodata Rozita Ibrahim Pengasas Sendayu Tinggi

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 1398 hits
Biodata Rozita Ibrahim Nama Rozita Bte Ibrahim Tempat Lahir Sungai Besar Selangor Pekerjaan Bapa Guru Sekolah Agama Pekerjaan Ibu Suri rumah Bilangan Anak 5 orang Adik beradik Anak sulung daripada enam adik beradik Prinsip Wanita perlu bang...
Anwar Ibrahim Universiti Malaya Dan Sudut Pidato

Anwar Ibrahim Universiti Malaya Dan Sudut Pidato

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 1569 hits
Mahasiswa yang berdiri dengan megafon di atas podium konkrit Sudut Pidato dalam gambar dari tahun 1970 ini adalah pelajar tahun tiga Universiti Malaya yang juga Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya bernama Anwar Ibrahim Sudut ...
Saya Tiada Hak Campur Tangan Dalam Pemilihan Parti Kata Anwar Ibrahim

Saya Tiada Hak Campur Tangan Dalam Pemilihan Parti Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 305 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan bahawa beliau tidak akan campur tangan dalam proses pemilihan parti Ahli Parlimen Port Dickson itu dilaporkan berkata demikian walaupun terdapat banyak permintaan d...
Tuan Ibrahim Pengedar Dadah Tidak Boleh Dihukum Mati Ia Kategori Hukum Takzir Namun

Tuan Ibrahim Pengedar Dadah Tidak Boleh Dihukum Mati Ia Kategori Hukum Takzir Namun

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 649 hits
Nyawa adalah termasuk dalam lima perkara asas dalam maqasid syariah iaitu memelihara agama akal nyawa harta dan keturunan Bermakna kelima lima perkara ini menjadi antara tujuan Allah menurunkan syariatnya Perkara ini disebut sebagai al dhar...
Wira Piala Malaysia Dapat Tapak Rumah Wang Tunai

Wira Piala Malaysia Dapat Tapak Rumah Wang Tunai

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 197 hits
Pasukan bola sepak Perak yang dikenali sebagai The Bos Gaurus berjaya menamatkan kemarau 18 tahun dengan menumpaskan Terengganu dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam 27 Oktober lalu menerusi sepakan penalti 4 1 selepas ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme