Tuan Ibrahim Pengedar Dadah Tidak Boleh Dihukum Mati Ia Kategori Hukum Takzir Namun



Nyawa adalah termasuk dalam lima perkara asas dalam maqasid syariah, iaitu memelihara agama, akal, nyawa, harta dan keturunan.

Bermakna kelima-lima perkara ini menjadi antara  tujuan   Allah menurunkan syariatnya.  Perkara ini disebut sebagai al dharuriyyah al khamsah. ( Lima perkara yang menjadi keperluan utama).

Ia bermaksud bahawa nyawa perlu diselamatkan semampu mungkin dan manusia diminta memelihara nyawanya dan nyawa orang lain dalam apa jua keadaan dan mengelak berlakunya pembunuhan.

Islam melarang pembunuhan tanpa hak walau di saat berlakunya peperangan. Terdapat  beberapa golongan yang dilarang oleh syariat daripada dibunuh meskipun saat  berlaku peperangan seperti, kanak-kanak, wanita, paderi, sami, dan mereka yang berlindung di rumah ibadah, dimana mereka tidak terlibat dalam peperangan. Bahkan Islam melarang penebangan pohon yang mereka tanam.

Kalau disaat perang pun tidak dibenar melakukan pembunuhan sewenang-wenangnya, apa lagi di kala aman.

Namun ia bukanlah bermaksud Islam mengharamkan pembunuhan atau hukuman mati secara mutlak, sebaliknya hukuman mati  mestilah dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syarak dan tidak melampaui batas.

Terdapat beberapa peruntukan undang-undang syarak yang meletakkan hukuman mati, seperti dalam jenayah Qisas, Zina Mukhsan, Hirabah, Riddah dan Bughah  namun hanya satu  kes sahaja dalam katogeri mandatori iaitu zina mukhsan.  Manakala yang lain masih ada ruang untuk tidak dihukum mati mandatori

1. Kes rompakan dan bunuh ( hirabah) berdasarkan firman Allah

‎إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا ۖ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌHanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.Surah Al-Ma'idah, Ayat 33.
Ternyata Allah tegaskan bahawa mereka masih mempunyai kesempatan untuk tidak dihukum bunuh, sekiranya ia bertaubat sebelum kesnya diputuskan oleh mahkamah.

Dengan kata lain ia boleh dijatuhkan hukuman di bawah kaedah takzir oleh hakim.

‎إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِنْ قَبْلِ أَنْ تَقْدِرُوا عَلَيْهِمْ ۖ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌKecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Sura Al-Ma'idah, Ayah 34

2. Zina mukhsan ( Orang dah berkahwin melakukan zina). Ini berdasarkan hadis nabi .

Orang tua (telah berkahwin) dan wanita yang sudah bersuami, bilamana sabit kesalahan zinanya, maka hendaklah kamu rejam mereka sampai mati.

Manakala kesalahan lain yang melibatkan hukum mati, namun ianya bukan mandatori. seperti;


3. Hukum Qisas.

Dalam kesalahan bunuh, Allah  menetapkan hukuman mati namun ia masih boleh dikenakan diat ( ganti rugi ) dan mendapat kemaafan dari keluarga si mati. Ini berdasarkan firman Allah;

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى ۖ الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنْثَىٰ بِالْأُنْثَىٰ ۚ فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ۗ ذَٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ ۗ فَمَنِ اعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌWahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.Surah Al-Baqarah, Ayat 178

4. Murtad.

Murtad atau keluar dari agama Islam tanpa paksaan adalah satu kesalahan besar dalan Islam. Agama bukan bahan mainan yang boleh keluar dan  masuk sesuka hati. Berdasarkan nas hadis Rasulullah SAW

‎من بدل دينه فاقتلوه.

Sesiapa yang menukar ( murtad ) agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya.

Bahkan sejarah riddah  di zaman Saidina Abu Bakar membuktikan hal ini. Namun ianya bukanlah bersifat mandotori kerana ia masih diberi peluang bertaubat dan kembali kepada agama Islam.

Bahkan tempoh untuk mereka dipujuk agar kembali kepada agama Islam mengambil masa yang agak panjang, walau ia berbeza menurut pandangan para ulamak.


5. Bughah yakni mendurhakai kerajaan Islam yang adil dan baik dalam pentadbiran mereka.

Islam meletakkan soal ketaatan rakyat kepda penimpin yang adil adalah satu kewajipan. Menentang secara bathil dengan mendurhakai kerajaan dan berusaha menumbangkan kerajaan tersebut secara tidak syarie adalah satu jenayah yang boleh dihukum bunuh.

Ini berdasarkan dalil ;

‎وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا ۖ فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّهِ ۚ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا ۖ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَDan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.Surah Al-Hujurat, Ayat 9
Namun ia juga tidak bersifat mandatori. Pesalah mesti dipanggil, diberi peluang menyatakan sebab penentangan mereka dan diperbetulkan kefahamannya dan dijelaskan akibat tindakannya.

Setelah pelbagai penerangan dilakukan, dan masih berterusan melakukan bughah, maka baharulah mereka boleh diperangi dan hukuman bunuh  boleh dilaksanakan.

Dengan kata lain, kes bunuh mandatori hampir tiada dalam Islam. Namun ia bukan bermakna kita boleh hapuskan hukum mati. Kerana penjenayah dan pesalah  ada hadnya bagi membimbing merweka ke arah kebaikan.

Namun sekiranya berterusan ia mesti dilakukan hukuman mati. Kerana mudharat menyimpan penjenayah sedemikian hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar bagi rakyat dan negara.


Isu Pengedar dadah.

Islam tidak memasukkan pengedar dadah sebagai kesalahan hudud, yang terikat dengan hukum dan kesalahan yang ditentukan oleh syarak.

Pengedaran dadah satu kesalahan besar yang sangat merosakkan. Namun ia dikategori dibawah  hukum takzir. Dengan kata lain, ia tidak boleh dihukum mandatori mati.
Pelbagai sudut perlu dilihat dalam jenayah pengedaran dadah ini seperti berlakunya penganiyaan, keldai dadah, dipaksa atau membawa barangan diluar pengetahuan dan sebagainya  Lantaran itu meletakkan kesalahan ini dibawah hukum mandotari mati adalah suatu kezaliman.

Namun dibawah  kesalahan takzir, hakim boleh menjatuhkan hukuman mati sekiranya didapati pesalah benar-benar mendatangkan kerosakan kepada rakyat dan negara.

Ianya sama dengan kesalahan rasuah, senjata api, dan jenayah lain yang tidak dikatogerikan  di bawah kesalahan hudud.


Kesimpulan.

Tindakan menghapuskan hukuman mati adalah bercanggah dengan pembinaan negara sejahtera dan masyarakat yang harmoni.

Kerajaan tidak perlu menghantar isyarat yang salah kepada penjenayah dan pengedar dadah.

Berita penghapusan hukuman mati tentunya menggembirakan penjenayah dan mendukacitakan mangsa jenayah.

Manakala hukuman mandatori mati juga perlu diteliti agar ia tidak mendatangkan penganiyaan kepada mangsa penjenayah seperti keldai dadah, membawa barangan yang dikirim tanpa pengetahuan serta pelbagai kes penganiyaan lain.

Maka PAS mencadangkan sebuah Jawatankuasa pilihan Parlimen yang terdiri dari pelbagai pihak  diwujudkan bagi melakukan perbincangan teliti sebelum ianya dibentangkan sebagai rang undang-undang di Parlimen.

Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
MP Kubang Kerian.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/tuan-ibrahim-pengedar-dadah-tidak-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingin Hidup Dan Belum Nikah Pembunuh Sekeluarga Di Aceh Minta Tak Dihukum Mati

Ingin Hidup Dan Belum Nikah Pembunuh Sekeluarga Di Aceh Minta Tak Dihukum Mati

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 297 hits
Dalam nota pembelaannya penasihat hukum terdakwa memohon kliennya dihukum 15 tahun penjara
Agar Agar Boleh Menyebabkan Bayi Mati Tercekik Pakar

Agar Agar Boleh Menyebabkan Bayi Mati Tercekik Pakar

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 439 hits
Agar agar boleh menyebabkan bayi mati tercekik PakarWalaupun mempunyai tekstur yang lembut makanan ringan dalam bentuk agar agar manis sebenarnya boleh menyebabkan kematian kepada bayi berusia enam bulan ke bawah jika tercekik Pakar Anestes...
Berkaca Dari Eksekusi Mati Tuti Pemerintah Diminta Terbuka Menangani Kasus Hukum Tki

Berkaca Dari Eksekusi Mati Tuti Pemerintah Diminta Terbuka Menangani Kasus Hukum Tki

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 210 hits
Pengacara yang mendampingi kasus seperti ini harus bisa mengintegrasikan pembelaan yang berperspektif HAM Perempuan
Bnn Tembak Mati Pengedar Narkoba Di Solo

Bnn Tembak Mati Pengedar Narkoba Di Solo

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 279 hits
Tersangka mencoba kabur dan melawan terpaksa dilakukan tindakan tegas dan terukur di bagian tubuhnya oleh petugas setelah sebelumnya diberi tembakan peringatan tiga kali kata Kepala BNNP Jateng Brigjen Mohamad Nur
Nabi Ibrahim Contoh Ikutan Manusia

Nabi Ibrahim Contoh Ikutan Manusia

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 467 hits
Beberapa Sifat Nabi Ibrahim Yang Wajar Dicontohi Oleh Semua Manusia ALLAH S W T berfirman yang bermaksud Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah suruhan dan larangan maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakann...
Kronologi Kasus Tki Tuti Tursilawati Yang Dihukum Mati Di Arab Saudi Tanpa Pemberitahuan Ke Indonesia

Kronologi Kasus Tki Tuti Tursilawati Yang Dihukum Mati Di Arab Saudi Tanpa Pemberitahuan Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 289 hits
Seorang Tenaga Kerja Indonesia Tuti Tursilawati dieksekusi mati oleh pemerintah Arab Saudi Wanita asal Majalengka Jawa Barat itu dihukum atas tuduhan pembunuhan terhadap majikannya Anehnya pelaksanaan eksekusi mati tersebut tanpa pemberitah...
Hukum Mengiringi Jenazah Bukan Islam Boleh Atau Tidak

Hukum Mengiringi Jenazah Bukan Islam Boleh Atau Tidak

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 1355 hits
HUKUM MENGIRINGI JENAZAH BUKAN ISLAM Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Persoalan boleh ke tidak kita orang Islam mengiringi jenazah bukan Islam ke kawasan perkuburan kebiasaannya ditanya oleh mereka yang ada hubungan rapat dengan ...
Meski Dikritik Singapura Tetap Hukum Mati 6 Terpidana Narkoba Pada Oktober 2018

Meski Dikritik Singapura Tetap Hukum Mati 6 Terpidana Narkoba Pada Oktober 2018

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 258 hits
Ilustrasi bendera Singapura 8211 Portrait Liputan6 com Singapura 8211 Singapura dikabarkan mengeksekusi enam terpidana pelanggaran narkoba pada bulan Oktober ini di tengah desakan LSM Amnesty International dan Pemerinta
Menteri Yohana Anak Korban Kekerasan Meninggal Atau Cacat Pelaku Bisa Dihukum Mati

Menteri Yohana Anak Korban Kekerasan Meninggal Atau Cacat Pelaku Bisa Dihukum Mati

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 252 hits
Menurut Yohana aturan pelaku kekerasan terhadap anak dihukum tembak mati atau seumur hidup itu sesuai dengan Undang undang Nomor 35 Tahun 2014 tentang Perubahan Undang undang Nomor 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025