Zahidi Sanggah Zahid Cuba Ajak Sokong Umno Tapi Tak Sokong Presiden


MALAYSIAKINI

Gesaan yang dibuat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi agar ahli parlimen parti itu menarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin namun kekal mendukung Perikatan Nasional (PN) adalah tidak praktikal, kata seorang timbalan menteri.
Zahidi Zainul Abidin berkata, untuk membuktikan keberkesanan dasar itu, ia boleh cuba dipraktikkan dalam Umno terlebih dahulu.
"Presiden Umno (Ahmad Zahid) boleh cuba praktikkan dalam Umno - (minta orang lain) sokong Umno tapi jangan sokong presiden Umno.
"Kita boleh cuba, kalau berjaya dalam Umno baru kita cadangkan kepada parti (pihak) lain," katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung hari ini.
Umno kini berdepan dengan kemelut dalaman apabila wujud sekurang-kurangnya dua kumpulan besar yang saling bertentangan mengenai cara berhubungan dengan kerajaan Perikatan Nasional.
Ahmad Zahid pada 7 Julai lalu mengumumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno agar yang mahu semua ahli parlimen mereka menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.
Langkah itu - kalau dilaksanakan - balak menyaksikan Muhyiddin kehilangan sokongan majoriti di parlimen, sekali gus menghilangkan kelayakannya menjadi perdana menteri. 
Bagaimanapun setakat ini tiada mana-mana menteri yang menuruti arahan tersebut. Sebaliknya mereka membuat kenyataan bersama untuk terus menyokong presiden Bersatu itu sebagai perdana menteri.
Kalau boleh presiden sokonglah
Pada 29 Julai lalu Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan perlunya ahli parlimen Umno melaksanakan keputusan MT mereka untuk membatalkan sokongan mereka kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri. 
Zahidi berkata saranan dibuat Ahmad Zahid itu samalah seperti menggesa ahli parlimen tidak menyokong Muhyiddin namun kekal bersama Bersatu.
"Atau kita (Umno) bersama dengan PAS tapi tak sokong (presiden parti itu) Abdul Hadi Awang... tak praktikal," katanya yang juga timbalan menteri komunikasi dan multimedia.
Tambah anggota MT Umno itu lagi keputusan perhimpunan agung mereka pada hujung Mac lalu adalah untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu semasa menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang, bukannya sekarang.
Untuk rekod MT Umno akan bermesyuarat sekali lagi pada hari ini. Menurut kenyataan pimpinan tertinggi parti, ia merupakan mesyuarat tergempar ekoran kemelut yang melanda kerajaan berhubung isu pembatalan ordinan darurat yang tidak diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu Zahidi berkata seramai 40 ahli parlimen BN sudah menandatangani perakuan bersumpah (SD) untuk membuktikan sokongan mereka kepada Muhyiddin, sekali gus mengekalkan dukungan majoriti kepada ahli parlimen Pagoh itu.
Katanya hanya dua ahli parlimen yang terkecuali daripada SD berkenaan, iaitu Ahmad Zahid sendiri, serta Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
"Kami sedang berunding dengan dua lagi ahli parlimen untuk sokong, tapi Ku Li (Razaleigh) dah keluar, maka tak dapat dirundingkan.
"Kalau boleh, presiden Umno sokonglah," katanya.
Zahidi yang juga ahli parlimen Padang Besar berkata, tiga ahli parlimen yang meninggalkan PKR - termasuk Dr A Xavier Jayakumar (Kuala Langat) juga sudah menyatakan sokongan kepada Muhyiddin.
"Ada tiga ahli parlimen dari PKR yang melompat - saya tak tahu siapa - tapi mengikut maklumat tiga (bekas) PKR termasuk Xavier dan sebagainya," kata Zahidi.
Selepas berlakunya Langkah Sheraton PKR turut kehilangan tiga lagi ahli parlimen yang meninggalkan parti itu untuk menjadi wakil rakyat bebas namun menyokong kerajaan iaitu Steven Choong (Tebrau), Larry Sng (Julau), dan Jugah Muyang (Lubok Antu).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/zahidi-sanggah-zahid-cuba-ajak-sokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Letak Jawatan Uji Kewibawaan Zahid Sebagai Presiden Umno

Langkah Letak Jawatan Uji Kewibawaan Zahid Sebagai Presiden Umno

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 328 hits
ismaweb netPresiden hilang wibawa Hanya 2 menteri sahut gesaan letak jawatanOleh Athirah Huda ZalheBANGI 28 Zulhijjah 1442H Sabtu Tindakan peletakan jawatan pemimpin UMNO khususnya sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan minggu ini...
Umno Paya Besar Sokong Keputusan Presiden Parti Bukannya Untuk Kepentingan Peribadi

Umno Paya Besar Sokong Keputusan Presiden Parti Bukannya Untuk Kepentingan Peribadi

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 267 hits
KUANTAN Pendirian UMNO Paya Besar menyokong keputusan parti untuk tidak mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan kerana kepentingan peribadi Keputusan itu dibuat selari dengan keputusan p...
Umno Pahang Sokong Penuh Keputusan Zahid Parti Itu Berpihak Kepada Agong Tolak Pm Pn

Umno Pahang Sokong Penuh Keputusan Zahid Parti Itu Berpihak Kepada Agong Tolak Pm Pn

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 270 hits
KUANTAN UMNO Pahang menyokong penuh kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas pendirian parti itu untuk berpihak kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah UMNO Pahang juga berset...
Azalina Ahmad Jazlan Sokong Penuh Keputusan Presiden Umno

Azalina Ahmad Jazlan Sokong Penuh Keputusan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 211 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Azalina Othman Said dan Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub menyokong penuh kenyataan Presiden Umno menarik balik sokongan terhadap ...
Kata Umno Dah Tak Sokong Muhyiddin Tapi Awat Dok Kat Blok Kerajaan Lagi Ni

Kata Umno Dah Tak Sokong Muhyiddin Tapi Awat Dok Kat Blok Kerajaan Lagi Ni

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 370 hits
Walaupun Umno telah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin para menteri dan ahli parlimennya tetap duduk di blok kerajaan di Dewan Rakyat hari ini Semalam Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun memberitahu petugas media bahawa...
Rakan Sulit Sokong 100 Tindakan Zahid Tapi Bukan Untuk Jadi Pm

Rakan Sulit Sokong 100 Tindakan Zahid Tapi Bukan Untuk Jadi Pm

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 166 hits
agendaily com4 8 2021Pakatan Harapan berterima kasih dan menyokong tindakan Zahid Hamidi dan seterunya di dalam MT UMNO yang kali ketiga mengumumkan tidak lagi bersama Perikatan Nasional Tindakan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan seterun...
Ros Sahkan Zahid Hilang Kuasa Sebagai Presiden Umno

Ros Sahkan Zahid Hilang Kuasa Sebagai Presiden Umno

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 218 hits
Kepemimpinan Majlis Tertinggi Umno ketika ini hanya boleh berfungsi sebagai caretaker sehingga selesai pemilihan dan mesyuarat Agung Umno 2021 kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Ketua Pengarah ROS Jasri Kasim berkata MT yang diket...
Pas Dukacita Dengan Zahid Ingatkan Presiden Umno Itu Tentang Piagam Muafakat Nasional

Pas Dukacita Dengan Zahid Ingatkan Presiden Umno Itu Tentang Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 246 hits
SHAH ALAM Tindakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan ahli Parlimen parti itu menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional adalah tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam Piagam ...
Takkan Umno Nak Khianat Sokong Anwar Dan Dap Ini Benda Gila Zahidi

Takkan Umno Nak Khianat Sokong Anwar Dan Dap Ini Benda Gila Zahidi

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 165 hits
agendadaily com3 8 2021Adakah jajaran baharu bakal terbentuk Seorang Ahli Majlis Tertinggi Datuk Zahidi Zainul Abidin menyifatkan tindakan menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional adalah keputusan gila kerana ia merupakan satu ...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah