Zahidi Kerjaya Politik Siapa Akan Tamat Saya Atau Zahid


malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Nov 7, 2022 8:52 AM
PRU15 l Penyandang kerusi Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin menegaskan keputusannya bertanding atas kapasiti calon bebas mempertahan kerusi itu adalah sebagai tanda protes terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi

Katanya ia bukan soal kesinambungan karier politik namun keputusan pemimpin nombor satu BN itu mesti diberi tentangan.

"Kita tak tahu karier politik siapa akan tamat, saya ataupun Zahid dan Umno.

"Sebab kita bukan di zaman Umno menang walaupun letak tunggul kayu (jadi calon). Jika kerana sikap dia (Zahid) menyebabkan parti lain menang, mungkin Umno akan berkubur.

“Kalau Umno berkubur nasib Zahid pun sama," katanya ketika temubual bersama Malaysiakini di Kangar, Perlis, semalam.

Timbalan menteri komunikasi dan multimedia sementara itu berkata demikian ketika ditanya berhubung tindakannya dan hala tuju politiknya selepas tampil sebagai calon bebas di Parlimen Padang Besar dan DUN Titi Tinggi susulan tidak dicalonkan Umno dalam PRU ke-15.
Zahidi Zainul Abidin, Penyandang kerusi Parlimen Padang BesarZahidi mendakwa pemilihan calon BN bagi Parlimen Padang Besar dibuat Zahid adalah tidak selari dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan perlembagaan parti.

Katanya sudah menjadi amalan supaya setiap bahagian mencadangkan lima nama calon dan pemilihan calon perlu dibuat melalui perbincangan lima pemimpin tertinggi parti (top five).

"Tetapi saya dimaklumkan yang buat keputusan ini adalah Zahid seorang saja, ia tidak demokratik. Ini salah satu cara pengkhianatan oleh presiden parti dengan mengkhianati calon yang boleh menang tapi tidak dipilih.

"Dan menyebabkan huru-hara habislah Umno dan sekarang kemenangan untuk Umno ini tipis. Kita khuatir akan kalah dalam pilihan raya kali ini. Jadi keputusan yang dibuat oleh Zahid ini kita perlu tentang, sebagai contoh di Perlis ini adalah satu keputusan yang menghina Umno.

"Di Perlis kita adalah ramai orang calon yang boleh diangkat kalau bukan saya sekali pun, tetapi dia pilih calon daripada luar, bukan orang Perlis. Jadi saya mewakili akar umbi bertanding sebagai calon bebas sebagai tanda protes kita," jelasnya.
Zahida Zarik Khan, Ketua Puteri UmnoTerdahulu, BN menamakan Ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan sebagai calon mereka di parlimen Padang Besar bagi menggantikan Zahidi.

Selain Zahidi, Zahida juga berdepan dengan Muhammad Yahaya (Pakatan Harapan); Rusydan Rusmi (Perikatan Nasional) and Ko Chu Liang mewakili Parti Warisan Malaysia (Warisan).

Sementara itu, Zahidi berkata apa yang lebih mengecewakannya adalah tindakan pemimpin utama Umno memilih calon-calon dalam kalangan mereka yang terpalit dengan kes rasuah.

Sebaliknya, kata bekas ketua Umno bahagian Padang Besar itu, calon-calon yang disifatkan sebagai boleh menang tidak dipilih.

"Inilah keputusan yang dibuat Zahid satu pengkhianatan. Seorang yang tidak berjiwa besar, bercelaru dan cuba menipu Umno dan menuduh orang lain tidak jiwa besar. Calon-calon kluster mahkamah dipilih, menunjukkan kepada rakyat calon rasuah tak ada masalah. Masih boleh menang bagi dia. Jadi umno boleh rasuah, bagi Zahid dan cara dia ini mempersendakan rakyat.
Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Umno"Dia dan ramai yang terpalit dengan kes-kes rasuah atau kluster mahkamah ini angkat sumpah pula tak mahu rasuah. Menjadikan bahan lawak kepada rakyat Malaysia, Umno ini dilihat sebagai pelawak dan orang boleh tengok Zahid macam seorang pelawak, buat komedi.

"Ini sangat mengecewakan kita, bahawa mereka tidak serius dengan kehendak rakyat. Rakyat menolak rasuah, kita kalah dulu pun kerana rasuah. Sekarang ini mereka cuba kekalkan juga kluster mahkamah, ketuanya yang dituduh penyamun pula buang orang yang boleh menang dan tiada kes," kata Zahidi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/zahidi-kerjaya-politik-siapa-akan-tamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Beri Jaminan Tidak Lantik Ahli Politik Bn Ketua Pesuruhjaya Sprm

Zahid Beri Jaminan Tidak Lantik Ahli Politik Bn Ketua Pesuruhjaya Sprm

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 112 hits
BARISAN Nasional tidak akan melantik wakil rakyat atau ahli politik dalam kalangan mereka sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia apabila berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke 15
Cerita Politik Sudah Tamat Berehat Ketika Puncak Lawan Nafsu

Cerita Politik Sudah Tamat Berehat Ketika Puncak Lawan Nafsu

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 195 hits
Rebate Of ProductsTamotsu Men Health Supplement Man Nourishment Boost Energy can improve male prostatic hypertrophy inflammation balance the male body hormone levels is to help maintain the health of the urinary system improve sexual functi...
Zahid Memang Rancang Jadi Pm Nak Lepas Pertuduhan Kes Jenayah Zahidi

Zahid Memang Rancang Jadi Pm Nak Lepas Pertuduhan Kes Jenayah Zahidi

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 187 hits
agendaily com04 11 2022Bekas Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin mengesahkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merancang menjadi Perdana Menteri selepas PRU 15 Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Ha...
Zahidi Lawan Zahida Angkara Zahid

Zahidi Lawan Zahida Angkara Zahid

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 372 hits
Malaysiakini Penyandang kerusi parlimen Padang Besar yang juga ketua Umno bahagian di Perlis Zahidi Zainul Abidin bertanding sebagai calon bebas Zahidi dicabar empat calon lain termasuk Ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan Muhammad Saad Yahy...
Pru15 Potensi Pertembungan Gergasi Politik Di Pagoh Atau Laluan Mudah Untuk Muhyiddin

Pru15 Potensi Pertembungan Gergasi Politik Di Pagoh Atau Laluan Mudah Untuk Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 210 hits
Mampukah Muhyiddin mempertahankan kerusi Pagoh pada PRU15 akan datang Gambar failJOHOR BAHRU Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan figura asing malah sosok yang kuat di negeri Johor apatah lagi melibatkan kelangsungan hayat politiknya di salah sat...
Dia Yang Minta Bertanding Di Sungai Buloh Zahid Hamidi Nafi Dakwaan Umno Cuba Tamatkan Karier Politik Kj

Dia Yang Minta Bertanding Di Sungai Buloh Zahid Hamidi Nafi Dakwaan Umno Cuba Tamatkan Karier Politik Kj

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 227 hits
Sejak diletakkan sebagai Calon UMNO untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh ramai yang meramalkan tindakan UMNO itu dilihat sebagai usaha untuk mematikan karier politik Khairy Jamaluddin kerana kawasan itu merupakan kubu kuat PKR T...
Hantaq Ke Sungai Buloh Nak Tamatkan Kerjaya Politik Kj Dengan Cara Terhorma

Hantaq Ke Sungai Buloh Nak Tamatkan Kerjaya Politik Kj Dengan Cara Terhorma

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 275 hits
SAYA tak dapat tidak sekali lagi nak bercakap mengenai KJ di Sungai Buloh ini Seperti yang kita tahu Sungai Buloh ni kubu kuat PKR Kalau sebelum ini parlimen ini diwakili peguam terkenal R Sivarasa kali ini PKR diwakili jurutera lulusan dar...
Zahid Bn S Rivals Resorting To Untruths To Garner Support For Want Of A Better Offer To Voters

Zahid Bn S Rivals Resorting To Untruths To Garner Support For Want Of A Better Offer To Voters

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 182 hits
Ahmad Zahid delivers a speech at the World Trade Centre Kuala Lumpur on Nov 1 2022 Malay Mail photo KUALA LUMPUR Barisan Nasional chairman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi accused today the coalition s rivals of playing up sentiments and re
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It